Ketidak tahuan Jin tentang masa depan
Sulaiman
hidup di tengah-tengah kejayaan
dan kemuliaan di
muka bumi, kemudian Allah s.w.t
menetapkan kematian baginya. Sebagaimana kehidupan Sulaiman berada
di puncak kemuliaan dan
kejayaan yang penuh
dengan keajaiban yang luar
biasa, maka kematiannya
pun merupakan tanda-tanda kebesaran Allah
s.w.t yang penuh
dengan keajaiban. Demikianlah bahawa kematiannya sesuai
dengan kehidupannya, sesuai
dengan kejayaannya.
Allah s.w.t berfirman tentang kematian Sulaiman:
"Maka
tatkala Kami telah
menetapkan kematian Sulaiman,
tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya
itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya.
Maka tatkala ia
telah tersungkur, tahulah
jin bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib
tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan. " (QS. Saba':
14)
Kemampuan Nabi Sulaiman untuk
menundukkan jin
dan memperkerjakan mereka serta
hubungan mereka dengannya, semua ini menimbulkan fitnah di tengah-tengah
manusia dalam hal tertentu, dan kematian Sulaiman merupakan batasan (jawapan) terhadap
fitnah ini. Kami
tidak mengetahui siapa
yang mengklaim bahawa jin
mengetahui hal yang
ghaib, apakah itu
syaitan yang terkutuk atau
jin yang bodoh
atau manusia yang
tertipu. Kami tidak mengetahui siapa yang
bertanggungjawab terhadap tersebarnya isu yang keliru ini. Yang kita ketahui
adalah, bahawa hal tersebut tersebar dan mempengaruhi
sebahagian manusia dan jin. Barangkali manusia berkata
kepada diri mereka: Selama jin melakukan perbuatan yang luar biasa ini, maka
apa gerangan yang menjadikan mereka tidak mengetahui hal yang ghaib itu.
Manusia itu lupa bahawa kunci keghaiban berada di tangan Allah s.w.t.
Masalahilmu ghaib tidak akan mampu dikuasai oleh jin, manusia, para nabi, dan
semua makhluk. Hanya Dia
yang mengetahuinya. Allah s.w.t
telah merencanakan bahawa
kematian Sulaiman pun bertujuan untuk menghancurkan pemikiran ini, yaitu
pemikiran bahawa jin mengetahui hal yang ghaib. Jin bekerja untuk Nabi
Sulaiman selama beliau
hidup, dan tatkala
beliau meninggal, maka
tugas mereka menjadi bebas.
Nabi Sulaiman meninggal
tanpa diketahui oleh
jin sehingga mereka tetap
bekerja untuknya. Mereka
tetap mengabdi kepada Sulaiman. Seandainya mereka
mengetahui hal yang ghaib nescaya mereka tidak meneruskan pekerjaan mereka.
Pada suatu hari Sulaiman memasuki mihrabnya untuk i'tikaf,
ibadah, dan solat. Tak seorang pun
berani mengganggu khalwatnya di
mihrabnya. Mihrab Sulaiman
terletak di puncak gunung dan dindingnya terbuat dari permata. Pada suatu hari
Sulaiman duduk bersandar
pada tongkatnya dan
ia tampak tenggelam dalam tafakur.
Beliau berzikir kepada Allah s.w.t hingga rasa kantuk menguasainya lalu
setelah itu malaikat
maut menemuinya di
mihrabnya. Sulaiman pun meninggal. Beliau bersandar kepada tongkatnya.
Jin melihatnya dan mengira bahawa
beliau sedang solat
sehingga mereka pun
terus melanjutkan pekerjaannya.
Berlalulah
hari-hari yang panjang.
Kemudian datanglah rayap,
yaitu semut kecil yang memakan
kayu. Haiwan itu pun mulai memakan tongkat Sulaiman. Rayap-rayap itu
tampak lapar. Sebahagian
dari tongkat Sulaiman
dimakan beberapa hari oleh
rayap-rayap itu.
Ketika yang dimakannya semakin bertambah, maka
tongkat itu pun
menjadi rosak dan
jatuh dari tangan Sulaiman. Tubuh mulia itu kehilangan
keseimbangan dan terhempas di bumi. Tatkala
tubuh suci itu
tersungkur, maka manusia
segera menuju ke
sana. Mereka menyedari dan
mengetahui bahawa Nabi
Sulaiman telah meninggal dalam waktu yang lama. Jin
menyedari bahawa mereka tidak mengetahui hal yang ghaib
dan manusia pun
mengetahui hakikat
ini. Seandainya jin mengetahui hal yang ghaib, nescaya ia
tidak akan meneruskan seksa yang hina, mereka tidak akan
bekerja.Demikianlah Nabi Sulaiman
meninggal dalam keadaan
duduk dan solat
dimihrabnya. Lalu berita itu tersebar bagaikan api di bumi. Manusia,
burung, dan binatang buas menghantarkan jenazah Nabi
Sulaiman.
Sekawanan
burung tampak sedih dan menangis. Semua makhluk bersedih. Akhirnya, tak
seorang pun mengetahui bahasa
burung di bumi.
Meninggallah seseorang yang memakami pembicaraan burung. Burung-
burung itu berkata: "Betapa beratnva kehidupan di tengah-tengah orang yang
tidak mengetahui pembicaraan kita."