Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Kamis, 08 Mei 2025

kisah nabi Zakaria As

 KISAH NABI ZAKARIA A.S

Nabi Zakaria adalah ayah dari Nabi Yahya putera tunggalnya yang lahir setelah ia mencapai usia sembilan puluh tahun. Sejak beristeri Hanna, ibu saudaranya Maryam,       Zakaria     mendambakan          mendapat       anak     yang    akan     menjadi pewarisnya. Siang dan malam tiada henti-hentinya ia memanjatkan doanya dan permohonan        kepada    Allah   agar   dikurniai    seorang    putera   yang    akan   dapat meneruskan   tugasnya   memimpin   Bani   Israil.  

kisah nabi zakariya


Ia   khuatir   bahawa   bila   ia   mati tanpa   meninggalkan   seorang   pengganti,   kaumnya   akan   kehilangan   pemimpin dan akan kembali kepada cara-cara hidup mereka yang penuh dengan mungkar dan   kemaksiatan   dan   bahkan   mungkin   mereka   akan   mengubah   syariat   Musa dengan menambah atau mengurangi isi kitab Taurat sekehendak hati mereka. Selain itu, ia sebagai manusia, ingin pula agar keturunannya tidak terputus dan terus     bersambung       dari    generasi     sepanjang      Allah   mengizinkannya        dan memperkenankan. Nabi   Zakaria   tiap   hari   sebagai   tugas   rutin   pergi   ke   mihrab   besar   melakukan sembahyang   serta   menjenguk   Maryam   anak   iparnya   yang   diserahkan   kepada mihrab      oleh    ibunya    sesuai    dengan     nazarnya     sewaktu      ia  masih     dalam kandungan.       Dan    memang      Zakarialah    yang    ditugaskan     oleh   para   pengurus mihrab     untuk    mengawasi      Maryam     sejak   ia  diserahkan     oleh   ibunya.    Tugas pengawasan        atas  diri  Maryam      diterima    oleh   Zakaria    melalui   undian    yang dilakukan   oleh   para   pengurus   mihrab   di   kala   menerima   bayi   Maryam   yang diserahkan pengawasannya kepadanya itu adalah anak saudara isterinya sendiri yang hingga saat itu belum dikurniai seorang anak pun oleh Tuhan. Suatu   peristiwa   yang   sangat   menakjubkan   dan   menghairankan   Zakaria   telah terjadi   pada   suatu   hari   ketika   ia   datang   ke   mihrab   sebagaimana   biasa.   

Ia melihat      Maryam      disalah    satu    sudut    mihrab     sedang     tenggelam       dalam sembahyangnya   sehingga   tidak   menghiraukan   bapa   saudaranya   yang   datang menjenguknya. Di depan Maryam yang sedang asyik bersembahyang itu terlihat oleh   Zakaria   berbagai   jenis   buah-buahan   musim   panas.   Bertanya-tanya   Nabi Zakaria   dalam   hatinya,   dari   mana   datangnya   buah-buahan   musim   panas   ini, padahal   mereka   masih   berada   dalam   musim   dingin.   Ia   tidak   sabar   menanti anak     saudaranya     selesai   sembahyang,       ia  lalu  mendekatinya       dan   menegur bertanya kepadanya: "Wahai Maryam, dari manakah engkau dapat ini semua?" Maryam menjawab: "Ini adalah pemberian Allah yang aku dapat tanpa kucari dan aku minta. Di waktu pagi dikala matahari terbit aku mendapatkan rezeki ku ini sudah berada di depan mataku, demikian pula bila matahari terbenam di waktu senja. Mengapa bapa saudaranya merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah berkuasa memberikan rezekinya kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan?" Maryam binti Imran Maryam yang disebut-sebut dalam kisah Zakaria adalah anak tunggal dari Imran seorang daripada pemuka-pemuka dam ulama Bani Isra'il. Ibunya saudara ipar dari    Nabi   Zakaria    adalah   seorang    perempuan      yang    mandul    yang    sejak bersuamikan Imran belum merasa berbahagia jika belum memperoleh anak. Ia merasa      hidup   tanpa    anak    adalah    sunyi   dan    membosankan.       Ia   sangat mendambakan keturunan untuk menjadi pengikat yang kuat dalam kehidupan bersuami-isteri,     penglipur    duka    dan   pembawa      suka   di  dalam    kehidupan keluarga.     Ia  sangat   akan   keturunan    sehingga    bila  ia  melihat   seorang   ibu menggandung bayinya atau burung memberi makan kepada anaknya, ia merasa iri   hati  dan    terus   menjadikan      kenangan     yang   tak   kunjung    lepas   dari ingatannya. Tahun   demi   tahun   berlalu,   usia   makin   hari   makin   lanjut,   namun   keinginan tetap    tinggal   keinginan    dan   idam-idaman     tetap    tidak  menjelma      menjadi kenyataan. Berbagai cara dicubanya dan berbagai nasihat dan petunjuk orang diterapkannya,   namun   belum   juga   membawa   hasil.   Dan   setelah   segala   daya upaya     yang    bersumber     dari   kepandaian      dan   kekuasaan     manusia     tidak membawa   buah   yang   diharapkan,   sedarlah   isteri   Imran   bahawa   hanya   Allah tempat     satu-satunya     yang   berkuasa    memenuhi      keinginannya     dan   sanggup mengurniainya   dengan   seorang   anak   yang   didambakan   walaupun   rambutnya sudah    beruban    dan   usianya   sudah    lanjut.  Maka   ia  bertekad    membulatkan harapannya      hanya    kepada   Allah   bersujud   siang   dan   malam    dengan    penuh khusyuk     dan    kerendahan     hati   bernazar    dan   berjanji   kepada     Allah   bila permohonannya dikabulkan, akan menyerahkan dan menghebahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk menjadi pelayan, penjaga dan memelihara rumah suci itu dan   sesekali   tidak   akan   mengambil   manfaat   dari   anaknya   untuk   kepentingan dirinya atau kepentingan keluarganya. Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak tersia-sia. Allah telah menerima permohonannya dan mempersembahkan doanya sesuai dengan apa yang   telah disuratkan   dalam   takdir-Nya   bahawa   dari suami   isteri   Imran   akan diturunkan   seorang   nabi besar.   Maka   tanda-tanda   permulaan   kehamilan   yang dirasakan oleh setiap perempuan yang mengandung tampak pada isteri Imran yang   lama    kelamaan   merasa   gerakan   janin   di   dalam   perutnya   yang   makin membesar.        Alangkah     bahagia     si  isteri   yang   sedang     hamil    itu,   bahawa idam-idamannya itu akan menjadi kenyataan dan kesunyian rumah tangganya akan   terpecahlah   bila   bayi   yang   dikandungkan   itu   lahir.   Ia   bersama   suami mulai merancang apa yang akan diberikan kepada bayi yang akan datang itu. Jika mereka sedang duduk berduaan tidak ada yang diperbincangkan selain soal bayi   yang   akan   dilahirkan.   Suasana   suram   sedih   yang   selalu   meliputi   rumah tangga   Imran   berbalik   menjadi   riang   gembira,   wajah   sepasang   suami   isteri Imaran   menjadi   berseri-seri   tanda   suka   cita   dan   bahagia   dan   rasa   putus   asa yang mencekam hati mereka berdua berbalik menjadi rasa penuh harapan akan hari kemudian yang baik dan cemerlang. Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara yang berbunyi: "Manusia merancang, Tuhan menentukan. Imran yang sangat dicintai dan sayangi oleh isterinya dan diharapkan akan menerima putera pertamanya serta mendampinginya dikala ia melahirkan       ,  tiba-tiba   direnggut     nyawanya      oleh   Izra'il  dan   meninggallah isterinya seorang diri dalam keadaan hamil tua, pada saat mana biasanya rasa cinta kasih sayang antara suami isteri menjadi makin mesra. Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami yang disayangi bercampur dengan rasa sakit dan letih yang didahului kelahiran si bayi, menimpa isteri Imran di saat-saat dekatnya masa melahirkan. Maka     setelah    segala    persiapan    untuk    menyambut       kedatangan      bayi   telah dilakukan   dengan   sempurna   lahirlah   ia   dari   kandungan   ibunya   yang   malang menghirup        udara    bebas.    Agak     kecewalah      si  ibu   janda     Imran    setelah mengetahui   bahawa   bayi   yang   lahir   itu   adalah   seorang   puteri   sedangkan   ia menanti seorang putera yang telah dijanjikan dan bernazar untuk dihebahkan kepada      Baitulmaqdis.     Dengan    nada    kecewa    dan    suara   sedih   berucaplah     ia seraya     menghadapkan         wajahnya      ke    atas:   "Wahai     Tuhanku,      aku    telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku bernazar akan menyerahkan seorang putera   yang   lebih   layak   menjadi   pelayan   dan   pengurus   Baitulmaqdis.   Allah akan mendidik puterinya itu dengan pendidikan yang baik dan akan menjadikan Zakaria,      iparnya     dan    bapa     saudara     Maryam       sebagai     pengawas      dan pemeliharanya. Demikianlah   maka   tatkala   Maryam   diserahkan   oleh   ibunya   kepada   pengurus Baitulmaqdis, para rahib berebutan masing-masing ingin ditunjuk sebagai wali yang    bertanggungjawab         atas   pengawasan      dan   pemeliharaan       Maryam.     Dan kerana   tidak   ada   yang   mahu   mengalah,   maka   terpaksalah   diundi   di   antara mereka   yang   akhirnya   undian   jatuh   kepada   Zakaria   sebagaimana   dijanjikan oleh Allah kepada ibunya.

Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria sebagai petugas yang diwajibkan menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari keramaian sekeliling dan   dari   jangkauan   para   pengunjung   yang   tiada   henti-hentinya   berdatangan ingin melihat dan menjenguknya. Ia ditempatkan oleh Zakaria di sebuah kamar di   atas   loteng   Baitulmaqdis   yang   tinggi   yang   tidak   dapat   dicapai   melainkan dengan      menggunakan       sebuah    tangga.    Zakaria    merasa    bangga    dan   bahagia beruntung        memenangkan         undian      memperolehi        tugas    mengawasi        dan memelihara        Maryam       secara    sah    adalah     anak    saudaranya       sendiri.    Ia mencurahkan   cinta   dan   kasih   sayangnya   sepenuhnya   kepada   Maryam   untuk menggantikan         anak    kandungnya      yang    tidak    kunjung     datang.     Tiap    ada kesempatan         ia   datang     menjenguknya,        melihat     keadaannya,       mengurus keperluannya dan menyediakan segala sesuatu yang membawa ketenangan dan kegembiraan        baginya.    Tidak    satu   hari  pun    Zakaria    pernah    meninggalkan tugasnya menjenguk Maryam. Rasa   cinta   dan   kasih   sayang   Zakaria   terhadap   Maryam   sebagai   anak   saudara isterinya     yang   ditinggalkan     ayahnya     meningkat     menjadi     rasa   hormat    dan takzim     tatkala   terjadi    suatu   peristiwa    yang   menandakan       bahawa     Maryam bukanlah      gadis   biasa   sebagaimana      gadis-gadis    yang    lain,  tetapi   ia  adalah wanita   pilihan   Allah   untuk   suatu   kedudukan   dan   peranan   besar   di   kemudian hari. Pada     suatu   hari   tatkala    Zakaria   datang     sebagaimana      biasa,   mengunjungi Maryam,   ia   mendapatinya   lagi   berada   di   mihrabnya   tenggelam   dalam   ibadah berzikir dan bersujud kepada Allah. Ia terperanjat ketika pandangan matanya menangkap   hidangan   makanan   berupa   buah-buahan   musim   panas   terletak   di depan     Maryam      yang   lagi  bersujud.     Ia  lalu  bertanya     dalam    hatinya,    dari manakah gerangan buah-buahan itu datang, padahal mereka masih lagi berada pada   musim   dingin   dan   setahu   Zakaria   tidak   seorang   pun   selain   dari   dirinya yang   datang   mengunjungi   Maryam.   Maka   ditegurlah   Maryam   tatkala   setelah selesai   ia   bersujud   dan   mengangkat   kepala:   "Wahai   Maryam,   dari   manakah engkau memperolehi rezeki ini, padahal tidak seorang pun mengunjungimu dan tidak pula engkau pernah meninggalkan mihrabmu? Selain itu buah-buahan ini adalah     buah-buahan      musim     panas   yang   tidak   dapat    dibeli  di  pasar    dalam musim dingin ini." Maryam menjawab: "Inilah pemberian Allah kepadaku tanpa aku berusaha atau minta. Dan mengapa engkau merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah Yang Maha     Berkuasa     memberikan      rezekinya     kepada    sesiapa    yang   Dia  kehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya?" Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai mukjizat bagi Maryam, gadis suci, yang dipersiapkan oleh-Nya untuk melahirkan seorang nabi besar yang bernama Isa Almasih a.s. Kisah   lahirnya   Maryam   dan   pemeliharaan   Zakaria   kepadanya   dapat   dibaca dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 35 hingga 37 dan 42 hingga 44.

0 comments:

Posting Komentar