Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 10 Mei 2025

kisah nabi Isa As bag 1

 KISAH NABI ISA A.S

Matahari   tampak   akan   tenggelam,   angin   pun   bertiup   sepoi-sepoi   di   sekitar pepohonan.       Harum     semerbak     mulai   memenuhi      mihrab    Maryam.     Bau    itu menembus       jendela    mihrab    dan   mengepakkan      sayapnya     di  sekeliling  gadis perawan   yang   khusyuk   dalam   solat   tanpa   seorang   pun   mendengar   suaranya. Maryam merasa bahawa udara dipenuhi dengan bau harum yang mengagumkan. Ia   kembali   melakukan   solatnya   dengan   khusyuk   dan   mengungkapkan   syukur kepada Allah SWT. Seekor burung hinggap di jendela mihrab. Ia mengangkat paruhnya ke atas dan mengarahkan ke matahari serta mengepakkan kedua sayapnya lalu ia terjun ke air dan mandi di dalamnya. Kemudian ia terbang ringan di sekitamya. Maryam ingat bahawa beliau lupa untuk menyirami pohon mawar yang tumbuh secara tiba-tiba     di  tengah     dua   batu    yang    tumbuh     di   luar   masjid.    Maryam menyelesaikan solatnya lalu ia keluar dari mihrab dan menuju pohon. Belum selesai beliau siap-siap untuk keluar sehingga para malaikat memanggilnya: "Hai   Maryam,   sesungguhnya   Allah   telah   memilih   kamu,   menyucikan   kamu dan   melebihkan   kamu   atas   segala   wanita   di   dunia   (yang   semasa   dengan kamu)." (QS. Ali 'Imran: 42) Maryam   berhenti   dan   tampak   wajahnya   yang   pucat   dan   semakin   bertambah. Mihrab itu dipenuhi dengan kalimat-kalimat para malaikat yang memancarkan cahaya.   Maryam   merasa   bahawa   pada   hari-hari   terakhir   terdapat   perubahan pada   suasana   rohaninya   dan   fiziknya.   Di   tempat   itu   tidak   terdapat   cermin sehingga     ia  tidak  dapat   melihat    perubahan    itu.  Tetapi   ia  merasa    bahawa darah,     kekuatan    dan   masa    mudanya     mulai   meninggalkan      tempatnya      dan digantikan dengan kesucian dan kekuatan yang lebih banyak. Beliau menyedari bahawa ia sedang gugup. Beliau merasakan kelemahan manusiawi dan adanya kekuatan   yang   luar   biasa.   Setiap   kali   tubuhnya   merasakan   kelemahan,   maka bertambahlah       kekuatan    dalam    rohnya.    Perasaan    yang   demikian    ini  justru membangkitkan        kerendahan      hatinya.   Maryam     mengetahui     bahawa     ia  akan memikul tanggung jawab besar. "Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril) berkata: 'Hai Maryam, sesungguhnya Allah   telah   memilih   kamu,   menyucikan   kamu   dan   melebihkan   kamu   atas segala wanita di dunia (yong semasa dengan kamu)." (QS. Ali 'Imran: 42)

kisah nabi isa


Dengan   kalimat-kalimat   yang   sederhana   ini   Maryam   memahami   bahawa   Allah SWT telah memilihnya dan menyucikannya dan menjadikannya penghulu para wanita dunia. Beliau adalah wanita terbesar di dunia. Para malaikat kembali berkata kepada Maryam: "Hai    Maryam,      taatlah   kepada     Tuhanmu,      sujud    dan    rukuklah     bersama orang-orang yang ruku." (QS. Ali 'Imran: 43) Perintah     tersebut    ditetapkan     setelah   adanya    berita   gembira     agar   beliau meningkatkan       kekhusyukannya,       sujudnya,    dan  rukuknya     kepada    Allah  SWT. Maryam      lupa   terhadap     pohon    mawar     dan   beliau   kembali    solat.   Maryam merasakan bahawa sesuatu yang besar akan terjadi padanya. Beliau merasakan hal itu sejak beberapa hari, tetapi perasaan itu semakin menguat saat ini. Matahari     meninggalkan      tempat     tidurnya    sementara     malam     telah   bangkit sedangkan   bulan   duduk   di   atas   singgahsananya   di   langit   dan   di   sekelilingnya terdapat awan-awan yang indah dan putih. Kemudian datanglah pertengahan malam dan Maryam masih sibuk dalam solatnya. Beliau menyelesaikan solatnya dan   teringat   pohon   mawar   itu   lalu   beliau   membawa   air   di   suatu   bejana   dan pergi untuk menyiramnya. Pohon mawar itu tumbuh di antara dua batu di tempat yang tidak jauh dari masjid yang hanya ditempuh beberapa langkah darinya. Tempat itu jauh dari jangkauan manusia sehingga tak seorang pun mendekatinya. Tempat itu sudah dijadikan tempat yang khusus bagi Maryam untuk melakukan solat di dalamnya atau   beribadah.   Maryam   mendekati   pohon   mawar   itu   dan   menyiramnya.   lalu beliau meletakkan bejana, kemudian ia memikirkan pohon mawar itu di mana tangkainya semakin panjang pada dua malam yang dilaluinya. Tiba-tiba,    Maryam     mendengar      suara   derap    kaki  yang   menggoncang       bumi. Beliau   tidak   mendengar   suara   kaki   yang   berjalan,   tetapi   beliau   mendengar suara    kaki   yang    menetap     di  atas   batu    serta  pasir.   Maryam     merasakan ketakutan. Ia merasakan bahawa ia tidak sendirian. Ia menoleh ke sebelahnya namun      ia  tidak  mendapati      sesuatu   pun.   Kemudian      kedua    matanya    mulai berputar-putar dan memperhatikan suatu cahaya yang berdiri di sana. Maryam gementar      ketakutan     dan   menundukkan       kepalanya.    Maryam     berkata    dalam dirinya, siapa gerangan orang yang berdiri di sana. Maryam memandang kepada wajah   orang   asing   itu,   dan   menyebabkan   ia   gelisah.   Wajah   orang   itu   sangat aneh,    di  mana    dahinya    bercahaya     lebih  daripada    cahaya    bulan.   Meskipun kedua matanya memancarkan kemuliaan dan kebesaran tetapi wajah orang itu justru menggambarkan kerendahan hati yang mengagumkan. Pandangan       pertama     yang    di   lihat  oleh    Maryam     kepada     orang    itu mengisyaratkan,   bahawa   orang   itu   memiliki   kemuliaan   yang   diperoleh   orang yang   menyembah   Allah   SWT   selama   jutaan   tahun.   Maryam   bertanya   kepada dirinya,   siapa  gerangan    orang   ini?  Kemudian   seakan-   akan   orang   asing  itu membaca      fikiran  Maryam     dan  berkata:   "Salam   kepadamu     wahai    Maryam." Maryam     dibuat   terkejut    mendengar     adanya   suara   manusia    di  depannya. Maryam berkata sebelum menjawab salamnya: "Sesungguhnya       aku   berlindung     daripadamu      kepada    Tuhan    Yang    Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa." (QS. Maryam: 18) Maryam berlindung di bawah lindungan Allah SWT dan ia bertanya kepadanya, "Apakah engkau manusia yang mengenal Allah SWT dan bertakwa kepadanya?" Kemudian orang itu tersenyum dan berkata: "Sesungguhnya        aku    ini  hanyalah      seorang    utusan     Tuhanmu,      untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci." (QS. Maryam: 19) Orang asing itu belum selesai menyampaikan kalimatnya sehingga tempat itu dipenuhi   cahaya   yang   menakjubkan   yang   tidak  menyerupai cahaya   matahari, cahaya bulan, cahaya lampu, cahaya lilin bahkan cahaya api. Di sana terdapat cahaya yang sangat jernih. Kemudian terngianglah di kepala Maryam kalimat: "Aku   adalah   seorang   utusan   Tuhanmu."   Kalau   begitu,   dia   adalah   penghulu para malaikat, Ruhul Amin (Jibril) yang telah berubah wujud menjadi manusia. Maryam mengangkat kepalanya dengan gementar menahan luapan cinta. Jibril berdiri di depannya dalam bentuk manusia. Maryam memperhatikan kejernihan dahinya    dan   kesucian   wajahnya.    Benar   apa   yang  diduganya    bahawa    Jibril memiliki kemuliaan yang diperoleh orang yang menyembah Allah SWT selama jutaan    tahun.   Kemudian     Maryam    mengingat    kembali   kalimat-kalimat     yang diucapkan     Jibril.  Malaikat  itu  telah  mengatakan     bahawa    ia  adalah  utusan Tuhannya, dan ia telah datang untuk memberi Maryam seorang anak laki-laki yang suci. Maryam ingat bahawa dirinya adalah seorang perawan yang belum tersentuh     oleh  seorang   pun.   Ia  belum   menikah     dan  belum    dilamar   oleh seseorang pun, maka bagaimana ia melahirkan anak tanpa melalui pernikahan.

Fikiran- fikiran ini berputar-berputar di kepala Maryam lalu ia berkata kepada Jibril: "Maryam berkata: Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak    pernah     seorang    manusia      pun   menyentuhku        dan    aku   bukan    (pula) seorang penzina!" (QS. Maryam: 20) Jibril berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman: 'Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan agar dapat   Kami   menjadikannya   suatu   tanda   bagi   manusia   sebagai   rahmat   dari Kami;     dan    hal  itu   adalah    suatu    perkara    yang    sudah    diputuskan."'      (QS. Maryam: 21) Maryam   menerima   kalimat-kalimat   Jibril.   Tidakkah   Jibril   berkata   kepadanya bahawa        ini   adalah     perintah      Allah    SWT     dan     segala     sesuatu     yang diperintahkan-Nya pasti akan terlaksana. Kemudian, mengapa ia harus (ketika) melahirkan   tanpa   disentuh   oleh   seorang   manusia   pun.   Bukankah   Allah   SWT menciptakan        Nabi    Adam    tanpa    seorang     ayah    dan   seorang     ibu?   Sebelum diciptakannya   Nabi   Adam   tidak   ada   lelaki   dan   wanita.   Hawa   diciptakan   dari Nabi Adam dan ia pun diciptakan dari laki-laki, tanpa perempuan. Biasanya      manusia     diciptakan     melalui    pasangan      laki-laki   dan   perempuan; biasanya   ia   memiliki   ayah   dan   ibu,   tetapi   mukjizat   terjadi   ketika   Allah   SWT menginginkannya untuk terjadi. Kemudian Jibril meneruskan pembicaraannya: "Sesungguhnya         Allah   menggembirakan          kamu     (dengan     kelahiran     seorang putera  yang   diciptakan)   dengan   kalimat   (yang   datang)   dari-   Nya,   namanya al-Masih Isa putera Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan     termasuk      orang-orang       yang    didekatkan       (kepada     Allah),    dan    dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa, dan dia termasuk di antara orang-orang yang soleh." (QS. Ali 'Imran: 45-46) Kehairanan   Maryam   semakin   bertambah.   Betapa   tidak,   sebelum   mengandung anak   itu   di   perutnya   ia   telah   mengetahui   namanya.   Bahkan   ia   mengetahui bahawa      anaknya     itu  akan    berbicara    dengan     manusia     saat  ia  masih    kecil. Sebelum   Maryam   menggerakkan   lisannya   untuk   melontarkan   pertanyaan   lain,

Jibril   mengangkat       tangannya     dan    mengerahkan       udara    ke   arah    Maryam. Kemudian   datanglah   hembusan   udara   yang   bercahaya   yang   belum   pernah   di lihat   sebelumnya   oleh   Maryam.   Lalu   cahaya   tersebut   ke   jasad   Maryam   dan memenuhinya.   Tak   sempat   Maryam   melontarkan   pertanyaan   yang   lain,   Jibril yang suci telah pergi tanpa meninggalkan suara. Udara yang dingin telah bergerak dan Maryam pun tampak menggigil. Maryam segera   kembali   ke   mihrabnya.   Ia   menutup   pintu   mihrab   dan   ia   tenggelam dalam      solat   yang    khusyuk     dan    ia   pun    menangis.     Maryam      merasakan kegembiraan,       kebingungan      dan   kegoncangan      serta   kedamaian     yang    dalam. Kini, Maryam tidak lagi sendirian. Sejak Jibril meninggalkannya, ia merasakan bahawa      ia  tidak   lagi  sendirian.   Ia  menggerakkan      tangannya     yang    dipenuhi dengan cahaya, kemudian cahaya ini berubah di dalam perutnya menjadi anak, seorang     anak    yang    akan   menjadi     kalimat    Allah   SWT     dan   roh-Nya    yang diletakkan pada Maryam. Ketika anak itu besar, ia akan menjadi seorang rasul dan nabi yang ajarannya dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang. Maryam   di   malam   itu   tidur   dengan   nyenyak   dan   ia   bangun   di   waktu   Subuh. Belum   lama   ia   membuka   kedua   matanya   sehingga   ia   dibuat   terkejut   ketika melihat     mihrab    dipenuhi    dengan     buah-buahan      yang   sebenarnya      tidak   lagi musim.   Maryam   heran   melihat   hal   itu.   Ia   mulai   mengingat   apa   yang   telah terjadi   padanya   kelmarin,       yaitu   bagaimana     kejadian   saat   menyiram   pohon mawar,      bagaimana     pertemuannya       dengan     malaikat    Jibril,  bagaimana     Allah SWT   meniupkan   kalimat-Nya   padanya,   bagaimana   ia   kembali   ke   mihrab,   dan bagaimana       tidurnya   yang    nyenyak.    Maryam     berkata    kepada    dirinya   sambil melihat     buah-buahan       yang   banyak:    Apakah     aku   akan    memakan      sendirian buah-buahan   ini.   Kemudian   ada   suara   dalam   dirinya   yang   berkata:   "Engkau tidak   lagi   sendirian   wahai   Maryam.   Kini,   engkau   bersama   Isa.   Engkau   harus makan dengan baik. Dan Maryam mulai makan. Lalu berlalulah hari demi hari. Kandungan Maryam berbeza dengan kandungan umumnya   wanita.   Ia   tidak   merasakan   sakit   dan   tidak   merasa   berat;   ia   tidak merasakan   sesuatu   telah   bertambah   padanya   dan   perutnya   tidak   membuncit seperti umumnya wanita. Alhasil, kehamilan yang dialaminya dipenuhi dengan nikmat   yang   baik.   Datanglah   bulan   yang   ke   sembilan.   Ada   sebahagian   ulama yang    mengatakan       bahawa    Maryam     tidak   mengandung       Isa  selama    sembilan bulan, tetapi ia melahirkannya secara langsung sebagai mukjizat. Pada suatu hari, Maryam keluar ke suatu tempat yang jauh. Ia merasa bahawa sesuatu akan terjadi hari itu. Tetapi ia tidak mengetahui hakikat sesuatu itu. Kakinya   membimbingnya   untuk   menuju   tempat   yang   dipenuhi   dengan   pohon kurma.   Tempat   itu   tidak   biasa   dikunjungi   oleh   seseorang   pun   kerana   saking jauhnya; tempat yang tidak diketahui oleh seseorang pun kecuali Maryam. Tak seorang pun yang mengetahui Maryam bahawa sedang hamil dan ia akan melahirkan.       Mihrab    yang    menjadi     tempat     ibadahnya      selalu   tertutup. Orang-orang mengetahui bahawa Maryam sedang sibuk beribadah dan tidak ada seorang   pun   yang   mendekatinya. Maryam   duduk  beristirahat   di bawah pohon kurma yang besar dan tinggi. Maryam mulai merasakan sakit pada dirinya, dan rasa sakit tersebut semakin terasa. Akhirnya, Maryam melahirkan: "Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon   kurma,   ia  berkata: 'Aduhai   alangkah  baiknya  aku  mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan." (QS. Maryam: 23) Rasa   sakit   saat   melahirkan   anak   yang   dialami   wanita   suci   ini   menimbulkan penderitaan-penderitaan         lain  yang   segera   menantinya.     Bagaimana     manusia akan menyambut anaknya ini? Apa yang mereka katakan tentangnya? Bukankah mereka mengetahui bahawa ia adalah wanita yang masih perawan? Bagaimana seorang   gadis   perawan   bisa   melahirkan?   Apakah   manusia   akan   membenarkan Maryam       yang    melahirkan      anak    itu   tanpa    ada    seseorang     pun    yang menyentuhnya?           Kemudian         pandangan-pandangan            keraguan       mulai menyelimutinya.   Maryam   berfikir   bagaimana   reaksi   manusia   kepadanya   dan bagaimana   perkataan   mereka   terhadapnya   sehingga   hatinya   dipenuhi dengan kesedihan. Belum lama Maryam membayangkan dan meminta agar ia dimatikan dan dilupakan, tiba-tiba anak yang baru lahir itu memanggilnya: "Janganlah   kamu   bersedih   hati,   sesungguhnya   Tuhanmu   telah   menjadikan anak     sungai   di  bawahmu.      Dan   goyanglah     pangkal    pohon    kurma     itu  ke arahmu,   nescaya   pohon   itu   akan   mengugurkan   buah   kurma   yang   masak kepadamu makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang     manusia,     maka    katakanlah:     'Sesungguhnya       aku   telah   bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.'" (QS. Maryam: 24-26) Maryam       melihat     al-Masih     yang    tampan      wajahnya.      Wajahnya       tidak kemerah-merahan dan rambutnya tidak keriting seperti anak-anak yang lahir di saat    itu,  tetapi  ia  berkulit   lembut    dan  putih.   Anak   itu  diselimuti   dengan kesucian     dan    kasih  sayang;    anak    itu  berbicara    kepada     Maryam     agar   ia menghilangkan        kesedihannya      dan   meminta     padanya     agar   menggoyangkan batang-batang   pohon   kurma   supaya   jatuh   darinya   sebahagian   buahnya   yang lazat dan Maryam dapat memakan dan meminum darinya sehingga hatinya pun penuh dengan kedamaian serta kegembiraan dan tidak berfikir tentang sesuatu pun. Jika Maryam melihat atau menemui manusia, maka hendaklah ia berkata kepada   mereka   bahawa   ia   bernazar   kepada   Allah   SWT   untuk   berpuasa   dan tidak berbicara kepada seseorang pun. Maryam   melihat   al-Masih   dengan   penuh   kecintaan.   Anak   itu   baru   dilahirkan beberapa      saat  tetapi   ia  langsung   memikul     tanggung    jawab    ibunya   di  atas pundaknya.       Selanjutnya,    ia  akan    memikul    penderitaan      orang-orang     fakir. Maryam melihat bahawa wajah anak itu menyiratkan tanda yang sangat aneh. Yaitu   tanda   yang   mengisyaratkan   bahawa   ia   datang   ke   dunia   bukan   untuk mengambil darinya sesuatu, tetapi untuk memberinya segala sesuatu. Maryam menghulurkan        tangannya     ke   pohon     kurma    yang    besar.   Belum     lama    ia menyentuh batangnya   hingga   jatuhlah   darinya   buah kurma   yang   masih muda dan   lazat.   Maryam   makan   dan   minum   dan   kemudian   ia   memangku   anaknya dengan penuh kasih sayang. Saat     itu,   Maryam      merasakan      kegoncangan       yang    hebat.    Silih-berganti ketenangan   dan   kegelisahan   menghampirinya.   Segala   fikirannya   tertuju   pada satu   hal,   yaitu   Isa.   Ia   bertanya-tanya   dalam   dirinya:   Bagaimana   orang-orang Yahudi akan menyambutnya, apa yang akan mereka katakan tentangnya, apa yang akan mereka katakan terhadap Maryam, apakah para pendeta dan para pembesar      Yahudi    percaya    bahawa    Maryam     melahirkan     seorang   anak   tanpa disentuh oleh seseorang pun? Bukankah mereka terbiasa hidup dengan suasana pencurian dan penipuan? Apakah seseorang di antara mereka akan percaya - padahal ia jauh dari langit - bahawa langit telah memberinya seseorang anak. Akhirnya, masa pengasingan Maryam telah berakhir dan Maryam harus kembali ke kaumnya. Maryam kembali dan waktu menunjukkan Ashar. Pasar besar yang terletak di jalan yang dilalui Maryam menuju masjid dipenuhi dengan manusia. Mereka     sibuk   dengan     jual-beli.   Mereka    duduk    berbincang-bincang       sambil minum      anggur.   Belum    lama    Maryam    melewati     pasar   itu  sehingga   manusia melihatnya      membawa       seorang   anak    kecil  yang   didakapnya.     Salah   seorang bertanya:   "Bukankah   ini   Maryam   yang   masih   perawan?   Lalu,   anak   siapa   yang dibawanya itu?" Seorang yang mabuk berkata: "Itu adalah anaknya." Mari kita dengar   cerita   apa   yang   akan   disampaikannya.   Akhirnya,   orang-orang   Yahudi

mulai "mengepung" dengan berbagai macam pertanyaan: "Anak siapa ini wahai Maryam,      mengapa     engkau    tidak   mengembalikannya,       apakah    itu  memang anakmu, bagaimana engkau datang dengan membawa seorang anak sedangkan engkau adalah gadis yang masih perawan?" "Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang penzina." (QS. Maryam: 28) Maryam      dituduh   melakukan     pelacuran.    Mereka    menyerang      Maryam    tanpa terlebih dahulu mendengarkan sanggahannya atau mengadakan penelitian atau membuktikan       bahawa     perkataan    mereka    memang      benar.   Maryam     dicerca sana-sini dan ia diingatkan, bahawa bukankah ia seseorang yang tumbuh dari rumah yang baik dan bukanlah ibunya seorang pelacur? Lalu mengapa semua ini terjadi padanya? Menghadapi semua tuduhan itu, Maryam tampak tenang dan tetap     menunjukkan       kebaikannya.      Wajahnya      dipenuhi     dengan     cahaya keyakinan.     Ketika   pertanyaan     semakin   menjadi-jadi     dan   keadaan    semakin sulit, maka Maryam menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Ia menunjuk ke arah anaknya dengan tangannya. Maryam menunjuk Isa. Orang-orang yang ada di situ tampak kebingungan. Mereka memahami bahawa Maryam   berpuasa   dari   berbicara   dan   meminta   kepada   mereka   agar   bertanya kepada   anak   itu.   Para   pembesar   Yahudi   bertanya:   "Bagaimana   mereka   akan melontarkan pertanyaan kepada seorang anak kecil yang baru lahir beberapa hari?   Apakah   anak   itu   akan   berbicara   di   buaiannya"   Mereka   berkata   kepada Maryam: "Bagaimana      kami    akan   berbicara    dengan    anak    kecil  yang   masih    dalam ayunan?" (QS. Maryam: 29) Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku al-Kitab (injil) dan Dia menjadikan       aku   seorang    nabi.   Dan   Dia   menjadikan     aku    seorang    yang diberkati     di  mana    saja  aku   berada,    dan   Dia  memerintahkan        kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada     ibuku,    dan  Dia   tidak   menjadikanku      seorang    yang   sombong     lagi celaka.   Dan   kesejahteraan   semoga   dilimpahkan   kepadaku,   pada   hari   aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup

kembali. " (QS. Maryam: 30-33) Belum   sampai   Isa   menuntaskan   pembicaraannya   sehingga   wajah-wajah   para pendeta      dari   kalangan     Yahudi    dan   para    uskup    tampak     pucat.   Mereka menyaksikan mukjizat terjadi di depan mereka secara langsung. Anak kecil itu berbicara di buaiannya; anak kecil yang datang tanpa seorang ayah; anak kecil yang     mengatakan       bahawa     Allah    SWT    telah    memberinya       al-Kitab    dan menjadikannya   seorang   Nabi.   Ini berarti   bahawa   kekuasaan   mereka   sebentar lagi akan hancur. Setiap orang dari mereka akan menjadi tidak berarti ketika anak kecil itu dewasa. Tak seorang pun di antara mereka yang dapat "menjual pengampunan"   kepada   manusia   atau   menghakimi   mereka   melalui   penyataan bahawa   ia   adalah   wakil   dari   langit   yang   turun   di   bumi.   Atau   pernyataan, bahawa hanya dia yang mengetahui syariat. Para pendeta Yahudi merasa akan terjadi suatu tragedi keperibadian yang akan datang   kepada   mereka   dengan   kelahiran   anak   kecil   ini.   Kedatangan   al-Masih berarti   mengembalikan   manusia   kepada   penyembahan   semata-mata   kepada Allah SWT. Ini berarti menghapus agama Yahudi yang sekarang mereka yakini. Perbezaan      antara    ajaran-   ajaran   Musa    dan   tindakan-tindakan      orang-orang Yahudi      menyerupai       perbezaan      antara    bintang-bintang       di   langit    dan lumpur-lumpur di jalan. Para pendeta Yahudi menyembunyikan kisah kelahiran Isa   dan   bagaimana     ia  berbicara    di  masa    buaian.   Mereka    justru   menuduh Maryam yang masih perawan dengan kebohongan yang besar. Mereka menuduh Maryam   melakukan   pelacuran,   padahal   mereka   menyaksikan   sendiri   mukjizat pembicaraan anaknya di masa buaian. Mula-mula      cerita   tentang    itu  mereka     sembunyikan      untuk   beberapa     saat. Meskipun   demikian,   berita   tentang   kelahiran   Isa   sampai   ke   Hakim   Romawi, yaitu   Heradus.   Ia   memimpin   orang-orang   Palestina   dan   orang-   orang   Yahudi dengan   kekuatan   pedang.   Ia   menakut-nakuti   mereka   dengan   menumpahkan darah serta banyaknya mata-mata yang dimilikinya. Pada suatu hari, ia duduk di   istananya    dan   meminum      anggur.   Lalu   ia  mendengar     berita   yang   samar tentang kelahiran seseorang anak tanpa ayah; seorang anak yang dikatakan ia mampu   berbicara   saat   masih   di   buaian,   lalu   ia   menyampaikan   pembicaraan yang     menjurus     pada    ancaman      terhadap     kekuasaan      Romawi.     Kemudian bergetarlah kursi yang ada di bawah tubuh Heradus. Ia memerintahkan untuk diadakan suatu pertemuan mendadak yang dihadiri oleh para pengawalnya dan para   mata-matanya.   Pertemuan   itu   pun   terlaksana.   Heradus   duduk   dengan wajahnya   yang   hitam   mengkilat,   lalu   ia   memutarkan   pandangannya   ke   arah mata-matanya dan bertanya: "Bagaimana berita anak kecil yang berbicara di

buaiannya?" Salah seorang kepala mata-mata berkata: "Tampak bahawa masalahnya tidak benar. Kami telah mendengar isu-isu sekitar anak kecil yang mereka katakan bahawa ia membuat mukjizat dengan berbicara saat ia masih belia. Lalu saya mengutus   anak   buahku   untuk   mencari   kebenaran   berita   itu,   tetapi   mereka tidak   menemukannya.   Jelas   bagi   kami,   bahawa   berita   itu   dilebih-lebihkan." Kemudian salah satu anggota mata-mata raja berkata: "Aku telah mendapatkan bukti   yang   terpercaya   bahawa   tiga   orang   dari   orang-orang   Majusi   datang   di balik   suatu   bintang   yang   mereka   lihat   menyala   di   suatu   langit   dan   bintang tersebut mengisyaratkan kelahiran anak kecil yang membawa mukjizat, yaitu anak kecil yang akan menyelamatkan kaumnya." Hakim berkata: "Bagaimana ia dapat menyelamatkan kaumnya dan kaum siapa yang diselamatkannya?" Salah seorang      mata-mata      berkata:    "Anak    buahku     tidak   mengetahuinya        kerana orang-orang   pandai   dari   Majusi   itu   pergi   dan   tak   seorang   pun   menemukan mereka." Hakim      berkata:    "Bagaimana       mereka     dapat    pergi   dan    bersembunyi       lalu bagaimana   cerita   anak   kecil   ini?   Apakah   di   sana   ada   persekongkolan   untuk menentang        Romawi?"     Hakim     melompat      dari   tempat     duduknya     ketika    ia menyebut       Romawi,     dan    ia  mulai   berbicara    dengan     keadaan     emosi:    "Aku menginginkan   kepala   tiga   orang   yang   cerdik   itu   dan   aku   juga   menginginkan kepala anak kecil itu. Dan aku menginginkan informasi yang lengkap. Sungguh masalah      ini   semakin     samar    hai   orang-orang      yang   bodoh."     Lalu   kepala mata-mata berkata: "Barangkali ini hanya mimpi yang dibayangkan orang-orang Yahudi   bahawa   mereka   melihatnya."   Hakim   berkata:   "Sungguh   kepala-kepala kalian    semua     akan    terbang    lebih    cepat   dari   merpati     jika   kalian   tidak mendatangkan         cerita   secara   lengkap     tentang    anak   ini.  Kebingungan       dan kekacauan apa yang aku rasakan! Pergilah kalian dari sini." Anak   buah   Heradus   dan   para   mata-mata   pergi,   sedangkan   ia   masih   duduk memikirkan          masalah       tersebut.      Tampaknya         masalah        itu    sangat menggelisahkannya.   Ia   tidak   peduli   dengan   kedatangan   agama   baru   kepada manusia tetapi yang difikirkannya adalah kekuasaan Romawi yang ia menjadi simbolnya.   Kemudian   Heradus   menetapkan   untuk   memanggil   pemuka   orang Yahudi dan bertanya kepadanya tentang masalah ini. Para pengawalnya yang khusus memanggil orang Yahudi itu. Tidak beberapa lama orang Yahudi itu ada di   depan   hakim.   Heradus   berkata:   "Aku   ingin   berbicara   kepadamu   tentang suatu   masalah   yang   sangat   menggelisahkanku."   Pendeta   Yahudi   itu   berkata: "Aku ingin mengabdi kepadamu." Heradus      berkata:    "Aku    mendengar      berita-berita     yang   saling   berlawanan tentang anak kecil yang bisa berbicara di masa buaiannya dan ia mengatakan bahawa      ia  akan    menyelamatkan        kaumnya.     Maka    bagaimana      berita    yang sebenarnya       tentang    itu?"  Pendeta    itu   berkata    -  dan   ia  merasa     bahawa pertanyaan      itu  sepertinya    berupa    jebakan    yang    tidak  diketahuinya     secara pasti: "Apakah tuan yang mulia peduli dengan agama Yahudi?" Heradus berkata dalam keadaan emosi: "Aku tidak peduli sedikit pun selain kekuasaan Romawi. Jawablah pertanyaanku wahai pendeta." Pendeta Yahudi itu telah melihat Isa berbicara di buaiannya. Ia memahami bahawa seandainya ia mengatakan itu, maka ia akan mendapatkan penderitaan pada dirinya, maka ia lebih memilih sedikit berbohong. Ia berkata kepada Heradus bahawa ia mendengar cerita itu tetapi ia meragukannya. Heradus   berkata:   "Apakah   benar   agama   kalian   berbicara   tentang   kedatangan seorang   penyelamat   bagi   rakyat   kalian?"   Pendeta   berkata:   "Ini   benar   wahai tuan    yang   mulai."   Heradus    berkata:    "Apakah    kalian   mengetahui     ini  adalah persekongkolan        menentang       keamanan      kerajaan     Romawi?      Apakah     kalian menyedari   ini   adalah   bentuk   pengkhianatan?"   Pendeta   berkata:   "Aku   harap tuan    membiarkan      aku   meluruskan     suatu   pemikiran     yang   sederhana.     Berita tentang   hal   itu   adalah   berita   yang   kuno.   Berita   ini  diyakini   ketika   rakyat menjadi tawanan di Bebel sejak ratusan tahun." Heradus berkata: "Apakah memang di sana ada yang membenarkan berita ini? Sekarang,     apakah     kamu    secara   peribadi    membenarkannya?        Apakah    engkau melihat     anak   kecil   itu  yang   mereka     katakan    bahawa     ia  dilahirkan   tanpa seorang ayah?" Pendeta itu berkata: "Apakah ada seorang yang percaya wahai tuan   yang   mulia   jika   dikatakan   ada   seorang   anak   yang   lahir   tanpa   seorang ayah. Ini adalah mimpi rakyat biasa." Heradus   berkata:   "Tidak   ada   sesuatu   yang   mengusir   tidur   dari   mata   seorang penguasa selain mimpi-mimpi rakyat. Pergilah wahai pendeta dan jika engkau mendengar        berita-berita,    maka     sampaikanlah      kepadaku     sebelum      engkau sampaikan kepada isterimu." Belum lama pendeta itu pergi sehingga Heradus berfikir, bagaimana seandainya pendeta itu berbohong. Ia menangkap benang kebohongan   pada   kedua   matanya.   Ia   mengetahui   kebohongan   ini   kerana   ia sendiri sangat pandai berbohong. Kemudian bagaimana cerita tiga orang cerdik yang    mereka     mengikuti    bintang?    Apakah    di  sana   terdapat    persekongkolan menentang Romawi yang tidak diketahuinya?

Heradus berteriak di tengah-tengah pengawalnya dan memerintahkan mereka untuk menangkap semua orang yang mendengar cerita ini atau ia akan melihat akibatnya.   Mula-mula   dia   memerintahkan   untuk   mencari   gadis   perawan   yang melahirkan      anak    itu  dan   membunuh       setiap   anak   yang    lahir  di  saat   itu. Sementara   itu,   Maryam   keluar   dari   Palestina   menuju   ke   Mesir.   Sebelumnya, pada     suatu   malam,     datanglah     kepadanya      seseorang     yang   belum     pernah dilihatnya dan orang itu menyampaikan salam kepadanya serta menyerukannya dan   sambil   berkata:   "Bawalah   anakmu   wahai   Maryam   dan   keluarlah   menuju Mesir."   Dengan   nada   ketakutan   Maryam   bertanya,   "Mengapa?   Bagaimana   aku keluar menuju ke Mesir; dan bagaimana aku bisa mengenali jalan?" Orang asing itu   menjawab,      "Keluarlah    engkau    nescaya    Allah   SWT    akan   melindungimu. Sesungguhnya Hakim Romawi mencari anakmu dan ingin membunuhmu." Maryam   bertanya:   "Kapan   aku   keluar?"   Orang   asing   itu   menjawab:   "Sekarang juga.   Janganlah   engkau   khawatir   sedikit   pun   kerana   engkau   keluar   bersama seorang Nabi yang mulia. Semua nabi diusir oleh kaumnya dari negeri mereka dan rumah mereka. Demikianlah hukum kehidupan. Kejahatan selalu berusaha untuk   menyingkirkan   kebaikan   tetapi   pada   akhirnya,   kebaikan   akan   kembali menduduki   singgahsananya.   Keluarlah   wahai   Maryam."   Akhirnya,   Maryam   pun pergi   menuju   ke   Mesir.   Maryam   melalui   gurun   Saina'   bersama   suatu   kafilah yang   menuju   Mesir.   Maryam   berjalan   membawa   Isa   di   jalan   yang   sama   yang pernah dilalui Nabi Musa di mana ditampakkan kepada Nabi Musa api yang suci dan beliau dipanggil dari sisi thur al-Aiman. Setelah melalui perjalanan yang jauh   dan   melelahkan,   Maryam   sampai   di   Mesir.   Mesir   yang   dipenuhi   dengan kebaikan, kemuliaan, kebudayaan klasik serta cuacanya yang stabil mempakan tempat yang terbaik untuk pertumbuhan Isa as. Al-Masih   tumbuh   dan   berkembang   serta   menjalani   masa   kecilnya   di   Mesir. Kemudian datanglah kepada Maryam orang asing yang telah memerintahkannya untuk meninggalkan Palestina. Kali ini, ia memerintahkannya untuk kembali ke Palestina.   Orang   asing   itu   berkata   kepadanya:   "Raja   yang   lalim   telah   mati, maka   kembalilah   bersama   anakmu   wahai   Maryam.   Telah   datang   kesempatan emas bagi Isa untuk menduduki singgahsananya. Isa akan menjadi penyayang orang-orang   fakir   dan   orang-orang   yang   benar.   Kembalilah   wahai   Maryam." Maryam   pun   kembali.   Dalam   perjalanan   Maryam   melalui   banyak   mata   air   di sungai Jordania. Isa pun tumbuh menjadi dewasa dan mencapai masa mudanya. Isa keluar dari rumahnya dan menuju tempat penyembahan kaum Yahudi. Saat itu bertepatan

dengan hari Sabtu. Di sana tidak ada satu rumah pun dari rumah kaum Yahudi yang    dapat    menyalakan      api  atau   memadamkannya         pada    hari  Sabtu,   atau mengambil   buah   di   hari   itu.   Dilarang   bagi   seorang   wanita   untuk   membikin adunan   roti   atau   seseorang   anak   kecil   mencuci   anjingnya.   Nabi   Musa   telah memerintahkan   untuk   menghormati   hari   Sabtu   dan   hanya   mengkhususkanya untuk beribadah kepada Allah SWT. Terdapat      hikmah    di  balik   

penghormatan       hari   Sabtu   sehingga     hari  Sabtu menjadi   hari   yang   sangat   disucikan   di   kalangan   orang-orang   Yahudi.   Mereka melaksanakannya   dengan   berbagai   macam   tradisi   dan   mereka   mencurahkan segala      konsentrasi      mereka      untuk     menjaga      hari    Sabtu     dan     tidak meremehkannya. Sebab, mereka meyakini bahawa hari Sabtu adalah hari yang dijaga   dari   langit   sebelum   Allah   menciptakan   manusia   sebagaimana   mereka percaya bahawa Bani Israil telah diberikan pilihan kepada satu jalur saja, yaitu menjaga       hari  Sabtu.    Mereka     bangga    kerana     mereka     dapat    menjaganya meskipun      hal  itu  menyebabkan       mereka     kalah   di  kancah    peperangan      atau mereka       tertawan     di   tangan     musuh.     Bahkan     saking    ketatnya     mereka mempertahankan            kehormatan       hari     Sabtu     sampai-      sampai      mereka menambah-nambahi           berbagai    macam     larangan    di  hari   Sabtu.   Majlis   kaum Yahudi menetapkan ratusan larangan yang tidak boleh dilakukan di hari Sabtu, seseorang dilarang untuk memakai gigi palsu di hari Sabtu. Seorang yang sakit dilarang   untuk   memakai   perban   atau   memakai   minyak   di   tempat   yang   sakit pada   hari   Sabtu   atau   memanggil   doktor.   Dilarang   pula   di   hari   Sabtu   untuk menulis dua huruf abjad; dilarang juga untuk mempertahankan diri pada hari Sabtu; dilarang untuk panen dan belajar di hari Sabtu. Kemudian, berpergian di hari Sabtu diharuskan untuk tidak lebih dari dua ribu ela. Dilarang juga di hari Sabtu untuk membawa sesuatu ke luar rumah. Jadi,    banyaknya      syariat,   hukum    serta    larangan-larangan      biasanya    diikuti dengan      banyaknya      keburukan      atau   paling    tidak   membantu       terciptanya keburukan. Setiap timbul suatu larangan, maka timbul bersamanya cara untuk menghindar   darinya.   Demikianlah,   kehidupan   kaum   Yahudi   dipenuhi   dengan kemunafikan   yang   luar   biasa   di   mana   secara   lahiriah   mereka   menampakkan penghormatan   terhadap   hari   Sabtu,   tetapi   secara   batiniah   mereka   berusaha menodai kehormatan dengan berbagai macam cara. Meskipun     kelompok     Farisiun   bertanggungjawab        terhadap    tugas   pelaksanaan syariat    dan   mengawasinya       dengan     banyak    mendapatkan       jaminan-jaminan, maka     kita  akan   melihat    bahawa     mereka    siap  untuk    menciptakan      berbagai rekayasa   dan   tipu   daya   yang   memungkinkan   mereka   untuk   menghindar   dari hukum-hukum syariat di saat yang tepat. Saat yang tepat adalah saat di mana syariat-syariat    tersebut    bertentangan     dengan    kepentingan     peribadi   mereka atau    dapat    menjadi     penghalang     bagi   mereka    untuk    mendapatkan       mata pencarian yang haram yang sudah siap masuk pada kantung mereka. Misalnya, terdapat   kaedah   syariat   yang   menetapkan   perjalanan   pada   hari   Sabtu   tidak boleh melebihi dua ribu ela. Namun orang-orang Farisiun mengadakan walimah di   mana   mereka   mengundang   orang-orang   untuk   menghadiri   acara   tersebut pada hari Sabtu, padahal tempat diadakannya acara itu berjarak lebih dari dua ribu ela dari rumah mereka. Lalu, bagaimana mereka dapat melaksanakan hal tersebut?     Sangat   mudah     sekali.  Mereka    meletakkan     pada    sore  hari  Sabtu sebahagian makanan yang berjarak dua ribu ela dari rumah mereka lalu setelah itu   mereka   mendirikan   suatu   tempat   tinggal   di mana   mereka   dapat   berjalan setelahnya   dan   menempuh   dua   ribu   ela   yang   lain.   Dari   sini   mereka   dapat menambah jarak yang mereka inginkan. Begitu juga agar mereka menghindar dari larangan membawa sesuatu ke luar rumah pada hari Sabtu, maka mereka membuat tipu daya yang lain. Yaitu mereka mendirikan gerbang-gerbang pintu dan jendela di berbagai jalan sehingga seluruh kota seperti rumah besar yang dimungkinkan   bagi   mereka   untuk   membawa   segala   sesuatu   dan   bergerak   di dalamnya. Contoh lain yang menunjukkan bagaimana orang-orang Yahudi mempermainkan syariat sedangkan mereka mengklaim menjaganya adalah, bahawa syariat Musa menetapkan   agar   seorang   anak   menginfaki   kedua   orang   tuanya   saat   mereka menginjak   usia   tua   dan   memerlukannya.   Tetapi   kaum   Farisiun   memberikan kesempatan kepada anak-anak untuk lari dan menghindar dari tanggung jawab ini dengan suatu tipu daya yang sederhana. Ketika seorang anak dituntut oleh kedua orang tuanya untuk memberi nafkah, maka ia pergi ke para pendeta dan bersepakat       kepada     mereka      untuk    mewakafkan       semua      hartanya     dan kekayaannya   kepada   haikal,   yaitu   tempat   sembahan   kaum   Yahudi.   Saat   itu kedua     orang   tuanya   tidak   mampu     mengambil     sesuatu    pun  darinya.    Ketika mereka      berdua    telah  putus   asa   dan   tidak   lagi  menuntut     padanya    untuk memberi       nafkah,    maka     semua     harta    kekayaannya      akan     dikembalikan kepadanya      oleh   para   pendeta,    dengan    catatan    hendaklah     ia  memberikan bahagian   tertentu   dari   hartanya   kepada   para   pendeta   itu.   Demikianlah   yang terdapat dalam Injil Mata. Di   tengah-tengah      suasana    kebodohan     pemikiran    yang   luar   biasa  ini,  juga terdapat   sikap   keras   kepala   dan   kejumudan   berfikir   yang   mengelilingi   kaum Yahudi. Terdapat tujuh tingkat kesucian dan dua puluh enam solat yang harus mereka   lakukan   saat   mereka   membasuh   tangan   sebelum   memakan   makanan,

namun      mereka     menganggap       bahawa      meniadakan      pembacaan       solat-solat sebagai     bentuk    pembunuhan       terhadap    jiwa   dengan     cara   bunuh    diri  dan tercegah     dari   kehidupan     abadi.   Demikianlah      kekerasan     sikap  masyarakat Yahudi   yang   menunjukkan   bahawa   moral   mereka   telah   rosak   dan   dipenuhi dengan kemunafikan yang tiada taranya. Sementara itu, Isa berjalan menuju tempat beribadah. Orang-orang berjalan di sekelilingnya. Mereka tampak membanggakan pakaian- pakaian yang berwarna dan    berharga     sedangkan     Isa   berjalan    dengan    memakai      baju   putih    dan menampakkan kezuhudannya. Rambut Isa tampak lembut yang mencapai kedua bahunya   dan   tampak   ia   basah   terkena   air   awan   yang   menurunkan   gerimis. Kemudian   kedua   kakinya   berjalan   di   atas   tanah   sehingga   tanah   itu   dipenuhi dengan bau harum yang tidak diketahui sumbernya. Baju yang dipakai oleh Isa terbuat dari bulu domba yang sangat sederhana dan kasar. Meskipun hari itu hari Sabtu,   Isa   memetik buah di   suatu   kebun   dan   mengambil  dua   buah   yang beliau berikan kepada anak kecil yang fakir dan lapar. Tindakan semacam ini menurut      kepercayaan      Yahudi    dianggap    sebagai   tindakan     yang   menentang agama Yahudi. Isa   mengetahui   bahawa   menjalankan   agama   yang   hakiki   bukan   terletak  pada ketaatan luaran sementara hati jauh dari sikap rendah diri. Oleh kerana itu, Isa mencabut buah dan memberikan makan kepada manusia pada hari Sabtu. Beliau   menyalakan   api   untuk   wanita-wanita   tua   sehingga   mereka   tidak   mati kedinginan. Isa   sering   mengunjungi      tempat     sesembahan      orang   Yahudi.    Isa  berdiri   di dalamnya      dan   mengamati      para   pendeta    dan   manusia    yang   hilir  mudik    di sekitarnya. Sesampainya Isa di tempat sembahan, ia berdiri di dalamnya. Isa mengamat-amati apa yang ada di dalamnya. Dinding-dinding tempat beribadah itu terbuat dari kayu gaharu yang memiliki bau yang harum. Di samping itu, terdapat     kelambu-kelambu   yang   terbuat        dari  kain-kain   yang   mengagumkan yang   dicampur   dengan   emas.   Juga   terdapat   lampu-lampu   yang   terhulur   dari atap dan juga ada lilin-lilin yang memenuhi ruangan dengan cahaya. Meskipun demikian, kegelapan menyelimuti hati orang- orang yang ada di situ. Nabi    Isa  berdiri   cukup    lama   di  tempat     penyembahan       itu.  Setiap   kali  ia memutarkan   wajahnya,   ia   mendapati   para   pendeta   di   sana.   Terdapat   dua puluh ribu pendeta. Nama-nama mereka tercatat dalam haikal. Mereka adalah kaum     Waliyun    yang   memakai     saku-saku    yang   besar   yang   di  dalamnya     ada kitab-kitab syariat. Sedangkan kaum Farisiun, mereka memakai pakaian yang lebar yang sisi-sisinya tertenun dengan emas. Mereka adalah pembantu haikal yang    resmi    dengan    memakai      baju-baju    mereka     yang   putih.    Adapun    kaum Shaduqiyun   adalah   kelompok  para   pendeta   aristokrat   yang   bersekutu   dengan penguasa di mana mereka memperoleh kekayaan melalui persekutuan ini. Nabi Isa memperhatikan bahawa jumlah pengunjung haikalita lebih sedikit daripada jumlah     para    pendeta     dan   para    tokoh   agama.     Tempat      penyembahan       itu dipenuhi     dengan     kambing     dan   merpati    yang    dibeli   oleh   para   pengunjung tempat      penyembahan       itu.  Mereka    menyerahkannya         sebagai   korban    kepada Allah.   Yaitu   korban   yang   disembelih   di   dalam   tempat   persembahan   di   atas tempat      penyembelihan.       Alhasil   setiap   langkah     yang   diayunkan     oleh   para pejalan di tempat penyembahan itu akan menghasilkan wang. Di   tempat     penyembahan       Yahudi    itulah   tersingkap   hakikat    kehidupan     kaum Yahudi.   Nilai   satu-satunya   yang   disembah   oleh   manusia   di   zaman   itu   adalah wang. Jadi, kemewahan materi atau kekayaan adalah nilai satu-satunya yang kerananya   manusia   akan   bergulat   satu   sama   lain.   Dalam   hal   itu,   tidak   ada perbezaan         antara      tokoh-tokoh        pembawa         ajaran      syariat     dengan manusia-manusia biasa. Kaum Shaduqiyun dan kaum Farisiun bekerja sama di antara mereka di dalam haikal itu seakan-akan mereka di dalam suatu pasar di mana      mereka    memanfaatkannya         untuk    diri  mereka     dengan    terus   mencari korban-korban        di   dalamnya.      Sering   kali   kaum     Shaduqiyun      dan   Farisiun berseteru      dalam     persoalan     syariat   dan    hukum.     Demikian     juga,    mereka berseteru   dalam   menentukan   korban   yang   harus   mereka   raih   di   haikal   itu. Kaum Farisiun berpendapat bahawa haiwan-haiwan korban itu harus dibeli dari harta haikal sedangkan kaum Shaduqiyun menganggap bahawa harta dari haikal adalah   hak   mereka.   Oleh   kerana       itu,   mereka   menganggap   bahawa   haiwan korban   itu   harus   dibeli   dengan   jumlah   tersendiri.   Begitu   juga   kaum   Farisiun mewajibkan        untuk    membakar        haiwan     yang    disembelih     di   atas   tempat penyembahan,          sedangkan      kaum     Shaduqiyun      mereka      mengambil      haiwan sembelihan ini untuk diri mereka sendiri. Di   dalam   Talmud   disebutkan   bahawa   kaum   Shaduqiyun   menjual   merpati   di toko-toko      mereka      yang    mereka     miliki.    Mereka     sengaja    memperbanyak kesempatan-kesempatan   yang   diharuskan   di   dalamnya   untuk   mengorbankan burung-burung   merpati   sehingga   harga   seekor   burung   merpati   saja   mencapai beberapa   Dinar.   Melihat   hal   itu,   salah   satu   tokoh   Farisiun   yaitu   Sam'an   bin Amlail mengeluarkan fatwa yang intinya mengurangi kesempatan-kesempatan yang diharuskan di dalamnya seseorang menyerahkan merpati sebagai korban. Setelah itu, harga burung cuma mencapai seperempat Dinar. Pergelutan antara kedua     kelompok      itu  mendatangkan       pukulan    berat    bagi   pemilik   toko   yang menyimpan burung merpati terutama anak-anak dari kepala pendeta.

Nabi   Isa   memperhatikan   apa   yang   terjadi   di   sekelilingnya;   Nabi   Isa   melihat kaum fakir yang tidak mampu membeli haiwan korban sehingga mereka tidak mampu berkorban; Nabi Isa melihat bagaimana para pendeta memperlakukan mereka dan memangsa mereka seperti serigala yang buas. Nabi Isa berfikir di dalam   dirinya,   mengapa   binatang-binatang   itu   mereka   bakar   lalu   dagingnya menjadi asap di udara, padahal di sana terdapat ribuan kaum fakir yang mati kelaparan? Mengapa mereka mengira bahawa Allah SWT redha ketika tempat penyembelihan        dilumuri    dengan    darah,    lalu  haiwan    korban    itu  dibawa    ke rumah-rumah        para   pendeta     dan   toko-toko    mereka     untuk    dijual?  Mengapa orang-orang   fakir   banyak   berhutang   dan   mengeluarkan   banyak   wang   untuk membeli      binatang-binatang       korban?    Mengapa     binatang-binatang       korban    itu harus   dimiliki   dan   hanya   dirawat   oleh   para   pendeta   lalu   apa   yang   mereka lakukan dengan wang-wang ini? Lalu, di manakah tempat orang-orang fakir di haikal itu? Bukankah hal yang aneh ketika seseorang memasuki rumah dengan keharusan membawa wang? Nabi Isa pergi dari tempat penyembahan itu dan ia meninggalkan kota menuju gunung. Dada Nabi Isa dipenuhi dengan kecemburuan yang suci terhadap yang Maha Benar. Wajahnya tampak semakin pucat ketika melihat berbagai macam kejahatan   memenuhi   dunia.   Nabi   Isa   berdiri   di   atas   sebuah   bukit   dan   beliau mulai   melakukan   solat.   Titisan-titisan   air   mata   mulai   berlinang   dari   pipinya dan jatuh ke bumi. Nabi Isa mulai merenung dan menangis. Di sana terdapat bunga yang nyaris mati kerana kehausan lalu ketika ia mendapatkan titisan air mata   al-Masih,   maka   bunga   itu   mekar   kembali   dan   mendapatkan   kehidupan. Titisan    air   mata    al-Masih    menyelamatkannya,          sebagaimana       beliau   akan menyelamatkan manusia dengan dakwahnya. Di malam yang penuh berkah ini pula,   dua   orang   Nabi   yang   mulia   meninggalkan   bumi,   yaitu   Nabi   Yahya   dan Nabi Zakaria. Kedua Nabi itu dibunuh oleh penguasa. Sejak kepergian mereka berdua, bumi kehilangan banyak dari kebaikan. Pada malam itu juga, turunlah wahyu kepada Isa bin Maryam. Allah SWT memutuskan perintah- Nya agar ia memulai dakwahnya. Nabi    Isa  menutup     lembaran     halus   dari   kehidupannya      yaitu  lembaran     yang penuh dengan   tafakur   dan   ibadah.   Beliau   memulai   perjalanannya   yang   berat dan penuh tantangan serta penderitaan: beliau mulai berdakwah di jalan Allah SWT;   beliau   mulai   membangun   kerajaan   yang   tegak   berdasarkan   kerendahan hati dan cinta. Kerajaan yang penguasanya bertujuan untuk membebaskan dan menyucikan roh. Kerajaan yang memancarkan sikap rendah diri dan cinta. Nabi Isa    ingin  menyelamatkan        rohani.    Ajaran    Nabi    Isa  berdasarkan     keimanan

terhadap hari kiamat dan kebangkitan. Nilai-nilai dan pemikiran tersebut tidak ditemukan dalam kehidupan orang-orang Yahudi. Syariat    Musa    menetapkan      pemberlakuan       hukum     qisas:  barang    siapa   yang memukulmu   di   pipi sebelah kananmu, maka   pukullah   pipi sebelah kanannya. Lalu bagaimanakah orang-orang Yahudi menerapkan hukum qisas tersebut? Jika yang dipukul mampu untuk menghancurkan rumah orang yang memukul, maka ia   tidak   perlu   merasa   puas   hanya   sekadar   memukul   pipi   sebelah   kanannya, mamun       jika  ia  tidak   mampu,      maka    hendaklah     ia  memukul      pipi  sebelah kanannya. Namun boleh jadi hatinya dipenuhi dengan dendam kerana ia tidak dapat menghancurkan rumahnya. Jadi,    kebencian      adalah    pelabuhan      tempat     bersinggahnya      syariat   Musa. Meskipun beliau adalah seorang Nabi yang merupakan cermin cinta Ilahi yang besar namun syariatnya kini berada di bawah kekuasaan hati-hati yang mati, yaitu   hati-hati   yang   penuh   dengan   dendam   dan   kebencian.   Lalu,   apa   yang dilakukan   Nabi   Isa   terhadap   semua   ini?   Allah   SWT   telah    mengutusnya   dan memperkuat         Taurat    yang    dibawa     oleh    Musa    sebagaimana       Allah    SWT menurunkannya   kepada   Musa.   Jadi,   seorang   nabi   tidak   menghancurkan   tugas nabi sebelumnya. Para nabi bagaikan satu mata rantai yang tujuannya adalah satu,    yaitu   menciptakan      kesucian    dan    mempertahankan        kebenaran      serta mengesakan Allah SWT. Kemudian   apa   yang   dilakukan   Nabi   Isa   terhadap   syariat   qisas   tersebut?   Yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh Nabi Isa murni dari ilham yang didapatinya dari Allah SWT. Nabi Isa mengembalikan kaum kepada tujuan asli dari syariat. Nabi   Isa   mengembalikan   mereka   kepada   hikmah   syariat   yang   asli.   Nabi   Isa mengembalikan mereka kepada cinta. Nabi Isa tidak mengatakan sesuatu pun kepada   orang   yang   memukul   pipi   sebelah   kanannya.   Nabi   Isa   tidak   berusaha  
untuk memukul pipi sebelah kanannya.
Read More

Jumat, 09 Mei 2025

Gunung Katu Wagir

Tadabbur Alam sebagai muslim hendaknya kita terus menuntut ilmu hingga keliang lahat artikel ini akan membahas perjalanan tadabbur ke gunung katu desa sumbersuko kecamatan wagir kabupaten malang yang menurut penduduk sekitar adalah tempat pendarmaan Kenarok  Gunung Katu juga dianggap sebagai anak Gunung Kawi, dan dipercaya sebagai pecahan Gunung Meru.

 

gunung katu malang

Sejarah Gunung katu dan kenarok

Dalam Kitab Pararaton, Gunung Katu disebut sebagai Rabut Katu atau Bukit Katu, dan dianggap sebagai tempat di mana Ken Arok "dibaptis" menjadi anak Brahmana. pada pupuh 40 naskah negarakertagama tertulis seorang pendeta di bureng diminta berkisah oleh penulis naskah sang penulis Mpu prapanca ketika bersama rombongan hayam wuruk hanya singgah dalam perjalanan menuju singhasari pendeta budha itu menceritakan bahwa pada tahun 1104 saka terdapat seorang raja perwira yuda putera girinata dia lahir tanpa ibu dan dihormati seluruh orang raja itu bernama rangga rajasa bagian itu juga menceritakan bagaimana rangga rajasa akhirnya mengalahkan raja kediri,kertajaya dia diakui sebagai cikal bakal raja agung yang akan memerintah jawa

Ken Angrok biasa disebut Ken Arok atau Sri Ranggah Rajasa atau Sri Girinathaputra lahir di timur Gunung Kawi pada tahun 1182, wafat di istana Tumapel, Kutaraja pada tahun 1227, adalah pendiri dari Wangsa Rajasa dan Kerajaan Tumapel yang lebih dikenal dengan nama Kerajaan Singhasari. Ia memerintah sebagai raja pertama bergelar Sri Ranggah Rajasa Bhatara Sang Amurwabhumi pada tahun 1222. Menurut pararatonKen Arok adalah putra dari Ken Endog dengan Raja Jenggala Sri Maharaja Jayamerta Sang Brahmaraja Girindrattama Girinatha Wiswarupakumara,seorang Raja Jenggala yang mengalahkan Raja Kertajaya Kedhiri / Panjalu

Gunung Katu memiliki hubungan sejarah yang penting dengan Ken Arok, di mana ia dianggap sebagai tempat di mana Ken Arok "dibaptis", dinobatkan sebagai anak Brahmana, dan juga dikaitkan dengan tempat pendharmaan atau tempat tinggal Ken Arok. Lokasi Gunung Katu juga menjadi tempat yang menarik untuk mendalami misteri seputar kehidupan dan kematian Ken Arok.

Candi pemujaan Ken Angrok disebut berada di Kagenengan, namun lokasinya masih berupa teka-teki. Teori terbaru menyebutkan candi ini kemungkinan terletak di puncak Gunung Katu

Jalur Gunung Katu Via Pendem 

Hikmah yang bisa kita petik adalah ketika nabi Musa as menerima wahyu berupa Kitab Taurat adalah bukit sinai hampir semua Para nabi uzla sebelum melakukan dakwah terlepas dari kepercayaan kita sebagai muslim pelajaran dari tadabbur ini adalah perlunya melakukan uzla ditempat yang sepi agar kita terhindar dari dosa seperti apa yang dilakukan oleh Para nabi dan kisah kenarok ini agar kita lebih Khusyuk meminta kepada SANG MAHA PENCIPTA YAITU ALLAH SWT   


<iframe frameborder="0"  height="270" src="https://www.dailymotion.com/embed/video/x9ikcjk"allowfullscreen></iframe>

Read More

kisah nabi Yahya as

 KISAH NABI YAHYA A.S

Allah SWT berfirman: "Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: 'Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa. Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab (katanya): 'Sesungguhnya Allah menggembirakan   kamu   dengan   kelahiran   (seorang   puteramu)   Yahya,   yang membenarkan   kalimat   (yang   datang)   dari   Allah,   menjadi   ikutan,   menahan diri   (dari   hawa   nafsu)   dan   seorang   nabi   termasuk   keturunan   orang-orang soleh." (QS. Ali 'Imran: 38-39) "Hai Yahya, ambilah al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih anak-anak, dan rasa belas kasihan yang    mendalam       dari  sisi  Kami    dan   kesucian     (dari  dosa).   

kisah nabi yahya as


Dan    ia  adalah seorang   yang   bertakwa,   dan   banyak   berbakti   kepada   kedua   orang   tuanya, dan    bukanlah     ia  orang    yang   sombong      dan   derhaka.     Kesejahteraan       atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari itu ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan kembali." (QS. Maryam: 12-15) "Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (memperoleh)   seorang   anak   yang   namanya   Yahya,   yang   sebelumnya   Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia." (QS. Maryam: 7) Inilah   Yahya   seorang   Nabi   yang   Allah   SWT   bersaksi   bahawa   sebelumnya   tak seorang     pun   yang   serupa    dengannya.      Yaitu   seorang    Nabi   yang   Allah   SWT berkata tentangnya: "Dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami." (QS. Maryam: 13) Sebagaimana   Khidir   diberi   ilmu   dari   sisi   Allah   SWT,   maka   Yahya   diberi   rasa cinta   dari   sisi   Allah   SWT.   Al-Hanan   ialah   ilmu   yang   luas   yang   terkandung   di dalamnya   sesuatu   kecintaan   yang   dalam   terhadap   makhluk   dan   alam.   Hanan ialah   salah   satu   dari   tingkat   cinta   yang   bersumber   dari   ilmu.   Yahya   adalah seorang Nabi yang menjadi cermin dari ibadah, zuhud, dan cinta.




Nabi Yahya mengungkapkan         cinta   kepada     semua     makhluk.     Ia  dicintai   oleh   manusia, burung-burung,   binatang   buas,   bahkan   gurun   dan   gunung.   Darah   Nabi   Yahya tertumpah        ketika    beliau     berusaha      mempertahankan          kebenaran      yang disampaikannya di istana raja yang lalim. Peristiwa tragis itu berkaitan dengan seorang   penari   pelacur.   Para   ulama   banyak   menyebutkan   keutamaan   Yahya. Yahya hidup sezaman dengan Nabi Isa dan termasuk kerabat dekatnya dari sisi ibu (anak bibinya). Ada   hadis   yang   meriwayatkan   bahawa   Yahya   dan   Isa   pernah   bertemu   pada suatu hari. Lalu Isa berkata kepada Yahya, mintakanlah ampun bagiku wahai Yahya.     Sesungguhnya       engkau     lebih   baik    daripada     aku.   Yahya     berkata: "Mintakanlah ampun bagiku wahai Isa kerana engkau lebih baik daripada aku." Isa    berkata:    "Tidak,    engkaulah      yang   lebih    baik   daripada     aku.    Engkau mengucapkan         salam    kepadaku     sedangkan     Allah   SWT     mengucapkan       salam kepadamu." Kisah tersebut menunjukkan keutamaan Yahya ketika Allah S"WT menyampaikan salam kepadanya pada hari ia dilahirkan, pada hari ia mati, dan pada hari ia dibangkitkan kembali dalam keadaan hidup. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah pergi dan menemui para sahabatnya. Pada suatu hari, beliau mendapati mereka sedang menyebut-nyebut keutamaan para nabi. Ada yang mengatakan, Musa kalimullah (seorang nabi yang diajak bicara oleh Allah SWT). Ada yang mengatakan, Isa ruhullah (tiupan roh Allah SWT). Dan ada juga yang mengatakan, Ibrahim khalilullah (seorang kekasih Allah SWT). Demikianlah   para   sahabat   berbicara   tentang   para   nabi   lalu   Rasulullah   saw menemui mereka. Ketika Rasul saw mendapati mereka tidak menyebut nama Yahya, beliau berkata: "Di manakah putera seorang syahid yang mendapatkan banyak   penderitaan,   yang   memakan   pohon   kerana   takut   dosa,   di   manakah Yahya bin Zakaria." Sementara itu, datanglah musim semi di Palestina dan bumi tampak semakin menghijau      dan   langit   semakin   terang.    Bulan    dengan    cahayanya     menembus puncak-puncak        pohon    dan   kebun.    Bunga-bunga      mawar     dan   jeruk   semakin berkembang dan baunya tersebar ke udara. Dan burung- burung yang sedang berterbangan   tampak   bernyanyi   dan   melantunkan   lagu-lagu   kegembiraan   di tengah-tengah suasana yang ceria dan penuh keindahan. Kemudian   lahirlah   Yahya.   Kelahiran   Yahya   dipenuhi   banyak   mukjizat.   Beliau lahir pada saat ayahnya Zakaria berusia lanjut sehingga tampak seakan-akan ia putus   asa   kerana   tidak   akan   mempunyai   keturunan.   Beliau   lahir   melalui   doa yang   suci   yang   bersumber   dari   hati   Nabi   Zakaria   yang   suci   dan   tulus.  

Nabi Yahya   lahir   di   tengah-tengah   masa   yang   dipenuhi   dengan   puncak   kesucian sebagaimana   juga   dihiasi   dengan   puncak   kelaliman.   Maryam   adalah   simbol puncak kesucian di zamannya. Mihrabnya penuh dengan bau yang harum yang memancarkan         kalimat-    kalimat    solat  yang    terus   menerus     dan   zikir  yang bersumber   dari   hati   yang   suci.   Masjid   tampak   dipenuhi   dengan   gelombang orang-orang yang solat dan orang-orang mukmin yang berzikir. Namun nun jauh di sana kelaliman tetap membunyikan genderangnya. Yahya   dilahirkan   dan   masa   kecilnya   tidak   seperti   lazimnya   masa   yang   dilalui oleh    anak-anak.     Umumnya      anak-anak     saat   itu  bermain     hal-hal   yang   tidak berguna,   sedangkan   Yahya   tampak   serius   sejak   beliau   kecil.   Anak-anak   kecil saat    itu  merasa     senang    dan   terhibur    ketika   mereka     menyeksa     binatang, sementara   Yahya   justru   memberi   makan   bintang-   binatang   dan   burung   dari makanannya   sebagai   bentuk   belas   kasihan   darinya,   bahkan   terkadang   Yahya sendiri   makan   dari   daun-daun   pohon   atau   buahnya.   Ketika   beliau   menginjak usia    dewasa,    maka    cahaya    wajahnya     semakin    bersinar    dan   hatinya   penuh dengan   hikmah   dan   cinta   kepada   Allah   SWT   serta   kedamaian.   Yahya   adalah seseorang yang menyukai membaca sejak usia dini. Beliau rajin membaca dan menggali ilmu. Ketika beliau masih kecil, Allah SWT memanggilnya: "Hai Yahya, ambilah     al-Kitab    (Taurat)   itu  dengan     sungguh-sungguh.       Dan   Kami    berikan kepadanya hikmah selagi ia masih anak-anak." Yahya mendapatkan perintah—saat beliau masih kecil—untuk mengambil Kitab dengan kekuatan. Yakni, hendaklah ia belajar kitab dengan penuh ketelitian, Yaitu    kitab   syariat.  Allah   SWT    memberinya      kemampuan       untuk    mengetahui syariat dan memutuskan perkara manusia saat beliau masih kecil. Yahya adalah orang   yang   paling   alim   di   zamannya   dan   paling   banyak   menerima   hikmah. Beliau    mempelajari      syariat   secara    sempurna.     Oleh   kerana    itu,  Allah   SWT memberinya kekuasaan saat beliau masih kecil. Beliau mampu menyelesaikan persoalan   di   antara   manusia   dan   menjelaskan   mereka   rahsia-rahsia   agama, bahkan beliau mengenalkan mereka jalan kebenaran dan mengingatkan mereka dari   jalan   kesalahan   atau   kebatilan.   Kemudian   Yahya   semakin   dewasa   dan ilmunya   makin   bertambah   serta   kasih   sayangnya   pun   makin   meningkat,   baik kepada     kedua    orang   tuanya    mahupun      kepada    binatang.    Kasih   sayang   Nabi Yahya meliputi segala sesuatu. Beliau     mengajak      manusia      untuk    bertaubat      dari   dosa    mereka;      beliau memandikan mereka di sungai Jordania agar mereka menyucikan diri mereka dengan taubat; beliau mengajak mereka untuk menyembah Allah SWT. Di sana tidak   terdapat   seseorang   yang   tidak   suka   kepada   Yahya   atau   menginginkan

keburukan       baginya.     Yahya    adalah    seseorang     yang    sangat    dicintai    oleh masyarakatnya        kerana    ia  memang      seorang    yang   penyayang,     seorang    yang bertakwa, seorang yang alim, dan seorang yang berbudi mulia. Beliau keluar dan pergi ke gunung dan kebun bahkan gurun dan tinggal di dalamnya selama berbulan-bulan   untuk   menyembah   Allah   SWT   dan   menangis   di   hadapan-Nya serta    solat.  Beliau   merasakan      kedamaian      di  daratan,   bahkan     beliau   tidak memperhatikan makanannya. Beliau makan dari daun-daun pohon dan minum dari air sungai. Bahkan beliau makan belalang dan juga rumput. Beliau tidur di gua    mana     pun   yang    ditemuinya     di   gunung    dan   lubang    mana     pun   yang didapatinya di bumi. Terkadang beliau masuk di suatu gua gunung lalu beliau menemukan binatang buas di dalamnya seperti serigala atau singa namun kerana kesibukannya dan konsentrasinya saat berzikir kepada Allah SWT dan solat sehingga beliau tidak lagi   memperhatikan   serigala   atau   singa.   Serigala   dan   singa   itu   melihat   Nabi Yahya lalu mereka mengetahui bahawa ini adalah seorang Nabi Allah SWT yang sangat     berbelas    kasih   kepada    binatang,    maka     binatang-binatang      buas    itu menundukkan kepalanya dan meninggalkan tempat itu dengan tenang sehingga Nabi Yahya tidak mendengar suara mereka. Pada   kesempatan   yang   lain,   Nabi   Yahya   memberi   makan   binatang-   binatang buas dengan penuh kasih sayang. Bahkan beliau tidak makan di malam harinya kerana   makanannya   diberikan   kepada   binatang-binatang   itu.   Beliau   merasa puas   saat   menjadikan   solat   dan   zikir   sebagai   makanan   dari   hatinya   sebelum beliau memberi makanan pada tubuhnya. Beliau makan dari daun-daun pohon. Beliau bermalam atau bergadang dalam keadaan air matanya berlinangan saat berzikir   kepada   Allah   SWT   dan   tenggelam   dalam   lautan   cinta   dan   bersyukur kepada-Nya.       Ketika   Nabi   Yahya    berdiri   di  depan   manusia     untuk   mengajak mereka      menyembah        Allah   SWT,    maka     beliau    mampu     membuat       mereka menangis kerana cinta dan khusyuk. Beliau mampu mempengaruhi hati mereka dengan   kebenaran   yang   dibawanya   dan   beliau   menampakkan   bahawa   beliau memang dekat dengan Allah SWT. Pada   suatu   hari,   Nabi   Yahya   keluar   menemui   manusia.   Masjid   tampak   ramai dipenuhi      orang-orang.      Nabi   Yahya     berdiri   dan    beliau   mulai    berbicara: "Sesungguhnya         Allah    SWT     memerintahkan         aku     untuk     menyampaikan kalimat-kalimat yang telah aku kerjakan dan aku telah memerintahkan kalian untuk juga mengerjakannya. Hendaklah kalian menyembah Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya.           Barang     siapa    yang    menyekutukan        Allah    SWT     dan menyembah         selain-Nya,    maka    ia  seperti   seorang     budak    yang   dibeli   oleh

majikannya   lalu   ia   bekerja   dan   memberikan   tenaganya   kepada   tuan   selain tuannya. Siapakah di antara kalian yang ingin memiliki budak seperti itu. Dan aku memerintahkan kalian untuk melaksanakan solat. Sesungguhnya Allah SWT melihat   hamba-Nya   saat   ia   solat.   Oleh   kerana   itu,   jika   kalian   solat,   maka hendaklah      kalian   berusaha     untuk   khusyuk.     Aku   pun   memerintahkan        kalian untuk     berpuasa,     maka    siapa   yang    melakukan      demikian,     maka    ia  seperti seseorang   lelaki   yang   mempunyai   bingkisan   dari   misik   yang   baunya   harum. Setiap   lelaki   ini   berjalan,   maka   akan   terpancarlah   bau   harum   misik  darinya. Aku pun memerintahkan kalian agar banyak melakukan zikir kepada Allah SWT, maka   orang   seperti   itu   seperti seorang   lelaki yang   dicari-cari oleh musuhnya lalu ia segera berlindung dalam benteng yang kuat. Dan benteng yang paling kuat adalah zikrullah dan tiada keselamatan tanpa benteng itu." Nabi   Yahya   mengakhiri   nasihatnya   lalu   ia   turun   dari   mimbar   dan   kembali   ke gurun.   Di   gurun   itu   hanya   terdapat   pasir   yang   berterbangan   dan   tiada   suara lain selain suara angin dan nafas pohon serta suara kaki-kaki binatang buas dan gerakan      batu-batu     gunung.     Di   sanalah     Yahya    berdiri    di  tengah-tengah kesunyian ini. Beliau melaksanakan solat dan menangis. Kemudian terjadilah pergelutan hebat antara Nabi Yahya dan pemerintah yang berkuasa. Salah seorang penguasa di zaman itu adalah seorang yang lalim dan sempit akalnya. Kerosakan tersebar di istananya. Ia mendengar berita tentang Yahya. Ia heran kerana banyaknya manusia yang memberikan penghargaan dan penghormatan yang luar biasa kepada Yahya sedangkan ia sebagai seorang raja tidak mendapatkan penghormatan yang demikian besar. Raja tersebut ingin memperkosa isteri saudaranya di mana ia mempunyai anak perempuan yang memiliki kecantikan yang terkenal. Dalam cerita disebutkan bahawa   anak   perempuan   itu   mampu   melakukan   tarian   yang   mengagumkan sambil   memakai   tujuh   helai   baju.   Setiap   ia   menari,   maka   terlepaslah   setiap baju yang dipakainya dan pada tarian yang terakhir, ia tampak dalam keadaan telanjang. Raja   bertanya   kepada   Yahya,   apakah   ia   boleh   menikahi   isteri   saudaranya. Yahya menjawab, itu tidak diperbolehkan. Raja tetap berbicara kepada Yahya dan mendesak kepadanya agar membolehkannya menikah dengan wanita yang disukainya   itu,   dan   hendaklah   Yahya   mencari   solusi   atau   fatwa   yang   sangat memuaskannya. Namun Yahya menolak keras untuk memenuhi permintaan raja itu.   Kemudian      Yahya    pun   meninggalkannya.        Akhirnya,    raja   tampak    marah

kepada   Yahya   dan   memerintahkan   agar   Yahya   dipenjara.   Kemudian   raja   itu pun   memperkosa   isteri   saudaranya.   Anak   perempuan   wanita   itu   yang   suka menari telah melihat Yahya saat ia berbicara dengan raja. Anak perempuan itu sangat tertarik akan ketampanan Yahya dan keagungan keperibadiannya. Ringkasnya, wanita yang ahli menari itu pun merasa jatuh cinta kepada Yahya. Ia   pergi   menemui   Yahya   di   penjaranya   dan   ia   melihat   Yahya   dalam   keadaan duduk solat dan menangis. Wanita itu terus mengawasi Yahya saat beliau solat sampai      selesai.   Lalu    ia  meletakkan      dirinya    di   bawah     kaki   Yahya    dan memintanya        agar    mencintainya      sebagaimana       ia  mencintai     Yahya.     Yahya menjawab   bahawa   di   dalam   hatinya   tidak  ada   cinta   lain  selain  cinta   kepada Allah SWT. Wanita itu pun bangkit dari tempatnya dalam keadaan putus asa. Ia meninggalkan   Yahya   dalam   keadaan   hatinya   dipenuhi   kebencian   padanya.   Ia kembali ke istana raja. Waktu Isyak telah berakhir. Raja mulai meminum minuman kesukaannya, yaitu khamr.   Wanita   itu   memberikan   minum   kepada   raja.   Makin   banyaknya   raja minum, sampai-sampai raja merasa bahawa kepalanya seperti belon besar dan ia   sebentar   lagi   akan   terbang.   Di   sanalah   wanita   penari   itu   segera   memakai pakaian     tarian   dan   kembali     kepada    raja.   Raja   melihatnya     dan   ia  merasa kepalanya      bertambah      besar   dan   wanita    itu  mulai   menari.     Lalu  dipukullah rebana     dan    berbagai    alat  muzik    sehingga    wanita    itu   tampak    menari     dan menikmati tariannya. Pada tarian ke tujuh ia berhenti lalu membuka wajahnya sambil     berkata    kepada     raja:   "Wahai    tuanku,     aku   ingin   bertanya     sedikit kepadamu." Raja yang sedang mabuk itu berkata: "Segala sesuatu yang engkau inginkan   akan   kuberikan   kepadamu   sekarang   juga."   Wanita   itu   berkata:   "Aku menginginkan kepala Yahya bin Zakaria." Mendengar perkataan itu, raja segera sadar dari mabuknya lalu ia merasakan ketakutan. Ia berkata kepadanya: "Mintalah kepadaku yang lain saja." Wanita itu   berkata:   "Aku   menginginkan   darah   Yahya   bin   Zakaria."   Wanita   ini   adalah simbol  keburukan.   Raja   berkata   sambil  minum   minuman   keras  yang   keempat kalinya     setelah   empat     puluh    kali:  "Bunuhlah     Yahya!"    Akhirnya,    pemimpin pasukan   raja   mengeluarkan   perintah   kepada   anak   buahnya   untuk   menghabisi Yahya.   Kemudian   Yahya   menemui   ajalnya   secara   tragis   dan   meneguk   madu syahadah. Injil Mata pada pasal yang keempat belas menyebutkan suatu riwayat sebagai berikut: "Hirdus   telah   menangkap   Yuhana   lalu   ia   memasukkan   ke   dalam   penjara kerana   Hirduya   isteri   dari   saudaranya.   Sebab   Yuhana   berkata   kepadanya, engkau     tidak  boleh   mengambilnya     sebagai   isterimu.   Ia  ingin  membunuh Yuhana     tetapi   ia  khuatir   terhadap    reaksi   masyarakat     kerana   mereka menganggapnya        sebagai   seorang   Nabi.   Ketika   diadakan    acara  kelahiran Hirdus salah seorang perempuan anak dari Hirduya menari di tengah-tengah para    hadirin   sehingga    Hirdus   merasa    kagum,    kerananya     kemudian     ia bersumpah      bahawa    apa   pun   yang   diminta   penari   itu  akan  diturutinya. Wanita itu berkata: "Berikanlah kepadaku kepala Yuhana." Sebetulnya raja itu    keberatan    tetapi   ia   sudah    terlanjur   bersumpah      dan   disaksikan orang-orang   di   sekitarnya,   maka   ia   pun   memerintahkan   agar   permintaan wanita    itu  dituruti.  Kemudian    kepala   Yuhana    dikirim   dari  penjara,   dan diberikan kepada gadis itu, lalu gadis itu membawanya kepada ibunya."

Read More