Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Minggu, 03 Mei 2026

Petunjuk pendeta buhaira kepada Abu Thalib

 Kisah Pendeta Buhaira

Sifat dan khabar nabi tersebut diceritakan dalam buku-buku       kuno.   Buhaira    segera    meninggalkan      tempatnya,      lalu  ia  segera memerintahkan untuk menyiapkan makanan yang besar. Kemudian ia mengutus seseorang   untuk   menemui   kafilah   tersebut   dan   mengundang   mereka   untuk jamuan makan. 

Petunjuk pendeta buhaira


Salah seorang mereka berkata dengan nada bercanda kepada Buhaira:   "Demi   Lata   dan   'Uzza,   engkau   hari   ini   tampak   lain   wahai   Buhaira. Engkau   tidak   pernah   melakukan   demikian   kepada   kami,   padahal   kami   telah melewati      dan   singgah    di  tempat    ini  lebih   dari  sekali.   Ada   peristiwa    apa gerangan wahai Buhaira?" Buhaira   menjawab:   "Hari   ini   kalian   adalah   tamu-tamuku."   Pertanyaan   orang tersebut   tidak   dijawab   dengan   terang-terangan.   Ia   sengaja   menghindarinya dan    tidak   menyingkapkan        rahsia   kemuliaan     yang   datangnya     tiba-tiba    ini. Buhaira memberi makan mereka dan mulai memperhatikan di antara mereka adanya      seseorang     yang    memiliki     tanda-     tanda    yang    dibacanya      dalam kitab-kitabnya yang kuno tentang seorang rasul yang ditunggu. Namun ia tidak menemukannya,   hingga   ia   bertanya   kepada   mereka:   "Wahai   kaum   Quraisy, apakah      ada   seseorang     yang   tidak   hadir   bersama      jamuanku     ini?"  Mereka menjawab:        "Benar,   ada    seseorang     yang   tidak   ikut   bersama     kami.    Kami meninggalkannya kerana ia masih kecil." Buhaira berkata: "Sungguh aku telah mengundang        kamu    semua.     Panggillah    ia  supaya    hadir   bersama     kami    dan memakan makanan ini." Salah seorang lelaki dari kaum Quraisy berkata: "Demi Lata dan 'Uzza, sungguh tercela bagi kami untuk meninggalkan Muhammad bin Abdillah bin Abdul Muthalib dari jamuan yang kami diundang di dalamnya. Pamannya meminta maaf kerana Muhammad masih kecil, kemudian sebahagian mereka      berdiri   dan    menghadirkannya.        Belum     lama   Buhaira     memandangi kejernihan   dua   mata   Muhammad,   sehingga   ia   mengetahui   bahawa   ia   telah mendekati   tujuannya.   Buhairah   terpaku   ketika   memandangi   Muhammad   bin Abdillah sehingga kaum selesai makan dan mereka berpisah. Muhammad         bin   Abdillah    duduk     sendirian.

 Buhaira    menghampirinya        dan berkata: "Wahai anak kecil, demi kedudukan Lata dan 'Uzza, sudikah kiranya engkau memberitahu aku terhadap apa yang aku tanyakan kepadamu?" Buhaira ingin   mengetahui   sikap   anak   ini   terhadap   berhala   kaumnya.   Anak   kecil   itu menjawab: "Jangan engkau bertanya kepadaku tentang Lata dan 'Uzza. Demi Allah,   tidak   ada   sesuatu   yang   lebih   aku   benci   daripada   keduanya."   Buhaira berkata:     "Dengan    izin  Allah   aku   ingin  bertanya    kepadamu."   Anak      kecil   itu menjawab: "Tanyalah apa saja yang terlintas di benakmu."

Buhaira bertanya kepada anak kecil itu tentang keluarganya, kedudukannya di tengah-tengah        kaumnya,      mimpinya      dan   pendapat-      pendapatnya.       Dialog tersebut   terjadi   jauh   dari   pantauan   kaum   kerana   mereka   tidak   akan   diam ketika    mendengar      bahawa     Muhammad       membenci      berhala-berhala      mereka. Kemudian Muhammad menjawab pertanyaan-pertanyaan Buhaira dengan yakin, hingga membuat Buhaira mantap bahawa ia sekarang duduk bersama seorang Nabi   yang   khabar   berita   gembiranya   disampaikan   oleh   Nabi   Isa   sebagaimana disampaikan oleh nabi-nabi dari kaum Israil dari kaum Nabi Musa. Setelah itu, ia bangkit meninggalkan anak kecil itu dan menuju ke Abu Thalib ia bertanya tentang kedudukan anak kecil itu di sisinya. Abu Thalib menjawab: "Ia adalah anakku."   Buhaira   berkata:   "Tidak   mungkin   ayahnya   masih   hidup."   Abu   Thalib berkata:   "Benar.   Ia   anak   saudaraku.   Ayahnya   dan   ibunya   telah   meninggal." Buhaira berkata: "Engkau benar, kembalilah kamu ke negerimu dan hati-hatilah dari kaum Yahudi." Abu Thalib bertanya tentang rahsia dari apa yang dikatakan oleh   pendeta   itu.   Pendeta   itu   mulai   mengetahui   bahawa   ia   telah   berbicara lebih    dari  yang   semestinya.     Lalu  ia  berkata:    "Ia  akan  memiliki    kedudukan tertentu."  Buhaira   tidak   menjelaskan   lebih dari itu   dan   ia   tidak   menentukan kedudukan yang dimaksud.

 Lalu   berlalulah   peristiwa   tersebut   tanpa   terlintas   dari   benak   seseorang   atau tanpa menggugah kesedaran di antara mereka. Kisah tersebut tidak membawa pengaruh   berarti   bagi   kafilah   atau   kepada   Nabi   sendiri.   Kafilah   menganggap bahawa       penghormatan        pendeta     kepada      Muhammad        bin   Abdillah     dan memberitahunya akan kedudukan yang akan disandangnya adalah semata-mata basa-basi yang biasa diucapkan di atas meja makan ketika para tamu memuji kedermawanan tuan rumah. Dan sebagai balasannya, orang yang mengundang akan   memuji   akhlak   para   pemuda   mereka.   Alhasil,   peristiwa   tersebut   tidak membawa         pengaruh      apa    pun,    baik    bagi    Muhammad        mahupun       bagi sahabat-sahabat   yang   ikut   dalam   kafilah,   sehingga   mereka   tidak   mengetahui rahsia   perkataan   pendeta   dan   mereka   tidak   menyebarkan   pembicaraan   yang mereka dengar darinya. Peristiwa itu tersembunyi meskipun ia sungguh sangat membingungkan Muhammad. Apa   gerangan   yang   terjadi   antara   dirinya   dan   orang-orang   Yahudi,   sehingga pendeta perlu mengingatkan pamannya dari ancaman mereka? Apa kedudukan yang akan dikembangnya seperti yang diceritakan oleh pendeta itu? Dan apa hubungan       semua    ini  dengan     kesedihan-     kesedihannya      yang    dalam    serta kebingungannya? Pertanyaan-pertanyaan tersebut sedikit demi sedikit berputar di   benaknya.   Kemudian   seperti   biasanya   kafilah   tersebut   kembali   ke   Mekah. Muhammad kembali menuju keterasingannya. Ia memperhatikan keadaan alam di sekitarnya. Kemudian ia melihat kembali penderitaannya; ia berusaha untukmendapatkan kehidupannya; ia mengabdi kepada manusia dan mengorbankan apa saja demi kemuliaan mereka. Hari demi hari berlalu. Muhammad saw tampil dengan pakaian ketulusan kasih sayang,   dan   amanah   serat   cinta,   sebagaimana   pelita   dipenuhi   oleh   cahaya, sehingga kejujurannya terkenal di tengah-tengah kaumnya. Bahkan kejujuran dan    amanatnya      tidak   bakal   diragukan     oleh   seseorang    pun    dari  penduduk Mekah.     Dan   ketika   beliau    datang   dengan     membawa       risalahnya   dan   beliau ditentang      majoriti    masyarakatnya,       namun     tak   seorang    pun    yang   berani meragukan kejujurannya. Mereka hanya menuduh bahawa ia terkena sihir atau kesedarannya telah hilang. Pada   tahun   ketiga   belas   dari   masa   kenabian,   ketika   semua   kabilah   sepakat untuk   membunuhnya   dan   mengucurkan   darahnya   di   antara   para   kabilah   dan mereka      mengepung      rumahnya,      maka    di  saat   situasi  yang    sulit  ini  beliau menetapkan   untuk   berhijrah. 

 Tetapi   sebelumnya   beliau   mewasiatkan   kepada Ali   bin   Abi   Thalib,   anak   pamannya   untuk   tetap   tinggal   di   rumahnya   agar   ia dapat mengembalikan amanat yang dititipkan oleh semua musuhnya dan para sahabatnya. Ini beliau maksudkan agar Ali dapat menyerahkan amanat tersebut di   waktu    pagi   kepada    para   pemiliknya.     Anda    dapat   melihat    betapa     para musuhnya merasa aman terhadap harta mereka ketika dijaga oleh Muhammad saw. Hari    demi   hari   berlalu   dan   tahun    demi   tahun    pun   lewat.   Sementara      itu, kesucian   dan   kejujuran   Muhammad   saw   semakin   meningkat.   Dan   di   tengah lautan      keheningan      yang     mencekam,        ketika    Muhammad         bin   Abdillah menyebarkan   layar   perahunya   yang   putih,   maka   ia   harus   menemui   hakikat azali yang bertemu dengan-nya semua nabi dan rasul. Muhammad bin Abdillah mengetahui       bahawa     alam   yang    besar   ini  mempunyai      Tuhan    Pengatur     dan Pencipta; Tuhan yang Maha Satu dan yang tiada tuhan selain-Nya. Muhammad        dijauhkan     dari   suasana    kenikmatan      dan   foya-foya    yang    biasa dilakukan      oleh    para     pemuda      seusianya.     Dan     ketika    pemuda      Mekah berbangga-bangga dengan banyaknya minuman keras yang mereka minum dan banyaknya       bait-bait    syair   yang    mereka     katakan     tentang    wanita,     maka Muhammad bin Abdillah telah menemukan jati dirinya di suatu gua yang tenang di   gunung   yang   besar.   Ia   memilih   untuk   menghabiskan   waktunya   di   dalam keheningan gua tersebut. Ia merenung dengan hatinya tentang keadaan alam; ia   memikirkan      keagungan      rahsia-rahsianya     dan    rahmat    Penciptanya      serta kebesaran-Nya.

Read More