Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 03 Juni 2026

Wafatnya Nabi Muhammad Saw

 Wafatnya Nabi Muhammad Saw

Beliau mengirim      surat   ke   raja-raja    dan   para    penguasa     di  mana     beliau   ingin menunjukkan   universalitas   ajaran   Islam.   Nabi   saw   mengajak   Kaisar   Romawi untuk     mengikuti    Islam,   lalu   beliau   mengirim     utusan   ke   Amir    Damaskus mengajaknya       untuk   memeluk      Islam,  dan   beliau   mengutus     utusan   ke   Amir Basrah bahagian dari wilayah Romawi dan mengajaknya untuk mengikuti Islam, dan   beliau   juga   mengirim   surat   ke   penguasa   Qibti   dan   mengajaknya   untuk masuk     Islam,   dan    beliau   juga   menulis    surat  ke   Kisra,   Raja   Persia   dan mengajaknya   untuk   mengikuti   Islam.   

Wafatnya Nabi Muhammad Saw


Beliau   juga   mengirim   utusan   ke   Amir Bahrain dan mengajaknya untuk mengikuti Islam. Lalu   berbagai   reaksi   disampaikan   berkenaan   dengan   surat-surat   Nabi   itu.   Di antara    mereka     ada   yang   berusaha    menyampaikan       kepada    pembawa      surat bahawa ia masuk Islam dan mengembalikannya dengan hadiah, dan di antara mereka   ada   yang   merobek-robek   surat   itu   dan   di   antara   mereka   ada   yang membalas surat itu dengan jawapan yang baik, dan di antara mereka ada yang menerima   kebenaran. 

 Demikianlah   hari   berlalu   dalam   pergelutan   yang   tidak pernah     padam,    suatu   pergelutan    yang   dipimpin    oleh  Nabi   sehingga    beliau menaklukkan   Mekah   dan   menyucikan   jazirah   Arab.   Akhirnya,   manusia   masuk dalam agama Allah SWT dalam keadaan berbondong-bondong, dan Allah SWT menyempurnakan   agama   bagi   kaum   Muslim   dan   Nabi   saw   melaksanakan   haji wada'    (haji   yang   terakhir)   dan   turunlah    kepada    beliau   wahyu    di  Arafah sebagaimana firman-Nya: "Pada     hari  ini  telah   Ku-sempurnakan        untuk   kamu     agamamu,      dan   telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. " (QS. al-Maidah: 3) Ayat   tersebut   dibacakan   kepada   Abu   Bakar   sehingga   ia   menangis.   Allah   SWT merasa bahawa telah tiba waktunya untuk mengakhiri misi Rasul- Nya. Aisyah berkata   kepada   anak-anak   yang   berteriak   dan   bermain-main   di   luar   rumah: "Diamlah     kalian   kerana   Rasulullah    saw   sedang   sakit."  Anak-    anak   itu  pun terdiam     dan   mereka    merasakan     ketakutan    yang   luar  biasa.   Pada   hari-hari terakhir, Rasulullah saw tidak lagi bercanda dengan mereka sebagaimana yang biasa beliau lakukan. Mereka   memperhatikan   bahawa   kepucatan   yang   aneh   menyelimuti   Nabi   saw yang    biasanya    wajah    beliau   dipenuhi    dengan    senyuman     hingga    wajahnya laksana lempengan emas. Nabi saw yang terakhir masuk dalam rumahnya dan hampir     saja   beliau   tidak   kuat   menahan      langkah    kedua    kakinya.   

Beliau memasuki rumahnya dan bersandar kepada tangan Fadl bin Abbas dan Ali bin Abu    Thalib.   Beliau   merasakan      keletihan   dan   kesakitan.    Kemudian     Aisyah menidurkan       beliau  di  atas   ranjangnya     yang   kasar  dan   Aisyah   meletakkantangannya   di   atas   kening   beliau.   Kepala   beliau   tampak   panas   kerana   saking hebatnya demam. Aisyah berkata dalam keadaan kedua matanya mengucurkan air mata, "demi ayah dan ibuku, ya Rasulullah apakah engkau merasakan sakit?" Nabi saw tersenyum untuk menenangkan Aisyah lalu beliau tertidur. Kemudian mengalirlah      dalam    memori    Nabi   saw   berbagai    gambar     hidup:   Jibril  turun kepada   beliau   dengan   membawa   wahyu   di   gua   Hira.  

Beliau   telah   melewati waktu   yang   diberkati   selama   dua   puluh   tiga   tahun,   yang   sekarang   tampak seperti mimpi. Bahkan empat puluh tahun yang mendahuluinya tampak seperti gambar yang hanya dilukis sesaat. Segala    sesuatu    menjadi    mudah     bagi   Allah  SWT    dan   Rasulullah    saw   telah berhasil melalui berbagai penderitaan dengan penuh kesabaran, bahkan beliau tidak   pernah   mengeluh   sekali   pun.   Beliau   mengajarkan   akidah   kepada   para pengikutnya   dengan   penuh   kemantapan.   Akhirnya,   Islam   menjadi   mulia   dan benderanya       semakin     berkibar.    Kemudian      beliau   bangun     kerana    melihat tangisan   yang   tersembunyi   dari   Aisyah.   Beliau   membuka   kedua   matanya   dan melihat   wajah   Aisyah   sambil   beliau   sendiri   berusaha   melawan   rasa   pusing, demam,       dan   sakit   yang    dirasakannya.     Beliau   kembali     tersenyum     untuk menenangkan        Aisyah   dan   beliau   kembali    memejamkan       matanya     dan   tidak sedarkan   diri.   Apa   gerangan   yang   menyebabkan   Aisyah   menangis?   Tidakkah Allah SWT   memahkotai jihad Nabi saw   yang   berat   dengan   penaklukan   Mekah dan penyucian Baitul Haram? Berbagai gambar hidup dan aktual melayang-layang dalam memori Nabi saw. Beliau    mengingat     bagaimana     tindakan    orang   Quraisy    ketika   membantalkan perjanjian Hudaibiyah dan mereka memerangi Khaza'ah yang saat itu bersekutu dengan   kaum   Muslim   dan   akhirnya   mereka   membunuh   semua   sekutu   kaum Muslim     di  Baitul  Haram.    Kemudian     beliau   berjalan    bersama    pasukan    yang berjumlah sepuluh ribu di mana semua pasukan telah siap, dan tentera Muslim turun dari gunung Mekah laksana air bah yang tidak berhenti sedikit pun. Telah lewatlah   masa   para   pembawa   tombak,   panah,   dan   pedang;   telah   lewatlah masa   di   mana   Rasulullah   saw   memimpin   pasukan   yang   di   dalamnya   terdapat kaum   Muhajirin   dan   Anshar.   Di   tengah-tengah   pasukan   besar   tersebut   yang berhasil    menaklukkan       Mekah,    Nabi   saw   menunggangi      untanya     dan   beliau menundukkan        kepalanya     dengan    penuh    rendah   diri  di  hadapan    Allah   SWT sampai-sampai kepalanya hampir menyentuh punggung unta yang dinaiki. Pintu Mekah terbuka untuk pasukan ini. Para    pemimpin      Mekah     dan   pengikut-pengikut      mereka     menyerahkan       diri. Kalimat Allah SWT semakin meninggi di dalamnya.

 Nabi saw memasuki BaitulHaram lalu beliau berkeliling di sekitar Ka'bah. Beliau menghancurkan berbagai patung yang berbaris di sekitarnya, lalu beliau memukulnya dengan kapaknya. Kemudian       patung-patung       itu   berjatuhan      dan    hancur.    Setelah     beliau membersihkan         masjid     dari    berbagai     patung     dan     mengembalikannya sebagaimana       yang   diciptakan    oleh   Allah  SWT    sebagai   rumah    tauhid   yang mutlak,   beliau   menoleh   kepada   orang   Quraisy   dan   memaafkan   mereka   dan mengajak mereka untuk kembali ke jalan Allah SWT. Kemudian tibalah waktu solat,   lalu   Bilal   naik   di   atas   punggung   Ka'bah   dan   mengumandangkan   Azan. Penduduk       Mekah     mendengarkan       panggilan    baru    ini  di   mana     gemanya berputar-putar di antara gunung: "Allah Maha Besar. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah. Aku bersaksi bahawa Muhammad utusan Allah. Marilah melaksanakan solat. Marilah menuju keberuntungan. Allah Maha Besar. Tiada Tuhan selain Allah." Akhirnya,      rumah     itu   dikembalikan      kehormatannya        dan    kemuliaannya. Kemudian   lagi-lagi   arus   berbagai   gambar   terlintas   dalam   memorinya:   itulah peperangan   Hunain   dengan   kekalahannya,   kemenangannya,   dan   ganimahnya; Itulah    Nabi   saw   yang   memberikan       ganimah    terhadap     orang-   orang    yang bergabung dengan Islam hanya dua hari dari penduduk Mekah, dan mencegah untuk memberi ganimah Hunaian kepada kaum Anshar yang telah memberikan segalanya untuk Islam. Salah seorang di antara mereka berkata: "Demi Allah, Rasulullah saw   telah   menemui   kaumnya."  Sa'ad   bin  'Ubadah   berjalan   ke   arah Rasulullah saw dan memberitahunya bahawa kaum Anshar sedang marah. Rasul saw bertanya: "Mengapa marah?" Sa'ad menjawab: "Mereka protes saat engkau membagikan   ganimah   ini   pada   kaummu   dan   pada   seluruh   orang   Arab   namun mereka tidak mendapatkan apa-apa." Rasulullah saw bertanya kepada Sa'ad bin Ubadah:   "Kamu   sendiri   bagaimana   pendapatmu   wahai   Sa'ad?"   Sa'ad   berkata: "Aku    tidak   lain  kecuali   seseorang    dari   kaumku."    Rasulullah    saw   berkata: "Kumpulkanlah   kepadaku   kaummu   untuk   masalah   yang   penting   ini   dan   jika kalian telah berkumpul, maka beritahulah aku." Sa'ad    mengumpulkan       seluruh   kaum    Anshar   lalu  ia  memberitahu      Rasul   saw bahawa      ia  telah   mengumpulkan       mereka.  

 Rasulullah    saw   keluar   menemui mereka dan berdiri di hadapan mereka sambil memuji Allah SWT dan kemudian berkata: "Wahai orang-orang Anshar, tidakkah aku datang kepada kalian saat kalian    dalam    keadaan    sesat  lalu  Allah   SWT   memberikan       petunjuk    kepada kalian, dan kalian menjadi orang-orang yang fakir lalu Allah SWT memampukan kalian, dan kalian dalam keadaan bermusuhan lalu Allah SWT menyatukan hati kalian?"   Mereka   menjawab:   "Benar."  Rasulullah   saw   berkata:   "Mengapa   kaliantidak   menjawab   wahai   kaum   Anshar?"   Mereka   berkata:   "Apa   yang   kita   akan katakan   wahai   Rasulullah   dan   dengan   apa   kita   akan   menjawabnya.   Sungguh segala kurnia hanya milik Allah SWT dan Rasul-Nya." Rasulullah   saw   berkata:   "Demi   Allah,   seandainya   kalian   mahu   nescaya   kalian akan mengatakan dan benar apa yang kalian katakan: Engkau datang kepada kami    sebagai   seorang   yang   terusir,   maka   kami    melingdungimu   dan   engkau datang     dalam   keadaan     miskin   lalu  kami   menghiburmu      dan   engkau    datang dalam     keadaan    ketakutan     lalu  kami   mengamankanmu         dan   engkau    datang dalam keadaan teraniaya lalu kami menolongmu." Mereka berkata: "Segala puji dan   kurnia   bagi   Allah   SWT   dan   Rasul-Nya."   Rasulullah   saw   berkata:   "Wahai kaum Anshar, apakah kalian akan marah terhadap harta yang telah aku berikan kepada suatu kaum dengan harapan agar keimanan meresap dalam hati mereka dan kalian justru melupakan kurnia yang telah Allah SWT berikan kepada kalian dalam bentuk nikmat Islam. Tidakkah kalian wahai kaum Anshar merasa puas ketika manusia pergi untuk melakukan perjalanan di musim dingin sedangkan kalian pergi dengan Rasulullah saw. Maka demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya   manusia   melalui   suatu   jalan   dan   kaum   Anshar   melalui jalan   yang lain nescaya aku akan melalui jalan kaum Anshar.

Ya Allah, rahmatilah kaum Anshar dan anak-anak kaum Anshar dan cucu kaum Anshar." Mendengar       doa   itu,   kaum    tersebut    menangis     sehingga    janggut    mereka terbasahi dengan air mata dan mereka berkata: "Kami rela dengan Allah SWT sebagai     Tuhan    dan    sangat    puas   dengan     pembahagian       Rasulullah    saw." Kemudian       Nabi   saw   pun   meninggalkan      mereka    dan   mereka     pergi   dalam keadaan   puas.   Orang-orang   Anshar   memahami   bahawa   Muslim   yang   hakiki   di dunia    adalah   seorang    yang   datang    di  dunia  untuk    memberi,     bukan   untuk mengambil.   Nabi   saw   terbangun   dan   beliau   mendapati   dirinya   sendirian   di kamar.   Suhu   tubuh   beliau   meningkat   kerana   demam,   lalu   beliau   memanggil Aisyah dan meminta kepadanya untuk membawa air yang dapat digunakannya untuk mendinginkan tubuhnya. Aisyah mulai menuangkan air kepada Rasulullah saw sampai demam beliau beransur- ansur sedikit menurun. Tampak bahawa waktu     berlalu    cukup    lambat    dan   berat.    Sakit   Rasulullah    saw   semakin meningkat. Beliau    mulai   merasa    bahawa     tidak  mampu     lagi  untuk   solat  bersama     para sahabat,   lalu   beliau   memerintahkan   Abu   Bakar   untuk   solat   bersama   mereka. Pada   saat   Nabi   mengalami   antara   keadaan   terjaga   dan   tidur,   beliau   selalu berfikir   apa   gerangan    yang   belum    disampaikannya      kepada    manusia.    Beliautelah    menyampaikan        segala    sesuatu    dan   telah   mengajari     mereka     segala sesuatu   serta   telah   meninggalkan   sebuah   Kitab   yang   siapa   pun   berpegangan dengannya ia tidak akan sesat. Rasul   saw   mulai   mengantuk   dan   berbagai        nostalgia   terlintas   di   kepalanya. Beliau    melihat    dirinya   di  haji  Wada'.    Selesailah   perjanjian     yang   diberikan kepada     kaum    musyrik   dan    mereka     telah  dilarang    untuk   memasuki      Masjidil Haram   dan   sekarang   Nabi   saw   keluar   sebagai   pemimpin   haji   dan   mengajari kaum      Muslim     cara    manasiknya.      Rasulullah     saw    memperhatikan        ribuan orang-orang yang bertauhid saat mereka menuju Baitul Haram dalam keadaan memenuhi       panggilan     Tuhan    dan   tunduk    kepadanya.     Mereka     menghidupkan memori datuk mereka, Ibrahim Khalilullah. Nabi saw berdiri dan berpidato di tengah-tengah keramaian itu. Nabi saw mulai merasakan bahawa kehidupannya di   dunia   sebentar   lagi   akan   berakhir. 

 Beliau   mengetahui   bahawa   kafilah   ini akan pergi sendirian dalam menjalani kehidupan. Beliau kembali menanamkan nilai-   nilai   Islam   dan   wasiat   dakwah   di   jalan   Allah   SWT.   Setelah   berjuang selama   dua   puluh tiga   tahun   menegakkan   agama   Allah   SWT,   beliau   bertanya kepada      mereka:     "Apakah    aku   telah    menyampaikan        amanat     Tuhan?"    Lalu manusia   yang   hadir   saat   itu   menyatakan   bahawa   beliau   benar-benar   telah menyampaikan   dakwah.   Beliau   memanggil   Mu'ad   bin   Jabal   dan   mengajarinya bagaimana       berdakwah     kepada     manusia    di  jalan   Allah  SWT    dan   bagaimana mengenalkan agama kepada mereka. Kemudian   beliau   berwasiat   kepada   Mu'ad   saat   ia   menunggangi   kenderaannya sedangkan   Rasulullah   saw   berjalan   di   sebelah   untanya:   "Sesungguhnya   orang yang    paling   utama    di  sisiku  adalah    orang-orang     yang   bertakwa,     siapa  pun mereka dan di mana pun mereka." Nabi saw adalah rahmat bagi semua manusia dan   sebagai   cermin   yang   tertinggi   dari   cermin   persaudaraan   dan   kepatuhan. Beliau    menegakkan       Al-Qur'an    di  tengah-tengah       umat    Islam   namun     beliau menolak segala bentuk penampilan yang biasa melekat pada seorang penguasa atau   raja   atau   pemimpin   apa   pun.   Beliau   berkata   kepada   para   sahabatnya: "Aku hanya seorang hamba Allah SWT dan Rasul-Nya." Beliau      keluar    menemui       sekelompok       sahabatnya      lalu    sebagai     bentuk penghormatan kepada beliau mereka berdiri. Kemudian beliau memerintahkan kepada      mereka     agar   tidak   berdiri.   Ketika   beliau    keluar   untuk    menemui sahabat-sahabatnya dan murid-muridnya, maka beliau duduk bersama mereka di   tempat   terakhir   yang   ditemukannya. 

 Beliau   sangat   bersahabat   dan   ramah dengan   para   sahabatnya,   bahkan   beliau   bercanda   dengan   anak-anak   mereka dan   mendudukkan   mereka   di   ruangannya.   Beliau   memenuhi   panggilan   orangdewasa      mahupun     anak-    anak.   Beliau    membesuk      orang-orang     yang   sakit meskipun   berada   di   tempat   yang   jauh.   Beliau   menerima   alasan   orang   yang mempunyai       uzur.   Beliau   mendahului     orang   yang   ditemuinya    dengan    salam bahkan beliau mendahului berjabat tangan dengan para sahabatnya. Ketika   seseorang   datang   untuk   menemuinya   saat   beliau   solat,   maka   beliau mempersingkat        solatnya    dan    menanyakan      keperluan     orang    itu.  Setelah menyelesaikan       keperluan    manusia,    beliau   kembali    menyelesaikan     solatnya. Beliau    selalu   menebar      senyum    kepada     kawan    dan    lawan    dan   memiliki keperibadian      yang   paling   baik.  Ketika   beliau   berada    di  rumahnya,     beliau melayani keluarganya. Beliau mencuci bajunya. Beliau memperbaiki sandalnya dan memberi minum unta. Beliau makan bersama pembantu. Beliau memenuhi kebutuhan orang yang lemah, orang yang sedih, dan orang yang miskin. Bahkan kebaikan     beliau   dan   kasih  sayangnya    sampai    pada   tingkat   di  mana    beliau membiarkan cucunya menaiki punggungnya saat beliau sedang solat. Kasih sayang beliau tidak hanya terbatas kepada manusia bahkan juga tertuju pada binatang dan pohon. Beliau memberi makan binatang dengan tangannya sendiri     bahkan     beliau     pernah     merawat      anjing     yang    sakit.    Beliau memerintahkan pasukan Islam saat berperang demi menegakkan keadilan Islam agar    mereka     tidak  membunuh       anak   kecil,   orang   tua,   kaum    wanita    dan hendaklah mereka tidak mencabut pohon dan tidak pula merobohkan rumah.

Apa    yang   dibawa    oleh   Nabi   saw   bukan   hanya    suatu   undang-undang      yang mengatur   hubungan   antara        manusia   dan   manusia   yang   lain,   dan   apa   yang dibawa   oleh   Nabi   saw   bukan   hanya   berisi   suatu   sistem   untuk   meningkatkan kualiti kehidupan dan kemajuannya, ini semua adalah hal relatif namun beliau datang     dengan    membawa      peradaban     yang   abadi   yang   mengatur     hubungan antara    manusia     dan   alam,   dan   mengembalikan       keserasian   di  alam    wujud sehingga semua berjalan secara seimbang dan mencapai kesempurnaan menuju Allah SWT. Meskipun pada titik terakhir dari kehidupannya, beliau masih sibuk mengurus masa depan dakwah dan beliau sangat cemas terhadap masa depan agama dan sangat peduli dengan masalah kaum Muslim. Beliau khawatir suatu saat   Islam   hanya   tinggal   namanya   namun      hakikatnya   telah    lenyap.   Namun sebelum   beliau   meninggal,   Allah   SWT   telah   memperlihatkan   kepada   beliau sesuatu   yang   membuat   hati   beliau   menjadi   tenang.   Dan   di   hari   Senin   dari bulan Rabiul Awal yang mulia, beliau kembali kepada Tuhannya dalam keadaan ridha dan diridhai. Salam kepadamu ya Rasulullah dan kepada keluarga serta                      sahabat yang setia bersamamu.

0 comments:

Posting Komentar