Nabi Zakaria A.S & Nabi Yahya A.S
Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sadar dan mengetahui bahawa
anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak
saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan
melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa
keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan
mudah mereka tergoda
dan terjerumus ke
dalam lembah kemungkaran
dan kemaksiatan.

Ia khawatir bila
ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan
pimpinannya atas kaumnya,
bahawa mereka akan
makin rusak dan
makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan
ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci
Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama. Kekhuatiran itu selalu
mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga
mencapai usia sembilan
puluh tahun, Tuhan
belum mengurniakannya dengan seorang anak
yang ia idam-idamkan untuk
menjadi penggantinya memimpin
dan mengimami Bani Isra'il. Ia
agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara
dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan
tetapi rasa sedihnya dan keinginanya
yang kuat untuk
memperolhi keturunan tergugah
kembali ketika ia menyaksikan mukjizat
hidangan makanan dimihrabnya
Maryam.
Ia berfikir
didalam hatinya bahawa tiada
sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki
kepada Maryam dalam
keadaan seorang diri
tidak berdaya dan
berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia
kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam
yang sudah larut
duduklah Zakaria di
mihramnya menghiningkan cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran
Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang
bulat. Dengan suara
yang lemah lembut
berucaplah ia dalam
doanya: "Ya Tuhanku berikanlah
aku seorang putera
yang akan mewarisiku
dan mewarisi sebahagian
dari keluarga Ya'qub, yang
akan meneruskan pimpinan
dan tuntunanku kepada
Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti
anggota-anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati
tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah
menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang
perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku
tidak jemu-jemunya berdoa
kepadamu memohon rahmat-Mu
mengurniai kau seorang
putera yang soleh yang engkau redhai." Allah berfirman
memperkenankan permohonan Zakaria:
"Hai Zakaria Kami
memberi khabar gembira kepadamu,
kamu akan memperoleh
seorang putera bernama
Yahya yang soleh
yang membenarkan
kitab-kitab Allah menjadi
pemimpin yang diikuti
bertahan diri dari
hawa nafsu dan godaan syaitan
serta akan menjadi seorang nabi."
Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana aku akan
memperolehi anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan yang mandul dan aku
sendiri sudah lanjut usianya." Allah
menjawab dengan firman-Nya:
"Demikian itu adalah
suatu hal yang
mudah bagi-Ku. Tidakkah aku
telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?"
Berkata Zakaria: "Ya
Tuhanku, berilah aku
akan suatu tanda
bahawa isteri aku
telah mengandung."
Allah berfirman: "Tandanya bagimu
bahawa engkau tidak
dapat berkata-kata dengan manusia
selama tiga hari
berturut-turut kecuali dengan
isyarat. Dan sebutlah
nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi
hari." Nabi Yahya bin
Zakaria a.s. tidak
banyak dikisahkan oleh
Al-Quran kecuali bahawa
ia diberi ilmu dan
hikmah selagi ia
masih kanak-kanak dan
bahawa ia seorang
putera yang berbakti kepada kedua
ora ng tuanya
dan bukanlah orang
yang sombong durhaka.
Ia terkenal
cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun
beribadah yang dilakukan siang dan malam
sehingga berpengaruh kepada
kesihatan badannya dan
menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal
kitab Taurat, sehingga ia menjadi
tempat bertanya tentang
hukum-hukum agama. Ia
memiliki keberanian dalam mengambil
sesuatu keputusan, tidak
takut dicerca orang
dan tidak pula
menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran
dan melawan kebathilan. Ia selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa
agar bertaubat dari dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan {
dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku
di kalangan orang-orang
Kristian dan kerana
Nabi Yahya adalah
orang pertama yang mengadakan
upacara itu, maka ia dijuluki "Yahya Pembaptis". Dikisahkan bahawa
Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri
bernama Hirodia, seorang
gadis yang cantik,
ayu, bertubuh lampai
dan ramping dan
berhasrat ingin
mengahwininya. Sang gadis
berserta ibunya dan
seluruh anggota keluarga
menyentujui rencan
perkahwinan itu, namun
Nabi Yahya menentangnya dan
mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu
tidak boleh dilaksanakan kerana
bertentangan dengan syariat
Musa yang mengharamkan seorang
mengahwini anak saudaranya sendiri. Berita
rencana perkahwinan Hirodus
dan Hirodia serta
fatwa Nabi Yahya
yang melarangnya tersiar di
seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana
orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih
bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan
perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri,
fatwa mana telah
membawa reaksi dan
pendapat dikalangan masyarakat
yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus
calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan
terpaksa membatalkan perkahwinan yang
sudah dinanti-nanti dan
diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa
pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah
disepakati itu. Menghadapi
fatwa Nabi Yahya
dan reaksi masyarakat itu,
Herodia tidak tinggal
diam.
Ia berusaha dengan
bersenjatakan kecantikkan dan
parasnya yang
ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon
suaminya agar rencana
perkahwinan dilaksanakan menurut
rencana. Dengan merias diri
dan berpakaian yang
merangsang, ia pergi
mengunjungi bapa saudaranya
Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak
saudaranya calon isterinya yang
nampak lebih cantik
daripada biasa :
"Hai manisku, apakah
yang dapat aku
berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu,
kedatanganmu kemari pada saat ini tentu
didorong oleh sesuatu
hajat yang mendesak
yang ingin engkau
sampaikan kepadaku. Sampaikanlah
kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan
keinginanmu." Herodia
menjawab: "Bila Tuan
Raja berkenan, maka
aku hanya mempunyai
satu permintaan yang mendorongku
datang mengunjungi Tuanku
pada saat ini.
Permintaanku yang tunggal
itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana
kita dan mencemarkan nama baik
Tuan Raja dan
namaku sekeluarga di
segala tempat dan
penjuru. Supaya dia
dipenggal kepalanya.
Alangkah puasnya hatiku
dan besarnya terima
kasihku, bila Tuanku
berkenan meluluskan permintaanku ini". Herodus yang
sudah tergila-gila dan
tertawan hatinya oleh
kecantikan dan keelokan
Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan
tidak dapat berbuat selain tunduk kepada
kehendaknya dengan mengabaikan
suara hati nuraninya
dan panggilan akal
sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin
Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya
di depan kesayangannya Herodia
yang tersenyum tanda
gembira dan puas
hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan
rintangan utama yang akan menghalangi rencana
perkahwinannta telah tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya,
diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya. Cerita tentang Zakaria dan Yahya
terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat
15, surah Ali
Imran ayat 38
senhingga ayat 41
dan surah Al-Anbiya'
ayat 89 sehingga ayat 90.