Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 31 Januari 2026

Kisah Nabi Sulaiman AS dan burung hud-hud

 Kisah Nabi Sulaiman AS dan burung hud-hud

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengeluarkan perintahnya kepada pasukannya untuk   bersiap-siap.   Sulaiman   keluar   memeriksa   pasukannya.   Satu   demi   satu pasukannya   ditelitinya.   Kelompok   yang   pertama   adalah   kelompok   manusia. Sulaiman      memperhatikan        kesiapan     mereka,     lalu   Sulaiman     mengeluarkan perintah-perintahnya.  

burung apa yang menyampaikan surat kepada ratu balqis

 Kemudian      Sulaiman      memeriksa      kelompok      jin   dan menyampaikan perintah-perintahnya kepada mereka. Beliau memenjarakan jin yang   tampak   bermalas-malas   saat   bekerja.   Lalu   ia   memeriksa   binatang   dan berkata kepada mereka, apakah mereka sudah, makan dengan baik dan tidur dengan      nyenyak,    apakah     ada   yang   mengadu      kepadanya,     misalnya     kerana penyediaan,       makanan      tidak   layak,   apakah    di   sana   ada   yang    sakit,   dan sebagainya.    Ketika    Sulaiman     merasa     puas    dengan     semuanya,      Sulaiman memasuki        tenda    tempat     berkumpulnya        burung.     Belum     lama    Sulaiman memasuki tenda tersebut dan mengamat-amati keadaan di sekitarnya sehingga ia mengetahui burung yang tidak hadir yaitu Hud-hud:

"Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: 'Mengapa aku tidak melihat hud-hud." (QS. an-Naml: 20)

Burung-burung       yang    lain  tampak    terdiam     sebagai   penghormatan   dan   akanmendengarkan   apa   yang   akan   dikatakan   pemimpin   mereka   Sulaiman.   Beliau mengarahkan        pandangannya        pada    semua     burung    dan    tidak   menemukan Hud-hud       di  antara    mereka.      Tak   seekor     burung    pun    yang    mengetahui keberadaannya. Sulaiman mulai menampakkan kemarahannya:

"Apakah dia termasuk yang tidak hadir?" (QS. an-Naml: 20)                      

Tiba-tiba     seekor    burung    kecil   memberanikan        diri  untuk    berkata    kepada Sulaiman:      "Wahai    Nabi    yang   mulia,    seharusnya      hud-hud     ada   bersamaku kelmarin untuk melaksanakan tugas penyelidikan. Ia adalah pemimpin misi itu namun hud-hud belum datang. Oleh kerana itu, aku tidak pergi bersamanya." Burung itu tampak gementar ketakutan. Sulaiman mengetahui bahawa hud-hudtidak   hadir,   dan   tak   seorang   pun   mengetahui   kepergiannya.   Hud-hud   pergi tanpa terlebih dahulu meminta izin kepada Sulaiman dan tidak memberitahu di mana keberadaannya. Dalam keadaan marah, Sulaiman berkata:

"Sungguh aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika ia benar-benar datang kepadaku dengan alasan yang jelas." (QS. an-Naml: 21)

Kawanan      burung    mengetahui      bahawa     Sulaiman    sedang    marah    dan   telah menetapkan       untuk    menyeksa     hud-hud     atau   menyembelihnya       atau   justru memaafkannya dengan syarat, ia datang dengan membawa alasan yang dapat menyelamatkannya. Atau dengan kata lain, hud-hud dapat memastikan bahawa ia melaksanakan tugas yang penting. Sulaiman menunjukkan kemarahan yang besar    sehingga    siapa   pun   akan   merasa     takut.  Ketika    Sulaiman    marah   - meskipun beliau terkenal dengan kasih sayangnya - maka kemarahannya kerana membela       kebenaran,     kemudian     beliau    dapat   melaksanakan       ancamannya dengan cara yang mudah. Seekor burung tampak gementar ketakutan melihat kemarahan   Sulaiman, lalu   beliau   menghulurkan   tangannya   ke   burung   itu   dan memegang-megang kepalanya sehingga burung itu pun merasa tenang dan rasa takutnya hilang.

Sulaiman   pergi   dari   tenda   burung   itu   dan   menuju   istananya.   Sulaiman   masih memikirkan keadaan hud-hud. Seharusnya hud-hud menjadi bahagian penting dari badan perisikan. Apakah ia pergi untuk menyingkap sesuatu, atau apakah ia   pergi   hanya   untuk    bermain-main?      Sulaiman    telah   memperhatikan  dan mengetahui bahawa hud-hud adalah seekor burung yang cerdik dan juga fasih berbicara. Terkadang Sulaiman mendapati hud-hud sedang bermain-main dan menunda pekerjaannya. Sulaiman melihatnya dan hud-hud memakami bahawa ini tidak benar. Sebab, ia tidak boleh mencampur adukkan antara waktu serius dan waktu bermain.

Akhirnya,   tidak   lama   setelah   kepergiannya,   hud-hud   tiba   di   tenda   burung. Burung-burung yang lain berkata kepadanya: "Pergilah engkau ke tempat tuan kita Sulaiman. Jika ia mengetahui bahawa engkau telah sampai, maka jiwamu benar-benar terancam." Hud-hud terbang dan menemui Sulaiman. Pada waktu itu beliau sedang duduk sambil, makan. Hud-hud berdiri dan telah menetapkan untuk     memulai     pembicaraan      dengan    Sulaiman     sebelum     beliau   bertanya kepadanya ke mana dia pergi. Ini sebagai bukti bahawa ia melaksanakan tugas penting. Hud-hud berkata:

"Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: Aku telah mengetahui       sesuatu    yang    kamu    belum     mengetahuinya;       dan   kubawa kepadamu       dari  negeri   Saba'   suatu   berita   penting   yang   diyakini."   (QS. an-Naml: 22)

Aku adalah hud-hud yang miskin, tetapi aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui, dan aku telah datang kepadamu dari kerajaan Saba' dengan membawa berita yang sangat penting. Sulaiman tampak terdiam dan menunggu hud-hud menyelesaikan pembicaraannya:

"Sesungguhnya   aku   menjumpai   seorang   wanita   yang   memerintah   mereka, dan    dia  dianugerahi    segala   sesuatu    serta  mempunyai      singgahsana     yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan       syaitan      telah     menjadikan         mereka       memandang         indah perbuatan-perbuatan   mereka   lalu   menghalangi   mereka   dari   jalan   (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk." (QS. an-Naml: 23-24)

Hud-hud   diam   sejenak   dan   Sulaiman   merasa   bahawa   hud-hud   menunjukkan kefasihan      lisannya   dan    berbicara     dengan     baik   kepadanya.      Hud-hud mengemukakan perkataan yang sering disampaikan Sulaiman kepada manusia dan burung:

"Agar    mereka     tidak   menyembah       Allah   Yang    mengeluarkan      apa    yang terpendam      di  langit  dan   di  bumi   dan  yang   mengetahui     apa   yang   kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)      kecuali  Dia,  Tuhan    yang   mempunyai      Arasy   yang  besar."   (QS. an-Naml: 25-26)

Jelas   sekali   bahawa   hud-hud   mengulangi   perkataan   pemimpin   kita   Sulaiman, sebagai   usaha   terakhir   untuk   memperoleh   kasih   sayang   Sulaiman   dan   agar beliau puas dengan penjelasannya itu. Sulaiman berkata sambil menunjukkan senyuman manis di wajahnya:

"Akan   kami   lihat,   apa   kamu   benar,   ataukah   kamu   termasuk   orang-   orang yang berdusta." (QS. an-Naml: 27)

Hud-hud   ingin   mengatakan,   aku   tidak   bohong   wahai   Nabi   yang   mulia   namun diamnya      Sulaiman    membuatnya      takut,   sehingga    ia  pun   terdiam.   Sulaiman terdiam     kerana    berfikir,  lalu  ia  memutuskan      sesuatu.    Setelah   itu,  beliau mengangkat kepalanya dan meminta secarik kertas dan pena. Sulaiman segera menulis      surat    singkat    dan    menyerahkannya        kepada     hud-    hud    serta memerintahkannya:

"Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian   berpalinglah   dari   mereka,   lalu   perhatikanlah   apa   yang   mereka bicarakan." (QS. an-Naml: 28)

Al-Quran     al-Karim    hanya    menceritakan      dalam    surah    an-Naml    bagaimana perginya   hud-hud   dan   bagaimana   ia   menyerahkan   surat   itu.   Lalu,   Al-   Quran langsung menyebut keadaan kerajaan Balqis yang saat itu ia sedang membaca surat tersebut di depan para pembesar kerajaannya dan para menterinya:

Read More

Jumat, 30 Januari 2026

Nabi Sulaiman AS terkaya di dunia

 Nabi Sulaiman AS terkaya di dunia

Di samping   itu,   Sulaiman   orang   yang   paling   kaya   di   dunia   di   mana   istananya terbuat dari kayu gaharu yang memiliki bau yang harum dan istananya terbuat dari emas  dan   terkadang   dari   kristal.   Beliau   juga   memiliki   kerusi besar   yang dibuat dari emas dan permata. Istana Sulaiman merupakan istana yang palingbesar    di   dunia.   Sulaiman     menggunakan       pakaian    dari   emas    dan   permata.

siapakah orang terkaya


Meskipun demikian, Sulaiman tetap menunjukkan sebagai hamba yang berserah diri   dan   rendah   diri   kepada   Allah   s.w.t   dan   kepada   manusia.   Nabi   Sulaiman yang   merendahkan   dirinya   di   hadapan   Allah   s.w.t   dan   ia   selalu   sujud   pada Allah   s.w.t   sebagaimana   ayahnya   yang   selalu   bertasbih   kepada   Allah   s.w.t. Sulaiman   selalu   melantunkan   lagu-lagu   cinta   Ilahi   dan   hanya   memuji   Allah s.w.t.

Read More

Kamis, 29 Januari 2026

Kasih Sayang Nabi Sulaiman AS kepada Semut

 Kasih Sayang Nabi Sulaiman AS kepada Semut

Nabi    Sulaiman    bukan    hanya   mengetahui      masalah    tenteranya    dari   kalangan manusia   dan   tenteranya   dari   kalangan   burung,   namun   ia   juga   menunjukkan kasih   sayangnya   terhadap   semut   di   mana   beliau   mendengar   bisikannya   dan tidak suka untuk menginjaknya.

binatang apa yang disayang nabi sulaiman


 Nabi Sulaiman selalu menundukkan kepalanya ke bumi sebagai bentuk rasa rendah diri dan syukur kepada Allah s.w.t. Pada suatu hari ia berjalan di depan tenteranya dan tiba-tiba ia mendengar suara semut yang berkata kepada temannya dari kalangan semut:

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: 'Hai   semut-semut,   masuklah   ke   dalam   sarang-sarangmu   agar   kamu   tidak terinjak      oleh    Sulaiman      dan    tenteranya,       sedangkan       mereka      tidak menyedari';, maka dia tersenyum kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan   dia   berdoa:   'Ya   Tuhanku,   berilah   aku   ilham   untuk   tetap   mensyukuri nikmat-Mu   yang   telah   Engkau   anugerahkan   kepadaku   dan   kepada   ke   dua orang   ibu   dan   bapakku   dan   untuk   mengerjakan   amal   soleh   yang   Engkau redhai;     dan    masukkanlah       aku   dengan     rahmat-Mu       ke   dalam    golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." (QS. an-Naml: 18-19)

Sulaiman mendengarkan pembicaraan semut itu lalu beliau tersenyum kerana mendengar       pembicaraannya.       Apa   yang   dibayangkan      oleh  semut    kecil   itu? Meskipun Sulaiman mendapatkan kekuasaan dan memiliki tentera yang besar, namun   beliau   menunjukkan   kasih   sayang   terhadap   semut.   Beliau   mendengar bisikannya dan melihat semut yang di depannya. Oleh kerana itu, tak mungkin baginya untuk menginjaknya. Sulaiman bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah memberinya   nikmat   ini,   yaitu   nikmat   rahmat   dan   nikmat   kasih   sayang.

Read More

Rabu, 28 Januari 2026

Keunggulan Peradaban pada masa nabi Sulaiman AS

 Keunggulan Peradaban pada masa nabi Sulaiman AS

 Ia   meminta   pertolongan   dengan   rahmat Allah    s.w.t  lalu  Allah   s.w.t   menyembuhkannya        dan    merahmatinya.      Nabi Sulaiman   telah   membangun   masjid   atau   tempat   beribadah   sehingga   manusia menyembah Allah s.w.t di dalamnya. 

Keunggulan Peradaban pada masa nabi Sulaiman AS


Rumah ini menunjukkan keunggulan seni arkitektur dan seni pahat. Orang-orang yang membangun rumah ini berjumlah puluhan   ribu   orang.   Tentu   setiap   kelompok   dari   mereka   memiliki   pekerjaan masing-masing.   Di   antara   mereka   ada   yang   mencairkan   tambang;   di   antara mereka       ada    tukang    pahat;     ada    yang    membelah       batu;    ada  yang memotong-motong kayu;    ada   yang    mendatangkan       rumput-rumput       dari Lebanon;    ada    yang melelehkan emas   dan  menjadikannya lempengan-lempengan          yang  mengkilat    untuk   menutupi   kayu  dan   menutupi dinding.

Bahkan  golongan jin juga  membantu pembangunan  rumah tersebut,   tentudengan     perintah    dan   bimbingan     Nabi   Sulaiman.    Mereka    membuat      patung- patung   yang   besar   dan   membuat   bejana   yang   besar   untuk   tempat,   makanan para tentera dan pekerja, yaitu bejana seperti gunung kerana saking beratnya dan   besarnya.   Mereka   juga   membuat   tempat-tempat   minum   yang   besarnya seperti    kolam.    Sulaiman     mengawasi     para   pekerjanya     dan    juga   mengurus masyarakatnya        di  mana    beliau   mengenali     masalah     mereka    dan   berusaha memecahkannya.   Beliau   juga   mengawasi   pasukannya   dari   kalangan   binatang dan burung. Beliau mengetahui apakah ada satu di antara mereka yang tidak hadir dan di mana ia pergi serta mengapa ia pergi.

Read More

Selasa, 27 Januari 2026

Kisah Penyakit Nabi Sulaiman AS

 Kisah Penyakit Nabi Sulaiman AS

Hakikat ujian yang dialami Nabi Sulaiman adalah   apa   yang   disebutkan   oleh   Fakhrur   Razi:   "Sulaiman   diuji   dengan   suatu penyakit yang keras di mana kedokteran saat itu tidak mampu mengatasinya. Sakitnya   Sulaiman   sangat   keras   sehingga   para   doktor   dari   kalangan   manusia dan    jin  pun   tidak   mampu     menghilangkan       penyakitnya. 

Kisah Penyakit Nabi Sulaiman AS


  Lalu  burung-burung menghadirkan rumput- rumput yang dianggap sebagai ubat tetapi Sulaiman pun belum   juga   sembuh.   Semakin   hari   penyakit   Sulaiman   semakin   menjadi-jadi sehingga ketika Sulaiman duduk di atas kursi ia duduk bagaikan tubuh tanpa roh,   seakan-akan   ia   mati   kerana   saking   kerasnya   penyakit   yang   dideritanya.

Sakit   yang   diderita   oleh  Sulaiman    terus   berlanjutan    untuk   beberapa    saat namun Sulaiman tidak henti-hentinya berzikir kepada Allah s.w.t dan meminta kesembuhan   kepada-Nya   serta   beristighfar   kepada-Nya   dan   mengungkapkan rasa cintanya kepada-Nya."

Selesailah    ujian   Allah   s.w.t   terhadap    hamba-Nya,      Sulaiman.    Beliau   pun sembuh. Kini Sulaiman merasakan kembali kesehatannya setelah ia mengetahui segala kejayaannya dan segala kekuasaannya serta segala kebesarannya tidak lagi mampu menghilangkan penyakit yang dideritanya kecuali jika Allah s.w.t menghendakinya.

 Inilah   pendapat     yang    lebih   menenangkan hati   kami. Pendapat   tersebut   sesuai   dengan   kemaksuman   Sulaiman   sebagai   Nabi   yang bijaksana dan Nabi yang mulia:

"Dan   sesungguhnya   Kami   telah   menguji   Sulaiman   dan   Kami   jadikan   (dia) tergeletak di atas kerusinya sebagai tubuh (yang lemah kerana sakit)" (QS. Shad: 34)

Sakit    yang   diderita   Sulaiman     membuat      dirinya   seperti   jasad   yang   tak bernyawa.      Kata   jasad  dalam    bahasa   Arab   diungkapkan     atas  sesuatu    yang kehilangan kehidupan atau kesehatan. Sulaiman berubah menjadi jasad kerana saking kerasnya penyakit yang dideritanya. "Kemudian ia bertaubat." (QS. Shad: 34)

Lalu   Nabi   Sulaiman   kembali   sehat. 

Read More

Senin, 26 Januari 2026

Air Sumber sebagai media pengobatan

Apakah Musyrik jika kita mempercayai air sebagai media penyembuhan atau memperlancar rezeki kita bisa mencari petunjuk melalui Al-Qur'an dan Jawaban dari kisah ini saya kembalikan kepada para pembaca masing-masing untuk menggunakan akal atau logika melalui Ayat Al-Quran

Bolehkah menggunakan media air untuk memperlancar rezeki dan obat


Kisah kesembuhan nabi Ayyub as yang diceritakan di dalam al-Qur’an Qs Al-Anbiya 83-84 dan Qs Sad ayat 41-42  adalah sebagai berikut kita akan mengurutkan cerita bukan dari ayat untuk mencari jawaban dari kesembuhan nabi Ayyub as

وَاذۡكُرۡ عَبۡدَنَاۤ اَيُّوۡبَۘ اِذۡ نَادٰى رَبَّهٗۤ اَنِّىۡ مَسَّنِىَ الشَّيۡطٰنُ بِنُصۡبٍ وَّعَذَابٍؕ‏ ٤١

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika dia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya aku diganggu setan dengan penderitaan dan bencana."(QS sad 41)

وَاَيُّوۡبَ اِذۡ نَادٰى رَبَّهٗۤ اَنِّىۡ مَسَّنِىَ الضُّرُّ وَاَنۡتَ اَرۡحَمُ الرّٰحِمِيۡنَ ۖۚ‏ ٨٣

 

dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, "(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang."(Qs Al-Anbiya’ 83)

ُرۡكُضۡ بِرِجۡلِكَ ۚ هٰذَا مُغۡتَسَلٌ ۢ بَارِدٌ وَّشَرَابٌ‏ ٤٢

 (Allah berfirman), "Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum." (QS sad 42)

َاسۡتَجَبۡنَا لَهٗ فَكَشَفۡنَا مَا بِهٖ مِنۡ ضُرٍّ وَّاٰتَيۡنٰهُ اَهۡلَهٗ و مِثۡلَهُمۡ مَّعَهُمۡ رَحۡمَةً مِّنۡ عِنۡدِنَا وَذِكۡرٰى لِلۡعٰبِدِيۡنَ‏ ٨٤

Maka Kami kabulkan (doa)nya, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan (Kami lipat gandakan jumlah mereka), sebagai suatu rahmat dari Kami, dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Kami. ."(Qs Al-Anbiya’ 84)

Dari kisah tersebut kita dapat memperoleh Hikmah Nabi Ayyub As Berdoa kepada Allah SWT

اَنِّىۡ مَسَّنِىَ الشَّيۡطٰنُ بِنُصۡبٍ وَّعَذَابٍؕ‏

اَنِّىۡ مَسَّنِىَ الضُّرُّ وَاَنۡتَ اَرۡحَمُ الرّٰحِمِيۡنَ

Sesungguhnya aku diganggu setan dengan penderitaan dan bencana.

aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.

Jika kita cermati dari kisah tersebut nabi Ayyub As tertimpa penderitaan dan bencana di sebabkan oleh setan salah satu penyakit yang di timbulkan oleh setan adalah sihir kemudian nabi Ayyub As berdoa kepada Allah SWT  kemudian Allah SWT memberi Beliau petunjuk untuk menghentakan kaki kemudian munculah air (yang secara logika air ini adalah air tanah)yaitu air Sumber melalui petunjuk inilah nabi Ayyub As mendapat kesembuhan dari Allah SWT dengan perantaraan air tanah/sumber

Air ini digunakan nabi Ayyub As untuk mandi dan minum

 

ُرۡكُضۡ بِرِجۡلِكَ ۚ هٰذَا مُغۡتَسَلٌ ۢ بَارِدٌ وَّشَرَابٌ

(Allah berfirman), "Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum." (QS sad 42)

 

Khasiat Mata Air itu

َاسۡتَجَبۡنَا لَهٗ فَكَشَفۡنَا مَا بِهٖ مِنۡ ضُرٍّ وَّاٰتَيۡنٰهُ اَهۡلَهٗ و مِثۡلَهُمۡ مَّعَهُمۡ رَحۡمَةً مِّنۡ عِنۡدِنَا وَذِكۡرٰى لِلۡعٰبِدِيۡنَ‏ ٨٤

 

Maka Kami kabulkan (doa)nya, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan (Kami lipat gandakan jumlah mereka), sebagai suatu rahmat dari Kami, dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Kami. ."(Qs Al-Anbiya’ 84) 

Untuk menyembuhkan Sihir

Memperlancar Rezeki

Dari kisah inilah maka sebelum kita mandi dan minum dari mata air atau sumber bacalah doa Nabi Ayyub As

رَبِّ اِنِّىۡ مَسَّنِىَ الشَّيۡطٰنُ بِنُصۡبٍ وَّعَذَابٍؕ

رَبِّ اِنِّىۡ مَسَّنِىَ الضُّرُّ وَاَنۡتَ اَرۡحَمُ الرّٰحِمِيۡنَ


yang perlu di garis bawahi adalah air hanyalah sebagai lantaran tetapi kesembuhan Tetap karena Allah SWT karena tanpa izin-Nya semua makhluk di alam semesta ini tidak mempunyai kekuatan maka          hendaklah kita selalu berdoa setiap kita melakukan kegiatan

sumber babakan kenarok

Read More

Kebohongan tentang Nabi Sulaiman AS

 Kebohongan tentang Nabi Sulaiman AS

Para ahli tafsir berbeza pendapat tentang fitnah atau ujian yang dialami oleh Nabi   Sulaiman.   Barangkali   riwayat   yang   paling   terkenal   dalam   hal   ini   adalah riwayat   yang   paling   penuh   dengan   kebohongan.  

Kebohongan tentang Nabi Sulaiman AS


 Dikatakan   bahawa   Sulaiman bertekad untuk menggilir isteri-isterinya yang berjumlah tujuh ratus pada satu malam   saja   untuk   melakukan   hubungan   seks   dengan   mereka,   sehingga   para wanita itu akan melahirkan seorang anak yang dapat berperang di jalan Allah s.w.t. Sulaiman tidak mengatakan insya- Allah lalu ia menggilir isteri-isterinya dan    tidak   ada   seorang    pun   yang   melahirkan     kecuali    seorang    wanita   yang melahirkan anak yang buruk rupa.

Kisah   tersebut   berbeza   atau   kontradiksi   dari   permulaannya   dan   akhirannya. Tentu kisah itu berasal dari cerita khurafat yang direkayasa oleh orang-orang Yahudi atau termasuk dari israiliyat
Read More

Minggu, 25 Januari 2026

Mukjizat Nabi Sulaiman AS melunakan logam

 Mukjizat Nabi Sulaiman AS melunakan logam

Allah s.w.t juga memberikan kenikmatan lain atas Sulaiman Allah s.w.t berfirman:

"Dan Kami alirkan cairan tembaga baginya." (QS. Saba': 12)

Al-Kithir adalah tembaga yang dicairkan. Sebagaimana Allah s.w.t memberikan nikmat atas ayahnya Daud di mana ia mampu melunakkan besi dan Allah s.w.t mengajarinya    bagaimana    cara  mencairkannya,  maka    Sulaiman   pun memanfaatkan         tembaga      yang    cair   itu   untuk    peperangan       dan   di   saat perdamaian.   Pada   saat   peperangan   beliau   mencampur   tembaga   dengan   besi dan     membuat       darinya    perunggu.  Mereka     menggunakan        senjata-senjata perunggu       dalam     peperangan,       seperti    pedang,      baju    besi    dan    pisau.

apa yang diwariskan daud kepada sulaiman

Senjata-senjata ini adalah senjata yang paling kuat di saat itu. Sedangkan di saat perdamaian, tembaga digunakan untuk membuat bangunan, patung, dan sebagainya. Meskipun Nabi Sulaiman mendapatkan nikmat yang besar ini dan kurnia   yang   khusus,   Allah   s.w.t   telah   mengujinya   dengan   suatu   ujian.   Ujian akan     selalu   datang     pada    seorang    hamba.     Ketika    hamba     itu   mendapat kedudukan besar,   maka    ujiannya    pun   menjadi     besar.   Allah  s.w.t   menguji Sulaiman dengan penyakit.

Allah s.w.t berfirman:

"Dan   sesungguhnya   Kami   telah   menguji   Sulaiman   dan   Kami   jadikan   (dia) tergeletak      di  atas   kerusinya     sebagai    tubuh    (yang   lemah     kerana    sakit), kemudian        ia   bertaubat.      Ia   berkata:      'Ya   Tuhanku,       ampunilah      aku anugerahkanlah kerajaan yang tidak dimiliki oleh seseorang pun sesudahku, sesungguhnya   Engkaulah   Yang   Maha   Pemberi.   Kemudian   Kami   tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang ia   kehendakinya,       dan   (Kami    tundukkan      pula   kepadanya)      syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam. " (QS. Shad: 34-37)

Read More