Al-Masih justru akan membalikkan pipi sebelah kirinya.
Inilah syariat Nabi Isa yang tidak berbeza sedikit pun dengan syariat Nabi
Musa. Ia merupakan kedalaman yang
mengagumkan dari
kedalaman syariat Nabi
Musa. Nabi Isa
ingin menetapkan kepada
kaum di sekelilinginya tentang
sesuatu yang penting.
Nabi Isa ingin
memberitahu mereka
bahawa syariat bukan
mengajari kalian untuk
meletakkan dendam pada diri
kalian lalu kalian memukul lawan kalian. Syariat yang hakiki adalah, hendaklah
kalian menebar kasih sayang, pemaaf, dan cinta. Terdapat banyak
binatang-binatang buas di
hutan. Binatang-binatang itu mencintai diri mereka sendiri.
Mereka bermusuhan dan saling membunuh demi makanan dan
minuman. Mereka memberikan
makan kepada anak-
anaknya. Perbezaan antara manusia dan binatang adalah perbezaan pada
tingkat cinta. Haiwan tidak akan
mampu melampaui darjat
cintanya kepada makhluk
yang lain. Atau dengan
kata lain, haiwan
tidak dapat membagi
cintanya kepada jenis yang
lain. Sedangkan manusia
mampu melakukan hal
itu. Di situlah manusia mampu dapat mencapai
kemuliaannya dan kemanusiaannya. Al-Masih memberitahu kaumnya bahawa manusia
tidak akan menjadi manusia sempurna kecuali
setelah ia mencintai
orang lain sebagaimana ia
mencintai dirinya sendiri.
"Aku mendengar bahawa
dikatakan, hendaklah engkau
mencintai orang yang dekat
denganmu dan membenci
musuhmu, sedangkan aku
berkata kepada kalian, cintailah
musuh kalian dan
doakanlah orang yang
melaknati kalian. Berbuat baiklah
kepada pembenci kalian
dan solatlah untuk
orang-orang berbuat buruk kepada kalian." (Injil Mata). Dakwah Nabi
Isa datang dan
menghapus syariat Nabi
Musa dalam bentuk luaran.

Jika kita berusaha
membandingkan dua syariat tersebut dalam bentuk yang sederhana, maka
pada hakikat-nya dakwah
Nabi Isa bertujuan
untuk menghapus bidaah yang dilakukan oleh kaum Farisiun dan Shaduqiun
terhadap syariat Nabi Musa dan
menunjukkan hakikat syariat
ini dan tujuan-tujuannya
yang tinggi. Di
tengah-tengah masa materialisme yang
sangat luar biasa
dan dunia dipenuhi dengan penyembahan terhadap emas dan tersebarnya
berbagai macam kejahatan, muncullah dakwah
al-Masih sebagai
reaksi ideal yang menunjukkan ketinggian dan
kesucian. Al-Masih mengetahui bahawa ia mengajak manusia untuk
menciptakan perilaku ideal
dalam kehidupan; Al-Masih menyedari bahawa
dakwahnya penuh dengan
idealisme tetapi idealisme ini
sendiri pada saat yang sama merupakan solusi satu-satunya untuk mengubati kehidupan dari
kesengsaraan dan penyakit-penyakit menular; Al-Masih mengetahui bahawa
tidak semua manusia
tidak mampu untuk mencapai puncak yang
diisyaratkannya. Tetapi paling tidak, hendaklah setiap orang berusaha sedikit
mendaki sehingga ia selamat. Dakwah
Nabi Isa terdiri
dari kesudian yang
mengagumkan; dakwah Nabi
Isa bertujuan untuk menyelamatkan roh atau dakwah yang dapat dianggap
sebagai pedoman perilaku individu,
bukan suatu sistem
perincian-perincian tersebut
dan hanya memfokuskan kepada sumber
utama, yaitu roh.
Isa ingin menghidupkan rohani
manusia dan membimbingnya untuk
mencapai cahaya Sang Pencipta.
Oleh kerana itu, Isa datang dengan didukung oleh Ruhul kudus.
Ruhul kudus adalah
Jibril. Kita tidak
mengetahui bagaimana Allah
SWT memperkuat Isa dengan
Roh Kudus: apakah
Jibril menemaninya dan menyertainya sepanjang pengutusannya? Jibril
turun kepada nabi
untuk menyampaikan
risalah atau membawa
mukjizat atau justru
mendatangkan hukuman atas kaumnya, tetapi ia tidak bersama mereka
sepanjang waktu. Oleh kerana itu, apakah
memang Jibril menemani Isa sehingga
beliau diangkat ke langit? Hampir saja hati menjadi tenang
dengan tafsiran ini kerana dalam kehidupan Nabi Isa terdapat sisi-sisi malaikat
di mana beliau mempunyai kemampuan yang luar biasa yang berupa
mukjizat-mukjizat. Bahkan kemampuan beliau sampai pada batas
menghidupkan orang-orang
mati dengan izin
Allah SWT. Begitu juga, beliau memiliki kemampuan yang
luar biasa di mana beliau dengan hanya meniupkan pada suatu tanah, maka tanah
itu terbentuk menjadi burung dan ia terbang dengan izin Allah SWT. Selain itu,
Nabi Isa sama sekali tidak mendekati wanita
sepanjang hidupnya sehingga
beliau diangkat oleh
Allah SWT. Beliau tidak menikah. Ini juga sifat
malaikat di mana kita saksikan bahawa sebahagian para nabi
yang diutus oleh
Allah SWT dan
memiliki beberapa wanita
bahkan kitab-kitab Yahudi menyebutkan bahawa
jumlah isteri- isteri
nabi mereka Sulaiman misalnya,
mencapai seribu wanita. Isa hidup dalam
keadaan tenggelam dalam
ibadah seperti anak
dari bibinya, yaitu Yahya.
Jika Yahya khusyuk
beribadah dan tinggal
di gunung dan
gurun bahkan dia menginap
di gua, maka
hal itu adalah
hal yang alami
baginya, sedangkan Isa hidup
justru di tengah-tengah masyarakat
kota. Persoalannya adalah, bukan
hanya Isa tidak
terkait hubungan dengan
seorang wanita dan bukan
hanya mukjizat-mukjizat yang
diperolehnya yang luar
biasa yang berhubungan dengan
roh, tetapi yang
lebih dari itu
adalah, bahawa beliau didukung oleh
Ruhul kudus sepanjang
masa dakwahnya. Tentu
itu adalah nikmat yang
tak seorang pun
dari para nabi
sebelumnya diberi. Allah
SWT berfirman: "(Ingatlah),
ketika Allah mengatakan: 'Hai
Isa putera Maryam,
ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan
kepada ibumu di
waktu Aku menguatkan
kamu dengan roh kudus. Kamu
dapat berbicara dengan
manusia di waktu
masih dalam buaian dan
sesudah dewasa; dan
(ingatlah) di waktu
Aku mengajar kamu menulis,
hikmah, Taurat, dan Injil, dan (ingatlah pula) di waktu kamu membentuk dari
tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu
meniup padanya, lalu
bentuk itu menjadi
burung (yang sebenarnya) dengan
seizin-Ku. Dan (ingatlah), waktu kamu menyembuhkan
orang yang buta
sejak dalam kandungan
ibu dan orang
yang berpenyakit sopak dengan
seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur
(menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi
Bani Israil (dari
keinginan mereka membunuh
kamu) di kala kamu
mengemukakan kepada mereka
keterangan- keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir di
antara mereka berkata: 'Ini tidak lain hanya sihir yang nyata.' Dan (ingatlah),
ketika Aku ilhamkan kepada pengikut Isa yang setia: 'Berimanlah kepada-Ku dan kepada
rasul-Ku.' Mereka menjawab: 'Kami
telah beriman dan
saksikanlah (wahai rasul)
bahawa sesungguhnya kami adalah
orang- orang yang patuh (kepada seruanmu).'" (QS. al-Maidah: 110-111)
Ayat-ayat tersebut menyebutkan
lima mukjizat Nabi
Isa. Pertama, bahawa beliau mampu berbicara dengan manusia
saat beliau masih di buaian. Kedua, beliau
diajari Taurat dan
Taurat yang diturunkan
kepada Nabi Musa
telah tersembunyi dan telah mengalami perubahan yang dilakukan oleh
orang-orang cerdik dari kaum
Yahudi. Ketiga, beliau
membentuk tanah seperti
burung kemudian meniupkannya lalu
tanah itu menjadi
burung. Keempat, beliau mampu menghidupkan orang-orang yang
mati. Kelima,
beliau mampu menyembuhkan orang
yang buta dan
orang yang belang.
Terdapat mukjizat yang keenam
yang disebutkan dalam Al-Quran al-Karim: "(Ingatlah), ketika
pengikut-pengikut Isa berkata:
'Hai Isa putera
Maryam, bersediakah Tuhanmu menurunkan
hidangan dari langit
kepada kami?' Isa menjawab: 'Bertakwalah kepada
Allah jika betul-
betul kamu orang
yang beriman.' Mereka berkata:
'Kami ingin memakan
hidangan itu dan
supaya tenteram hati kami
dan supaya kami
yakin bahawa kamu
telah berkata benar kepada
kami, dan kami
menjadi orang-orang yang
menyaksikan hidangan
itu.' Isa putera
Maryam berdoa: 'Ya Tuhan
kami, turunkanlah kiranya kepada
kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya
bagi kami yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang
sesudah kami, dan
menjadi tanda bagi
kekuasaan-Mu: beri
rezekilah kami dan
Engkaulah Pemberi rezeki
Yang Paling Utama.'
Allah berfirman:
'Sesungguhnya Aku akan
menurunkan hidangan itu
kepadamu, barang siapa yang
kafir di antaramu
sesudah (turun hidangan)
itu, maka sesungguhnya Aku
akan menyeksanya dengan
seksaan yang tidak
pernah Aku timpakan kepada seorang pun di antara umat manusia.'"
(QS. al-Maidah: 112-115) Mukjizat
yang keenam itu
adalah turunnya makanan
dari langit kerana
permintaan
Hawariyin. Juga terdapat
mukjizat yang ke
tujuh yang terdapat surah Ali
'Imran yaitu beliau
diberi kemampuan melihat
hal-hal yang ghaib melalui panca
inderanya meskipun beliau
tidak menyaksikannya secara langsung. Oleh
kerana itu, beliau
memberitahu kepada sahabat-sahabatnya dan murid-muridnya apa
yang mereka makan dan apa yang mereka simpan di rumah-rumah mereka:
"Dan aku khabarkan
kepadamu apa yang
kamu makan dan
apa yang kamu simpan
di rumahmu. Sesungguhnya pada
yang demikian itu
adalah suatu tanda (kebenaran
kerasulanku) bagimu, jika kamu benar-benar beriman. " (QS. Ali 'Imran::
49) Inilah mukjizat Nabi
Isa yang ke
tujuh yang didahului oleh
mukjizat kelahirannya yang sangat mengagumkan. Beliau lahir tanpa
seorang ayah, lalu diikuti mukjizat berikutnya di mana beliau diangkat dari
bumi ke langit ketika penguasa
yang lalim berusaha
menyalibnya. Barangkali pembaca akan bertanya-tanya: mengapa
mukjizat-mukjizat seperti ini
diperoleh oleh Nabi Isa?
Kita mengetahui bahawa
mukjizat adalah hal
yang luar biasa
yang Allah SWT berikan
kepada nabi-Nya. Tetapi
pemberian itu menjadi
sempurna jika mukjizat itu
disesuaikan dengan keadaan
zaman diutusnya nabi
tersebut sehingga
mukjizat itu sangat
berpengaruh dalam jiwa
kaum dan mampu menggoncangkan hati mereka dan
menjadikan mereka beriman kepada pemilik mukjizat ini. Jadi, mukjizat menjadi
suatu hal yang luar biasa. Oleh kerana itu, Allah SWT berkehendak agar mukjizat
ini sesuai dengan zaman diutusnya nabi tersebut. Jadi, setiap mukjizat yang
dibawa oleh rasul selalu berlain-lainan. Nabi Saleh diutus di
tengah-tengah kaum yang
melihat bagaimana seekor
unta yang melahirkan dari
gunung atau mampu
membelah batu-batuan gunung. Sedangkan Nabi
Musa diutus di
tengah-tengah kaum yang
gemar memainkan sihir sehingga
sihir mendapat tempat istimewa. Oleh kerana itu, mukjizat yang dibawa oleh Nabi
Musa bentuk lahirnya seakan-akan menyerupai sihir, tetapi pada hakikatnya ia
justru menjatuhkan sihir. Mukjizat itu berupa tongkat yang menjadi ular
dan kemudian ular
itu memakan tongkat-tongkat para
tukang sihir. Lain halnya dengan Nabi Isa, beliau diutus di
tengah-tengah kaum materialis yang mengingkari roh dan hari kebangkitan. Mereka
menduga bahawa manusia hanya
sekadar tubuh tanpa
roh. Mereka adalah
kaum yang meyakini
bahwa
darah makhluk adalah rohnya atau jiwanya. Taurat yang ada di
tangan Yahudi menyebutkan bahawa tafsir
an-Nafst adalah darah.
Disebutkan di dalamnya: "Janganlah engkau
memakan darah dari
tubuh manusia kerana
jiwa setiap tubuh adalah
darahnya. " Nabi Isa diutus di
tengah-tengah kaum yang
mereka disesatkan oleh
falsafah yang dasarnya mengatakan bahawa penciptaan alam memiliki sumber
pertama, seperti sebab dari akibat. Jadi, alam memiliki wujud yang
mendahuluinya. Di tengah-tengah
masa yang materialis
ini, di mana
roh diingkari, maka secara logik mukjizat
Nabi Isa terkait
dengan usaha menunjukkan alam
rohani. Demikianlah Isa dilahirkan
tanpa seorang ayah.
Mukjizat ini cukup
untuk membungkam kaum yang mengatakan bahawa alam memiliki sumber
pertama. Jelas bahawa alam tidak memiliki wujud yang mendahuluinya. Kita berada
di hadapan Sang Pencipta
yang mengadakan sistem
bagi segala sesuatu
dan menjadikan sebab bagi segala sesuatu. Dia menjadikan proses kelahiran
anak berasal dari hubungan
laki-laki dan wanita,
tetapi Pencipta ini
sendiri menciptakan sebab-sebab dan
sebab-sebab itu tunduk
kepadanya sedangkan Dia tidak
tunduk kepada sebab-sebab itu. Dengan kehendak- Nya yang bebas, Dia mampu
memerintahkan kelahiran anak tanpa melalui ayah sehingga anak itu lahir. Dan,
kelahiran Isa pun terjadi tanpa seorang ayah. Cukup ditiupkan roh kepadanya:
"Lalu Kami tiupkan ke dalamnya (tubuhnya) roh dari Kami dan Kami jadikan
dia dan
anaknya tanda
(kekuasaan Allah) yang
besar bagi semesta
alam. " (QS. al-Anbiya':
91) Kelahiran Isa membawa
mukjizat yang luar
biasa yang menegaskan
dua hal: pertama, kebebasan
kehendak Ilahi dan
ketidak terkaitannya dengan
sebab kerana Dia adalah
Pencipta sebab-sebab, kedua
pentingnya roh dan menjelaskan kedudukannya serta
nilainya di antara
kaum yang hanya mementingkan fizik
sehingga mereka mengingkari roh.
Seandainya kita mengamati
sebahagian besar mukjizat Nabi Isa, maka kita akan melihatnya dan
mendukung pandangan tersebut. Misalnya,
mukjizat Nabi Isa
yang mampu membentuk tanah seperti
burung lalu beliau meniupkannya sehingga tanah itu menjadi burung. Mukjizat ini
pun menguatkan adanya roh. Semula ia berupa tanah yang
bersifat fizik yang
tidak dapat disifati
dengan kehidupan tetapi ketika Nabi
Isa meniupnya, maka
segenggam tanah itu
menjadi burung yang memiliki kehidupan,
Sungguh sesuatu yang
bukan fizik masuk
ke dalamnya. Sesuatu itu
adalah roh. Roh
itu masuk ke
dalam tanah sehingga
ia menjadi burung. Jadi, roh
adalah nilai yang hakiki, bukan jasad atau fizik.
Di samping itu, juga ada mukjizat menghidupkan orang-orang
yang mati. Bukankah ini juga menunjukkan adanya roh dan adanya hari akhir atau
hari kebangkitan. Orang yang mati telah
ditelan oleh bumi
di mana anggota
tubuhnya telah hancur berantakan sehingga ia
hampir menjadi tulang-belulang yang
hancur lalu al-Masih memanggilnya dan
tiba-tiba dia hidup
kembali dan bangkit
dari kematiannya. Seandainya
orang yang mati
hanya berupa fizik
sebagaimana dikatakan
orang-orang Yahudi, maka
ia tidak akan
mampu bangkit dari
kematiannya kerana fiziknya telah hancur tetapi mayat itu mampu bangkit
dari kematian. Jayanya kembali hidup dan ia bangkit dari kuburannya serta
berbicara. Jadi, roh adalah nilai
yang hakiki. bukan
fizik atau jasad.
Kalau begitu, di
sana terdapat hari kebangkitan dan
hari kiamat. Hal
ini bukanlah mustahil sebagaimana yang
dikatakan orang-orang Yahudi,
kerana setelah kematian jasad menjadi
tanah yang berterbangan di
udara. Itu bukan
mustahil tetapi mungkin-mungkin
saja. Dalil dari hal itu adalah, kebangkitan orang-orang yang telah mati
di hadapan mata
kepala mereka sendiri. Nabi
Isa telah menghidupkan mereka
agar kaumnya yakin
bahawa kiamat fizik
akan terjadi dari kematian dan
itu adalah benar dan bahawa hari akhir adalah benar. Juga terdapat mukjizat
yang lain, yaitu beliau mampu memberi tahu kaumnya tentang apa
yang mereka simpan
di rumah-rumah mereka, tanpa
terlebih dahulu beliau masuk
ke rumah mereka
atau dapat bocoran
dari seseorang. Mukjizat ini
menetapkan bahawa panca indera bukanlah nilai yang hakiki. Nabi Isa tidak
melihat apa yang ada di rumah mereka tetapi rohnya mampu untuk melihat dan
berbicara atau memberitahu
mereka. Jadi, rohani
adalah nilai yang hakiki,
bukan fizik. Demikianlah mukjizat-mukjizat Isa
datang untuk
memberitahukan pentingnya roh
dan kebebasan kehendak Ilahi. Mukjizat-mukjizat Nabi Isa -
sebagaimana dikatakan oleh guru kami Muhammad Abu Zahra'
- termasuk dari
jenis propagandanya dan
sesuai dengan tujuan risalahnya, yaitu
dakwah untuk mendidik
rohani dan keimanan
kepada hari kebangkitan dan
hari kemudian, dan
di sana ada
kehidupan lain di
mana seseorang yang berbuat baik akan dibalas kebaikannya dan orang yang
berbuat buruk akan dibalas keburukannya. Lalu, apakah
mukjizat menghidupkan orang-orang yang
mati masih memberikan celah kepada
para pengingkaran akhirat untuk
terus mengingkarinya atau memberikan ruangan kepada penentang hari
kebangkitan untuk meneruskan penentangannya? Kami telah
mengatakan bahawa
orang-orang Yahudi telah
diracuni dengan fikiran
ketidakpercayaan atau penentangan pada
hari akhirat serta
tidak beriman kepada
hari akhir, maka menghidupkan orang-orang yang
mati yang dibawa
atau dikuasai oleh
Isa menjadi suatu pukulan
telak bagi mereka
yang membuat mereka
beriman, tetapi mereka masih menentang tanda-tanda kebesaran Allah. Nabi
Isa menutup lembaran kehidupannya yang lembut dan ia mulai berdakwah di jalan
Allah. Beliau didukung oleh Ruhul kudus dan mukjizat-mukjizat yang luar biasa.
Al-Quran al-Karim menceritakan kepada kita bahawa esensi dakwah al-Masih tidak
banyak berubah dari esensi dakwah para nabi sebelumnya, yaitu menyuarakan Islam
yang intinya adalah
menebarkan tauhid yang
sempurna hanya serta menyerahkan
diri kepada Allah:
"Sembahlah Allah, Tuhanku
dan Tuhan kalian." Al-Quran memberitahu kita bahawa yang mengatakan
kalimat tersebut adalah Isa.
Kalimat tersebut adalah
kalimat yang sama
yang pernah disampaikan seluruh nabi,
meskipun nama mereka,
sifat mereka, mukjizat
mereka, baju mereka, bahasa
mereka, usia mereka, bentuk mereka, dan warna kulit mereka tidak sama.
Mereka semua bersepakat
untuk menyuarakan Islam
dan hanya menyerahkan diri kepada
Allah SWT serta beriman bahawa Allah SWT adalah Tuhan mereka dan Tuhan alam
semesta. Tiada sekutu bagi-Nya dan tiada yang setara dengan-Nya. Dia Maha Esa
yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesuatu pun yang
menyerupai-Nya. Isa tidak mengatakan persoalan tauhid lebih banyak atau lebih
sedikit dari apa yang pernah disampaikan
oleh para nabi. Al-Quran
datang kira- kira
setelah lima ratus tahun dari pengangkatan Nabi Isa. Allah SWT, melalui
ilmu-Nya yang azali mengetahui apa
yang terjadi di
tengah- tengah kaum
Masehi di mana mereka berselisih tentang
hakikat Isa. Oleh
kerana itu, Al-Quran
al-Karim berusaha menyingkap dialog mereka yang belum terjadi. Allah SWT
berfirman: "Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: 'Hai Isa putera Maryam,
adakah kamu mengatakan kepada manusia:
'Jadikanlah aku dan
ibuku dua orang
tuhan selain Allah?' Isa
menjawab: 'Maha Suci
Engkau, tidaklah patut
bagiku mengatakan apa yang
bukan hakku (mengatakannya). Jika
aku pernah mengatakannya, maka tentulah
Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang
ada pada diriku dan
aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya
Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Aku tidak pernah
mengatakan kepada mereka
kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakannya) yaitu:
'Sembahlah Allah,
Tuhanku, dan Tuhanmu,'
dan aku menjadi
saksi terhadap mereka
selama
aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan
aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas
segala sesuatu.'" (QS. al-Maidah: 116-117) Al-Quran secara
tegas mengatakan bahawa
dakwah al-Masih adalah
dakwah tauhid. Al-Quran ingin
mengatakan bahawa al-Masih
terlepas dari segala tuduhan yang
dialamatkan kepadanya, yaitu
tuduhan bahawa ia
anak Tuhan atau ia justru tuhan
itu sendiri. "Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa
yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakannya) yaitu: 'Sembahlah Allah, Tuhanku, dan
Tuhanmu." Nabi Isa pergi berdakwah di jalan Allah SMT. Inti dakwahnya
adalah, bahawa tidak ada perantara antara Pencipta dan makhluk; tidak ada
perantara antara seorang penyembah dan
yang disembah. Allah
SWT menurunkan kitab
Injil kepada Nabi Isa. Ia adalah kitab suci yang datang untuk
membenarkan Taurat dan berusaha menghidupkan syariatnya
yang pertama. Injil
adalah cahaya, petunjuk, dan
peringatan bagi orang-orang yang
bertakwa. Nabi Isa
ingin meluruskan
tafsiran orang-orang Yahudi
terhadap syariat di
mana mereka menyampaikan tafsir
dari syariat itu
secara harfiah dan
sesuai dengan kepentingan
mereka. Nabi Isa menenangkan orang-orang yang menjaga syariat bahawa ia tidak
datang untuk menghilangkan syariat, tetapi ia datang untuk
menyempurnakannya dan menyelesaikan tugas
para nabi. Namun
Isa lebih menekankan pada penafsiran
esensinya, bukan kepada bentuk lahiriahnya. Nabi Isa
memberi pengertian kepada
orang-orang Yahudi bahawa
sepuluh wasiat yang dibawa oleh Isa mengandung makna-makna yang lebih
dalam dari apa yang mereka
bayangkan. Wasiat yang
keenam bukan hanya
melarang pembunuhan
materi, sebagaimana yang
mereka fahami tetapi
juga menyangkut penindasan dan usaha mencelakakan orang lain. Sedangkan
wasiat yang ke tujuh
bukan hanya melarang
zina (dalam pengertian terjadinya hubungan antara
laki-laki dengan perempuan melalui
cara-cara yang tidak sah), tetapi zina berarti segala
bentuk perbuatan yang menjurus kepada dosa. Misalnya, ketika
mata diarahkan kepada
lawan jenis disertai
syahwat dan hasrat seksual,
maka itu pun
berarti zina. Nabi
Isa berkata: "Sesungguhnya lebih baik bagi manusia
untuk menghindarkan matanya dari sesuatu yang dapat menghancurkannya daripada
ia harus hancur dengan mata itu sendiri. Syariat yang dibawa
oleh Isa melarang
untuk melanggar sumpah
dan janji Nabi
Isa memberi pengertian kepada
kaumnya bahawa hendaklah mereka
tidak melakukan sumpah palsu kerana merupakan "kesalahan besar
jika nama Allah
dibuat main-main di
atas mulut-mulut
manusia." (Injil Mata 21 sampai 48). Dakwah Nabi
Isa juga berbenturan dengan
arus materialisme yang
sangat mendominasi
masyarakat saat itu.
Oleh kerana itu,
beliau mengingatkan manusia dari
perbuatan munafik, pamrih, tamak, dan gila pujian. Begitu juga beliau
mengingatkan mereka dari sifat rakus terhadap kekayaan dunia; beliau
mengingatkan agar jangan
sampai mereka menimbun
harta di dunia.
Yakni, hendak lah mereka tidak memfokuskan perhatian mereka pada
urusan-urusan duniawi semata yang
sifatnya tidak abadi.
Tetapi hendaklah mereka memfokuskan perhatian
mereka pada hal-hal
yang bersifat samawi (ukhrawi) kerana itu bersifat abadi.
Nabi Isa memberitahu kepada masyarakatnya agar
mereka menjadi orang-orang
yang teliti saat memilih gaya hidup mereka kerana pada gilirannya akal mereka
akan menjadi cermin darinya. Kecenderungan manusia itu terkait kuat dengan
hatinya. Jika hati tertuju kepada cahaya langit, maka kehidupan manusia akan
tampak bersinar tetapi jika hati tertuju pada kegelapan dunia, maka kehidupannya pun
tampak gelap. Nabi
Isa mengingatkan kaumnya
dari sikap pamrih dan
cinta dunia. Beliau
mengajak mereka untuk
teliti dalam memilih majikan yang
mereka mengabdi kepadanya kerana
manusia tidak dapat mengabdi
kepada dua majikan
dalam satu waktu.
Boleh jadi ia
akan menjadikan harta sebagai
majikannya, atau boleh
jadi ia akan
menjadikan Allah SWT sebagai
tuannya. Jika ia
menyembah harta, maka
berarti ia jauh dari
penyembahan terhadap Tuhannya.
Oleh kerana itu,
hendaklah manusia menjauhi
dunia, seperti makanan dan pakaian di mana mereka akan dikuasai oleh
kegelisahan dan ketidaktenangan serta keraguan tentang penjagaan Allah SWT kepada
mereka. Allah SWT
telah berjanji untuk
memenuhi kebutuhan hamba-hamba-Nya
dalam kehidupan. Ketika timbul kegelisahan dan keraguan pada diri mereka, maka
itu dikeranakan keraguan mereka terhadap penjagaan Allah SWT dan
ketidakpercayaan mereka kepada janji-janjinya dan rahmat-Nya serta bimbingan-Nya. Allah
SWT lah yang
menciptakan mereka dan
Dia pula yang menjamin
kehidupan mereka dan
melindungi mereka. Bahkan
Dia juga melindungi makhluk yang
paling kecil urusannya seperti burung di langit dan kumbang-kumbang di kebun.
Nabi Isa memberitahu kaumnya bahawa hanya memperhatikan dunia adalah hal yang
salah, yang tidak pantas dilakukan oleh orang-orang yang beragama. Itu
adalah sikap para
penyembah berhala kerana
penyembah berhala tidak mengetahui apa
yang lebih baik
darinya, sedangkan orang-
orang yang beragama mengetahui
bahawa di sana terdapat bimbingan Ilahi yang mengajak
mereka untuk percaya kepada Allah SWT dan tidak begitu
peduli dengan dunia. Allah SWT mengetahui kebutuhan-kebutuhan mereka lebih
daripada apa yang mereka
ketahui; Allah SWT
akan melindungi mereka
dan akan menjamin kehidupan mereka.
kerana itu, yang
layak bagi mereka
adalah, hendaklah mereka memohon
agar diberi kekuasaan
Allah SWT dan
kebaikan dari-Nya. Yakni
kehidupan rohani dan apa yang dikandungnya dari kebahagiaan abadi. Di samping
itu, Nabi Isa menasihati mereka agar jangan terlalu pusing dengan
kejadian-kejadian yang akan datang dan persoalan-persoalan esok hari kerana
esok hari sudah
berjalan sebagaimana mestinya.
Jika kebutuhan dan penderitaan datang
silih berganti, maka
bantuan dan perlindungan Ilahi
pun terus datang silih berganti. Dakwah Nabi Isa juga berbenturan dengan
dualisme yang tumbuh di tengah-tengah masyarakat. Kita saksikan sebagaimana
mereka suka mendapatkan kebaikan yang ditujukan kepada diri mereka, maka mereka
pun biasa untuk melakukan kejahatan kepada orang-orang lain. Demikianlah,
kehidupan orang-orang Yahudi
dicemari sikap dualisme
ini. Nabi Isa mewasiatkan kepada
manusia agar mereka
memperlakukan sesama mereka sesuai dengan akidah yang mengatakan:
"Perlakukanlah orang lain sebagaimana engkau memperlakukan dirimu
sendiri" Nabi Isa terus
melangsungkan dakwahnya dan
mengajak manusia untuk menyembah Allah
SWT serta tidak
menyekutukan-Nya,
sebagaimana beliau juga mengajak
manusia untuk membersihkan rohani
serta hati dan
berusaha memasuki kerajaan langit. Dakwah Nabi Isa itu sangat memukul
kalangan para pendeta Yahudi. Kalimat-kalimat yang
dilontarkan Nabi Isa
bagaikan senjata yang siap
menerpa wajah mereka
dan menyatakan peperangan terhadap mereka serta
menyingkap kedok kemunafikan mereka. Mula-mula pemerintahan Romawi tidak
turut campur dalam
masalah tersebut kerana mereka melihat
bahawa itu hanya
sekadar perselisihan dalaman
antara kelompok-kelompok
Yahudi. Bagi mereka,
selama orang-orang Yahudi
sibuk dengan masalah mereka
sendiri dan tidak
peduli dengan kekuasaan,
mereka pun tidak turut campur. Kemudian para pendeta Yahudi mulai
merancang suatu persekongkolan untuk menyingkirkan Isa.
Mereka ingin mengusir
Isa dan membuktikan
bahawa Isa datang untuk
menghancurkan syariat Musa.
Syariat Musa memutuskan
untuk merejam wanita yang berzina. Para pendeta Yahudi menghadirkan wanita
yang salah yang berhak
direjam.
Mereka berkumpul
di sekeliling Isa
dan bertanya kepadanya: "Tidakkah syariat
menetapkan untuk merejam
wanita yang
bersalah?" Isa menjawab:
"Benar," Mereka berkata:
"Ini adalah wanita
yang bersalah." Isa memandang wanita itu dan ia pun melihat para
pendeta Yahudi. Isa mengetahui bahawa
para pendeta Yahudi
lebih banyak kesalahannya daripada wanita
tersebut. Para pendeta
itu menunggu jawapan
Isa. Jika ia mengatakan bahawa wanita
itu tidak berhak
dibunuh, maka berarti
ia menentang syariat Musa, dan jika ia mengatakan bahawa ia berhak dibunuh,
maka ia justru menghancurkan dirinya sendiri yang membawa syariat cinta dan
toleransi. Nabi Isa
memahami bahawa ini
adalah persekongkolan. Beliau tersenyum dan
wajahnya tampak bercahaya.
Kemudian beliau melihat
para pendeta Yahudi dan wanita itu sambil berkata: "Barang siapa di
antara kalian yang tidak memiliki kesalahan, maka hendaklah ia merejam wanita
itu." Suara beliau yang
keras itu memecahkan
keheningan tempat penyembahan. Beliau menetapkan peraturan baru
yang berhubungan dengan
hukum yang dijatuhkan kepada
orang yang berbuat
salah. Hendaklah orang
yang tidak berbuat salah
menghukum orang yang
salah dan tidak
berhak seseorang pun dari
kalangan manusia untuk
menghukum orang yang
bersalah jika ia
sendiri bersalah, tetapi yang
menghukumnya adalah Allah
SWT yang Maha
Suci dan Maha Tinggi dan Allah
SWT adalah Maha Pengasih di antara yang mengasihi. Nabi Isa keluar dari tempat
penyembahan itu. Tiba-tiba, wanita itu mengejar dari belakangnya. Lalu
wanita itu mengeluarkan dari
pakaiannya satu botol dari minyak yang berharga. Ia berdiri
di depan Isa dan menjatuhkan dirinya di atas kedua kaki Isa lalu menciumnya dan
membasuhnya dengan minyak wangi dan air mata. Setelah itu, ia mengeringkan
kedua kakinya dengan rambutnya. Bagi
wanita itu, al-
Masih mempakan harapan terakhir
yang dapat
menyelamatkannya. Lalu keluarlah
dari belakang Isa
seorang tokoh pendeta Yahudi. Ia
berdiri menyaksikan pemandangan
tersebut dan ia
merasa kagum terhadap kasih
sayang Isa. Isa
melihat kepadanya dan
bertanya; "Seorang kreditor
yang memiliki dua orang debitor, salah satunya berhutang lima ratus dinar dan
yang lain lima puluh dinar." Pendeta itu berkata: "Ya." Isa
berkata: "Tak seorang pun
dari mereka berdua
yang memiliki wang
yang cukup untuk melunasi wangnya. Lalu
si kreditor memaafkan mereka
dan membebaskan mereka dari
hutang." Pendeta berkata: "Ya." Kemudian Isa bertanya:
"Siapa di antara mereka yang
paling senang kepada
kreditor itu?" Pendeta
menjawab: "Tentu yang berhutang
lebih besar.'' Isa
berkata: "Benar apa
yang engkau ucapkan. Lihatlah
wanita ini. Aku telah masuk ke rumahmu tetapi engkau tidak memberikan kepadaku
air agar aku dapat membasuh wajahku, tetapi wanita itu membasuh
kedua kakiku dengan
air mata lalu
ia mengusapnya dengan rambut kepalanya.
Begitu juga engkau
tidak memberikan ciuman
kepadaku tetapi wanita ini tidak merasa puas dengan hanya mencium kedua
kakiku. Jadi, hatimu sungguh sangat keras tetapi hati wanita itu dipenuhi
dengan rasa cinta.
Maka barang siapa
yang banyak mencintai nescaya
kesalahan-kesalahannya akan
diampun." Kemudian Isa
menoleh ke wanita
itu dan memerintahkannya untuk bangkit dari tanah
sambil berkata: "Ya Allah, ampunilah wanita ini dan hilangkanlah
kesalahan-kesalahannya." Nabi
Isa berusaha menyedarkan
para pendeta Yahudi
bahawa para dai
yang menyeru di jalan
Allah SWT bukanlah
algojo yang bengis
yang menerapkan hukum syariat
tanpa melihat keadaan masyarakat yang bersalah, tetapi mereka datang dan
membawa ajaran Allah
SWT yang merupakan
ajaran yang penuh dengan rahmat
kepada manusia. Jadi,
rahmat adalah tujuan
semua dakwah Ilahi ini. Bahkan diutusnya
para nabi itu sendiri mengandung rahmat Allah SWT terhadap kaum mereka. Isa
terus berdoa kepada Allah SWT agar merahmati kaumnya. Beliau menyuruh kaumnya
agar menyayangi diri mereka sendiri dan beriman kepada Allah SWT. Kehidupan Nabi
Isa menggambarkan kezuhudan
dan ketaatan dalam
ibadah. Mu'tamar bin Sulaiman berkata, sebagaimana diriwayatkan Ibnu
'Asakir: "Nabi Isa menemui kaumnya dengan memakai pakaian dari wol. Beliau
keluar dalam keadaan tidak beralas
kaki sambil menangis
serta wajahnya tampak
pucat kerana kelaparan dan
bibimya tampak kering
kerana kehausan. Nabi
Isa berkata, "salam kepada
kalian wahai Bani
Israil. Aku adalah
seseorang yang meletakkan dunia
di tempatnya sesuai
dengan izin Allah
SWT, tanpa bermaksud
membanggakan diri. Apakah kalian mengetahui di mana rumahku?" Mereka
menjawab: "Di mana rumahmu wahai Ruhullah?" Nabi Isa
menjawab: "Rumahku adalah
masjid, wewangianku adalah air makananku adalah
rasa lapar, pelitaku
adalah bulan di
waktu malam dan solatku
di waktu musim
dingin di saat
matahari terletak di
timur, bungaku adalah tanaman-tanaman bumi,
pakaianku terbuat dari
wol, syiarku adalah takut kepada Tuhan Yang Maha Mulia,
teman-temanku adalah orang-orang yang fakir,
orang-orang yang sakit,
dan orang-orang yang
miskin. Aku memasuki waktu pagi dan aku tidak mendapati
sesuatu pun di rumahku begitu juga aku memasuki waktu sore dan aku tidak
menemukan sesuatu pun di rumahku. Aku adalah seseorang yang jiwanya bersih dan
tidak tercemar. Maka siapakah yang lebih kaya daripada aku?" Isa terus
melakukan dakwahnya. Ia
didukung oleh mukjizat
dari Allah SWT. Nabi Isa mampu membuat bentuk burung
dari tanah kemudian ia meniupnya, maka
tanah itu menjadi
burung dengan izin
Allah SWT.
Selain itu, hujung bajunya yang sederhana jika tersentuh
orang yang sakit, maka orang itu akan sembuh. Bahkan jika Isa meletakkan
tangannya di atas mata orang yang buta atau orang yang terkena sakit belang
nescaya ia akan sembuh. Jadi, Nabi Isa didukung oleh mukjizat yang luar biasa.
Bahkan beliau mampu menghidupkan orang-orang
yang mati dari
kuburan mereka sehingga
mereka keluar dalam keadaan hidup dengan izin Allah SWT.
Para ahli tafsir
mengatakan bahawa Nabi
Isa menghidupkan empat
orang. Pertama, al-Azir yaitu
temannya. Kemudian dua
orang anak laki-laki
dari seorang tua, dan
seorang anak perempuan satu-satunya dari
seorang ibu. Mereka adalah
tiga orang yang
mati di zaman
Nabi Isa. Ketika
orang- orang Yahudi melihat
hal tersebut, mereka
berkata: "Engkau menghidupkan orang-orang yang
mati dan kematian
mereka tidak lama
.Barangkali mereka tidak mati
tapi mereka sekadar
mengalami keadaan tidak
sedarkan diri atau mati suri.
Lalu mereka meminta kepada Nabi Isa untuk membangkitkan Sam bin Nuh dari
kematiannya. Para ahli tafsir
mengatakan bahawa Nabi
Isa bertanya kepada
mereka, "Di manakah kaum
kuburan Sam bin
Nuh?" Mereka keluar
bersama Isa sehingga mereka mencapai kuburan. Lalu
Nabi Isa berdoa
kepada Allah SWT
agar menghidupkan orang yang mati di situ. Sam bin Nuh keluar dari
kuburannya, dan rambut dikepala-nya tampak beruban. Isa berkata kepadanya:
"Bagaimana rambut di kepalamu
bisa beruban, sementara
di zamanmu kau
tidak. ada uban," Sam
berkata: "Ya Ruhullah, aku mendengar engkau berdoa untukku lalu aku mendengar suara
yang mengatakan, aku
akan mengabulkan wahai Ruhullah. Aku mengira bahawa
kiamat telah tiba. kerana takutnya kepada hal itu sehingga rambut di kepalaku
beruban." Apa pun yang dikatakan berkaitan dengan cerita itu yang
menyebutkan tentang bagaimana Nabi Isa
menghidupkan orang-orang yang
mati, namun kita
tidak mengetahui konteks Al-Qu'ran serta perincian-perincian yang
menjelaskan hal tersebut. Allah SWT
hanya menyebutkan bahawa Isa
menghidupkan orang-orang yang mati dengan izin-Nya. Kita percaya bahawa
Nabi Isa mampu menghidupkan
mereka tetapi kita
tidak mengetahui apakah
mereka mati kembali setelah
dihidupkan atau mereka sempat menjalani kehidupan selama beberapa saat. Nabi
Isa terus berjalan di jalan Allah SWT. Beliau membuat bagi mereka apa yang
disebut dengan hukum roh. Beliau menaiki gunung dan para sahabat- sahabatnya
berdiri di sekitarnya. Nabi Isa melihat orang-orang yang beriman kepadanya yang
terdiri dari orang-orang yang fakir, orang-orang yang menderita, dan orang-
orang yang sedih. Jumlah mereka sedikit sebagaimana lazimnya jumlah para
pengikut nabi. Gunung diliputi dengan
awan tipis dan
turunlah hujan gerimis.
Isa mulai berbicara: "Sungguh beruntung
bagi orang-orang miskin
kerana mereka memiliki kerajaan
langit. Beruntunglah orang-orang yang sedih kerana mereka akan menjadi
orang-orang yang mulia.
Beruntunglah yang diserahi
amanat kerana mereka akan mewarisi bumi. Beruntunglah orang- orang yang
lapar dan haus kerana mereka
akan dikenyangkan. Beruntunglah orang-orang yang menyayangi kerana
mereka akan disayangi.
Beruntunglah
orang-orang yang bersih hatinya
kerana mereka akan
melihat Allah SWT.
Beruntunglah orang-orang
yang tertindas demi
mempertahankan kebenaran kerana
mereka akan mendapatkan kerajaan langit. Kalian adalah garam bumi jika
garam telah rosak, maka siapa
gerangan yang dapat
mengembalikannya menjadi garam kembali." Renungkanlah kedalaman ungkapan dari
Nabi Isa, "kalian
adalah garam bumi." Garam
adalah sesuatu yang
memberikan rasa yang
khusus dan tanpa
garam makanan akan menjadi hambar. Yakni, tanpa orang-orang mukmin, maka
cita rasa kehidupan terasa
tidak bermakna; tanpa
kehadiran orang-orang Muslim dan perbuatan mereka yang ikhlas
terhadap Allah SWT akan tampak kehidupan sangat berat
dan tidak berarti.
Di samping itu,
kehadiran manusia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi pun
sia-sia, dan keagungan manusia sebagai hamba
Allah SWT pun
tidak bermakna, dan
pada gilirannya kehidupan
akan dipenuhi dengan kejahatan dan keburukan. Allah SWT
teiah mewahyukan kepada
"garam bumi" agar
mereka beriman kepada Nabi Isa.
Allah SWT berfirman: "Dan
(ingatlah), ketika Aku
ilhamkan kepada pengikut-pengikut Isa
yang setia: 'Berimanlah kamu
kepada-Ku dan kepada
rasul-Ku.' Mereka
menjawab: 'Kami telah
beriman dan saksikanlah (wahai
rasul) bahawa sesungguhnya kami
adalah orang-orang yang
patuh (kepada seruanmu).'" (QS. al-Maidah: 111)
Al-Hawariyin mengakui kebenaran
ajaran Nabi Isa
dan mereka menyatakan keislaman kepadanya, sebagaimana
ratu Saba' mengakui kebenaran ajaran Nabi Sulaiman dan
menyatakan keislaman padanya,
dan sebagaimana semua
para nabi menyatakan keislaman. Hakikat
ajaran para nabi
terbatas kepada pernyataan
keislaman dan semua nabi menyeru kepada jalan tauhid dan jalan
Islam. Islam dalam pandangan kami memiliki makna yang lebih
dalam daripada tauhid. Pengakuan seseorang terhadap
Allah SWT dan
keimanan akan keesaan-Nya dalam
menciptakan makhluk tidak
mencegah orang itu
untuk berbuat dosa, sedangkan keislaman atau penyerahan hati dan anggota
badan serta pemikiran kepada
Allah SWT merupakan
suatu tingkatan sedikit
lebih tinggi. Ini adalah
tingkat kepatuhan orang-orang yang
patuh dan puncak ketauhidan orang-orang yang
bertauhid. Itu adalah keserasian antara tindakan dengan fikiran,
yaitu usaha manusia
untuk menghindari kesalahan dan memurnikan amal
hanya untuk Allah
SWT. Al-Quran al-
Karim memberitahu kita bahawa
Allah SWT menyampaikan wahyu kepada al-Hawariyin agar mereka beriman kepadanya
dan kepada Rasul-Nya Isa. Marilah
kita renungkanlah sejenak
tentang wahyu Allah
SWT terhadap Hawariyin. Kita
mengetahui bahawa Allah
SWT mewahyukan kepada
manusia dan kepada makhluk-makhluk lainnya. Allah SWT berfirman:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada lebah..." (QS.
an-Nahl: 68) Yang dimaksud dengan wahyu di sini adalah memberikan ilham kepada
makhluk agar mereka menuju
ke jalan fitrahnya
yang telah Allah
SWT gariskan di atasnya sehingga mereka mencapai jalan
kesempurnaan. Tidakkah Anda ingat tentang jawapan Nabi Musa terhadap pertanyaan
Fira'un: "Fir'aun berkata: 'Siapakah Tuhan kamu berdua wahai Musa. "
(QS. Thaha: 49) "Musa
berkata: 'Tuhan kami
ialah (Tuhan) yang
telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu
bentuk kejadiannya kemudian
memberinya petunjuk. " (QS. Thaha: 50) Makna di sana dan di
sini sama. Makna yang sama tersebut diterapkan kepada kaum Hawariyin di mana
wahyu Allah SWT terhadap mereka berupa pemberian ilham kepada
mereka demi kebaikan
mereka dan kebahagiaan
mereka, dan wahyu ini tidak bertentangan
dengan ikhtiar mereka dan usaha mereka serta keinginan mereka, bahkan tidak
bertentangan dengan kebebasan mereka. Allah SWT telah
melihat hati mereka
yang dipenuhi dengan
kebaikan. Dia melihat mereka sebagai
garam bumi, maka
Allah SWT mewahyukan
kepada mereka agar beriman
kepadanya dan rasul-Nya
sehingga mereka
pun beriman dan mereka pun
bersaksi bahawa mereka
orang-orang yang berserah
diri atau Muslim. Tampaknya kaum
Hawariyin menyembunyikan keimanan
mereka sehingga Isa merasakan kekufuran kaumnya
semakin menjadi-jadi lalu
Isa memanggil mereka: "Siapakah di
antara kalian yang
menolong aku menuju
jalan Allah SWT?" Allah SWT
berfirman: "Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran dari mereka (Bani
Israil) berkatalah dia: 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk
menegakkan (agama) Allah?' Para Hawariyin (sahabat-sahabat setia) menjawab:
'Kamilah penolong-penolong
(agama) Allah. Kami
beriman kepada Allah;
dan saksikanlah bahawa
sesungguhnya kami adalah
orang-orang yang
menyerahkan diri. Ya
Tuhan kami, kami
telah beriman kepada
apa yang telah Engkau turunkan
dan telah kami ikuti rasul, kerana itu masukkanlah kami ke dalam golongan
orang- orang yang menjadi saksi.'" (QS. Ali 'Imran: 52-53) Nas Al-Quran
menunjukkan bahawa Nabi Isa mengajak mereka untuk mengikuti Islam sehingga
mereka pun berserah
diri; nas Al-Quran
menegaskan bahawa Nabi Isa
menyampaikan khabar gembira dengan kedatangan seorang rasul yang datang
setelahnya yang bernama Ahmad. Dikatakan dalam Al-Quran: "Dan (ingatlah) ketika
Isa putera Maryam
berkata: 'Hai Bani
Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab
yang turun sebelumku, yaitu
Taurat dan memberi
khabar gembira dengan (datangnya) seorang
rasul yang akan
datang sesudahku, yang
namanya Ahmad (Muhammad).' Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka
dengan membawa bukti-bukti yang
nyata, mereka berkata:
'Ini adalah sihir
yang nyata.'" (QS. Shaff: 6) Kita tidak mengetahui secara pasti kapan
Nabi Isa menyampaikan khabar berita tentang
kedatangan seorang rasul
ini yang datang
setelah masanya, yaitu Ahmad saw.
Apakah khabar berita
itu beliau sampaikan dipermulaan pengutusannya kepada manusia,
atau apakah beliau menyampaikan khabar itu pada akhir
masa dakwahnya dan
sebelum beliau diangkat
ke langit? Tetapi melihat konteks Al-Quran tampaknya
khabar berita tersebut itu disampaikan di permulaan dakwahnya, sebagaimana
firman-Nya: "Maka tatkala rasul itu dating
kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang
nyata, mereka berkata: 'lni adalah sihir yang nyata.'" Kata ganti
(dhamir) dalam ayat
tersebut kembali kepada
Nabi Isa. Ayat tersebut menunjukkan bahawa Nabi Isa
menyampaikan khabar gembira dengan datangnya Muhammad atau
Ahmad ketika Allah
SWT mengutus kepada kaumnya. Kemudian terjadilah di
hadapan Nabi Isa berbagai macam mukjizat yang
luar biasa seperti
penghidupan orang yang
mati, peniupan tanah,
dan sebagainya. Ketika Nabi Isa datang membawa bukti- bukti yang jelas
ini, maka mereka menuduhnya bahawa ia membawa sihir. Nabi Isa mengetahui bahawa
tuduhan semacam ini
telah dialamatkan kepada
sebahagian besar para
nabi sebelumnya. Beliau juga
mengetahui bahawa nabi
yang terakhir pun
akan mendapatkan tuduhan yang sama. Oleh kerana itu, nabi yang mulia itu
tetap berdakwah di jalan Allah SWT dan tidak peduli dengan tuduhan kaumnya yang
mengatakan bahawa beliau membawa sihir. Kemudian pertentangan antara
Nabi Isa dan
Bani Israil semakin
meningkat. Mereka adalah orang-orang
yang hatinya keras,
yang membeku di
hadapan kebenaran. Isa datang
kepada mereka dan
menghancurkan segala pemikiran mereka dan
kehidupan mereka serta
sistem mereka. Sesungguhnya dakwah Nabi
Isa terfokus kepada
kebenaran, kedamaian dan
keadilan dan pada
saat yang sama mengumumkan
peperangan terhadap kehidupan
orang-orang yang lalim yang
telah menjauhi kebenaran.
keadilan, dan kedamaian.
Injil Mata menyebutkan melalui lisan
Isa: "Janganlah kalian
mengira bahawa aku membawa kedamaian ke
muka bumi. Aku
tidak datang hanya
membawa kedamaian tetapi aku datang membawa pedang." Kalimat
tersebut menyiratkan hakikat yang penting dari hakikat dakwah para nabi. Para
nabi adalah pejuang sejati di mana senjata yang mereka gunakan di medan peperangan
beraneka ragam. tetapi
mereka pada hakikatnya
adalah pejuang. Mereka memulai
peperangan mereka dengan
satu pemikiran yaitu suatu tekad mengatakan bahawa tiada
Tuhan selain Allah SWT. Pemikiran itu tentu
berbenturan dengan kepercayaan
akan tuhan-tuhan yang
diyakini oleh manusia, baik
tuhan-tuhan yang terbuat
dari emas atau
batu. Pemikiran itu sangat
mengganggu ketenangan orang-orang
yang lalim atau
penguasa yang bengis serta
sangat melawan kepentingan mereka, sehingga para raja dan para penguasa seperti
biasanya bergerak menentang
nabi kecuali orang
yang mendapatkan petunjuk dari Allah SWT. Para pembesar dari kalangan
kaum nabi menentang nabi. Al-Mala'
adalah para pembesar
sebagaimana telah kami jelaskan dalam
kisah Nabi Nuh
dan sesudahnya. Kemudian Nabi
terus melangsungkan
peperangan mewujudkan tekadnya: Nabi
meletakkan dasar
peperangannya dengan menyampaikan ketuhanan Allah SWT. Setelah meneguhkan dasar
yang kuat ini,
Nabi menetapkan keadilan.