Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Senin, 14 Juli 2025

cerita nabi Yunus A.S

 Nabi Yunus A.S

Kisah penentangan penduduk ninawa terhadap dakwah nabi yunus

Nabi Yunus A.S Tidak   banyak     yang   dikisahkan   oleh   Al-Quran   tentang   Nabi   Yunus   sebagaimana    yang   telah dikisahkan tentang nabi-nabi Musa, Yusuf dan lain-lain. Dan sepanjang yang dapat dicatat dan diceritakan oleh para sejarawan dan ahli tafsir tentang Nabi Yunus ialah bahawa beliau bernama Yunus   bin   Matta.   Ia   telah   diutuskan   oleh   Allah   untuk   berdakwah   kepada   penduduk   di   sebuah tempat bernama "Ninawa" yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka. Ia   merupakan   seorang   asing   mendatang   di   tengah-tengah   penduduk   Ninawa   itu.  

ikan yang menelan nabi yunus


Ia   menemui mereka     berada    di  dalam   kegelapan,     kebodohan     dan   kekafiran,   mereka     menyembah      berhala menyekutukan kepada Allah. Yunus   membawa   ajaran   tauhid   dan   iman   kepada   mereka,   mengajak   mereka   agak   menyembah kepada   Allah   yang   telah   menciptakan   mereka   dan   menciptakan   alam   semesta,   meninggalkan persembahan   mereka   kepada   berhala-berhala   yang   mereka   buat   sendiri   dari   batu   dan   berhala- berhala yang tidak dapat membawanya manfaaat atau mudarat bagi mereka. Ia memperingatkan mereka bahawa mereka sebagai manusia makhluk Allah yang utama yang memperoleh kelebihan di   atas   makhluk-makhluk   yang   lain   tidak   sepatutnya   merendahkan   diri   dengan   menundukkan dahi dan wajah mereka menyembah batu-batu mati yang mereka pertuhankan, padahal itu semua buatan    mereka    sendiri   yang   kadang-kadang       dan  dapat   dihancurkan     dan   diubah   bentuk    dan memodelnya.   Ia mengajak mereka berfikir memperhatikan   ciptaan   Allah di dalam diri mereka sendiri, di dalam alam sekitar untuk menyedarkan mereka bahawa Tuhan pencipta itulah   yang patut disembah dan bukannya benda-benda ciptaannya. Ajaran-ajaran Nabi Yunus itu bagi para penduduk Ninawa merupakan hal yang baru yang belum pernah     mereka     dengar    sebelumnya.      Kerananya     mereka     tidak   dapat   menerimanya       untuk menggantikan ajaran dan kepercayaan   yang telah diwariskan oleh nenek moyang mereka   yang sudah   menjadi     adat   kebiasaaan   mereka   turun   temurun.   Apalagi   pembawa   agama   itu   adalah seorang asing tidak seketurunan dengan mereka. Mereka berkata kepada Nabi Yunus: "Apakah kata-kata yang engkau ucapkan itu dan kedustaan apakah yang engkau anjurkan kepada kami tentang agama barumu itu? Inilah tuhan-tuhan kami yang sejati yang kami sembah dan disembahkan oleh nenek moyamg kami sejak dahulu. Alasan apakah     yang   membenarkan        kami   meninggalkan       agama    kami    yang   diwariskan    oleh   nenek moyang      kami    dan  menggantikannya        dengan    agama    barumu?     Engkau     adalah   seorang    yang ditengah-tengah kami   yang datang untuk merusakkan adat istiadat kami   dan mengubah agama kami   dan   apakah   kelebihan   kamu   diatas   kami   yang   memberimu   alasan   untuk   mengurui   dan mengajar kami. Hentikanlah aksimu dan ajak-ajakanmu di daerah kami ini. Percayalah bahawa engkau   tidak   akan   dapat   pengikut   diantara   kami   dan   bahawa   ajaranmu   tidak   akan   mendapat pasaran   di   antara   rakyat   Ninawa   yang   sangat   teguh   mempertahankan   tradisi   dan   adat   istiadat orang-orang tua kami." Barkata   Nabi   Yunus   menjawab:   "Aku   hanya   mengajak   kamu   beriman   dan   bertauhid   menurut agama   yang   aku bawa sebagai   amanat Allah   yang wajib ku sampaikan   kepadamu.   Aku hanya seorang pesuruh yang ditugaskan oleh Allah untuk mengangkat kamu dari lembah kesesatan dan kegelapan menuntun kamu ke jalan   yang benar   dan lurus menyampaikan kepada kamu agama yang   suci   bersih   dari   benih-benih   kufur   dan   syirik   yang   merendahkan   martabat   manusia   yang semata-mata untuk kebaikan kamu sendiri dan kebaikan anak cucumu kelak. Aku sesekali tidak mengharapkan   sesuatu   upah   atau   balas   jasa  daripadamu   dan   tidak   pula   menginginkan   pangkat atau   kedudukan.   Aku   tidak   dapat   memaksamu   untuk   mengikutiku   dan   melaksanakan   ajaran- ajaranku. Aku hanya mengingatkan kepadamu bahawa bila kamu tetap membangkang dan tidak menghiraukan   ajakanku   ,   tetap   menolak   agama   Allah   yang   aku   bawa,   tetap   mempertahankan akidahmu   dan   agamamu         yang   bathil   dan   sesat   itu,   nescaya   Allah   kelak   akan   menunjukkan kepadamu   tanda-tanda   kebenaran   risalahku   dengan   menurunkan   azab   seksa-Nya   di   atas   kamu sebagaimana telah dialami oleh kaum terdahulu iaitu kaum Nuh, Aad dan Tsamud sebelum kamu. Mereka   menjawab   peringatan   Nabi   Yunus   dengan   tentangan   seraya   mengatakan:   "Kami   tetap menolak   ajakanmu   dan   tidak   akan   tunduk   pada   perintahmu   atau   mengikut   kemahuanmu   dan sesekali   kami   tidak   akan   takut   akan   segala   ancamanmu.   Cobalah   datangkan   apa   yang   engkau ancamkan itu kepada kami jika engkau memang benar dalam kata-katamu dan tidak mendustai kami." Nabi Yunus tidak tahan tinggal dengan lebih lama di tengah-tengah kaum Ninawa yang berkeras kepala dan bersikap buta-tuli menghadapi ajaran dan dakwahnya. Ia lalu meninggalkan Ninawa dengan rasa jengkel dan marah seraya memohon kepada Allah untuk menjatuhkan hukumannya atas orang-orang yang membangkang dan berkeras kepala itu.

Kisah Nabi Yunus Di dalam perut ikan paus

Sepeninggalan   Nabi   Yunus   penduduk   Ninawa   mulai   melihat   tanda-tanda   yang   mencemaskan seakan-akan ancaman Nabi Yunus kepada mereka akan menjadi kenyataan dan hukuman Allah akan benar-benar jatuh di atas mereka membawa kehancuran dan kebinasaan sebagaimana yang telah   dialami    oleh  kaum    musyrikin     penyembah      berhala   sebelum    mereka.  

 Mereka    melihat keadaan     udara   disekeliling   Ninawa    makin    menggelap,     binatang-binatang     peliharaan   mereka nampak      tidak  tenang   dan   gelisah,  wajah-wajah     mereka    tanpa   disadari   menjadi   pucat   tidak berdarah dan angin dari segala penjuru bertiup dengan kecangnya membawa suara gemuruh yang menakutkan. Dalam keadaan panik dan ketakutan , sedarlah mereka bahawa Yunus tidak berdusta dalam kata- katanya dan bahawa apa yang diancamkan kepada mereka bukanlah ancaman kosong buatannya sendiri, tetapi ancaman dari Tuhan. Segeralah mereka menyatakan taubat dan memohon ampun atas segala perbuatan mereka, menyatakan beriman dan percaya kepada kebenaran dakwah Nabi Yunus seraya berasa menyesal atas perlakuan dan   sikap kasar mereka   yang menjadikan beliau marah dan meninggalkan daerah itu. Untuk   menebus   dosa,   mereka   keluar   dari   kota   dan   beramai-ramai   pergi     ke   bukit-bukit   dan padang pasir, seraya menangis memohon ampun dan rahmat Allah agar dihindarkan dari bencana azab dan seksaan-Nya.   Ibu binatang-binatang peliharaan mereka dipisahkan dari anak-anaknya sehingga terdengar suara teriakan binatang-binatang yang terpisah dari ibunya seolah-olah turut memohon keselamatan dari bencana yang sedang mengancam akan tiba menimpa mereka. Allah   yang   Maha   Mengetahui   bahawa   hamba-hamba-Nya   itu   jujur   dalam   taubatnya   dan   rasa sesalannya   dan   bahawa   mereka   memang   benar-benar   dan   hatinya   sudah   kembali   beriman   dan dari hatinya pula memohon dihindarkan dari azab seksa-Nya, berkenan menurunkan rahmat-Nya dan     mengurniakan      maghfirat-Nya      kepada     hamba-hamba-Nya         yang    dengan    tulus   ikhlas menyatakan   bertaubat   dan   memohon   ampun   atas   segala   dosanya.   Udara   gelap   yang   meliputi Ninawa menjadi terang, wajah-wajah yang pucat kembali merah dan ebrseri-seri dan binatang- binatang     yang   gelisah  menjadi    tenang,   kemudian     kembalilah    orang-orang     itu  ke  kota   dan kerumah      masing-masing      dengan    penuh   rasa  gembira    dan   syukur   kepada    Allah   yang   telah berkenan menerima doa dan permohonan mereka. Berkatalah mereka didalam hati masing-masing setelah merasa tenang, tenteram dan aman dari malapetaka      yang   nyaris  melanda     mereka:   "Di   manakah     gerangan    Yunus    sekarang    berada?

Mengapa kami telah tunduk kepada bisikan syaitan dan mengikuti hawa nafsu, menjadikan dia meninggalkan   kami   dengan   rasa   marah   dan   jengkel   kerana   sikap   kami   yang   menentang   dan memusuhinya.   Alangkah   bahagianya   kami   andaikan   ia   masih   berada   di   tengah-tengah   kami menuntun dan mengajari kami hal-hal yang membawa kebahagiaan kami di dunia dan di akhirat. Ia   adalah    benar-benar     rasul   dan   nabi   Allah   yang    telah   kami   sia-siakan.    Semoga     Allah mengampuni dosa kami." Adapun tentang keadaan Nabi Yunus yang telah meninggalkan kota Ninawa secara mendadak, maka ia berjalan kaki mengembara naik gunung   turun gunung tanpa tujuan. Tanpa disadari ia tiba-tiba   berada   disebuah   pantai   melihat   sekelompok   orang   yang   lagi   bergegas-gegas   hendak menumpang   sebuah   kapal.   Ia   minta   dari   pemilik   kapal   agar   diperbolehkan   ikut   serta   bersama lain-lain penumpang. Kapal segera melepaskan sauhnya dan meluncur dengan lajunya ke tengah laut   yang   tenang.   Ketenangan   laut   itu   tidak   dapat   bertahan   lama,   kerana   sekonyong-konyong tergoncang dan terayunlah kapal itu oleh gelombang besar   yang datang mendadak diikuti oleh tiupan    angin   taufan   yang    kencang,    sehingga    menjadikan     juru   mudi   kapal   berserta   seluruh penumpangnya berada dalan keadaan panik ketakutan melihat keadaan kapal   yang sudah tidak dapat dikuasai keseimbangannya. Para   penumpang   dan   juru   mudi   melihat   tidak   ada   jalan   untuk   menyelamatkan   keadaan   jika keadaan cuaca tetap mengganas dan tidak mereda, kecuali dengan jalan meringankan beban berat muatan      dengan     mengorbankan        salah    seorang    daripada     para   penumpang.       Undian     lalu dilaksanakan   untuk   menentukan   siapakah   di   antara   penumpang   yang   harus   dikorbankan.   Pada tarik pertama keluarlah nama Yunus, seorang penumpang yang mereka paling hormati dan cintai, sehingga mereka semua merasa berat untuk melemparkannya ke laut menjadi mangsa ikan. Kemudian        diadakanlah      undian     bagi    kali    kedua     dengan     masing-masing        penumpang mengharapkan        jangan    sampai    keluar   lagi   nama    Yunus    yang    mereka    sayangi    itu,  namun melesetlah   harapan   mereka   dan   keluarlah   nama   Yunus   kembali   pada   undian   yang   kedua   itu. Demikianlah   bagi   undian   bagi   kali   yang   ketiganya   yang   disepakati   sebagai   yang   terakhir   dan yang menentukan nama Yunuslah yang muncul yang harus dikorbankan untuk menyelamatkan kapal dan para penumpang yang lain. Nabi    Yunus     yang   dengan    telitinya   memperhatikan       sewaktu    undian    dibuat   merasa    bahawa keputusan      undian    itu  adalah   kehendak     Allah   yang    tidak   dapat   ditolaknya    yang   mungkin didalamnya terselit hikmah yang ia belum dapat menyelaminya. Yunus sedar pula pada saat itu bahawa ia telah melakukan dosa dengan meninggalkan Ninawa sebelum memperoleh perkenan Allah, sehingga mungkin keputusan undian itu adalah sebagai penebusan dosa yang ia lakukan itu.   Kemudian       ia  beristikharah     menghenimgkan         cipta   sejenak    dan    tanpa    ragu   segera melemparkan        dirinya   ke   laut  yang   segera    diterima   oleh   lipatan   gelombang      yang    sedang mengamuk dengan dahsyatnya di bawah langit yang kelam-pekat.

Selagi     Nabi    Yunus     berjuang     melawan      gelombang      yang    mengayun-ayunkannya,           Allah SWT mewahyukan   kepada   seekor   ikan   paus   untuk   menelannya   bulat-bulat   dan   menyimpangnya   di dalam perut sebagai amanat Tuhan yang harus dikembalikannya utuh tidak tercedera kelak bila saatnya tiba. Nabi   Yunus   yang   berada   di   dalam   perut   ikan   paus   yang   membawanya   memecah   gelombang timbul dan tenggelam ke dasar laut merasa sesak dada dan bersedih hati seraya memohon ampun kepada   Allah   atas   dosa   dan   tindakan   yang   salah   yang   dilakukannya   tergesa-gesa.   Ia   berseru didalam kegelapan perut ikan paus itu: "Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha   sucilah   Engkau   dan   sesungguhnya   aku   telah   berdosa   dan   menjadi   salah   seorang   dari mereka yang zalim." Setelah    selesai   menjalani    hukuman     Allah   ,  selama    beberapa    waktu   yang    telah  ditentukan, ditumpahkanlah   Nabi   Yunus   oleh   ikan   paus   itu   yang   mengandungnya   dan   dilemparkannya   ke darat . Ia terlempar dari mulut ikan ke pantai dalam keadaan kurus lemah dan sakit.

 Akan tetapi Allah dengan rahmat-Nya menumbuhkan di tempat ia terdampar sebuah pohon labu yang dapat menaungi Yunus dengan daun-daunnya dan menikmati buahnya. Nabi   Yunus   setelah   sembuh   dan   menjadi   segar   kembali   diperintahkan   oleh   Allah   agar   pergi kembali   mengunjungi   Ninawa   di   mana   seratus   ribu   lebih   penduduknya   mendamba-dambakan kedatangannya        untuk     memimpin       mereka     dan    memberi      tuntunan     lebih    lanjut   untuk menyempurnakan iman dan aqidah mereka. Dan alangkah terkejutnya Nabi Yunus tatkala masuk Ninawa dan tidak melihat satu pun patung berhala berdiri. Sebaliknya ia menemui orang-orang yang dahulunya berkeras kepala menentangnya dan menolak ajarannya dan kini sudah menjadi orang-orang mukmin, soleh dan beribadah memuja-muji Allah s.w.t. Pokok cerita tentang Yunus terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran dalam surah Yunus ayat 98, surah Al-Anbiaa' ayat 87, 88 dan surah Ash-Shaffaat ayat 139 sehingga ayat 148. Pelajaran yang dapat dipetik dari kisah Nabi Yunus. Bahawasannya seorang yang bertugas sebagai da'i - juru dakwah harus memiliki kesabaran dan tidak   boleh   cepat-cepat   marah   dan   berputus   asa   bila   dakwahnya   tidak   dapat   sambutan   yang selayaknya   atau   tidak   segera   diterima   oleh   orang-orang   yang   didakwahinya.   Dalam   keadaan demikian   ia   harus   bersabar   mengawal      emosinya     serta   tetap   meneruskan    dakwahnya   dengan bersikap bijaksana dan lemah lembut, sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 yang     bermaksud      :  "Serulah,   berdakwahlah       kepada    jalan   Tuhanmu      dengan     hikmah     dan pengajaran      yang   baik   dan   bantahlah    mereka    dengan    cara   yang   baik   {  sopan    dan   lemah lembut } ." Di    dalam    diri  Nabi   Yunus     Allah   telah  memberi      contoh   betapa    ia  telah  disesalkan    atas tindakannya      yang   tergesa-gesa     kerana   kehilangan     kesabaran,    meninggalkan      kaum    Ninawa, padahal   mereka   masih   dapat   disedarkan   untuk   menerima   ajakannya   andaikan   ia   tidak   terburu- buru   marah   dan   meninggalkan   mereka   tanpa   berunding   lebih   dahulu   dengan   Allah   yang   telah mengutusnya. Atas pelanggaran yang telah dilakukan tanpa sedar Allah telah memberi hukuman kepada Nabi Yunus   berupa   kurungan   dalam   perut   ikan   paus   sebagai   peringatan   dan   pengajaran   agar   tidak terulang lagi setelah ia diberi ampun dan disuruh kembali ke Ninawa melanjutkan dakwahnya.

0 comments:

Posting Komentar