Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Minggu, 24 Mei 2026

Perang Badar

 Perang Badar

Akhirnya, kaum   Muslim   bersiap-siap   untuk   memasuki kancah peperangan   lalu mereka       membuat       khemah-khemah        yang     di   situ   ditentukan      tempat peristirahatan dan pergerakan tentera Islam. Tempat itu ditentukan oleh Rasul saw.   Allah   SWT   membiarkan   Rasul-Nya   melakukan   kesalahan   dalam   memilih tempat   sehingga   itu   akan   dapat   menjadi   pelajaran   bagi   kaum   Muslim   dalam kaedah umum dari kaedah-kaedah peperangan yaitu sikap pemimpin pasukan untuk mengambil suatu kebijakan yang penting yang berdasarkan pengalaman.

Perang Badar


Kemudian   datanglah   Habab   bin   Mundzir   kepada   Rasulullah   saw   dan   bertanya kepadanya,      "apakah    tempat    yang    kita  jadikan   sebagai    pusat   pergerakan tentera kita merupakan pilihan dari Allah SWT dan Rasul-Nya hingga kita tidak dapat   mendahuluinya   dan   mengakhirinya   yakni   kita   tidak   dapat   memberikan pendapat      kita  ataukah    itu  hanya   masalah    yang   bersifat   teknik   yakni   itu terserah     pada   pendapat     kita   dan   sesuai   kebijakan    saat   perang    dan   ia merupakan tipu daya semata?" Rasulullah saw berkata: "Tetapi itu adalah pendapat peribadi, peperangan, dan tipu daya." Habab berkata: "Ya Rasulullah ini adalah tempat yang tidak tepat." Sahabat yang sarat pengalaman ini memilih tempat di mana pasukan Madinah dapat     minum    darinya    sedangkan     pasukan    Mekah    tidak   dapat   mengambil darinya.   Kemudian   berpindahlah   pasukan   Muslim   menuju   tempat   yang   telah ditentukan oleh pengalaman militer. Sampailah   pasukan   Mekah   di   mana   jumlah   mereka   mendekati   seribu   tentera dan mereka akan berhadapan dengan tiga ratus tujuh belas pasukan Muslim. Pasukan Quraisy berada di tempat yang jauh dari lembah. Pasukan   kafir   terdiri   dalam   perang   Badar   dari   pemuka-pemuka   Quraisy   dan pahlawan-pahlawan          mereka,      sedangkan      pasukan     Muslim     terdiri   dari keluarga-keluarga, ipar-ipar dan keluarga dekat dari pasukan kafir. Allah SWT telah    menentukan      agar   seorang    anak   bertemu     dengan    ayahnya,    saudara bertemu      dengan     sesama    saudara    dan    sesama    ipar   bertemu     di  medan peperangan. Mereka   semua   dipisahkan   dengan   suatu   prinsip   di mana   mereka ditentukan oleh pedang.

 Akhirnya, peperangan Badar pun terjadi dan kaedah utama adalah kaedah persaudaraan sesama Muslim. Dan ketika pasukan Muslim berpegang teguh di atas dasar Islam, maka pasukan kafir mulai terpecah belah namun keadaan tersebut mereka sembunyikan. Lalu    'Utbah   bin   Rabi'ah   berbicara     di  tengah-tengah      pasukan    Mekah     dan mengajak mereka untuk menarik kembali dari peperangan. 'Utbah memberikan pernyataan   sesuai   dengan   tuntutan   akal   sehat,   "wahai   orang-orang   Quraisy demi     Allah,   jika  kalian   harus   memerangi      Muhammad,       maka    kalian   akan menyesal kerana kita berhadapan dengan saudara- saudara kita sendiri. Boleh jadi   kita   akan   membunuh   anak   paman   kita,   atau   salah   seorang   dari   kerabat kita.

Mengapa kalian tidak membiarkannya saja?" Kalimat     yang    rasional   tersebut     cukup    menggoncangkan        pasukan     Mekah. Sebahagian   tentera   merasa   puas   dengan   pernyataan   tersebut   kerana   mereka melihat bahawa tidak ada gunanya peperangan itu. Namun kebodohan justru memadamkan         kalimat   yang   rasional   itu.   Abu  Jahal   menuduh   bahawa   yang mengucapkan kata-kata adalah orang yang penakut. Kemudian Abu Jahal lebih memilih pendapatnya untuk menetapkan terus memerangi kaum Muslim. Pemimpin pasukan kafir yaitu Abu Jahal mengetahui bahawa Muhammad tidak pernah     berbohong.      Kitab-kitab    sejarah   menceritakan      bahawa     Akhnas    bin Syuraif menyendiri dalam perang Badar bersama Abu Jahal sebelum terjadinya peperangan   tersebut   dan   bertanya   kepadanya,   "wahai   Abul   Hakam,   tidakkah engkau melihat bahawa Muhammad pernah berbohong? Abul Hakam menjawab: "Bagaimana       mungkin      ia  berbohong      atas    Allah,   sedangkan      kami    telah menamainya        al-Amin   (orang    yang   dapat   dipercayai)."    Peperangan     tersebut bukan      sebagai    usaha    untuk    mendustakan       Rasul   saw    tetapi   itu   hanya semata-mata       untuk    menjaga    kepentingan-kepentingan         sesaat   dan   keadaan ekonomi.   Demikianlah        orang-orang   kafir   mempertahankan        nilai  yang   paling rendah     yang   ada   di  muka    bumi    yang   juga   dipertahankan      oleh   binatang, sementara   kaum   Muslim   justru   mempertahankan   nilai   yang   paling   tinggi   di bumi dan di langit yang ikut serta di dalamnya para malaikat.

Kemudian datanglah waktu malam menyelimuti dua kubu. Tiga ratus tentera yang    mukmin      sudah   bersiap-siap    dan    mendekati     seribu   tentera    musyrik. Orang-orang      musyrik    datang    dengan    menunggangi      tunggangan     mereka     dan tampak  mereka   memiliki   persenjataan   yang   lengkap, sedangkan   setiap orangMuslim    datang   di  atas  satu   kenderaan.    Pakaian   yang   dipakai  orang-orang musyrik tampak masih baru dan pedang-pedang mereka tampak mengilat serta baju    besi  yang  mereka    gunakan    sangat   unggul   dan  kuat.   Alhasil,  mereka memiliki persiapan yang sangat mengagumkan sedangkan pakaian yang dipakai orang-orang Muslim tampak sudah usang dan pedang-pedang kuno pun mereka gunakan dan baju besi yang mereka gunakan tampak tidak sempurna. Nabi    melihat   keadaan    pasukannya     lalu  hati  beliau  tampak    sedih  melihat pasukan   tersebut.   Beliau   berdoa   kepada   Tuhannya:   "Ya   Allah,   Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang lapar, maka kenyangkanlah mereka. Ya Allah, sesungguhnya      mereka    adalah    orang-   orang   yang   tanpa   alas   kaki,  maka tolonglah   mereka.   Ya   Allah,   Sesungguhnya   mereka   adalah   orang-orang   yang tidak berpakaian, maka berilah mereka pakaian." Kemudian      rasa   kantuk   menghinggapi      mata    kedua   pasukan    lalu   mereka beristirahat    di  tengah-tengah    malam.    Jatuhlah   hujan   kecil  yang  membuat tempat itu basah sehingga kelembapan mengitari kaum Muslim. Hujan tersebut membasuh tanah perjalanan dan menghilangkan debu- debu kepayahan serta menyucikan hati dan membangkitkan kepercayaan atas kemenangan dari Allah SWT. Allah SWT berfirman: "(Ingatlah),    ketika    Allah   menjadikan     kamu     mengantuk      sebagai    suatu penenteram       dari-Nya,    dan   Allah  menurunkan       hujan   dari   langit  untuk menyucikan       kamu     dengan    hujan    itu   dan   menghilangkan       dari   kamu gangguan-gangguan          syaitan     dan    untuk      menguatkan       hatimu      dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu)." (QS. al-Anfal: 11) Datanglah waktu pagi di Badar lalu kaum Quraisy mulai menyerang, lalu Nabi memerintahkan pasukan Muslim untuk bertahan. Rasulullah saw bersabda: "Jika musuh mengepung   kalian,   maka   usirlah mereka   dengan   panah   dan   janganlah kalian menyerang mereka sehingga kalian diperintahkan."

Demikianlah ketetapan militer yang sangat jitu yang bererti hendaklah kaum Muslim    membentengi      mereka    di  tempat-tempat      mereka    agar   orang-orang musyrik    mendapatkan      kerugian    dari  serangan   yang   mereka    lakukan.    Kita mengetahui      dari  ilmu   militer   saat  ini  bahawa    seorang    yang   menyerangmemerlukan tiga atau tiga kali lipat dari jumlah yang biasa dilakukan sehingga serangannya      betul-betul    efektif;   kita  mengetahui      bahawa    jumlah    pasukan musyrik tiga kali lipat dibandingkan dengan tentera Muslim. Kaum musyrik di lihat dari segi jumlah sangat memadai untuk memenangkan peperangan, dan persenjataan   mereka   lebih   lengkap   dari   persenjataan   kaum   Muslim.   Jumlah haiwan yang mereka miliki pun sama dengan jumlah mereka, sedangkan tiap tiga orang Muslim berperang di atas satu tunggangan. Keadaan       saat   itu   sangat    menguntungkan         kaum     musyrik.   

Tanda-tanda kemenangan   tampak   menyertai   bendera   kaum   musyrik,   tetapi   kemenangan peperangan   bukan   kerana   kebesaran   jumlah   pasukan   dan   persenjataan   yang lengkap.   Terkadang   peperangan   justru   dimenangkan   oleh   unsur   spirituil  yang tidak   kelihatan.    Spirituil   tentera  dan   keimanannya   tentang   persoalan   yang dipertahankannya        serta   keinginannya      untuk    mendapatkan       dua   kebaikan: kemenangan   atau   kematian   dan   hasratnya   yang   tinggi   untuk   meneguk   madu syahadah, semua itu dapat mengubah seorang tentera menjadi makhluk yang tidak   terkalahkan.   Boleh   jadi   ia   akan   merasakan   kematian   tetapi   jauh   dari kekalahan. Demikianlah keadaan pasukan Muslim. Sementara itu debu-debu berterbangan di atas kepala pasukan yang bertempur dan    kaum    Muslim    mencurahkan      tenaga    yang   keras  dalam    peperangan      itu. Ketika dua pasukan saling bertemu dan bertempur, Nabi saw melihat mereka, lalu   Nabi   saw    menyaksikan     pasukannya      terjepit.  Pasukan     yang   berjumlah sedikit   dengan   persenjataan   yang   tidak   lengkap   itu   kini   ditekan   oleh   orang kafir.    Dalam    keadaan     demikian,    Nabi    saw   meminta     pertolongan      kepada Tuhannya:      'Ya  Allah,   kirimkanlah     bantuan    dan   pertolongan-Mu.      Ya   Allah, wujudkanlah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau      tidak   akan   disembah      setelahnya    di   muka    bumi."    Renungkanlah, bagaimana kesedihan Nabi saat terjadi peperangan itu. Oleh kerana itu, kita dapat memahami mengapa Nabi saw meminta agar pasukannya dimenangkan.

Pemimpin pasukan tertinggi Muhammad bin Abdillah keluar berperang di jalan Allah SWT dan saat ini kematian sedang mengitari kaum Muslim, lalu apa yang difikirkan oleh Nabi saw pada keadaan yang sulit tersebut? Pemikiran Nabi saw melebihi hal yang sekarang dan menuju pada hal yang akan datang, dan yang menjadi fokus Nabi adalah penyembahan Allah SWT di muka bumi: "Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah setelahnya di muka bumi." Nabi tidak terlalu mengkhuatirkan kehancuran kaum Muslim kerana Nabi justrumengkhuatirkan       sesuatu    yang   lebih  besar   dari  itu.  Yang   beliau   khuatirkan adalah   penyembahan   kepada   Allah   SWT   akan   berhenti   di   muka   bumi.   Oleh kerana itu, Nabi meminta tolong kepada Tuhannya dan mengingatkan kembali kepada   Tuhannya   dan   Allah   SWT   lebih   tahu   dari   hal   itu.   Kemudian   turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibril. Allah SWT berfirman: "(Ingatlah),    ketika    kamu    memohon       pertolongan      kepada    Tuhanmu,       lalu diperkenankan-Nya         bagimu:    'Sesungguhnya      Aku   akan    mendatangkan       bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.

' Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bantuan itu), melainkan sebagai khabar      gembira     dan   agar    hatimu    menjadi     tenteram      kerananya.     Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS. al-Anfal: 9-10) Setelah itu Nabi saw menghampiri sahabat Abu Bakar dan berkata: "Sampaikan berita    gembira     wahai   Abu    Bakar,   sesungguhnya      telah   datang    kepadamu bantuan dari Allah SWT." Turunnya para malaikat merupakan cara untuk meneguhkan kaum Muslim dan berita gembira kepada mereka. Mukjizat itu bukan terletak pada penyertaan para   malaikat   dalam   peperangan,   namun   melalui   nas-nas   ditegaskan   bahawa peranan     malaikat    tidak   lebih  dari   sekadar   membawa       berita   gembira    dan memberikan   dukungan   moril   serta   memenuhi   hati   dengan   ketenangan.   Kami kira bahawa Allah SWT ingin agar para malaikat menyaksikan manusia-manusia malaikat yang mempertahankan akidah tauhid. Demikianlah   Allah   SWT   mewahyukan   kepada   malaikat   bahawa   Dia   bersama mereka. Oleh kerana itu, hendaklah orang-orang yang beriman merasa tenang dan kebenaran akan tertancap pada hati mereka sedangkan orang-orang kafir pasti akan merasakan ketakutan. Allah SWT berfirman: "(Ingatlah),      ketika     Tuhanmu       mewahyukan         kepada      para     malaikat: 'Sesungguhnya         Aku    bersama       kamu,     maka      teguhkanlah      (pendirian) orang-orang yang telah beriman.' Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke    dalam    hati  orang-orang     kafir,   maka    penggallah    kepala    mereka     dan pancunglah      tiap-tiap   ujung    jari  mereka.    (Ketentuan)     yang   demikian     itu adalah   kerana   sesungguhnya   mereka   menentang   Allah   dan   Rasul-Nya;   dan barang     siapa  menentang      Allah   dan   Rasul-Nya,    maka    sesungguhnya      Allah amat   keras   seksaan-Nya.   Itulah   (hukum   dunia   yang   ditimpakan   atasmu), maka rasakanlah hukuman itu. Sesungguhnya bagi orang-orang yang kafir itu ada (lagi) azab neraka." (QS. al-Anfal: 12-14) Lalu    orang-orang    kafir  pun   mengalami     kekalahan.    Setelah   peperangan     itu, terbunuhlah      tujuh  puluh   kafir  dan   tujuh   puluh   tawanan    dari   mereka    dan sebahagian      pasukan    melarikan    diri.  Runtuhlah    tokoh-tokoh    kebencian     dan kelaliman di peperangan tersebut. Hancurlahlah Abu Jahal, pemimpin pasukan, dan pahlawan-pahlawan Mekah kini terkapar. Rasulullah saw berdiri di depan bangkai-bangkai orang-orang kafir dan berkata: "Wahai Utbah bin Rabi'ah, wahai Syaibah bin Rabi'ah, wahai Umayah bin Khalf, wahai   Abu   Jahal   bin   Hisam,   apakah   kalian   menemukan   apa   yang   dijanjikan oleh   tuhan   kalian   kepada   kalian.   Sungguh   aku   telah   menemukan   apa   yang dijanjikan    Tuhanku."     Orang-orang     Muslim   berkata:    "Ya  Rasulullah,    apakah engkau   memanggil   kaum   yang   sudah   mati?"   Rasulullah   berkata:   "Kalian   tidak mengetahui apa yang aku katakan kepada mereka, tetapi mereka tidak mampu menjawab perkataanku." Rasulullah saw tinggal tiga malam di Badar kemudian beliau kembali ke Madinah.

Read More