Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Kamis, 05 Maret 2026

NABI YUNUS a.s. DITELAN IKAN NUN

 NABI YUNUS a.s. DITELAN IKAN NUN

Yunus   bin   Matta   adalah   seorang   nabi   yang   di   utuskan   oleh   Allah   s.w.t   untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke   Niwana   semata-mata   atas   perintah   Allah   s.w.t   untuk   berdakwah   kepada penduduknya.

NABI YUNUS a.s. DITELAN IKAN NUN


Nabi     Yunus     mendapati       penduduk      Niwana      merupakan       manusia      yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah     hasil  buatan    manusia.     Nabi   Yunus    menasihatkan      mereka     bahawa berhala   tersebut   tidak   dapat   memberi   apa-apa   manfaat   kerana   berhala   itu tidak   boleh   bergerak   dan   berkata-   kata.   Nabi   Yunus   mengingatkan   mereka supaya   menyembah   Allah   s.w.t   yang   telah   menciptakan   manusia   dan   Allah sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai     manusia    yang    mahu    menerimanya.       Mereka    lebih   suka   menyembah berhala-berhala       yang   di  sembah     oleh   datuk   nenek    mereka     secara    turun temurun.      Walaupun      Nabi   Yunus    memberi      nasihat,   tetapi    mereka     tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek   kami   telah   lama   menyembah   tuhan-tuhan   kami   dan   kami   tetap   tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".

Nabi    Yunus   berkata    "Aku   hanya   menyampai      apa   yang   Allah   menyuruh     akusampaikan      kepada    kamu    semua,    oleh   itu  kamu    beriman    dan   bertauhidlah

menurut   agama   yang   aku   bawa   sebagai   amanat   Allah   s.w.t".   Berkata   Nabi Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah   kegelapan   serta   menyiarkan   kepada   kamu   tentang   agama   yang   suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."

Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun   kamu   katakan   kepada   kami,   kami   tetap   tidak   akan   berganjak   dari agama   kami   dan   kami   juga   tidak   takut   walau   apa   pun   ancaman   yang   kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."

Setelah      Nabi    Yunus    melihat     keadaan      mereka     yang    tidak    menerima peringatannya   itu,   maka   Nabi   Yunus   pun   meninggalkan   Niwana   dengan   rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka      gelisah    melihatkan     perubahan      yang   berlaku     di  tempat     tinggal masing-masing.

Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta   guruh   yang   mengegarkan.   Dengan   berlakunya   perkara-perkara   ini   maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah s.w.t agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.

Allah s.w.t Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah s.w.t pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan     mereka     kembali    tenang.     Akhirnya    mereka     semua     kembali    dengan bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka.   

 Nabi  Yunus  telah  meninggalkan   Niwana membawa diri  tanpa tujuan. Baginda   naik   bukit   turun   bulit,   naik   gunung   turun   gunung   dan   akhirnya   ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya.   Setelah    diberi  keizinan    maka    Nabi   Yunus    menumpang       kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan.   Ini   termasuk   penghuni   kapal   kapal   tersebut.   Satu   pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus    dibuang    ke  laut.   Oleh   sebab   Nabi   Yunus    adalah   orang   yang   sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.

Maka   mereka   mengundi   sekali   lagi   dan   akhirnya   Nabi   Yunus   tahu   bahawa   ia adalah      kehendak     Allah.    Nabi    Yunus    memikirkan       kesalahannya      kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus   beristikharah,   tanpa   ragu-ragu   Nabi   Yunus   terjun   ke   dalam   laut   yang sedang bergelombang ganas.

Ketika    Nabi   Yunus    sedang    berlawan    dengan    gelombang,      maka   Allah   s.w.t mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup- hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan    nun   dia   berdoa    kepada    Allah   supaya   mengampuni       dosa    yang   telah dilakukan.   Lalu   Nabi   Yunus   membaca   doa:   "Tidak   ada   Tuhan   yang   benar   di sembah      hanya   Engkau    ya   Allah,  mahasuci     Engkau    aku   adalah   orang   yang membuat zalim atas diriku."

Maka     Allah   perkenankan      permintaannya      dan   Allah   lepaskan    dia   daripada kedukaan.      Demikianlah      Allah  selamatkan      orang   yang    beriman.    Rasulullah bersabda maksudnya:

"Nama      Tuhan    yang    mulia,    siapa   yang    berdoa    dengan     nama     itu  akan diperkenankan   doanya. Siapa yang meminta  dengan   nama  itu,   akan   diberi apa   yang   diucapkan   oleh   Nabi Yunus dalam   perut   ikan   nun."   Firman   Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan  tasbih,  niscaya    tidaklah    ia  dapat   keluar    dari  perut    ikan sampai hari kiamat."

Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun   melemparkan   Nabi   Yunus   ke   darat.   Di   tempat   Nabi   Yunus   dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.

Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya    kembali    ke  Niwana.    Nabi  Yunus    terkejut  kerana    penduduk    sedang menanti kepulangannya.  Penduduk  tersebut  meminta  Nabi Yunus mengajar  untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk      Niwana    dahulunya     terdiri  daripada    orang   yang   ingkar   dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah. 

0 comments:

Posting Komentar