Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Selasa, 15 Juli 2025

kisah penentangan penduduk ninawa terhadap dakwah nabi Yunus A.S

 Kisah penentangan penduduk ninawa terhadap dakwah nabi yunus

Nabi Yunus A.S Tidak   banyak     yang   dikisahkan   oleh   Al-Quran   tentang   Nabi   Yunus   sebagaimana          yang   telah dikisahkan tentang nabi-nabi Musa, Yusuf dan lain-lain. Dan sepanjang yang dapat dicatat dan diceritakan oleh para sejarawan dan ahli tafsir tentang Nabi Yunus beliau bernama Yunus   bin   Matta.   Ia   telah   diutuskan   oleh   Allah   untuk   berdakwah   kepada   penduduk   di   sebuah tempat bernama "Ninawa" yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka. Ia   merupakan   seorang   asing   mendatang   di   tengah-tengah   penduduk   Ninawa   itu.   Ia   menemui mereka     berada    di  dalam   kegelapan,     kebodohan     dan   kekafiran,   mereka     menyembah      berhala menyekutukan kepada Allah. Yunus   membawa   ajaran   tauhid   dan   iman   kepada   mereka,   mengajak   mereka   agak   menyembah kepada   Allah   yang   telah   menciptakan   mereka   dan   menciptakan   alam   semesta,   meninggalkan persembahan   mereka   kepada   berhala-berhala   yang   mereka   buat   sendiri   dari   batu   dan   berhala- berhala yang tidak dapat membawanya manfaaat atau mudarat bagi mereka. Ia memperingatkan

dimana letak kaum nabi yunus


mereka bahawa mereka sebagai manusia makhluk Allah yang utama yang memperoleh kelebihan di   atas   makhluk-makhluk   yang   lain   tidak   sepatutnya   merendahkan   diri   dengan   menundukkan dahi dan wajah mereka menyembah batu-batu mati yang mereka pertuhankan, padahal itu semua buatan    mereka    sendiri   yang   kadang-kadang       dan  dapat   dihancurkan     dan   diubah   bentuk    dan memodelnya.   Ia mengajak mereka berfikir memperhatikan   ciptaan   Allah di dalam diri mereka sendiri, di dalam alam sekitar untuk menyedarkan mereka bahawa Tuhan pencipta itulah   yang patut disembah dan bukannya benda-benda ciptaannya. Ajaran-ajaran Nabi Yunus itu bagi para penduduk Ninawa merupakan hal yang baru yang belum pernah     mereka     dengar    sebelumnya.      Kerananya     mereka     tidak   dapat   menerimanya       untuk menggantikan ajaran dan kepercayaan   yang telah diwariskan oleh nenek moyang mereka   yang sudah   menjadi     adat   kebiasaaan   mereka   turun   temurun.   Apalagi   pembawa   agama   itu   adalah seorang asing tidak seketurunan dengan mereka. Mereka berkata kepada Nabi Yunus: "Apakah kata-kata yang engkau ucapkan itu dan kedustaan apakah yang engkau anjurkan kepada kami tentang agama barumu itu? Inilah tuhan-tuhan kami yang sejati yang kami sembah dan disembahkan oleh nenek moyamg kami sejak dahulu. Alasan apakah     yang   membenarkan        kami   meninggalkan       agama    kami    yang   diwariskan    oleh   nenek moyang      kami    dan  menggantikannya        dengan    agama    barumu?     Engkau     adalah   seorang    yang ditengah-tengah kami   yang datang untuk merusakkan adat istiadat kami   dan mengubah agama kami   dan   apakah   kelebihan   kamu   diatas   kami   yang   memberimu   alasan   untuk   mengurui   dan mengajar kami. Hentikanlah aksimu dan ajak-ajakanmu di daerah kami ini. Percayalah bahawa engkau   tidak   akan   dapat   pengikut   diantara   kami   dan   bahawa   ajaranmu   tidak   akan   mendapat pasaran   di   antara   rakyat   Ninawa   yang   sangat   teguh   mempertahankan   tradisi   dan   adat   istiadat orang-orang tua kami." Barkata   Nabi   Yunus   menjawab:   "Aku   hanya   mengajak   kamu   beriman   dan   bertauhid   menurut agama   yang   aku bawa sebagai   amanat Allah   yang wajib ku sampaikan   kepadamu.   Aku hanya seorang pesuruh yang ditugaskan oleh Allah untuk mengangkat kamu dari lembah kesesatan dan kegelapan menuntun kamu ke jalan   yang benar   dan lurus menyampaikan kepada kamu agama yang   suci   bersih   dari   benih-benih   kufur   dan   syirik   yang   merendahkan   martabat   manusia   yang semata-mata untuk kebaikan kamu sendiri dan kebaikan anak cucumu kelak. Aku sesekali tidak mengharapkan   sesuatu   upah   atau   balas   jasa  daripadamu   dan   tidak   pula   menginginkan   pangkat atau   kedudukan.   Aku   tidak   dapat   memaksamu   untuk   mengikutiku   dan   melaksanakan   ajaran- ajaranku. Aku hanya mengingatkan kepadamu bahawa bila kamu tetap membangkang dan tidak menghiraukan   ajakanku   ,   tetap   menolak   agama   Allah   yang   aku   bawa,   tetap   mempertahankan akidahmu   dan   agamamu         yang   bathil   dan   sesat   itu,   nescaya   Allah   kelak   akan   menunjukkan kepadamu   tanda-tanda   kebenaran   risalahku   dengan   menurunkan   azab   seksa-Nya   di   atas   kamu sebagaimana telah dialami oleh kaum terdahulu iaitu kaum Nuh, Aad dan Tsamud sebelum kamu. Mereka   menjawab   peringatan   Nabi   Yunus   dengan   tentangan   seraya   mengatakan:   "Kami   tetap menolak   ajakanmu   dan   tidak   akan   tunduk   pada   perintahmu   atau   mengikut   kemahuanmu   dan sesekali   kami   tidak   akan   takut   akan   segala   ancamanmu.   Cobalah   datangkan   apa   yang   engkau ancamkan itu kepada kami jika engkau memang benar dalam kata-katamu dan tidak mendustai kami." Nabi Yunus tidak tahan tinggal dengan lebih lama di tengah-tengah kaum Ninawa yang berkeras kepala dan bersikap buta-tuli menghadapi ajaran dan dakwahnya. Ia lalu meninggalkan Ninawa dengan rasa jengkel dan marah seraya memohon kepada Allah untuk menjatuhkan hukumannya atas orang-orang yang membangkang dan berkeras kepala itu.

0 comments:

Posting Komentar