Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 30 Mei 2026

Fitnah Kaum Kafir terhadap Nabi Muhammad SAW

 Fitnah Kaum Kafir terhadap Nabi Muhammad SAW

Pasukan Quraisy menarik diri saat mereka mendekati Dahran, sementara pasukan Muslim berada di Badar. Mereka menunggu        pertemuan      yang    disepakati     di   Uhud.    Orang-orang      Muslim menyala-kan api selama delapan hari sebagai bentuk tantangan dan menunggu kedatangan kaum kafir sehingga ketika mereka (kaum kafir) telah pergi, maka citra kaum Muslim pun terangkat setelah mereka menerima kepahitan dalam peperangan Uhud. 

Fitnah Kaum Kafir terhadap Nabi Muhammad SAW


Kaum      Muslim   menoleh     ke   arah   utara   jazirah   Arab   setelah    menetapkan kewibawaan       mereka    di  selatan.   Kabilah   di  sekitar  Daumatul    Jandal   dekat dengan Syam merampok di tengah jalan dan merampas kafilah yang berlalu di situ,   bahkan   kenekatan   mereka   sampai   pada   batas   di   mana   mereka   berfikir untuk   menyerbu   Madinah.   Oleh   kerana   itu,   Rasulullah   saw   keluar   bersama seribu orang Muslim yang mereka bersembunyi di waktu siang dan berjalan di waktu   malam,   sehingga   setelah   lima   belas   malam   beliau   sampai   ke   tempat yang     dekat   dengan     tempat     tinggal   musuh-musuh       mereka     lalu  mereka menggerebek   tempat        itu.

 Pasukan   kafir  itu  dikejutkan    dengan    kedatangan kaum Muslim yang begitu cepat. Kita   akan   mengetahui   bahawa   alat   komunikasi   yang   dimiliki   oleh   Rasulullah saw   sangat   unggul   sebagaimana   alat   pertahanan   beliau   pun   sangat   unggul. Serangan mendadak yang dilakukan oleh pasukan Rasulullah saw menunjukkan bahawa mereka memiliki pertahanan yang luar biasa. Sistem pertahanan yang luar    biasa   sebagaimana      kedatangan      pasukan    yang    secara   tiba-tiba    itu menunjukkan kemampuan pasukan Islam untuk menyusup. Demikianlah,   terjadilah   hari-hari   pertempuran   militer.   Belum   lama   Nabi   saw meletakkan      baju   besinya,   dan   beliau   kembali    membangun       peribadi   kaum Muslim   sehingga   beliau   terpaksa   kembali   memakai   baju   besinya   dan   kembaliberperang.   Ketika   musuh-musuh   Islam   yang   berada   di   sekelilingnya   melihat bahawa kemampuan militer mereka tidak dapat menandingi kemampuan kaum Muslim,   maka   mereka   sengaja   melakukan   cara-cara   baru   untuk   memerangi Islam.   Yaitu   peperangan   psikologi   atau   peperangan   urat   saraf   dengan   cara menyebarkan berbagai macam isu atau apa yang dinamakan Al-Qur'an al-Karim dengan      peristiwa    al-Ifik  (kebohongan).      Setelah   peperangan      Bani   Musthaliq yaitu peperangan yang membawa kemenangan yang cepat bagi kaum Muslim, terjadilah   kesalahfahaman   dan   pertengkaran   di   antara   sahabat-sahabat   yang biasa   mengambil   air   di   mana   salah   seorang   mereka   berteriak:   "wahai   kaum Muhajirin," dan yang lain berteriak: "Wahai kaum Anshar." Peristiwa   yang   sangat   sepele   itu   dimanfaatkan   oleh   pemimpin   kaum   munafik yaitu Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai memprovokasi orang- orang Anshar untuk   menyerang   kaum   Muhajirin.   Ia   ingin   membangkitkan   luka-luka   jahiliah yang   lama   yang   telah   dibuang   dan   telah   dikubur   oleh   Islam,   Salah satu   yang dikatakan   oleh   Ibnu   Ubai   adalah,   "sungguh   mereka   telah   menyaingi   kita   dan mengambil       kebaikan     dari   dan   seandainya     kita   telah   kembali    ke   Madinah nescaya orang-orang yang mulai akan dapat mengusir orang-orang yang hina di dalamnya." Zaid   bin   Arqam   menyampaikan   kalimat   si   munafik   itu   kepada   Nabi   saw,   di mana      kalimat     itu  berisi   provokasi     terhadap      orang-orang      Anshar    untuk menyerang   kaum   Muhajirin.   Ubai   menginginkan   agar   mereka   berpecah   belah dan agar kesatuan mereka runtuh. Si Munafik itu segera datang kepada Rasul saw dan menafikan apa yang dikatakannya. Orang-orang Muslim secara lahiriah membenarkan perkataan si munafik itu dan mereka justru menuduh Zaid bin Arqam   salah   mendengar.   Tetapi   hakikat   peristiwa   itu   tidak   tersembunyi   dari Nabi     saw   sehingga    peristiwa    itu   sangat   menyedihkan       beliau.    Lalu  beliau mengeluarkan   perintah   agar   para   sahabat   pergi   ke   suatu   tempat   yang   tidak biasanya   mereka   lalui.   Kemudian   beliau   pergi   bersama   sahabat   di   hari   itu sampai waktu malam menyelimuti mereka. Dan kini, mereka memasuki waktu pagi.   Kepergian   yang   singkat   dan   tiba-tiba   itu   mampu   menepis   kebohongan yang   dirancang   oleh   si   Munafik,   Abdullah   bin   Ubai.   Yaitu   kebohongan   yang bertujuan   untuk  membakar   persatuan   kaum   Muslim   ketika   ia   berusaha   untuk menyalakan api di tengah-tengah rumah sang Nabi saw. Ketika   Nabi   masih   memiliki   kekuatan   yang   menakutkan   bagi   yang   mencuba melawannya, maka mereka pun melakukan berbagai penipuan dan, makar. Dan salah satu yang menjadi objek tipu daya itu adalah isteri beliau, yaitu Aisyah. Alkisah, Aisyah pada suatu hari pergi untuk memenuhi hajatnya lalu dilehernya

terdapat     anting-anting.     Setelah    ia  memenuhi      hajatnya,    anting-anting     itu terjatuh   dari   lehernya   dan   ia   tidak   mengetahui.   Ketika   Aisyah   kembali   dari kafilah yang telah siap-siap untuk pergi, ia kembali mencari kalungnya sampai ia menemukannya. Sementara itu orang-orang yang membawanya dalam tandu (haudaj) mengira Aisyah sudah berada di dalamnya. Mereka tidak ragu dalam hal itu kerana memang berat badan Aisyah sangat ringan. Pasukan   Nabi   berjalan   dan   membawa   tandu,   sedangkan   Aisyah   tidak   ada   di dalamnya. Aisyah kembali dan tidak mendapati pasukan di mana mereka telah pergi. Aisyah merasa hairan atas kepergian pasukan yang begitu cepat. Aisyah merasa     takut   saat   ia  berdiri  sendirian    di  padang    gurun.   Aisyah   berusaha bersikap baik, ia duduk di tempatnya di mana di situlah untanya duduk juga. Aisyah   melipat-lipat   pakaiannya   sambil   berkata   dalam   dirinya:   Mereka   akan mengetahui       bahawa     aku  tidak   ada   dan   kerana    itu  mereka    akan    kembali mencariku dan akan menemukan aku. Sementara      itu,  Sofwan     bin  Mu'athal   juga   tertinggal    kerana   ia  melakukan keperluannya. Ia berjalan dari arah yang jauh lalu ia melihat bayangan orang yang tidak begitu jelas. Sofwan mendekat dan tiba-tiba ia mengetahui bahawa ia sedang berdiri di hadapan Aisyah. Ia melihat Aisyah sebelum diwajibkannya perintah     memakai     hijab   (jilbab)  atas  isteri-isteri  Nabi.   Ketika   melihatnya, Sofwan berkata: "Sesungguhnya kita milik Allah SWT dan kepadanya kita akan kembali,... isteri Rasulullah Aisyah tidak menjawab. Sofwan mundur dan mendekatkan untanya kepadanya sambil berkata: "Silakan Anda   menaikinya."   Aisyah   pun   menaikinya.  

Kemudian   Sofwan   membawanya pergi    dan   mencari     pasukan    yang   telah   meninggalkannya.       Sementara      itu, pasukan Nabi sedang beristirahat. Para sahabat mengira bahawa Aisyah masih berada dalam tandu. Tiba-tiba mereka terkejut ketika Aisyah datang kepada mereka bersama Sofwan yang menuntun untanya. Tokoh munafik Abdullah bin Ubai segera memanfaatkan kesempatan emas ini. Ia   membuat      kisah   bohong    yang   terkesan    menuduh     isteri  Nabi   melakukan pengkhianatan.       Abdullah    bin  Ubai   pandai    memilih    beberapa     sahabat    yang dikenalinya      sebagai     orang-orang     yang    mudah      percaya     dan    cenderung membenarkan   hal-hal   yang   bersifat   lahiriah,   atau   ia   mengetahui   bahawa   di antara   mereka   dan   Aisyah   terdapat   kedengkian   sehingga   mereka   suka   jika tersebar kebohongan yang berkenaan dengan Aisyah.

Demikianlah pemimpin munafik itu berhasil menjerat beberapa sahabat dalam tali   kebohongannya,      di  antaranya    Hasan   bin   Sabit.  Musthah,    dan   seorang wanita yang dipanggil Hamnah binti Jahasv. yaitu saudara perempuan Zainab binti Jahasy isteri Rasulullah saw. Ketiga orang itu tertipu dengan kebohongan tersebut    lalu  mereka     menyebarkannya       sehingga   orang-orang     yang   terjerat dalam kebohongan itu mengatakan apa saja yang mereka inginkan. Akhirnya. pasukan      pun   bergoncang      dengan    isu  itu.   Sementara     itu,   Aisyah   tidak mengetahui   sedikit   pun   tentang   hal   tersebut.   Isu   tersebut   bertujuan   untuk menjatuhkan   Islam   dan   melukai   perasaan   Rasullullah   saw   dan   itu   termasuk peperangan menentang Rasulullah saw dan ajaran yang dibawanya. Begitu juga ia   bertujuan    menunjukkan      bahawa     kaum    Muslim   tidak   konsekuen     dengan akidah    yang   mereka    yakini   dan   secara   tidak  langsung    ia  juga  menyerang kesucian rumah tangga Aisyah.

 Pasukan kembali ke Mekah dan Aisyah jatuh sakit, namun ia tidak mengetahui isu-isu   yang   dikatakan   tentang   dirinya.   Kemudian   Rasulullah   saw   mendengar hal itu sebagaimana ayahnya Abu Bakar dan ibunya pun mendengarnya, namun tak seorang pun di antara. mereka yang memberitahu Aisyah. Begitu juga Rasul saw tidak menceritakan peristiwa itu di hadapan Aisyah. Namun sikap beliau berubah di mana beliau tidak lagi menunjukkan perhatiannya seperti biasanya saat Aisyah sakit. Ketika beliau menemui Aisyah dan saat itu ibunya ada di situ, beliau berkata: "Bagaimana keadaanmu?" Beliau tidak lebih dari mengucapkan kata-kata     itu.  Ketika  Aisyah   melihat   perubahan     sikap   Rasul  saw,   ia  mulai marah. Pada suatu hari ia berkata pada Nabi: "Seandainya engkau mengizinkan aku, nescaya aku akan pindah ke tempat ibuku." Beliau menjawab: "Itu tidak ada masalah." Aisyah pun pindah ke tempat ibunya dan ia tidak mengetahui sama sekali apa yang sebenarnya terjadi padanya. Setelah melalui lebih dari dua puluh malam, Aisyah    sembuh     dari  sakitnya   dan   ia  pun   belum    mengetahui     hal-hal   yang dikatakan tentang dirinya. Umul mu'minin Aisyah menceritakan bagaimana ia mengetahui   isu   bohong   tersebut   dan   bagaimana   Allah   SWT   membebaskannya dari isu itu, ia berkata: "Kami    adalah    kaum    Arab   di  mana   kami    tidak  mengambil     di  rumah    kami tanggung      jawab    ini  yang   biasa   di  ambil   oleh   orang-orang     Ajam.    Kami membencinya.   Kami   keluar   untuk   menikmati   keluasan   kota.   Sementara   itu para   wanita   keluar   pada   setiap   malam   untuk   memenuhi   hajat   mereka.   Pada suatu malam, aku keluar bersama Ummu Musthah untuk memenuhi sebahagiankeperluanku.   Lalu   ia   berkata:   "Tidakkah   kau   sudah   mendengar   suatu   berita wahai      puteri     Abu    Bakar?"     Aku    bertanya,      "berita    apa    itu?"    Lalu    ia memberitahukan           padaku     apa-apa      yang    dikatakan      oleh    para    penyebar kebohongan. Aku berkata: "Apa ini memang benar?" Ia menjawab: "Demi Allah, ini   benar-benar      terjadi."    Aisyah    berkata:    "Demi    Allah,   aku    tidak   mampu memenuhi        hajatku."     lalu   aku   pulang.     Demi    Allah,    aku   tetap    menangis sampai-sampai   aku   mengira   bahawa   tangisanku   akan   merosak   jantungku   dan aku berkata kepada ibuku, mudah-mudahan Allah SWT mengampunimu, banyak orang     berbicara    tentangku      namun     engkau    tidak   menceritakan       sedikit   pun kepadaku. Ia berkata: "Wahai anakku, sabarlah demi Allah jarang sekali wanita yang   baik   yang   dicintai   oleh   seorang   lelaki   yang   jika   ia   memiliki   isteri-isteri yang lain (madunya) kecuali wanita itu akan diterpa oleh berbagai isu." Aisyah   berkata:   "Rasulullah   saw   berdiri   dan   menyampaikan   pembicaraannya pada   mereka   dan   aku   tidak   mengetahui   hal   itu."   Beliau   memuji   Allah   SWT kemudian       berkata:    "Wahai    manusia,     bagaimana      keadaan     kaum     lelaki  yang menyakiti aku melalui keluar gaku dan mereka mengatakan sesuatu yang tidak benar.

Demi Allah, aku tidak mengenal mereka kecuali dalam kebaikan. Lalu mereka   mengatakan   hal   itu   pada   seorang   lelaki   yang   aku   tidak   mengenalnya kecuali     dalam     kebaikan     di   mana     ia  tidak    memasuki      suatu    rumah     dari rumah-rumahku kecuali ia bersamaku." Kemudian   Rasulullah   saw   memanggil   Ali   bin   Abi   Thalib   dan   Usamah   bin   Zaid dan bermusyawarah dengan keduanya. Usamah hanya melontarkan pujian dan berkata:   "Ya   Rasulullah   aku   tidak   mengenal   isterimu   kecuali   dalam   kebaikan dan   berita   ini   hanya   kebohongan   dan   kebatilan,"   sedangkan   Ali   berkata:   'Ya Rasulullah masih banyak wanita yang lain yang dapat kau percaya." Kemudian Rasulullah   saw   memanggil   Burairah   dan   bertanya   kepadanya,   lalu   Ali   berdiri kepadanya   dan   memukulnya   dengan   keras   sambil   berkata:   "Jujurlah   kepada Rasulullah   saw,"   lalu   wanita   itu   berkata:   "Demi   Allah,   aku   tidak   mengetahui kecuali kebaikan. Aku tidak pernah mencela Aisyah kecuali pada suatu waktu aku     sedang     membikin       adunan     roti   lalu    aku    memerintahkannya          untuk menjaganya   namun   Aisyah   tertidur   dan   datanglah   kambing   lalu   adunan   itu dimakan olehnya." Aisyah berkata: "Kemudian datanglah kepadaku Rasulullah saw dan saat tu aku bersama       kedua    orang    tuaku    dan   seorang     wanita    dari   kaum    Anshar.    Aku menangis       dan   wanita    itu  pun    turut   menangis.     Rasulullah     saw   duduk    lalu memuji Allah SWT dan berkata: "Wahai Aisyah, sungguh kamu telah mendengar sendiri    apa   yang   dikatakan   orang-orang   tentang   dirimu,   maka   bertakwalahkepada   Allah   SWT   dan   jika   engkau   telah   melakukan   keburukan   seperti   yang diucapkan      orang-orang     itu,  maka    bertaubatlah     kepada    Allah   SWT    kerana sesungguhnya       Allah  SWT    menerima     taubat    dari  hamba-hamba-Nya."        Aisyah berkata,     "demi   Allah,   itu  tidak   lain  hanya    kebohongan     yang    dialamatkan kepadaku sehingga membuat air mataku kering. Aku sama sekali tidak seperti yang     mereka     katakan,"    lalu   aku    menunggu      kedua    orang    tuaku    untuk mengatakan       tentang   diriku   namun    mereka   justru    terdiam.   Aisyah    berkata, "demi Allah aku merasa sebagai seorang yang hina yang tidak layak diturunkan Al-Qur'an dari Allah SWT berkenaan denganku, tetapi aku hanya berharap agar Nabi    saw   melihat    kebohongan     yang   dialamatkan     kepadaku     itu  sehingga    ia memastikan terbebasnya aku darinya." Aisyah   berkata:   "Ketika   aku   tidak   melihat   kedua   orang   tuaku   berbicara   aku berkata     kepada     mereka     tidakkah    kalian   menjawab       apa   yang   dikatakan Rasulullah saw?" Mereka berkata: "Demi Allah kami tidak mengetahui apa yang harus    kami   jawab."    Aku   mengetahui     bahawa     aku   bebas   dari  tuduhan     itu. Tiba-tiba   Rasulullah   saw   mengusap   keringat   dari   wajahnya   sambil   berkata: "Bergembiralah        wahai     Aisyah    kerana     sesungguhnya       Allah    SWT     telah menurunkan ayat yang membebaskan kamu dari tuduhan itu," lalu aku berkata: "Segala   puji   bagi   Allah   SWT."  

Kemudian   beliau   keluar   menemui para   sahabat dan membacakan kepada mereka ayat berikut ini: "Sesungguhnya   orang-orang   yang   membawa   berita   bohong   itu   adalah   dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi   kamu.   Tiap-tiap   seseorang   dari   mereka   mendapat   balasan   dari   dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, maka baginya azab yang besar. " (QS. an-Nur: 11) Jibril   turun   kepada   Nabi   saw   untuk   menyampaikan   terbebasnya   Aisyah   dari segala tuduhan yang ditujukan kepadanya. Dan gagallah peperangan psikologi menentang        kaum      Muslim     dan    rumah      tangga     Rasulullah     saw,     dan kelompok-kelompok   kafir   meyakini   bahawa   mereka   harus   menggunakan   cara baru lagi untuk menentang Islam. Kemudian Rasulullah saw kembali memasuki pergelutan menentang peperangan fizik. Peperangan Khandaq termasuk contoh peperangan       fizik  yang   dilakukan   oleh   Rasulullah    saw.   Orang-orang     Yahudi menyerahkan urusan mereka kepada kaum musyrik, dan Dimulailah rangkaian persekongkolan         dan    sumpah      di    antara     tokoh-     tokoh    Yahudi      dan pemimpin-pemimpin kaum musyrik, bahkan pendeta- pendeta Yahudi berfatwa bahawa   agama   Quraisy   yang   disimbolkan   dengan   penyembahan   berhala   lebihbaik   daripada   agama   Muhammad   yang   penyembahan   hanya   layak   ditujukan kepada Tuhan Yang Esa sebagaimana tradisi jahiliah lebih baik daripada ajaran Al-Qur'an.

0 comments:

Posting Komentar