Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Minggu, 31 Mei 2026

Perang Khandaq

 Perang Khandaq

Politik kaum Yahudi berhasil menyatukan kelompok-kelompok orang kafir dan mengerahkannya         untuk   menentang      kaum    Muslim.    Kemudian     mereka     akan menyerang Madinah dengan jumlah kekuatan sepuluh ribu tentera. Akhirnya, berita    itu   sampai    ke  Nabi    saw.   Beliau   tidak   hairan    ketika   mendengar orang-orang   Yahudi   bersatu   -   padahal   mereka   mempunyai   asas   agama   yang menyeru   kepada   tauhid   -   bersama   kaum   musyrik   menentang   agama   tauhid. Nabi saw mengetahui bahawa perjanjian telah lama membelenggu orang-orang Yahudi sehingga hati mereka menjadi keras dan hari telah menjauhkan antara mereka dan sumber yang jernih yang dipancarkan oleh Musa. Akhirnya, mereka menjadi      buah   yang   rosak   yang    kulitnya   bergambar     tauhid    namun    isinya bergambar kepahitan syirik. Dan yang lebih penting dari itu adalah kesamaan kepentingan kaum Yahudi dan kaum musyrik. Nabi    saw    menyedari     bahawa     beliau   sekarang    menghadapi      ancaman      dan pasukan   yang   besar.

Perang Khandaq

 

 Pertempuran   secara   terbuka   tidak   memberi   keuntungan bagi Muslimin. Beliau mulai berfikir bagaimana cara mempertahankan Madinah tanpa harus keluar darinya. Kali ini taktik militernya berubah di mana sebelum itu    beliau    keluar    dari    Madinah     dan     menjauhinya      serta    menyerang kelompok-kelompok         yang    berencana     menyerbu      Madinah.    Kali   ini  bentuk ancaman      berbeza    dan    tentu   fikiran  Nabi   pun   berubah     kerana   mengikuti perbezaan ancaman itu. Kemudian   beliau   mengadakan   pertemuan   militer   bersama   para   tenteranya. Beliau      ingin    mendengar       berbagai     usulan     tentang     bagaimana       cara mempertahankan         Madinah.     Lalu   Salman    al-Farisi   mengusulkan      agar   Nabi menggali suatu parit yang dalam di sekeliling Madinah yaitu parit yang seperti bendungan alami yang dapat menahan laju banjir yang ingin maju, suatu parit yang pasukan berkuda tidak akan mampu melewatinya dan kaum Muslim dapat mempertahankan   diri   dari   belakangnya. 

 Mula-   mula   usulan   itu   terkesan   agak mustahil diwujudkan namun pada akhirnya Nabi menyetujui usulan Salman itu. Melalui   sensifitas   militernya   yang   mengagumkan,   beliau   mengetahui   bahawa situasi   cukup   genting   dan   kerananya   ia   menuntut   usaha   keras   untuk   dapat melaluinya.   Nabi   saw   memerintahkan   para   sahabat   untuk   menggali   parit   di sekitar Madinah. Pekerjaan itu sangat berat dan saat itu musim dingin di mana udara   sangat   dingin.   Di   samping   itu,   kaum   Muslim   sedang   mengalami   krisisekonomi yang mengancam Madinah, meskipun demikian, penggalian parti tetap dilaksanakan,   bahkan   Rasulullah   saw   terjun   langsung   untuk   membuat   galian dan memikul tanah. Kaum      Muslim    dengan     semangat      yang   luar   biasa    dapat    menyelesaikan penggalian parit itu meskipun kehidupan sangat keras dan mereka merasakan kelaparan   kerana   kekurangan   harta.       Namun   semangat   pasukan   Islam   tetap meninggi. Mereka percaya akan datangnya kemenangan dan pertolongan dari Allah SWT. Allah SWT berfirman: "Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu,   mereka   berkata:   'lnilah   yang   dijanjikan   Allah   dan   Rasul-Nya   kepada kita.' 

 Dan   benarlah   Allah   dan   Rasul-Nya.   Dan   yang   demikian   itu   tidaklah menambah   kepada   mereka   kecuali   iman   dan   ketundukan."   (QS.   al-Ahzab: 22) Pasukan     Quraisy   mulai   mendekati     Madinah     dan  tiba-tiba   Madinah    berubah menjadi   jazirah   cinta   di   tengah-tengah   lautan   kebencian,   lautan   itu   mulai menghentam jazirah dan berusaha menenggelamkannya dari dalam. Kemudian berteburanlah panah-panah kaum Muslim untuk menghalau pasukan kafir yang cukup   banyak.   Pasukan   kafir   mulai   berputar-putar   di   sekeliling   parit   dalam keadaan bingung: apa gerangan yang telah dilakukan pasukan Islam, bagaimana mereka dapat menggali parit ini? Kuda-kuda   musuh   berusaha   melalui   parit   itu   namun   pasukan   Muslim   segera menyerangnya.        Demikianlah      peperangan      Ahzab    terus   berlangsung.     Pada hakikatnya      ia  adalah   peperangan      urat   saraf.  Pasukan    musuh     mengepung Madinah selama tiga minggu di mana serangan demi serangan terus dilakukan sepanjang   siang   dan   mata   mereka   tetap   terjaga   sepanjang   malam.   Bahkan saking   dahsyatnya   pertempuran   itu   sehingga   kaum   Muslim   tidak   mengetahui apakah   pasukan   musuh   berhasil   menduduki   Madinah   atau   tidak,   dan   apakah para    musuh     berhasil   menembus      lubang   yang    mereka    bangun?    Allah   SWT menggambarkan keadaan peperangan Ahzab dalam firman-Nya: "(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak   tetap  lagi   penglihatan(mu) dan   hatimu   naik menyesak sampaike      tenggorokan       dan     kamu      menyangka        terhadap      Allah    dengan bermacam-macam   persangkaan.   Di   situlah   diuji   orang-   orang   mukmin   dan digoncangkan       hatinya    dengan    goncangan      yang   dahsyat."    (QS.   al-Ahzab: 10-11) Keadaan semakin buruk di mana orang-orang Yahudi membatalkan perjanjian mereka      dengan    kaum     Muslim    dan   mereka     bergabung     dengan    al-Ahzab. Demikianlah      Bani   Quraizhah    membatalkan      perjanjiannya     dan   mereka    lupa terhadap     pengkhianatan      bani   Nadhir   dan   pembalasan     Nabi   saw   terhadap mereka. Setiap hari keadaan semakin buruk. Kaum Muslim benar-benar mengalami ujian yang berat di mana fikiran mereka benar-benar       kacau.   Ketika    keadaan     mencapai     puncaknya      kaum    Muslim bertanya kepada Rasul saw, "apa yang harus mereka katakan?" Rasulullah saw memberitahu   agar   mereka   mengatakan:   "Ya   Allah,   kalahkanlah   mereka   dan tolonglah kami untuk mengatasi mereka."

 Doa     tersebut    keluar   dari   mulut-mulut      kaum    yang    telah   melaksanakan kewajipan      mereka    dan  telah   membuat     mukjizat    mereka    dalam   menghalau serangan. Jadi, mereka tidak memiliki apa-apa selain doa dan Allah SWT lah Yang Maha Mendengar permintaan hamba-Nya dan Dia yang mengabulkannya. Dia mengetahui orang yang melaksanakan kewajipannya dan akan mengabulkan orang yang berdoa. Akhirnya,     kaum     Muslim    benar-benar      mendapatkan       rahmat     Allah   SWT. Kemudian      perjalanan    pertempuran      bergerak    dengan    cara   yang   tidak  bisa difahami. Para penyerang menyedari bahawa mereka sebenarnya telah kalah di mana   mereka   telah   menyerang   selama   tiga   pekan   namun   serangan   tersebut tidak   memberikan   hasil   apa   pun.   Mereka   telah   mencurahkan   berbagai   upaya namun tanpa memberikan hasil yang diharapkan dan boleh jadi mereka akan tetap begini selama tiga tahun. Kemudian datanglah suatu malam di mana kaum Muslim belum pernah melihat malam   segelap   itu   dan   angin   sekencang   itu,   bahkan   saking   kerasnya   angin sampai-sampai suaranya laksana halilintar. Bahkan saking gelapnya malam itu sehingga tak seorang pun di antara umat Islam yang mampu melihat jari-jari tangannya      atau   berdiri   dari   tempatnya     kerana    saking   dinginnya    cuaca. Kemudian Nabi saw datang menemui Hudaifah bin Yaman. Beliau tidak mampu melihatnya meskipun beliau berdiri di sebelahnya. Nabi saw bertanya: "Siapaini?" Hudaifah menjawab: "Aku adalah Hudaifah." Nabi saw berkata: "Oh, kamu Hudaifah."   Hudaifah   tetap   tinggal   di   tempatnya   kerana   ia   khawatir   jika   ia berdiri ia akan tidak mampu kerana saking dinginnya dan akan menabrak Rasul saw.    Rasul   saw   berkata    kepada    Hudaifah,    "Aku   kehilangan    berita   penting tentang keadaan kaum yang menyerang kita." Hudaifah sebagai mata-mata dari pasukan Islam merasakan ketakutan di mana ia tidak mampu menahan cuaca yang begitu dingin, lalu bagaimana ia dapat berdiri    dan   keluar   dari   Madinah    menuju     ke   tempat    pasukan    musuh     dan menyusup   di   tengah   barisan   mereka   lalu   kembali   kepada   Nabi   saw   dengan membawa   berita   tentang   mereka.   Hudaifah   bangkit   dari   tempatnya   ketika Nabi   saw   selesai   dari   pembicaraannya. 

 Nabi   saw   memberikan   doa   kebaikan kepadanya.   Hudaifah   pun   pergi       dan   kehangatan   keimanannya   mengalahkan kegelapan malam dan kedinginan cuaca. Ia keluar dari Madinah dan menyusup di   tengah-tengah   pasukan   musuh.   Nabi   saw   memerintahkannya   untuk   tidak melakukan   tindakan   apa   pun   selain   mendapatkan   berita   dan   kembali.   Inilah tugas   utamanya.   Hudaifah   sampai   di   tengah-tengah   musuh.   Mereka   berusaha menyalakan   api   namun   angin   segera   mematikannya   sebelum   menyala   dan   di dekat     api  itu  terdapat    seorang    lelaki   yang   berdiri   sambil   menghulurkan tangannya   ke   arah   api   dengan   maksud   untuk   menghangatkannya.   Lelaki   itu adalah pemimpin kaum musyrik yaitu Abu Sofyan. Melihat itu, Hudaifah segera memasang anak panah pada busur yang dibawanya dan ia ingin memanahnya. Seandainya ia berhasil membunuhnya, maka kaum Muslim dapat merasa tenang dengannya, namun ia ingat pesan Rasulullah saw kepadanya   agar   ia   tidak   melakukan   tindakan   apa   pun.   Kemudian   ia   kembali meletakkan anak panahnya dan menyembunyikannya. Abu     Sofyan    berkata:    "Wahai    orang-orang     Quraisy    situasi   saat   ini  tidak menguntungkan bagi kalian, maka pergilah kalian kerana aku pun akan pergi." Abu   Sofyan   melompat   ke   atas   untanya   lalu   mendudukinya   dan   memukulnya sehingga unta itu bangkit. Hudaifah kembali menemui Rasulullah saw dengan membawa berita mundurnya pasukan   Ahzab   dan   gagalnya   serangan   mereka.   Ketika   mendengar   peristiwa penarikan mundur pasukan musuh, Rasulullah saw berkata: "Sekarang kita akan menyerang       mereka    dan   mereka     tidak  akan    menyerang     kita."  Belum    lama pasukan   Ahzab   kembali   ke   negerinya   dengan   tangan   hampa   sehingga   beliau keluar    dari   Madinah     bersama     pasukannya     menuju     ke   kaum    Yahudi    Bani Quraizhah.

0 comments:

Posting Komentar