KISAH NABI YAHYA A.S
Allah SWT berfirman: "Di sanalah Zakaria berdoa kepada
Tuhannya seraya berkata: 'Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak
yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa. Kemudian Malaikat (Jibril)
memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab
(katanya): 'Sesungguhnya Allah menggembirakan
kamu dengan kelahiran
(seorang puteramu) Yahya,
yang membenarkan kalimat (yang
datang) dari Allah,
menjadi ikutan, menahan diri (dari
hawa nafsu) dan
seorang nabi termasuk
keturunan orang-orang
soleh." (QS. Ali 'Imran: 38-39) "Hai Yahya, ambilah al-Kitab (Taurat)
itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih
anak-anak, dan rasa belas kasihan yang
mendalam dari sisi
Kami dan kesucian
(dari dosa).

Dan
ia adalah seorang yang
bertakwa, dan banyak
berbakti kepada kedua
orang tuanya, dan bukanlah
ia orang yang
sombong dan derhaka.
Kesejahteraan atas dirinya
pada hari ia dilahirkan, dan pada hari itu ia meninggal dan pada hari ia
dibangkitkan kembali." (QS. Maryam: 12-15) "Hai Zakaria, sesungguhnya
Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (memperoleh) seorang
anak yang namanya
Yahya, yang sebelumnya
Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia." (QS.
Maryam: 7) Inilah Yahya seorang
Nabi yang Allah
SWT bersaksi bahawa
sebelumnya tak seorang pun
yang serupa dengannya. Yaitu
seorang Nabi yang
Allah SWT berkata tentangnya:
"Dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami." (QS. Maryam:
13) Sebagaimana Khidir diberi
ilmu dari sisi
Allah SWT, maka
Yahya diberi rasa cinta dari
sisi Allah SWT.
Al-Hanan ialah ilmu
yang luas yang
terkandung di dalamnya sesuatu
kecintaan yang dalam
terhadap makhluk dan
alam. Hanan ialah salah
satu dari tingkat
cinta yang bersumber
dari ilmu.
Yahya adalah seorang Nabi yang
menjadi cermin dari ibadah, zuhud, dan cinta.
Nabi Yahya mengungkapkan cinta
kepada semua makhluk. Ia
dicintai oleh manusia, burung-burung, binatang
buas, bahkan gurun
dan gunung. Darah
Nabi Yahya tertumpah ketika beliau
berusaha mempertahankan kebenaran yang disampaikannya di istana raja yang
lalim. Peristiwa tragis itu berkaitan dengan seorang penari
pelacur. Para ulama
banyak menyebutkan keutamaan
Yahya. Yahya hidup sezaman dengan Nabi Isa dan termasuk kerabat dekatnya
dari sisi ibu (anak bibinya). Ada
hadis yang meriwayatkan bahawa
Yahya dan Isa
pernah bertemu pada suatu hari. Lalu Isa berkata kepada Yahya,
mintakanlah ampun bagiku wahai Yahya.
Sesungguhnya engkau lebih
baik daripada aku.
Yahya berkata:
"Mintakanlah ampun bagiku wahai Isa kerana engkau lebih baik daripada
aku." Isa berkata: "Tidak, engkaulah yang
lebih baik daripada
aku. Engkau mengucapkan salam kepadaku
sedangkan Allah SWT
mengucapkan salam
kepadamu." Kisah tersebut menunjukkan keutamaan Yahya ketika Allah
S"WT menyampaikan salam kepadanya pada hari ia dilahirkan, pada hari ia
mati, dan pada hari ia dibangkitkan kembali dalam keadaan hidup. Diriwayatkan
bahawa Rasulullah saw pernah pergi dan menemui para sahabatnya. Pada suatu
hari, beliau mendapati mereka sedang menyebut-nyebut keutamaan para nabi. Ada
yang mengatakan, Musa kalimullah (seorang nabi yang diajak bicara oleh Allah
SWT). Ada yang mengatakan, Isa ruhullah (tiupan roh Allah SWT). Dan ada juga
yang mengatakan, Ibrahim khalilullah (seorang kekasih Allah SWT). Demikianlah para
sahabat berbicara tentang
para nabi lalu
Rasulullah saw menemui mereka.
Ketika Rasul saw mendapati mereka tidak menyebut nama Yahya, beliau berkata:
"Di manakah putera seorang syahid yang mendapatkan banyak penderitaan, yang
memakan pohon kerana
takut dosa, di
manakah Yahya bin Zakaria." Sementara itu, datanglah musim semi di
Palestina dan bumi tampak semakin menghijau
dan langit semakin
terang. Bulan dengan
cahayanya menembus
puncak-puncak pohon dan
kebun. Bunga-bunga mawar
dan jeruk semakin berkembang dan baunya tersebar ke
udara. Dan burung- burung yang sedang berterbangan tampak
bernyanyi dan melantunkan
lagu-lagu kegembiraan di tengah-tengah suasana yang ceria dan penuh
keindahan. Kemudian lahirlah Yahya.
Kelahiran Yahya dipenuhi
banyak mukjizat. Beliau lahir pada saat ayahnya Zakaria
berusia lanjut sehingga tampak seakan-akan ia putus asa
kerana tidak akan
mempunyai keturunan. Beliau
lahir melalui doa yang
suci yang bersumber
dari hati Nabi
Zakaria yang suci
dan tulus.
Nabi Yahya
lahir di tengah-tengah masa
yang dipenuhi dengan
puncak kesucian sebagaimana juga
dihiasi dengan puncak
kelaliman. Maryam adalah
simbol puncak kesucian di zamannya. Mihrabnya penuh dengan bau yang
harum yang memancarkan
kalimat- kalimat solat
yang terus menerus
dan zikir yang bersumber dari
hati yang suci.
Masjid tampak dipenuhi
dengan gelombang orang-orang
yang solat dan orang-orang mukmin yang berzikir. Namun nun jauh di sana
kelaliman tetap membunyikan genderangnya. Yahya dilahirkan
dan masa kecilnya
tidak seperti lazimnya
masa yang dilalui oleh anak-anak. Umumnya anak-anak saat
itu bermain hal-hal
yang tidak berguna, sedangkan
Yahya tampak serius
sejak beliau kecil.
Anak-anak kecil saat itu
merasa senang dan
terhibur ketika mereka
menyeksa binatang,
sementara Yahya justru
memberi makan bintang-
binatang dan burung
dari makanannya sebagai bentuk
belas kasihan darinya,
bahkan terkadang Yahya sendiri makan
dari daun-daun pohon
atau buahnya. Ketika
beliau menginjak usia dewasa,
maka cahaya wajahnya
semakin bersinar dan
hatinya penuh dengan hikmah
dan cinta kepada
Allah SWT serta
kedamaian. Yahya adalah seseorang yang menyukai membaca sejak
usia dini. Beliau rajin membaca dan menggali ilmu. Ketika beliau masih kecil,
Allah SWT memanggilnya: "Hai Yahya, ambilah al-Kitab
(Taurat) itu dengan
sungguh-sungguh. Dan Kami
berikan kepadanya hikmah selagi ia masih anak-anak." Yahya
mendapatkan perintah—saat beliau masih kecil—untuk mengambil Kitab dengan
kekuatan. Yakni, hendaklah ia belajar kitab dengan penuh ketelitian, Yaitu kitab
syariat. Allah SWT
memberinya kemampuan untuk
mengetahui syariat dan memutuskan perkara manusia saat beliau masih
kecil. Yahya adalah orang yang paling
alim di zamannya
dan paling banyak
menerima hikmah. Beliau mempelajari syariat
secara sempurna. Oleh
kerana itu, Allah
SWT memberinya kekuasaan saat beliau masih kecil. Beliau mampu
menyelesaikan persoalan di antara
manusia dan menjelaskan
mereka rahsia-rahsia agama, bahkan beliau mengenalkan mereka
jalan kebenaran dan mengingatkan mereka dari
jalan kesalahan atau
kebatilan. Kemudian Yahya
semakin dewasa dan ilmunya
makin bertambah serta
kasih sayangnya pun
makin meningkat, baik kepada kedua
orang tuanya mahupun
kepada binatang. Kasih
sayang Nabi Yahya meliputi
segala sesuatu. Beliau mengajak manusia untuk
bertaubat dari dosa
mereka; beliau memandikan
mereka di sungai Jordania agar mereka menyucikan diri mereka dengan taubat;
beliau mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Di sana tidak terdapat
seseorang yang tidak
suka kepada Yahya
atau menginginkan
keburukan
baginya. Yahya adalah
seseorang yang sangat
dicintai oleh
masyarakatnya kerana ia
memang seorang yang
penyayang, seorang yang bertakwa, seorang yang alim, dan
seorang yang berbudi mulia. Beliau keluar dan pergi ke gunung dan kebun bahkan
gurun dan tinggal di dalamnya selama berbulan-bulan untuk
menyembah Allah SWT
dan menangis di
hadapan-Nya serta solat. Beliau
merasakan kedamaian di
daratan, bahkan beliau
tidak memperhatikan makanannya. Beliau makan dari daun-daun pohon dan
minum dari air sungai. Bahkan beliau makan belalang dan juga rumput. Beliau
tidur di gua mana pun
yang ditemuinya di
gunung dan lubang
mana pun yang didapatinya di bumi. Terkadang beliau
masuk di suatu gua gunung lalu beliau menemukan binatang buas di dalamnya
seperti serigala atau singa namun kerana kesibukannya dan konsentrasinya saat
berzikir kepada Allah SWT dan solat sehingga beliau tidak lagi memperhatikan serigala
atau singa. Serigala
dan singa itu
melihat Nabi Yahya lalu mereka
mengetahui bahawa ini adalah seorang Nabi Allah SWT yang sangat berbelas
kasih kepada binatang,
maka binatang-binatang buas
itu menundukkan kepalanya dan meninggalkan tempat itu dengan tenang
sehingga Nabi Yahya tidak mendengar suara mereka. Pada kesempatan
yang lain,
Nabi Yahya memberi
makan binatang- binatang buas dengan penuh kasih sayang.
Bahkan beliau tidak makan di malam harinya kerana makanannya
diberikan kepada binatang-binatang itu.
Beliau merasa puas saat
menjadikan solat dan
zikir sebagai makanan
dari hatinya sebelum beliau memberi makanan pada
tubuhnya. Beliau makan dari daun-daun pohon. Beliau bermalam atau bergadang
dalam keadaan air matanya berlinangan saat berzikir kepada
Allah SWT dan
tenggelam dalam lautan
cinta dan bersyukur kepada-Nya. Ketika
Nabi Yahya berdiri
di depan manusia
untuk mengajak mereka menyembah Allah
SWT, maka beliau
mampu membuat mereka menangis kerana cinta dan
khusyuk. Beliau mampu mempengaruhi hati mereka dengan kebenaran
yang dibawanya dan
beliau menampakkan bahawa
beliau memang dekat dengan Allah SWT. Pada suatu
hari, Nabi Yahya
keluar menemui manusia.
Masjid tampak ramai dipenuhi orang-orang. Nabi
Yahya berdiri dan
beliau mulai berbicara: "Sesungguhnya Allah SWT
memerintahkan aku untuk
menyampaikan kalimat-kalimat yang telah aku kerjakan dan aku telah
memerintahkan kalian untuk juga mengerjakannya. Hendaklah kalian menyembah
Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya.
Barang siapa yang
menyekutukan Allah SWT
dan menyembah selain-Nya, maka
ia seperti seorang
budak yang
dibeli oleh
majikannya lalu ia
bekerja dan memberikan
tenaganya kepada tuan
selain tuannya. Siapakah di antara kalian yang ingin memiliki budak seperti
itu. Dan aku memerintahkan kalian untuk melaksanakan solat. Sesungguhnya Allah
SWT melihat hamba-Nya saat
ia solat. Oleh
kerana itu, jika
kalian solat, maka hendaklah kalian
berusaha untuk khusyuk.
Aku pun memerintahkan kalian untuk berpuasa, maka
siapa yang melakukan demikian, maka
ia seperti seseorang lelaki
yang mempunyai bingkisan
dari misik yang
baunya harum. Setiap lelaki
ini berjalan, maka
akan terpancarlah bau
harum misik darinya. Aku pun memerintahkan kalian agar
banyak melakukan zikir kepada Allah SWT, maka
orang seperti itu
seperti seorang lelaki yang dicari-cari oleh musuhnya lalu ia segera
berlindung dalam benteng yang kuat. Dan benteng yang paling kuat adalah
zikrullah dan tiada keselamatan tanpa benteng itu." Nabi Yahya
mengakhiri nasihatnya lalu
ia turun dari
mimbar dan kembali
ke gurun. Di gurun
itu hanya terdapat
pasir yang berterbangan dan
tiada suara lain selain suara
angin dan nafas pohon serta suara kaki-kaki binatang buas dan gerakan batu-batu gunung.
Di sanalah Yahya
berdiri di tengah-tengah kesunyian ini. Beliau
melaksanakan solat dan menangis. Kemudian terjadilah pergelutan hebat antara
Nabi Yahya dan pemerintah yang berkuasa. Salah seorang penguasa di zaman itu
adalah seorang yang lalim dan sempit akalnya. Kerosakan tersebar di istananya.
Ia mendengar berita tentang Yahya. Ia heran kerana banyaknya manusia yang
memberikan penghargaan dan penghormatan yang luar biasa kepada Yahya sedangkan
ia sebagai seorang raja tidak mendapatkan penghormatan yang demikian besar.
Raja tersebut ingin memperkosa isteri saudaranya di mana ia mempunyai anak
perempuan yang memiliki kecantikan yang terkenal. Dalam cerita disebutkan bahawa
anak
perempuan itu mampu
melakukan tarian yang
mengagumkan sambil memakai tujuh
helai baju. Setiap
ia menari, maka
terlepaslah setiap baju yang
dipakainya dan pada tarian yang terakhir, ia tampak dalam keadaan telanjang.
Raja bertanya kepada
Yahya, apakah ia
boleh menikahi isteri
saudaranya. Yahya menjawab, itu tidak diperbolehkan. Raja tetap berbicara
kepada Yahya dan mendesak kepadanya agar membolehkannya menikah dengan wanita
yang disukainya itu, dan
hendaklah Yahya mencari
solusi atau fatwa
yang sangat memuaskannya. Namun
Yahya menolak keras untuk memenuhi permintaan raja itu. Kemudian
Yahya pun meninggalkannya. Akhirnya, raja
tampak marah
kepada Yahya dan
memerintahkan agar Yahya
dipenjara. Kemudian raja
itu pun memperkosa isteri
saudaranya. Anak perempuan
wanita itu yang
suka menari telah melihat Yahya saat ia berbicara dengan raja. Anak
perempuan itu sangat tertarik akan ketampanan Yahya dan keagungan
keperibadiannya. Ringkasnya, wanita yang ahli menari itu pun merasa jatuh cinta
kepada Yahya. Ia pergi menemui
Yahya di penjaranya
dan ia melihat
Yahya dalam keadaan duduk solat dan menangis. Wanita itu
terus mengawasi Yahya saat beliau solat sampai selesai.
Lalu ia meletakkan dirinya
di bawah kaki
Yahya dan memintanya agar
mencintainya sebagaimana ia
mencintai Yahya. Yahya menjawab bahawa
di dalam
hatinya tidak ada
cinta lain selain
cinta kepada Allah SWT. Wanita
itu pun bangkit dari tempatnya dalam keadaan putus asa. Ia meninggalkan Yahya
dalam keadaan hatinya
dipenuhi kebencian padanya.
Ia kembali ke istana raja. Waktu Isyak telah berakhir. Raja mulai
meminum minuman kesukaannya, yaitu khamr.
Wanita itu memberikan
minum kepada raja.
Makin banyaknya raja minum, sampai-sampai raja merasa bahawa
kepalanya seperti belon besar dan ia
sebentar lagi akan
terbang. Di sanalah
wanita penari itu
segera memakai pakaian tarian
dan kembali kepada
raja. Raja melihatnya dan
ia merasa kepalanya bertambah besar
dan wanita itu
mulai menari. Lalu
dipukullah rebana dan berbagai
alat muzik sehingga
wanita itu tampak
menari dan menikmati
tariannya. Pada tarian ke tujuh ia berhenti lalu membuka wajahnya sambil berkata
kepada raja: "Wahai tuanku,
aku ingin bertanya
sedikit kepadamu." Raja yang sedang mabuk itu berkata: "Segala
sesuatu yang engkau inginkan akan kuberikan
kepadamu sekarang juga."
Wanita itu berkata:
"Aku menginginkan kepala Yahya bin Zakaria." Mendengar perkataan
itu, raja segera sadar dari mabuknya lalu ia merasakan ketakutan. Ia berkata
kepadanya: "Mintalah kepadaku yang lain saja." Wanita itu berkata:
"Aku menginginkan darah
Yahya bin Zakaria." Wanita
ini adalah simbol keburukan.
Raja berkata sambil
minum minuman keras
yang keempat kalinya setelah
empat puluh kali:
"Bunuhlah
Yahya!" Akhirnya, pemimpin pasukan raja
mengeluarkan perintah kepada
anak buahnya untuk
menghabisi Yahya. Kemudian Yahya
menemui ajalnya secara
tragis dan meneguk
madu syahadah. Injil Mata pada pasal yang keempat belas menyebutkan
suatu riwayat sebagai berikut: "Hirdus
telah menangkap Yuhana
lalu ia memasukkan
ke dalam penjara kerana Hirduya
isteri dari saudaranya.
Sebab Yuhana berkata
kepadanya, engkau tidak boleh
mengambilnya sebagai isterimu.
Ia ingin membunuh Yuhana tetapi
ia khuatir terhadap
reaksi masyarakat kerana
mereka menganggapnya
sebagai seorang Nabi.
Ketika diadakan acara
kelahiran Hirdus salah seorang perempuan anak dari Hirduya menari di
tengah-tengah para hadirin sehingga
Hirdus merasa kagum,
kerananya kemudian ia bersumpah bahawa
apa pun yang
diminta penari itu
akan diturutinya. Wanita itu
berkata: "Berikanlah kepadaku kepala Yuhana." Sebetulnya raja
itu keberatan tetapi
ia sudah terlanjur
bersumpah dan disaksikan orang-orang di
sekitarnya, maka ia
pun memerintahkan agar
permintaan wanita itu dituruti.
Kemudian kepala Yuhana
dikirim dari penjara,
dan diberikan kepada gadis itu, lalu gadis itu membawanya kepada
ibunya."