Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 05 Juli 2025

cerita nabi sulaiman A.S

 Nabi Sulaiman A.S

Kisah Kecerdasan Nabi Sulaiman A.S

Nabi   Sulaiman   adalah   salah   seorang   putera   Nabi   Daud.   Sejak   ia   masih   kanak-kanak   berusia sebelas    tahun,   ia  sudah   menampakkan        tanda-tanda    kecerdasan,     ketajaman    otak,   kepandaian berfikir serta ketelitian di dalam mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan. Nabi Sulaiman Seorang Juri Sewaktu Daud, ayahnya menduduki tahta kerajaan Bani Isra'il ia selalu mendampinginnya dalam tiap-tiap   sidang    peradilan   yang   diadakan    untuk   menangani      perkara-perkara     perselisihan    dan sengketa   yang   terjadi   di   dalam   masyarakat.   Ia   memang   sengaja   dibawa   oleh   Daud,   ayahnya menghadiri   sidang-sidang   peradilan   serta   menyekutuinya   di   dalam   menangani   urusan-urusan kerajaan      untuk    melatihnya      serta   menyiapkannya        sebagai    putera    mahkota      yang    akan menggantikanya        memimpin       kerajaan,   bila  tiba  saatnya   ia  harus   memenuhi      panggilan    Ilahi meninggalkan dunia yang fana ini.

 

cerita nabi sulaiman

 Dan memang Sulaimanlah yang terpandai di antara sesama saudara yang bahkan lebih tua usia daripadanya. Suatu   peristiwa   yang   menunjukkan   kecerdasan   dan   ketajaman   otaknya   iaitu   terjadi   pada   salah satu   sidang   peradilan   yang   ia   turut   menghadirinya.   dalam   persidangan   itu   dua   orang   datang mengadu meminta Nabi Daud mengadili perkara sengketa mereka, iaitu bahawa kebun tanaman salah   seorang   dari   kedua   lelaki   itu   telah   dimasuki   oleh   kambing-kambing   ternak   kawannya   di waktu     malam    yang   mengakibatkan   rusak   binasanya        perkarangannya      yang   sudah   dirawatnya begitu    lama    sehingga    mendekati      masa    menuainya.     Kawan      yang   diadukan     itu  mengakui kebenaran   pengaduan   kawannya   dan   bahawa   memang   haiwan   ternakannyalah   yang   merusak- binasakan kebun dan perkarangan kawannya itu. Dalam   perkara   sengketa   tersebut,   Daud   memutuskan   bahawa  sebagai   ganti   rugi   yang   dideritai oleh pemilik kebun akibat pengrusakan kambing-kambing peliharaan tetangganya, maka pemilik kambing-kambing itu harus menyerahkan binatang peliharaannya kepada pemilik kebun sebagai ganti    rugi  yang    disebabkan     oleh  kecuaiannya      menjaga     binatang   ternakannya.     Akan    tetapi Sulaiman yang mendengar keputusan itu yang dijatuhkan oleh ayahnya itu yang dirasa kurang tepat   berkata   kepada   si   ayah:   "Wahai   ayahku,   menurut   pertimbanganku   keputusan   itu   sepatut berbunyi sedemikian : Kepada pemilik perkarangan yang telah binasa tanamannya diserahkanlah hewan ternak jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya, sedang perkarangannya yang telah binasa itu diserahkan kepada tetangganya pemilik peternakan untuk    dipugar    dan   dirawatnya    sampai    kembali    kepada    keadaan    asalnya,   kemudian     masing- masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau kerugian lebih daripada yang sepatutnya." Kuputusan   yang diusulkan oleh Sulaiman itu diterima baik oleh kedua orang   yang menggugat dan digugat dan disambut oleh para orang yang menghadiri sidang dengan rasa kagum terhadap kecerdasan   dan   kepandaian   Sulaiman   yang   walaupun   masih   muda   usianya   telah   menunjukkan kematangan       berfikir   dan    keberanian    melahirkan      pendapat     walaupun     tidak   sesuai   dengan pendapat ayahnya. Peristiwa     ini  merupakan     permulaan     dari   sejarah   hidup   Nabi   Sulaiman     yang   penuh    dengan mukjizat   kenabian   dan   kurnia   Allah   yang   dilimpahkan   kepadanya   dan   kepada   ayahnya   Nabi Daud.

Kisah Pemberontakan Absyalum pada era Nabi Sulaiman A.S

 Sulaiman Menduduki Tahta Kerajaan Ayahnya Sejak   masih   berusia   muda   Sulaiman   telah   disiapkan   oleh   Daud   untuk   menggantikannya   untuk menduduki tahta singgahsana kerajaan Bani Isra'il. Abang Sulaiman yang bernama Absyalum tidak merelakan dirinya dilangkahi oleh adiknya .Ia beranggapan bahawa dialah   yang sepatutnya menjadi putera mahkota dan bukan adiknya   yang lebih lemah fizikalnya dan lebih muda usianya srta belum banyak mempunyai pengalaman hidup seperti dia. Kerananya ia menaruh dendam terhadap ayahnya yang menurut anggapannya tidak berlaku   adil   dan   telah   memperkosa   haknya   sebagai   pewaris   pertama   dari   tahta   kerajaan   Bani Isra'il. Absyalum   berketetapan   hati   akan   memberotak   terhadap   ayahnya   dan   akan   berjuang   bermati- matian   untuk     merebut    kekuasaan   dari    tangan   ayahnya   atau   adiknya     apa   pun   yang   harus   ia korbankan untuk mencapai tujuan itu. Dan sebagai persiapan bagi rancangan pemberontakannya itu, dari jauh-jauh ia berusaha mendekati rakyat, menunjukkan kasih sayang dan cintanya kepada mereka   menolong   menyelesaikan   masalah-masalah   yang   mereka   hadapi   serta   mempersatukan mereka di bawah pengaruh dan pimpinannya. Ia tidak jarang bagi memperluaskan pengaruhnya, berdiri   didepan    pintu   istana   mencegat     orang-orang     yang   datang    ingin  menghadap      raja  dan ditanganinya sendiri masalah-masalah yang mereka minta penyelesaian. Setelah merasa bahawa pengaruhnya sudah meluas di kalangan rakyat Bani Isra'il dan bahawa ia telah   berhasil   memikat     hati  sebahagian     besar   dari  mereka,    Absyalum      menganggap       bahawa saatnya telah tiba untuk melaksanakan rencana rampasan kuasa dan mengambil alih kekuasaan dari   tangan   ayahnya   dengan   paksa.      Lalu   ia   menyebarkan   mata-matanya   ke   seluruh   pelosok negeri menghasut rakyat dan memberi tanda kepada penyokong-penyokong rencananya, bahawa bila   mereka     mendengar      suara   bunyi    terompet,    maka    haruslah    mereka     segera   berkumpul, mengerumuninya          kemudian       mengumumkan          pengangkatannya        sebagai     raja   Bani    Isra'il menggantikan Daud ayahnya. Syahdan pada suatu pagi hari di kala Daud duduk di serambi istana berbincang-bincang dengan para    pembesar     dan   para  penasihat    pemerintahannya,       terdengarlah    suara   bergemuruh      rakyat bersorak-sorai      meneriakkan     pengangkatan      Absyalum      sebagai    raja  Bani   Isra'il  menggantikan Daud   yang   dituntut   turun   dari   tahtanya.   Keadaan   kota   menjadi   kacau-bilau   dilanda   huru-hara keamanan tidak terkendalikan dan perkelahian terjadi di mana-mana antara orang yang pro dan yang kontra dengan kekuasaan Absyalum.

Nabi    Daud    merasa   sedih    melihat   keributan   dan   kekacauan     yang   melanda   negerinya,      akibat perbuatan   puterannya   sendiri.   Namun   ia   berusaha   menguasai   emosinya   dan   menahan   diri   dari perbuatan dan tindakan yang dapat menambah parahnya keadaan. Ia mengambil keputusan untuk menghindari   pertumpahan   darah   yang   tidak   diinginkan,   keluar   meninggalkan   istana   dan   lari bersama-sama   pekerjanya   menyeberang   sungai   Jordan   menuju   bukit   Zaitun.   Dan   begitu   Daud keluar meninggalkan kota Jerusalem, masuklah Absyalum diiringi oleh para pengikutnya ke kota dan segera menduduki istana kerajaan. Sementara Nabi Daud melakukan istikharah dan munajat kepada Tuhan di atas bukit Zaitun memohon taufiq dan pertolongan-Nya agar menyelamatkan kerajaan     dan   negaranya    dari   malapetaka     dan   keruntuhan     akibat  perbuatan     puteranya    yang durhaka itu. Setelah mengadakan istikharah dan munajat yang tekun kepada Allah, akhirnya Daud mengambil keputusan      untuk    segera    mengadakan      kontra    aksi   terhadap    puteranya     dan   dikirimkanlah sepasukan tentera dari para pengikutnya yang masih setia kepadanya ke Jerusalem untuk merebut kembali   istana   kerajaan   Bani   Isra'il   dari   tangan   Absyalum.   Beliau   berpesan   kepada   komandan pasukannya   yang   akan   menyerang   dan   menyerbu   istana,   agar   bertindak   bijaksana   dan   sedapat mungkin      menghindari      pertumpahan      darah   dan   pembunuhan       yang    tidak  perlu,   teristimewa mengenai Absyalum, puteranya, ia berpesan agar diselamatkan jiwanya dan ditangkapnya hidup- hidup.    Akan    tetapi  takdir  telah   menentukan      lain  daripada   apa   yang   si  ayah   inginkan    bagi puteranya. Komandan yang berhasil menyerbu istana tidak dapat berbuat lain kecuali membunuh Absyalum yang melawan dan enggan menyerahkan diri setelah ia terkurung dan terkepung. Dengan       terbunuhnya      Absyalum      kembalilah      Daud    menduduki       tahtanya    dan    kembalilah ketenangan      meliputi    kota   Jerusalem    sebagaimana      sediakala.  

Diangkatnya Nabi Sulaiman A.S menjadi raja bani israil

Dan    setelah   menduduki      tahta kerajaan Bani Isra'il selama empat puluh tahun wafatlah Nabi Daud dalam usia yang lanjut dan dinobatkanlah sebagai pewarisnya Sulaiman sebagaimana telah diwasiatkan oleh ayahnya. Kekuasaan Sulaiman Atas Jin dan Makhluk Lain Nabi   Sulaiman   yang   telah   berkuasa   penuh   atas   kerajaan   Bani   Isra'il   yang   makin   meluas   dan melebar, Allah telah menundukkan baginya makhluk-makhluk lain, iaitu Jin angin dan burung- burung yang kesemuanya berada di bawah perintahnya melakukan apa yang dikehendakinya dan melaksanakan segala komandonya. Di samping itu Allah memberinya pula suatu kurnia berupa mengalirnya cairan tembaga dari bawah tanah untuk dimanfaatkannya bagi karya pembangunan gedung-gedung,        perbuatan    piring-piring   sebesar    kolam    air,  periuk-periuk    yang   tetap  berada diatas tungku yang dikerjakan oleh pasukan Jin-Nya. Sebagai   salah   satu   mukjizat   yang   diberikan   oleh   Allah   kepada   Sulaiman   ialah   kesanggupan beliau    menangkap      maksud     yang   terkandung     dalam    suara  binatang-binatang      dan   sebaliknya binatang-binatang dapat pula mengerti apa yang ia perintahkan dan ucapkan.

 Demikianlah       maka    tatkala  Nabi   Sulaiman     berpergian    dalam    rombongan      kafilah  yang    besar terdiri dari manusia, jin dan binatang-binatang lain, menuju ke sebuah tempat bernama Asgalan ia melalui sebuah lembah yang disebut lembah semut. Disitu ia mendengar seekor semut berkata kepada   kawan-kawannya:   "Hai   semut-semut,   masuklah   kamu   semuanya   ke   dalam   sarangmu, agar supaya kamu selamat dan tidak menjadi binasa diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya tanpa ia sedar dan sengaja. Nabi Sulaiman tersenyum tertawa mendengar suara semut   yang ketakutan itu. Ia memberitahu hal    itu  kepada    para   pengikutnya     seraya    bersyukur     kepada    Allah   atas   kurnia-Nya     yang menjadikan ia dapat mendengar serta menangkap maksud   yang terkandung dalam suara semut itu.   Ia  merasa    takjub   bahwa    binatang    pun   mengerti    bahawa     nabi-nabi    Allah   tidak  akan mengganggu sesuatu makhluk dengan sengaja dan dalam keadaan sadar.

Kisah Nabi Sulaiman A.S dan Ratu Balqis

Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya      pergilah   ia  meneruskan      perjalannya    ke   Yaman.    Setibanya     di  San'a   -  ibu  kota Yaman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu. Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada    diantara   kawasan     burung    yang   selalu  berada   di  tempat   untuk    melakukan     tugas   dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan dan uzur yang nyata. Berkata     burung     Hud-hud     yang    hinggap    didepan     Sulaiman     sambil    menundukkan       kepala ketakutan:: "Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan   yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu   itu   duduk   di   atas   sebuah   tahta   yang   megah   bertaburkan   permata   yang   berkilauan.   Aku melihat     ratu   dan   rakyatnya     tidak   mengenal     Tuhan     Pencipta    alam    semesta    yang    telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya,   tetapi   kepada   matahari.   Mereka   bersujud   kepadanya   dikala   terbit   dan   terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar." Berkata   Sulaiman   kepada   Hud-hud:   "Baiklah,   kali   ini   aku   ampuni   dosamu   kerana   berita   yang engkau     bawakan     ini  yang   aku   anggap    penting   untuk   diperhatikan    dan   untuk   mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau      maksudkan       itu,  kemudian      kembalilah      secepat-cepatnya,      sambil    kami     menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini." HUd-hud       terbang     kembali    menuju     Saba    dan    setibanya    di   atas   istana   kerajaan    Saba dilemparkanlah   surat   Nabi   Sulaiman   tepat   di   depan   ratu   Balqis   yang   sedang   duduk   dengan megah     di  atas  tahtanya.   Ia  terkejut   melihat   sepucuk    surat  jatuh   dari  udara   tepat  di  depan wajahnya. Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu   datang   dan   siapakah    yang    secara   kurang    hormat    melemparkannya        tepat  di  depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi: "Dengan Nama Allah   Yang   Maha   Pengasih   lagi   Penyayang,   surat   ini   adalah   daripadaku,   Sulaiman.   Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri." Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan    para  penasihat    kerajaan   berkumpul     untuk   memusyawarahkan         tindakan   apa   yang   harus diambil sehubungan dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu. Berkatlah   para   pembesar   itu   ketika   diminta   petimbangannya:   "Wahai   paduka   tuan   ratu,   kami adalah   putera-putera   yang   dibesarkan   dan   dididik   untuk   berperang   dan   bertempur   dan   bukan untuk    menjadi    ahli  pemikir   atau  perancang    yang   patut   memberi    pertimbangan     atau   nasihat kepadamu.   Kami   menyerahkan   kepadamu   untuk   mengambil   keputusan   yang   akan   membawa kebaikan     bagi   kerajaan    dan   kami    akan    tunduk    dan   melaksanakan      segala   perintah    dan keputusanmu   tanpa   ragu.   Kami   tidak   akan   gentar   menghadapi   segala   ancaman   dari   mana   pun datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu." Ratu Balqis menjawab: "Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahwa kamu mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan kerajaanku. Akan tetapi aku tidak   sependirian   dengan   kamu   sekalian.   Menurut   pertimbanganku,   lebih   bijaksana   bila   kami menempuh       jalan  damai    dan  menghindari     cara   kekerasan    dan  peperangan.     Sebab   bila  kami menentang   secara   kekerasan   dan   sampai   terjadi   perang   dan   musuh   kami   berhasil   menyerbu masuk     kota-kota    kami,   maka   nescaya    akan   berakibat   kerusakan     dan  kehancuran     yang   sgt menyedihkan. Mereka   akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan   rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kami. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa   ke   semasa.   Maka   menghadapi   surat   Sulaiman   yang   mengandung   ancaman   itu,   aku   akan cuba   melunakkan   hatinya   dengan   mengirimkan   sebuah   hadiah   kerajaan   yang   akan   terdiri   dari barang-barang      yang    berharga   dan   bermutu    tinggi   yang   dapat   mempesonakan        hatinya   dan menyilaukan      matanya     dan  aku   akan   melihat   bagaimana     ia  memberi     tanggapan    dan   reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya. Selagi Ratu Balgis siap-siap mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Sulaiman dan memilih orang-orang   yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan   Nabi   Sulaiman   burung   pengintai   Hud-hud   memberitakan   kepadanya   rancangan   Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawaban atas surat beliau kepadanya. Setelah   mendengar   berita   yang   dibawa   oleh   Hud-hud   itu,   Nabi   Sulaiman   mengatur   rencana penerimaan   utusan   Ratu   Balqis   dan   memerintahkan   kepada   pasukan   Jinnya   agar   menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya ya akan menyilaukan mata perutusan Balqis bila mereka tiba.

Tatkala perutusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah oleh Sulaiman dan   setelah   mendengar   uraian   mereka   tentang   maksud   dan   tujuan   kedatangan   mereka   dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman: "Kembalilah kamu dengan hadiah- hadiah   ini   kepada   ratumu.   Katakanlah   kepadanya   bahawa   Allah   telah   memberiku   rezeki   dan kekayaan      yang    melimpah     ruah    dan   mengurniaiku      dengan     kurnia   dan   nikmat    yang    tidak diberikannya   kepada   seseorang   drp   makhluk-Nya.   Di   samping   itu   aku   telah   diutuskan   sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak sahaja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dibujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini? Aku tidak dapat dilalaikan dari   kewajiban   dakwah   kenabianku   oleh   harta   benda   dan   emas   walaupun   sepenuh   bumi   ini. Kamu   telah   disilaukan   oleh   benda   dan   kemegahan   duniawi,   sehingga   kamu   memandang   besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu     dan   pengikut-pengikutnya       dari  negerinya     sebagai-   orang-orang     yang   hina-dina    yang kehilangan   kerajaan   dan   kebesarannya,   jika   ia   tidak   segera   memenuhi   tuntutanku   dan   datang berserah diri kepadaku." Perutusan   Balqis   kembali   melaporkan   kepada   Ratunya   apa   yang   mereka   alami   dan   apa   yang telah   diucapkan   oleh   Nabi   Sulaiman.   Balqis   berfikir,   jalan   yang   terbaik   untuk   menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya. Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib     di  samping     kekuasaan     lahirnya   dan    bahwa    apa   yang    dia  telah   ancamkan      melalui rombongan perutusan bukanlah ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya,    siapakah    diantara    mereka    yang   sanggup     mendatangkan       tahta  Ratu    Balqis   sebelum orangnya datang berserah diri. Berkata   Ifrit,   seorang   Jin   yang   tercerdik:   "Aku   sanggup   membawa   tahta   itu   dari   istana   Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai. Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah nyeletuk berkata: "Aku akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu." Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah berada didepannya, berkatalah ia:   Ini adalah salah satu kurnia Tuhan kepadaku untuk mencuba apakah aku bersyukur atas kurnia-Nya itu atau mengingkari-Nya, kerana barang siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan kurnia Allah, ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia."

Menyonsong        kedatangan     Ratu    Balqis,   Nabi   Sulaiman     memerintahkan       orang-orangnya       agar mengubah   sedikit   bentuk   dan   warna   tahta   Ratu   itu   yang   sudah   berada   di   depannya   kemudian setelah    Ratu    itu  tiba   berserta   pengiring-pengiringnya,        bertanyalah    Nabi    Sulaiman     seraya menundingkan kepada tahtanya:   "Serupa inikah tahtamu?" Balqis menjawab: "Seakan-akan ini adalah     tahtaku   sendiri,"   seraya   bertanya-tanya     dalam    hatinya,   bagaimana      mungkin     bahawa tahtanya   berada   di   sini   padahal   ia   yakin   bahawa   tahta   itu   berada   di   istana   tatkala   ia   bertolak meninggalkan Saba. Selagi Balgis berada dalam keadaan kacau fikiran, kehairanan melihat tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk   penerimaannya.   Lantai   dan   dinding-dindingnya   terbuat   dari   kaca   putih.   Balqis   segera menyingkapkan pakaiannya ke atas betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya. Berkata Nabi Sulaiman   kepadanya:   "Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini." "Oh,Tuhanku," Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, "aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan   nikmat   dan   kurnia-Mu,   merugikan   dan   menzalimi   diriku   sendiri   sehingga   terjatuh dari   cahaya   dan   rahmat-Mu.   Ampunilah   aku.         Aku   berserah   diri   kepada   Sulaiman   Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang." Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis Ratu Saba. Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli   sejarah   nabi-nabi,   bahawa   Nabi   Sulaiman   pada   akhirnya   kahwin   dengan   Balqis   dan   dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis itu. Wallahu alam bisshawab.

Kisah Wafatnya Nabi Sulaiman A.S

Wafatnya Nabi Sulaiman Al-Quran   mengisahkan   bahawa   tidak   ada   tanda-tanda   yang   menunjukkan   kematian   Sulaiman kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya yang ia sandar kepadanya ketika Tuhan mengambil rohnya. Para Jin yang sedang mengerjakan bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah mati kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai,   akibat   jatuhnya   tongkat   sandarannya   yang   dimakan   oleh   anai-anai.   Sekiranya   para   Jin sudah     mengetahui     sebelumnya,      pasti  mereka     tidak  akan   tetap   meneruskan      pekerjaan    yang mereka anggap sebagai seksaan yang menghinakan.

Berbagai   cerita   yang   dikaitkan   orang   pada   ayat   yang   mengisahkan   matinya   Nabi   Sulaiman, namun kerana cerita-cerita itu tidak ditunjang dikuatkan oleh sebuah hadis sahih yang muktamad, maka sebaiknya kami berpegang saja dengan apa yang dikisahkan oleh Al-Quran dan selanjutnya Allahlah yang lebih Mengetahui dan kepada-Nya kami berserah diri. Kisah Nabi Sulaiman dapat dibaca di dalam Al-Quran, surah An-Naml ayat 15 sehingga ayat 44 Nabi Ilyas A.S Nabi   Ilyas   diutus   kepada   penduduk   Baalbek,   sebelah   barat   Kota   Damaskus   (Libanon   Timur sekarang).      Dia   mengajak      kaumnya      beribadah     hanya     kepada    Allah    dan    meninggalkan penyembahan   terhadap   patung   yang   mereka   namakan   Ba`la.   Hal   inilah   yang   mengakibatkan mereka menganiayanya. Ibnu Abbas mengatakan bahwa Ilyas adalah paman Nabi Ilyasak. namun betapapun gigihnya Nabi Ilyas berdakwah, kaumnya tidak mau mendengarkannya. Maka Allah menghukum mereka dengan azab didunia dan akhirat. Selepas kematian Nabi Sulaiman A.S., kerajaan telah mengalami perpecahan. Pengaruh syaitan telah berleluasa. Manusia yang beragama diejek-ejek. Undang-undang Somaria telah membunuh kebanyakan golongan yang mengetahui dan mengikuti akidah yang sebenar. Pengaruh kejahatan menjadi semakin buruk dan Allah telah menghantar Nabi Ilyas A.S. untuk memulihkan manusia pada    zaman     pemerintahan     Raja   Ahab    dari   Israil.  Baginda   berusaha     berusaha    bersungguh- sungguh      untuk   menyelamatkan       manusia    daripada    mempercayai      banyak    tuhan   dan   melarang mereka menyembah Tyrian Bal. Baginda     juga   menasihati    manusia     untuk   menyembah       Allah   dan  mengelakkan       diri  daripada melakukan kejahatan. Apabila usahanya tidak dihiraukan dan tidak membuahkan hasil, baginda tiba-tiba muncul sebeum raja dan tukang tiliknya memberitahu   yang   arus deras dan kebuluran akan   melanda   negeri   tersebut.   Baginda   juga   memberitahu   yang   Tyrian   Bal   tidak   mempunyai kuasa   untuk   menahan   bencana   tersebut.   Para   penduduk   tidak   mengendahkan   amarannya   dan tidak mengubah kepercayaan mereka. Kenabian Nabi Ilyas akhirnya terbukti benar dan seluruh negeri   dilanda   banjir   besar   dan   rakyat   mengalami   kebuluran.   Selepas   dua   tahun,   Nabi   Ilyas memohon       Allah    mengurniakan      belas   kasihan   dan   keampunan-Nya        kepada    penduduk      yang kebuluran itu. Mereka telah mengakui kekuasaan Allah dan berasa sangat menyesal. Sejurus   selepas   arus   deras   berhenti   dan   Allah   telah   menarik   balik   sumpahannya,   Allah   telah menyuruhnya        memanggil      al-Yas'a   menggantikannya.       Baginda    melaksanakan       perintah   Allah dengan   penuh   ketaatan   dan   hilang   secara   misteri.   Terdapat   satu   petikan   dalam   ayat   al-Quran yang bermaksud: "   Dan   ingatlah   akan   Ismail,   Ilyasa   dan   Zulkifli.   Semuanya   termasuk   orang-orang   yang   paling baik" (Shaad, 28: 48) .

Read More

Jumat, 04 Juli 2025

Cerita nabi Daud A.S tentang Hari Sabtunya Bani Isra'il

 Cerita nabi Daud A.S  tentang Hari Sabtunya Bani Isra'il

Hari Sabtunya Bani Isra'il Di antara ajaran-2 Nabi Musa a.s. kepada Bani Isra'il ialah bahawa mereka mewajibkan untuk mengkhususkan   satu   hari   pada   tiap   minggu   bagi   melakukan   ibadah   kepada   Allah   mensucikan hati dan fikiran mereka dengan berzikir, bertahmid dan bersyukur atas segala kurnia dan nikmat Tuhan,   bersolat   dan   melakukan   perbuatan-2   yang   baik   serta   amal-2   soleh.   Diharamkan   bagi mereka pada hari yang ditentukan itu untuk berdagang dan melaksanakan hal-hal yang bersifat duniawi. Pada mulanya hari Jumaatlah yang ditunjuk sebagai hari keramat dan hari ibadah itu, akan tetapi mereka     meminta     dari   Nabi   Musa    agar   hari   ibadah   itu 

cerita nabi daud tentang hari sabtu

dijatuhkan    pada   setiap   hari  Sabtu, mengingatkan   bahwa   pada   hari   itu   Allah   selesai   menciptakan   makhluk-Nya.   Usul   perubahan yang mereka ajukan itu diterima oleh Nabi Musa, maka sejak itu, hari Sabtu pada setiap minggu daijadikan      hari   mulia    dan    suci,   di  mana     mereka     tidak    melakukan      perdagangan       dan mengusahakan         urusan-2    duniawi.    Mereka     hanya    tekun    beribadah    dan   ebrbuat    amal-amal kebajikan yang diperintahkan oleh agama. Demikianlah hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun namun adat kebiasaan mensucikan hari Sabtu tetap dipertahankan turun temurun dan generasi demi generasi.

Pada masa Nabi Daud berkuasa di suatu desa bernama "Ailat" satu diantara beberapa desa yang terletak di tepi Laut Merah bermukim sekelompok kaum dari keturunan Bani Isra'il yang sumber percariannya   adalah   dari   penangkapan   ikan,   perdagangan   dan   pertukangan   yang   dilakukannya setiap hari kecuali hari Sabtu. Sebagai   akibat   dari   perintah   mensucikan   hari   Sabtu   di   mana   tiada   seorang   malakukan   urusan dagangan atau penangkapan ikan, maka pasar-pasar dan tempat-2 perniagaan di desa itu menjadi sunyi senyap pada tiap hari dan malam sabtu, sehingga ikan-2 di laut tampak terapung-apung di atas permukaan air, bebas berpesta ria mengelilingi dua buah batu besar berwarna putih terletak ditepi laut dekat desa Ailat.Ikan-ikan itu seolah-olah sudah terbiasa bahwa pada tiap malam dan hari Sabtu terasa aman bermunculan di atas permukaan air tanpa mendapat gangguan dari para nelayan tetapi begitu matahari terbenam pada Sabtu senja menghilanglah ikan-ikan itu kembali ke perut dan dasar laut sesuai dengan naluri yang dimiliki oleh tiap binatang makhluk Allah. Para    nelayan    desa  Ailat   yang   pd   hari-hari   biasa  tidak   pernah   melihat    ikan  begitu   banyak terapung-apung di atas permukaan air, bahkan sukar mendapat menangkap ikan sebanyak yang diharapkan, menganggap adalah kesempatan yang baik dan menguntungkan sekali bila mereka melakukan penangkapan ikan pada tiap malam dan hari Sabtu. Fikiran itu tidak disia-siakan dan tanpa   menghiraukan   perintah   agama   dan   adat   kebiasaan   yang   sudah   berlaku   sejak   Nabi   Musa memerintahkannya, pergilah mereka ramai-ramai ke pantai menangkap ikan di malam dan hari yang    terlarang    itu,  sehingga   berhasillah    mereka    menangkap       ikan  sepuas    hati  mereka     dan sebanyak yang mereka harapkan, Berbeda jauh dengan hasil mereka di hari-hari biasa. Para penganut   yang setia dan para mukmin   yang soleh datang menegur para orang fasiq   yang telah    berani   melanggar     kesucian    hari   Sabtu.   Mereka     diberi   nasihat   dan   peringatan     agar menghentikan        perbuatan     mungkar      mereka     dan   kembali     mentaati    perintah    agama     serta menjauhkan diri dari semua larangannya, supaya menghindari murka Allah yang dapat mencabut kurnia dan nikmat yang telah diberikan kepada mereka. Nasihat dan peringatan para mukmin itu tidak dihiraukan oleh para nelayan yang membangkang itu bahkan mereka makin giat melakukan pelanggaran secara demonstratif karena sayang akan kehilangan keuntungan material yang besar yang mereka perolrh dan penangkapan ikan di hari- hari yang suci. Akhirnya pemuka-pemuka agama terpaksa mengasingkan mereka dari pergaulan dan melarangnya masuk ke dalam kota dengan menggunakan senjata kalau perlu. Berkata para nelayan pembangkang itu memprotes: "sesungguhnya kota   Ailat adalah kota dan tempat     tinggal  kami    bersama    kami   mempunyai       hak  yang    sama   seperti   kamu    untuk   tinggal menetap   di   sini   dan   sesekali   kamu   tidak   berhak   melarang   kami   memasuki   kota   kami   ini   serta melarang kami menggali sumber-2 kekayaan yang terdapat di sini bagi kepentingan hidup kami. Kami tidak akan meninggalkan kota kami ini dan pergi pindah ke tempat lain.

 Dan jika engkau enggan bergaul dengan kami maka sebaiknya kota Ailat ini di bagi menjadi dua bahagian dipisaholeh    sebuah    tembok     pemisah,    sehingga     masing-2    pihak    bebas   berbuat    dan   melaksanakan usahanya tanpa diganggu oleh mana-mana pihak lain." Dengan      adanya    garis  pemisah     antara  para   nelayan    pembangkang       yang   fasiq   dan   pemeluk- pemeluk      agama    yang   taat  bebaslah    mereka    melaksanakan       usaha   penangkapan      ikan   semahu hatinya secara besar-besaran pada tiap-tiap hari tanpa berkecuali. Mereka   membina   saluran-2   air   bagi   mengalirkan   air   laut   ke   dekat   rumah-2   mereka   dengan mengadakan bendungan-2 yang mencegahkan kembalinya ikan-2 le laut bila matahari terbenam pada setiap petang Sabtu pada waktu mana biasanya ikan-2 yang terapung-apung itu meluncur kembali ke dasar laut. Para nelayan yang makin manjadi kaya karena keuntungan besar yang meeka peroleh dari hasil penangkapan       ikan   yang    bebas   menjadi    makin     berani   melakukan     maksiat    dan   pelanggaran perintah-2 agama yang menjurus kepada kerusakkan akhlak dan moral mereka. Sementara para pemuka agama yang melihat para nelayan itu makin berani melanggar perintah Allah    dan   melakukan      kemungkaran      dan   kemaksiatan      di  daerah   mereka    sendiri   masih   rajin mendatangi mereka dari masa ke semasa memperingatkan mereka dan memberi nasihat , kalau-2 masih   dapat   ditarik   ke   jalan   yang   benar   dan   bertaubat   dari   perbuatan   maksiat   mereka.   Akan tetapi   kekayaan   yang   mereka   peroleh   dari   hasil   penangkapan   yang   berganda   menjadikan   mata mereka buta untuk melihta cahaya kebenaran, telinga mereka pekak untuk mendengar nasihat-2 para   pemuka   agama   dan   lubuk   hati   mereka   tersumbat   oleh   nafsu   kemaksiatan   dan   kefasiqan, sehingga menjadikan sebahagian dari pemuka dan penganjur agaam itu berputus asa dan berkata kepada   sebahagian   yang   masih   menaruh   harapan:   "Mengapa   kamu   masih   menasihati   orang- orang     yang   akan   dibinasakan     oleh   Allah   dan   akan   ditimpahi     hati  orang-orang     yang   akan dibinasakan oleh Allah dan akan ditimpahi azab yang sangat keras." Demikianlah   pula   Nabi   Daud   setelah   melihat   bahawa   segala   nasihat   dan   peringatan   kepada kaumnya   hanya   dianggap   sebagai         angin   lalu   atau   seakan   suara   di   padang   pasir   belaka   dan melihat tiada harapan lagi bahwa mereka akan sedar dan insaf kembali maka berdoalah beliau memohon kepada Allah agar menggajar mereka dengan seksaan dan azab yang setimpal. doa   Nabi   Daud   dikabulkan   oleh   Allah   dan   terjadilah   suatu   gempa   bumi   yang   dahsyat   yang membinasakan   orang-orang   yang   telah   membangkang   dan   berlaku   zalim   terhadap   diri   mereka sendiri dengan mengabaikan perintah Allah dan perintah para hamba-Nya yang soleh. Sementara mereka yang mukmin dan soleh mendapat perlindungan Allah dan terhindarlah dari malapetaka yang melanda itu. Beberapa Kurnia Allah Kepada Nabi Daud Allah mengutusnya sebagai nabi dan rasul mengurniainya nikmah, kesempurnaan ilmu, ketelitian amal perbuatan serta kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan.

 

Kepadanya diturunkan kitab "Zabur", kitab suci yang menghimpunkan qasidah-2 da sajak-2 serta lagu-2 yang mengandungi tasbih dan pujian-pujian kepada Allah, kisah umat-2 yang dahulu dan berita nabi-nabi yang akan datang, di antaranya berita tentang datangnya Nabi Muhammad s.a.w. Allah   menundukkan   gunung-2   dan   memerintahkannya   bertasbih   mengikuti   tasbih   Nabi   Daud tiap pagi dan senja. Burung-2 pun turut bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud berulang-ulang. Nabi Daud diberi peringatan tentang maksud suara atau bahasa burung-2. Allah telah memberinya kekuatan melunakkan besi, sehingga ia dapat membuat baju-baju dan lingkaran-2 besi dengan tangannya tanpa pertolongan api. Nabi   Daud   telah   diberikannya   kesempatan   menjadi   raja   memimpin   kerajaan   yang   kuat   yang tidak   dapat   dikalahkan   oleh   musuh,   bahkan   sebaliknya   ia   selalu   memperolehi   kemenangan   di atas semua musuhnya. Nabi   Daud   dikurniakan   suara     yang   merdu   oleh   Allah  yang   enak   didengar   sehingga   kini   ia menjadi   kiasan   bila   seseorang   bersuara   merdu   dikatakan   bahawa   ia   memperolehi   suara   Nabi Daud. Kisah Nabi Daud dan kisah Sabtunya Bani Isra'il terdapat dalam Al-Quran surah "Saba'" ayat 11, surah "An-Nisa'" ayat 163, surah "Al-Isra'" ayat 55, surah "Shaad" ayat 17 sehingga ayat 26 dan surah "Al-'Aaraaf" ayat 163 sehingga ayat 165. Beberapa Pelajaran Dari Kisah Nabi Daud A.S Allah   telah   memberikan   contoh   bahwa   seseorang   yang   bagaimana   pun   besar   dan   perkasanya yang hanya menyandarkan diri kepada kekuatan jasmaninya dapat dikalahkan oleh orang yang lebih lemah dengan hanya sesuatu benda yang tidak bererti sebagaimana Daud yang muda usia dan lemah fizikal mengalahkan Jalout yang perkasa itu dengan bersenjatakan batu sahaja. Seorang yang lemah dan miskin tidak patut berputus asa mencari hasil dan memperoleh kejayaan dalam usaha dan perjuangannya selama ia bersandarkan kepada takwa dan iman kepada Allah yang akan melindunginya. Kemenangan   Daud   atas   Jalout   tidak   menjadikan   dia   berlaku   sombong   dan   takabbur,   bahkan sebaliknya ia bersikap rendah hati dan lemah-lembut terhadap kawan maupun lawan

Read More