Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Selasa, 02 Juni 2026

Kisah Isteri Nabi Muhammad Saw

 Kisah Isteri Nabi Muhammad Saw

Nabi saw menikahi sembilan orang isteri. Perkahwinan beliau dengan sembilan isteri tersebut merupakan keistimewaan peribadi yang hanya beliau   miliki   kerana   berhubungan   dengan   sebab-sebab   dakwah   Islam.   Yaitu suatu   dakwah   yang   membolehkan   para         pengikutnya   untuk   menikahi   empat orang     isteri  dengan    syarat   jika  yang    bersangkutan     mampu      menciptakan keadilan di antara mereka, dan ia menganjurkan untuk hanya puas dengan satu isteri jika seorang Muslim khawatir tidak dapat berbuat adil. 

Kisah Isteri Nabi Muhammad Saw


Kaum   orientalis   dan   musuh-musuh   Islam   mencuba   untuk   menghina   Nabi   dan memujukkannya,         dan    salah   satu   cela   yang   mereka     manfaatkan      adalah perkahwinan       beliau    dengan    sembilan     wanita.    Kita   mengetahui      bahawa pernikahan-pernikahan         beliau   terlaksana    dengan    sebab-sebab     politik   atau kemanusiaan yang berhubungan dengan dakwah Islam. Dan yang terkenal dari sejarah Nabi saw adalah bahawa beliau menikah dengan Sayidah Khadijah saat beliau berusia dua puluh lima tahun dan Khadijah berusia empat puluh tahun.

 Semasa hidup Khadijah beliau tidak menikahi isteri yang lain sampai Khadijah mencapai usia enam puluh lima tahun. Saat Khadijah meninggal, Nabi berusia di   atas   lima   puluh   tahun.   Beliau   menikahi   Khadijah   sebelum   beliau   diutus untuk    menyebarkan      Islam.   Beliau   tetap   setia  bersama    Khadijah    sampai    ia meninggal      dan  beliau   diangkat    menjadi    Nabi.  Namun     beban    kenabian    dan beratnya   jihad,   kasih   sayangnya   kepada   manusia,   pengorbanannya   terhadap Islam dan perintah Allah SWT semua itu memaksanya untuk menikah lebih darisatu orang isteri sampai mencapai sembilan orang isteri. Perkahwinan beliau dengan   Aisyah   yang   saat   itu   masih   belia   merupakan   usaha   untuk   menjalin ikatan   dengan   Abu   Bakar,   ayah   dari   Aisyah   dan   perkahwinan   beliau   dengan Hafshah     meskipun     ia  sedikit  kurang    cantik   merupakan      usaha   beliau   untuk menjalin   ikatan   dengan   Umar,   ayahnya.   Beliau   juga   menikah   dengan   Ummu Salamah, janda dari pemimpin pasukannya yang mati syahid di jalan Allah SWT dan wanita itu merasakan penderitaan bersama beliau saat hijrah di Habasyah dan     hijrah   ke   Madinah.      Ketika    suaminya     meninggal      dan   ia   sendirian menghadapi         berbagai     persoalan      kehidupan,      maka     Nabi     saw    segera merangkulnya di rumah kenabian.

Perkahwinan beliau dengan Sawadah sebagai bentuk   penghormatan   terhadap   keislaman   wanita   itu   dan   kemuliaannya   dari kaum lelaki serta kesendiriannya dalam menjalani kehidupan. Sementara itu, pernikahan beliau dengan Zainab bin Jahasy merupakan ujian berat bagi beliau di mana perintah pernikahan itu datang dari Allah SWT untuk mengharamkan   suatu   tradisi   yang   terkenal   di   kalangan   jahiliah   yaitu   tradisi adopsi.   Zainab   termasuk   kerabat   Rasul.   Jadi   ia   termasuk   dari   kalangan   bani Hasyim.   Ia   merasa   bangga   dengan   nasab   yang   dimilikinya   yang   kerananya   ia menolak      ketika   ditawari   untuk    menikah    dengan    Zaid   bin  Harisah,    seorang budak     Nabi    yang   telah   beliau    bebaskan,     bahkan    nasabnya     telah    beliau nisbatkan kepada dirinya dan beliau telah mengadopsinya sehingga ia dipanggil dengan     sebutan    Zaid   bin   Muhammad.       Namun     Zainab   akhirnya    menyetujui pendapat Nabi dan perintah Allah SWT sehingga ia menikah dengan Zaid: "Dan     tidaklah    patut    bagi   laki-laki   yang    mukmin      dan   tidak    pula   bagi perempuan   yang   mukmin,   apabila   Allah   dan   Rasul-Nya   telah   menetapkan suatu   ketetapan,   akan   ada   bagi   mereka   pilihan   yang   lain   tentang   urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. " (QS. al-Ahzab: 36) Sejak semula tampak jelas bahawa pernikahan tersebut akan segera berakhir. Zainab   tidak   menyukai   Zaid   dan   Zaid   pun   bukan   jenis   lelaki   yang   mampu menahan kehidupan bersama seorang wanita yang hatinya jauh darinya. Zaid datang kepada Nabi saw guna mengadu kepada beliau dan meminta izin untuk menceraikan        isterinya.   Allah    SWT    mewahyukan        kepada     Rasul-Nya     agar membiarkan   Zaid   menceraikan   isterinya,   lalu   hendaklah   beliau   menikahinya. Nabi saw merasakan kesulitan yang luar biasa dan beliau berbicara kepada Zaid agar     ia   terus    melangsungkan       kehidupannya       dan    bersabar.  

  Nabi    saw membayangkan   apa   yang   dikatakan   manusia   kepadanya   bahawa   ia   menikahi isteri   dari   anaknya     tetapi   apa   yang    dikhuatirkan     oleh   Nabi   saw    justrumerupakan sesuatu yang ingin dihapus oleh Allah SWT. Zaid bukanlah anaknya dan dalam Islam tidak ada sistem adopsi. Oleh kerana itu, Zaid dapat mencerai isterinya    lalu  Nabi   dapat   menikahi     Zainab   untuk    menetapkan      apa   yang diinginkan oleh Islam. Rasulullah saw mampu bersabar dan menahan diri saat mendengar berbagai ocehan yang akan dikatakan oleh manusia kepadanya.

 Ini bukanlah pengorbanan pertama dan terakhir yang beliau persembahkan untuk Islam. Berkenaan dengan itu, Allah SWT berfirman: "Dan    (ingatlah),    ketika   kamu    berkata    kepada     orang    yang   Allah   telah melimpahkan   nikmat   kepadanya   dan   kamu   (juga)   telah   memberi   nikmat kepadanya: 'Tahanlah terus isterimu dan bertakwalah kepada Allah,' sedang kamu       menyembunyikan          di   dalam     hatimu      apa    yang    Allah    akan menyatakannya,   dan   kamu   takut   kepada   manusia,   sedang   Allah-   lah   yang lebih   berhak   kamu   takuti.   Maka   tatkala   Zaid   telah   mengakhiri   keperluan terhadap      isterinya   (menceraikannya),       Kami   nikahkan     kamu    dengan    dia supaya   tidak   ada   keberatan   bagi   orang-   orang   mukmin   untuk   (menikahi) isteri-isteri   anak-anak   angkat   mereka,   apabila   anak-anak   angkat   itu   telah menyelesaikan keperluannya dari isterinya. Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi. " (QS. al-Ahzab: 37) Pernikahan beliau dipenuhi dengan unsur politik dan usaha untuk menyebarkan kebaikan      dan   rahmat     serta   penghormatan       nilai-nilai  yang    tinggi   dan menggabungkannya   di   rumah   kenabian.   Sementara   itu,   Ummu   Habibah   binti Abu   Sofyan   bin   Harb,   pemimpin   Quraisy   dalam   memerangi   Islam,   berhijrah bersama suaminya ke Habasyah. Ia   berhadapan   dengan   keterasingan   dan   kekhuatiran   dalam   membela   agama Allah    SWT.    Kemudian     suaminya     mati   meninggalkannya       sendirian    dalam menjalani kehidupan. Sikapnya yang mulia demi menegakkan ajaran Islam dan hanya menentang ayahnya merupakan nilai lebih yang menyebabkan Rasulullah saw tertarik untuk menggabungkannya di rumah kenabian. Pada     suatu   hari,  Abu   Sofyan    menemuinya      saat   ia  telah   menjadi    isteri Rasulullah saw. Abu Sofyan ingin duduk di atas tempat tidur Nabi lalu Ummu Habibah   berusaha   menjauhkan   tempat   tidur   itu   dari   ayahnya.   Melihat   sikap anaknya      itu,    ayahnya     bertanya     kepadanya:      "Apakah     engkau      mulai membenciku?" Dengan penuh keberanian ia menjawab: "Ini adalah tempat tidur Rasulullah saw dan engkau adalah seorang musyrik, maka engkau tidak bolehmenyentuhnya." Adapun     Shofiyah   binti  Huyay    adalah   anak   seorang   raja  Yahudi.    Sedangkan Juwairiyah binti Haris, ayahnya seorang pemimpin kabilah Bani Musthaliq. Bani Musthaliq menelan kekalahan saat berhadapan dengan kaum muslim lalu kedua anak    perempuan      raja  dan   pemimpin     kabilah   itu  jatuh   menjadi    tawanan.

Pernikahan   Nabi   dengan   kedua   wanita   itu   terkesan   dipaksa   oleh   orang-orang yang kalah itu dan sebagai ajakan agar kaum Muslim memperlakukan mereka dengan baik. Mula-mula kaum Muslim menolak untuk bersikap lembut terhadap ipar-ipar   Nabi,   namun   Nabi   dengan   kelembutan   sikapnya   ingin   menyingkap aspek   kemanusiaan   dalam   peperangannya   dan   beliau   mengisyaratkan   kepada kaum     Muslim    agar   mereka     menunjukkan       persaudaraan     sesama     manusia. Peperangan       itu  sendiri   bukan    sebagai    tujuan    namun    ia   sebagai   usaha mempertahankan Islam dan aspek tertinggi dari Islam adalah rahmat dan cinta. Jadi Nabi saw menikahi wanita-wanita dari orang-orang yang kalah itu dengan maksud agar kebebasan dan kemuliaan kembali kepada keluarga mereka dan mereka dapat masuk Islam secara puas dan sukarela. Kemudian beliau menikah dengan     Maryam     al-Qibtiyah.   Muqauqis     telah   memberikannya       kepada    Nabi sebagai budak di mana itu merupakan simbol tali kasih yang diisyaratkan oleh Al-Qur'an antara Islam dan Masihi dan sebagai bentuk hukum bagi kaum Muslim dengan dihalalkannya pernikahan dengan wanita-wanita ahlul kitab. Maryam memberikan anak kepada Nabi saw yang bernama Ibrahim, nama dari datuknya, bapak para nabi.

 Namun Ibrahim tidak hidup lama. Ia meninggal saat masih menyusu. Kematiannya merupakan ujian bagi Nabi dan sebagai isyarat dari Ilahi bahawa pewaris-pewaris Rasul dari kaum lelaki adalah para pengikut Al-Qur'an dan para pembawa Islam, bukan anak-anak dari sulbinya. Salah    jika  ada   orang   yang   membayangkan       bahawa     Rasul   saw   mempunyai banyak      waktu    untuk    mencari     kesenangan     meskipun      halal.  Kesenangan diperbolehkan   bagi   orang   lain   namun   beliau   lebih   memilih   untuk   merasakan penderitaan      berjihad,   menegakkan      hukum,    dan   kesabaran.    Salah   jika  ada orang    yang   membayangkan        bahawa    Rasul   saw   hidup   di  rumahnya     dengan keadaan ekonomi yang lebih baik daripada orang yang termiskin dari kalangan Muslim di zamannya. Kehidupan      beliau   di  rumahnya     penuh    dengan    kezuhudan     yang   luar  biasasehingga     sebahagian     isterinya   mengeluhkan       keadaan     tersebut.    Di  antara mereka ada yang berasal dari keluarga yang kaya seperti keluarga Abu Bakar atau    keluarga    Umar    bahkan    sebahagian     isterinya   bersatu    untuk   meminta kepada      beliau    agar    beliau    menambah       nafkah     mereka     sehingga     Nabi meninggalkan   isteri-isterinya,   lalu   tersebarlah   isu   yang   menyatakan   bahawa beliau   telah   menceraikan   semua   isterinya.   Kemudian   turunlah   ayat   Takhyir (yaitu    ayat  yang   memberikan      pilihan   kepada   isteri-isteri   Nabi  untuk   tetap menjadi      isteri  beliau   atau   diceraikannya).  

 Turunlah    Al-   Qur'an   al-Karim memberikan       pilihan   pada   isteri-isteri  Nabi   antara    menjalani    kehidupan     di rumah     kenabian     dengan    penuh    kesederhanaan      atau   menerima     perceraian. Allah SWT berfirman: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: 'Jika kamu sekalian mengingini kehidupan       dunia    dan    perhiasannya,       maka    marilah     supaya     kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu      sekalian     menghendaki        (keridhaan)      Allah   dan    Rasul-Nya      serta (kesenangan)       di  negeri    akhirat,   maka    Sesungguhnya       Allah   menyediakan siapa   yang   berbuat   baik   di   antaramu   pahala   yang   besar.   "   (QS.   al-Ahzab: 28-29) Selesailah     fitnah.  Demikianlah      pergelutan    di  rumah     Rasul   saw.   Akhirnya, isteri-isteri   beliau   memilih     kehidupan     zuhud    dan   bersabar     serta   akhirat daripada kehidupan dunia.

Permintaan isteri-isteri nabi tidak melebihi hal-hal yang bersifat mubah, namun Rasul saw merupakan teladan bagi seluruh umat, kerana   itu   beliau   harus   menjadi   teladan   bagi    umat   sehingga   beliau   dapat menjadi   cermin   tertinggi   yang   layak   di   emban   oleh   seorang   yang   memegang tampuk      kepemimpinan       Muslimin.    Allah  SWT    telah   membalas      pengorbanan isteri-isteri   Nabi   saw    dalam    bentuk    mengangkat      kedudukan      mereka     dan menjadikan mereka sebagai ibu dari kaum mukmin. Allah SWT berfirman: "Nabi    itu   (hendaknya)      lebih   utama    bagi   orang-orang     mukmin      dari   diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka." (QS. al- Ahzab: 6) Dan, sebagai penegasan terhadap keibuan spirituil ini, Islam mewajibkan hijab yang teliti kepada mereka, yaitu suatu hijab yang tidak diperlakukan seperti itu kepada Muslimah-Muslimah lain. Nabi saw melanjutkan dakwahnya.

0 comments:

Posting Komentar