Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Selasa, 06 Mei 2025

kisah nabi Yunus as

 KISAH NABI YUNUS A.S

Beliau adalah Nabi yang mulia yang bemama Yunus bin Mata. Nabi Muhammad saw   berkata:   "Janganlah   kalian   membanding-bandingkan   aku   atas   Yunus   bin Mata." Mereka   menamakannya   Yunus,   Dzun   Nun,   dan   Yunan.   Beliau   adalah   seorang Nabi    yang    mulia   yang   diutus   oleh   Allah   s.w.t   kepada    kaumnya.    

kisah nabi yunus

Beliau menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; beliau      mengingatkan       mereka      akan     kedahsyatan       hari   kiamat      dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan mengiming-imingi mereka dengan syurga; beliau memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah s.w.t. Nabi Yunus senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana beliau    merasakan      keputusasaan     dari   kaumnya.     Hatinya    dipenuhi    dengan perasaan marah pada mereka namun mereka tidak beriman. Kemudian beliau keluar   dalam   keadaan   marah   dan   menetapkan   untuk   meninggalkan   mereka. Allah s.w.t menceritakan hal itu dalam firman- Nya: "Dan   (ingatlah   kisah)    Dzun   Nun   (Yunus),    ketika   ia   pergi   dalam  keadaan marah,     lalu   ia  menyangka      bahawa     Kami   tidak   akan    mempersempitnya (menyulitkannya)        maka    ia  menyeru     dalam    keadaan     yang   sangat    gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau,      sesungguhnya       aku    termasuk     orang-orang      yang    zalim.'"   (QS. al-Anbiya': 87) Tidak   ada   seorang   pun   yang   mengetahui   gejolak   perasaan   dalam   diri   Nabi Yunus     selain  Allah   s.w.t.  Nabi   Yunus    tampak    terpukul    dan   marah    pada kaumnya.      Dalam    keadaan    demikian,    beliau   meninggalkan     kaumnya.     Beliau pergi ke tepi laut dan menaiki perahu yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah s.w.t belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk meninggalkan kaumnya atau bersikap putus asa dari kaumnya. Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana ia meninggalkan kaumnya.      Saat   itu   Nabi   Yunus    seakan-akan     lupa   bahawa     seorang    nabi diperintah   hanya   untuk   berdakwah   di   jalan   Allah   s.w.t.   Namun   keberhasilan atau    tidak   keberhasilan     dakwah    tidak   menjadi     tanggungjawabnya.       Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah s.w.t dan menyerahkan sepenuhnya


masalah keberhasilan atau ketidakberhasilannya terhadap Allah s.w.t semata. Terdapat perahu yang berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu matahari tampak akan tenggelam. Ombak memukul tepi pantai dan memecahkan batu-batuan. Nabi Yunus melihat ikan kecil sedang berusaha untuk melawan ombak namun ia tidak mengetahui apa yang dilakukan. Tiba- tiba datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan menyebabkan ikan itu berbenturan dengan batu. Melihat kejadian     ini,  Nabi  Yunus   merasakan      kesedihan.    Nabi   Yunus   berkata    dalam dirinya:    "Seandainya    ikan   itu  bersama    ikan   yang   besar   barangkali    ia  akan selamat.     Kemudian      Nabi   Yunus    mengingat-ingat      kembali    keadaannya      dan bagaimana beliau meninggalkan kaumnya. Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau bertambah. Nabi Yunus pun menaiki perahu dalam keadaan guncang jiwanya. Beliau tidak mengetahui bahawa   beliau   lari   dari   ketentuan   Allah   s.w.t   menuju  ketentuan Allah s.w.t yang lain; beliau tidak membawa makanan dan juga kantong yang berisi     bawaan      atau    perbekalan,      dan    tidak    ada    seorang     pun    dari teman-temannya         yang   menemaninya;       beliau   benar-benar     sendirian;    beliau melangkahkan kakinya di atas permukaan perahu. Si    nahkoda     perahu    bertanya     kepadanya:      "Apa    yang    engkau    inginkan?" Mendengar       pertanyaan     itu,   Nabi   Yunus    pun   bangkit:    "Saya   ingin   untuk bepergian   dengan   perahu-perahu   kalian.   Apakah   kita   berlayar   dalam   waktu yang    lama?"   Nabi   Yunus   menampakkan        suara   yang   penuh   kemarahan,      rasa takut,   dan   kegelisahan.   Nahkoda   itu   berkata   sambil   mengangkat   kepalanya: "Kita akan berlayar meskipun air tampak sedang pasang." Nabi Yunus berkata dengan      mencoba      sabar   dan    menyembunyikan        kegelisahannya:      "Tidakkah engkau   mendahului   agar   jangan   sampai   pasang   itu   terjadi   wahai   tuanku?"   Si nahkoda   berkata:   "Laut   kita   biasanya   terkena   pasang,   maka   ia   akan   segera mereda ketika melihat seorang musafir yang mulia." Yunus bertanya: "Aku akan pergi   bersama   kalian   dan   berapa   ongkos   perjalanan?"   Si   nahkoda   menjawab: "Kami     tidak   menerima      ongkos   selain   emas."    Yunus    berkata:    "Tidak   jadi masalah." Nahkoda       itu    memperhatikan        Nabi     Yunus.    Ia    adalah    seorang      yang berpengalaman        di  mana    ia  sering   mondar-mandir      dari   satu  pelabuhan     ke pelabuhan yang lain. Seringnya ia mengunjungi suatu tempat ke tempat yang lain menjadikannya seorang lelaki yang mampu menangkap perasaan manusia. Nahkoda itu merasakan dan mengetahui bahawa Nabi Yunus lari dari sesuatu. Nahkoda   itu   membayangkan   bahawa   Nabi   Yunus   melakukan   suatu   kesalahan

tetapi    ia  tidak   berani    untuk    mengungkapkan        kesalahan     kepada     pelakunya kecuali jika pelakunya seorang yang bangkrut. Ia meminta kepada Nabi Yunus untuk     membayar       ongkos    sebanyak     tiga  kali  lipat   dari  vang    biasa   dibayar musafir. Nabi Yunus saat itu merasakan kesempitan dalam dadanya dan diliputi dengan      kemarahan       yang    keras    dan   keinginan     kuat    untuk    meninggalkan negerinya sehingga ia pun memberikan apa yang diminta oleh si nahkoda. Nahkoda   itu   memperhatikan   kepingan-kepingan   emas   yang   ada   di   tangannya dan ia menggigit sebagaiannya dengan giginya. Barangkali ia akan menemukan potongan emas yang palsu namun ia tidak menemukannya. Nabi Yunus hanya berdiri menyaksikan semua itu sementara dadanya tampak terombang-ambing: terkadang      naik   dan   terkadang     turun   laksana    ayunan.    Nabi    Yunus    berkata: "Tuanku      tentukan     bagiku    kamarku.     Aku    tampak     letih  dan    ingin   istirahat sebentar."   Si   nahkoda   berkata:       "Memang   itu   tampak   di   raut   wajahmu.       Itu kamarmu,"       sambil    ia  menunjuk      dengan     tangannya.     Kemudian      Nabi    Yunus membaringkan         diri  di  atas   kasur   dan    beliau   berusaha     untuk    tidur   tetapi usahanya itu sia-sia. Adalah gambar ikan kecil yang hancur berbenturan dengan batu     menyebabkan        beliau   tidak   dapat    tidur   dengan     tenang.    Nabi    Yunus merasakan   bahawa   atap   kamar   akan   jatuh   menimpa   dirinya.   Akhirnya,   Nabi Yunus   tidur   di   atas   kasurnya   di   mana   kedua   bola   matanya   berputar-putar   di atas    atap    kamar     tetapi   pandangan-pandangannya            yang    gelisah   itu   tidak menemukan tempat perlindungan. Tempat tinggalnya di kamar itu dan atapnya dan sisi-sisinya tampak semuanya akan runtuh. Nabi Yunus pun mulai mengeluh dan berkata: "Demikian juga hatiku yang tergantung dalam jiwaku." Demikianlah, terjadi suatu pergulatan penderitaan yang hebat dalam diri Nabi Yunus   saat   ia   terbaring   di   atas   ranjangnya.   Penderitaan   yang   keras   cukup memberatkannya   sehingga   beliau   pun   bangkit   kembali   dari   tempat   tidurnya tanpa     sebab     yang    dapat    dipahami.     Dan    tibalah    waktu     pasang.    Perahu melemparkan tali-talinya. Kemudian perahu itu berjalan sepanjang siang dan ia   memecah   airnya   dengan   tenang,   dan   angin   pun   bertiup   padanya   dengan sangat lembut dan baik. Lalu kegelapan menyelimuti perahu itu dan tiba-tiba lautan     pun    berubah.     Bertiuplah     angin   yang    cukup    kencang     yang    sangat mengerikan   yang   nyaris   menghancurkan   perahu   dan   bergolaklah   ombak   yang cukup   dahsyat   laksana   orang   yang   kehilangan   akalnya.   Ombak   itu   meninggi bagaikan gunung dan menurun bagaikan lembah. Mulailah   gelombang   ombak   menyapu   permukaan   perahu   sehingga   para   awak perahu   itu   pun   mulai   terkena   air.   Dan   di   belakang   perahu   itu   terdapat   ikan paus    yang    besar   yang    mulai   mengintai.     Ia  membuka       mulutnya.     Kemudian terdapat   perintah   kepada   ikan   paus   itu   untuk   bergerak   menuju   permukaan laut.   Ikan   paus   itu   menaati   perintah   dari   Allah   s.w.t   dan   ia   segera   menuju permukaan   laut.   Ia   mulai   mengikuti   perahu   itu   sebagaimana   perintah   yang diterimanya.       Angin    yang    keras    tetap    bertiup    kemudian      kepala    perahu mengisyaratkan   dengan   tangannya   agar   beban   perahu   dikurangi.   Dan   angin semakin   bertiup   kencang.   Sementara   itu,   Nabi   Yunus   merasakan   ketakutan. Dalam tidurnya beliau melihat segala sesuatu berguncang di kamarnya. Beliau berusaha      berdiri    tegak,    tetapi   tidak    mampu.      Kemudian      kepala    perahu berteriak dan berkata: "Sungguh angin kencang bertiup tidak seperti biasanya. Bersama kita seseorang lelaki yang salah sehingga kerananya angin ini bertiup dengan kencang. Kita akan melakukan undian pada semua awak. Barangsiapa yang namanya keluar kami akan membuangnya ke lautan." Nabi Yunus mengetahui bahawa ini adalah tradisi dari tradisi-tradisi yang biasa dilakukan oleh awak perahu jika mereka menghadapi angin yang keras. Tetapi saat itu beliau terpaksa harus meng-ikutinya. Episode penderitaan Nabi Yunus akan dimulai. Beliau adalah seorang Nabi yang mulia tetapi harus tunduk pada hukum ala berhala yang menganggap bahawa lautan mempunyai tuhan. Dengan kepercayaan       itu,   mereka   meyakini     bahawa   bertiupnya   angin       yang   kencang akibat     murka    dari   tuhan.    Oleh   kerana    itu,   harus   diadakan     upaya    untuk menenangkan dan memuaskan tuhan-tuhan yang mereka yakini itu. Nabi Yunus pun terpaksa mengikuti undian itu. Nama beliau dimasukkan bersama dengan nama      penumpang       lainya,    dan    dilakukanlah     undian.     Yang    keluar    justru namanya. Lalu diadakan undian yang kedua, dan kali ini pun yang keluar nama Nabi Yunus. Akhirnya, diadakan undian yang ketiga. Lagi-lagi yang keluar nama Nabi Yunus. Kemudian ditetapkan bahawa Nabi Yunus harus dibuang ke lautan. Saat    itu   para   awak    penumpang       memperhatikan        Nabi   Yunus.    Nabi    Yunus mengetahui   bahawa   beliau   berbuat   kesalahan   ketika   meninggalkan   kaumnya dalam   keadaan   marah.   Nabi   Yunus   mengira   bahawa   Allah   s.w.t   tidak   akan menurunkan hukuman padanya. Namun ia dianggap salah kerana meninggalkan kaumnya tanpa izin-Nya. Allah s.w.t memberikan pelajaran kepadanya. Nabi Yunus berdiri di samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi dengan ombak   yang   mengerikan.   Dunia   saat   itu   gelap   dan   di   sana   tidak   ada   cahaya bulan.    Bintang-bintang      bersembunyi      di  balik   kegelapan.     Warna    air  tampak gelap dan hawa dingin menembus tulang. Alhasil, air menutupi segala sesuatu. Kemudian        nahkoda      perahu     berteriak:     "Lompatlah      wahai     musafir    yang misterius."     Tiupan    angin   semakin     kencang.     Nabi   Yunus    berusaha     menjaga keseimbangannya,   dan   beliau   menampakkan   keberaniannya   saat   ingin   terjun ke   lautan.   Nabi   Yunus   pun   terjun   dan   berada   di   permukaan   lautan   laksana sampang   yang   mengambang.   Ikan   paus   berada   di   depannya.   Ikan   itu mulai

tersenyum      kerana    Allah   s.w.t   telah   mengirim     padanya     makanan     malam. Kemudian ikan itu menangkap Nabi Yunus di tengah-tengah ombak. Kemudian ikan itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu kembali dalam keadaaan puas setelah memenuhi perutnya. Nabi Yunus sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam. Tiga kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan   malam.   Nabi   Yunus   merasakan   bahawa   dirinya   telah   mati.   Beliau mencoba menggerakan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, beliau masih hidup. Beliau terpenjara dalam tiga kegelapan. Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan   menuju   Allah   saat   beliau   terpenjara   di   dalam   tiga   kegelapan. Hatinya   mulai   bergerak   untuk   bertasbih   kepada   Allah,   dan   lisannya   pun mulai    mengikutinya.      Beliau    mengatakan:      "Tiada   Tuhan    selain   Engkau    ya Allah.    Wahai    Yang    Maha    Suci.  Sesungguhnya       aku   termasuk      orang   yang menganiaya diri sendiri." (QS. Hud: 87) Ketika   terpenjara   di   perut   ikan,   beliau   tetap   bertasbih   kepada   Allah   s.w.t. Ikan itu sendiri tampak kelelahan saat harus berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus masih bertasbih kepada      Allah    s.w.t.   Beliau    tidak    henti-hentinya      bertasbih    dan    tidak henti-hentinya       menangis.     Beliau   tidak   makan,     tidak   minum,      dan   tidak bergerak. Beliau berpuasa dan berbuka dengan tasbih. Ikan- ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah s.w.t. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri. Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara- suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan- hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah s.w.t dan ia pun tidak ketinggalan   ikut   serta   bersama   mereka   bertasbih   kepada   Allah   s.w.t.   Dan   ia mulai    menyadari     bahawa     ia  sedang    menelan    seorang    Nabi.   Ikan   paus   itu merasakan      ketakutan     tetapi  ia   berkata   dalam   dirinya   mengapa   aku     takut? Bukankah Allah s.w.t yang memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunus tetap tinggal di perut ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah s.w.t dan selalu menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan   selain   Engkau   ya   Allah   Yang   Maha   Suci.   Sesungguhnya   aku   termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Allah s.w.t melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah s.w.t mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah s.w.t    menurunkan     perintah    kepada    ikan  itu  agar   mengeluarkan      Yunus   ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Ikan itu pun menaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan kepanasan di perut    ikan.   Beliau   tampak    sakit,  lalu   matahari    bersinar   dan   menyentuh badannya yang kepanasan itu. Beliau berteriak kerana tidak kuatnya menahan rasa sakit namun beliau mampu menahan diri dan kembali bertasbih. Kemudian Allah   s.w.t   menumbuhkan       pohon    Yaqthin,   yaitu  pohon    yang   daun-daunnya lebar     yang    dapat    melindungi     dari    sinar   matahari.     Dan    Allah   s.w.t menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah s.w.t memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat. Allah s.w.t berfirman: "Sesungguhnya Yunus benar-benar salah   seorang rasul.   (Ingatlah) ketika ia lari   ke   kapal   yang   penuh    muatan,     kemudian      ia  ikut  berundi    lalu  dia termasuk   orang-orang   yang   kalah   dalam   undian.   Maka   ia   ditelan   oleh   ikan besar    dalam    keadaan     tercela.   Maka    kalau   sekiranya    ia  tidak   termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut   ikan   itu   sampai   hari   berbangkit.   Kemudian   Kami   lemparkan   dia   ke daerah  yang tandus, sedang   ia  dalam keadaan   sakit.   Dan   kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus orang    atau   lebih.   Lalu   mereka    beriman,     kerana    itu  Kami   anugerahkan kenikmatan       hidup    kepada    mereka     hingga    waktu    yang    tertentu."    (QS. ash-Shaffat: 139-148) "Dan    (ingatlah   kisah)   Dzunnun      (Yunus),   ketika   ia  pergi   dalam    keadaan marah, lalu mereka menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya),        maka    ia  menyeru     dalam    keadaan    yang   sangat    gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang-orang yang zalim.' Maka Kami telah memperkenankan doanya    dan    menyelamatkannya  dari   kedukaan.  Dan demikianlah   Kami   selamatkan   orang-orang   yang   beriman."   (QS.   al-Anbiya': 87-88) Kita   sekarang   ingin   membahas   masalah   yang   menurut   ulama   disebut   sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi   adalah   orang-orang   yang   maksum   tetapi   kemaksuman   ini   tidak   bererti bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah s.w.t itu pantas mendapatkan         celaan    (hukuman).      Jadi   masalahnya      agak   relatif.   Menurut orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t: Kebaikkan orang-orang yang baik dianggap keburukaan bagi al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t).   Ini   memang   benar.   Sekarang,   marilah   kita   amati   kasus   Nabi   Yunus. Beliau    meninggalkan      desanya     yang   banyak    dipenuhi    oleh  orang-orang     vang menentang.   Seandainya   ini   dilakukan   oleh   orang   biasa   atau   oleh   orang   yang saleh selain Nabi Yunus maka hal itu merupakan suatu kebaikan dan kerananya ia diberi pahala. Sebab, ia berusaha menyelamatkan agamanya dari kaum yang durhaka. Tetapi Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah s.w.t kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah s.w.t dan ia    tidak   peduli    dengan     hasil   dakwahnya.      Tugas    beliau    hanya     sekadar menyampaikan agama. Keluarnya beliau dari desa itu - dalam kacamata para nabi - adalah hal yang mengharuskan datangnya pelajaran dari Allah s.w.t dan hukuman- Nya padanya. Allah   s.w.t   memberikan   suatu   pelajaran   kepada   Yunus   dalam   hal   dakwah   di jalan-Nya.   Allah   s.w.t   mengutusnya   hanya   untuk   berdakwah.   Inilah   batasan dakwahnya        dan   beliau    tidak   perlu    peduli   dengan     kaumnya      yang    tidak mengikutinya dan kerana itu beliau tidak harus menjadi sedih dan marah. Nabi Luth   tetap   tinggal   di   kaumnya   meskipun   selama   bertahun-   tahun   berdakwah beliau   tidak   mendapati   seorang   pun   beriman.   Meskipun   demikan,   Nabi   Luth tidak   meninggalkan   mereka.   Ia   tidak   lari   dari   keluarganya   dan   dari   desanya. Beliau   tetap   berdakwah   di   jalan   Allah   s.w.t   sehingga   datang   perintah   Allah s.w.t   melalui   para   malaikat-Nya   yang   mengizinkan   beliau   untuk   pergi.   Saat itulah beliau pergi. Seandainya beliau pergi sebelumnya nescaya beliau akan mendapatkan siksaan seperti yang diterima oleh Nabi Yunus. Jadi, Nabi Yunus keluar   tanpa   izin.   Lalu   perhatikan   apa   yang   terjadi   pada   kaumnya.   Mereka telah beriman setelah keluamya Nabi Yunus. Allah s.w.t berfirman: "Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu)   beriman,   Kami   hilangkan   dari   mereka   azab   yang   menghinakan   dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu." (QS. Yunus: 98) Demikianlah, desa   Nabi Yunus   beriman.   Seandainya   ia   tetap tinggal   bersama mereka   nescaya   ia   akan   mengetahuinya   dan   hatinya   menjadi   tenang   serta kemarahannya akan menjadi hilang. Tampaknya beliau tergesa-gesa dan tentu sikap    tergesa-gesa    ini  berangkat    dari  keinginannya     agar   manusia    beriman. Usaha     Nabi   Yunus    untuk    meninggalkan      mereka    adalah    sebagai    ungkapan kebenciannya   kepada   mereka   atas   ketidakimanan   mereka.   Maka   Allah   s.w.t menghukumnya          dan    mengajarinya       bahawa      tugas   seorang     nabi    hanya menyampaikan agama. Seorang nabi tidak dibebani urusan keimanan manusia; seorang nabi tidak bertanggung jawab atas pengingkaran manusia; dan seorang nabi tidak dapat memberikan hidayah (petunjuk) kepada mereka. NABI YUNUS a.s. DITELAN IKAN NUN Yunus   bin   Matta   adalah   seorang   nabi   yang   di   utuskan   oleh   Allah   s.w.t   untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke   Niwana   semata-mata   atas   perintah   Allah   s.w.t   untuk   berdakwah   kepada penduduknya. Nabi     Yunus     mendapati       penduduk      Niwana      merupakan       manusia      yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah     hasil  buatan    manusia.     Nabi   Yunus    menasihatkan      mereka     bahawa berhala   tersebut   tidak   dapat   memberi   apa-apa   manfaat   kerana   berhala   itu tidak   boleh   bergerak   dan   berkata-   kata.   Nabi   Yunus   mengingatkan   mereka supaya   menyembah   Allah   s.w.t   yang   telah   menciptakan   manusia   dan   Allah sajalah yang wajib ditaati. Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai     manusia    yang    mahu    menerimanya.       Mereka    lebih   suka   menyembah berhala-berhala       yang   di  sembah     oleh   datuk   nenek    mereka     secara    turun temurun.      Walaupun      Nabi   Yunus    memberi      nasihat,   tetapi    mereka     tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek   kami   telah   lama   menyembah   tuhan-tuhan   kami   dan   kami   tetap   tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami". Nabi    Yunus   berkata    "Aku   hanya   menyampai      apa   yang   Allah   menyuruh   aku sampaikan      kepada    kamu    semua,    oleh   itu  kamu    beriman    dan   bertauhidlah menurut   agama   yang   aku   bawa   sebagai   amanat   Allah   s.w.t".   Berkata   Nabi Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah   kegelapan   serta   menyiarkan   kepada   kamu   tentang   agama   yang   suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat." Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun   kamu   katakan   kepada   kami,   kami   tetap   tidak   akan   berganjak   dari agama   kami   dan   kami   juga   tidak   takut   walau   apa   pun   ancaman   yang   kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar." Setelah      Nabi    Yunus    melihat     keadaan      mereka     yang    tidak    menerima peringatannya   itu,   maka   Nabi   Yunus   pun   meninggalkan   Niwana   dengan   rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka      gelisah    melihatkan     perubahan      yang   berlaku     di  tempat     tinggal masing-masing. Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta   guruh   yang   mengegarkan.   Dengan   berlakunya   perkara-perkara   ini   maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah s.w.t agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka. Allah s.w.t Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah s.w.t pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan     mereka     kembali    tenang.     Akhirnya    mereka     semua     kembali    dengan bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka.       Nabi   Yunus   telah   meninggalkan      Niwana    membawa       diri  tanpa tujuan. Baginda   naik   bukit   turun   bulit,   naik   gunung   turun   gunung   dan   akhirnya   ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya.       Setelah    diberi  keizinan    maka    Nabi   Yunus    menumpang       kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat. Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan.   Ini   termasuk   penghuni   kapal   kapal   tersebut.   Satu   pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus    dibuang    ke  laut.   Oleh   sebab   Nabi   Yunus    adalah   orang   yang   sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih. Maka   mereka   mengundi   sekali   lagi   dan   akhirnya   Nabi   Yunus   tahu   bahawa   ia adalah      kehendak     Allah.    Nabi    Yunus    memikirkan       kesalahannya      kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus   beristikharah,   tanpa   ragu-ragu   Nabi   Yunus   terjun   ke   dalam   laut   yang sedang bergelombang ganas. Ketika    Nabi   Yunus    sedang    berlawan    dengan    gelombang,      maka   Allah   s.w.t mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup- hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan    nun   dia   berdoa    kepada    Allah   supaya   mengampuni       dosa    yang   telah dilakukan.   Lalu   Nabi   Yunus   membaca   doa:   "Tidak   ada   Tuhan   yang   benar   di sembah      hanya   Engkau    ya   Allah,  mahasuci     Engkau    aku   adalah   orang   yang membuat zalim atas diriku." Maka     Allah   perkenankan      permintaannya      dan   Allah   lepaskan    dia   daripada kedukaan.      Demikianlah      Allah  selamatkan      orang   yang    beriman.    Rasulullah bersabda maksudnya: "Nama      tuhan    yang    mulia,    siapa   yang    berdoa    dengan     nama     itu  akan diperkenankan   doanya. Siapa yang meminta  dengan   nama  itu,   akan   diberi apa   yang   diucapkan   oleh   Nabi Yunus dalam   perut   ikan   nun."   Firman   Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan         tasbih,   nescaya    tidaklah    ia  dapat   keluar    dari  perut    ikan sampai hari kiamat." Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun   melemparkan   Nabi   Yunus   ke   darat.   Di   tempat   Nabi   Yunus   dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih. Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya    kembali    ke  Niwana.    Nabi  Yunus    terkejut  kerana    penduduk    sedang menanti kepulangannya.       Penduduk    tersebut    meminta     Nabi   Yunus   mengajar     untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk      Niwana    dahulunya     terdiri  daripada    orang   yang   ingkar   dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.

0 comments:

Posting Komentar