Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Kamis, 17 Juli 2025

Cerita Nabi Zakaria A.S dan Nabi Yahya A.S

 Nabi Zakaria A.S & Nabi Yahya A.S

Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sadar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah   mereka   tergoda   dan   terjerumus   ke   dalam   lembah   kemungkaran   dan   kemaksiatan.

 

Nabi Zakaria A.S & Nabi Yahya A.S

  Ia khawatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya   atas   kaumnya,   bahawa   mereka   akan   makin   rusak   dan   makin   berani   melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama. Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin   hingga   mencapai   usia   sembilan   puluh   tahun,   Tuhan   belum   mengurniakannya   dengan seorang   anak   yang   ia   idam-idamkan   untuk   menjadi   penggantinya   memimpin   dan   mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya   dan   keinginanya   yang   kuat   untuk   memperolhi   keturunan   tergugah   kembali   ketika   ia menyaksikan   mukjizat   hidangan   makanan   dimihrabnya   Maryam. 

 Ia   berfikir   didalam   hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada   Maryam   dalam   keadaan   seorang   diri   tidak   berdaya   dan   berusaha,   Dia   pula   berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban. Pada    suatu   malam    yang   sudah   larut  duduklah    Zakaria    di  mihramnya     menghiningkan      cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan     yang   bulat.  Dengan   suara    yang   lemah   lembut    berucaplah   ia   dalam   doanya:   "Ya Tuhanku   berikanlah   aku   seorang   putera   yang   akan   mewarisiku   dan   mewarisi   sebahagian   dari keluarga   Ya'qub,   yang   akan   meneruskan   pimpinan   dan   tuntunanku   kepada   Bani   Isra'il.   Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan   rusak kembali   aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku tidak   jemu-jemunya   berdoa   kepadamu   memohon   rahmat-Mu   mengurniai   kau   seorang   putera yang soleh yang engkau redhai." Allah   berfirman   memperkenankan   permohonan   Zakaria:   "Hai   Zakaria   Kami   memberi   khabar gembira   kepadamu,   kamu   akan   memperoleh   seorang   putera   bernama   Yahya   yang   soleh   yang membenarkan   kitab-kitab   Allah   menjadi   pemimpin   yang   diikuti   bertahan   diri   dari   hawa   nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi."

 

Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usianya." Allah   menjawab   dengan   firman-Nya:   "Demikian   itu   adalah   suatu   hal   yang   mudah   bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?" Berkata     Zakaria:     "Ya   Tuhanku,      berilah   aku    akan   suatu    tanda   bahawa      isteri  aku   telah mengandung."   Allah   berfirman:   "Tandanya   bagimu   bahawa   engkau   tidak   dapat   berkata-kata dengan   manusia   selama   tiga   hari   berturut-turut   kecuali   dengan   isyarat.   Dan   sebutlah   nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari." Nabi   Yahya   bin   Zakaria   a.s.   tidak   banyak   dikisahkan   oleh   Al-Quran   kecuali   bahawa   ia   diberi ilmu   dan   hikmah   selagi   ia   masih   kanak-kanak   dan   bahawa   ia   seorang   putera   yang   berbakti kepada   kedua   ora   ng   tuanya   dan   bukanlah   orang   yang   sombong   durhaka.

  Ia   terkenal   cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam      sehingga    berpengaruh     kepada     kesihatan   badannya     dan   menjadikannya       kurus   kering, wajahnya pucat dan matanya cekung. Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga   ia   menjadi   tempat   bertanya   tentang   hukum-hukum   agama.   Ia   memiliki   keberanian dalam   mengambil   sesuatu   keputusan,   tidak   takut   dicerca   orang   dan   tidak   pula   menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan. Ia selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini   berlaku   di   kalangan   orang-orang   Kristian   dan   kerana   Nabi   Yahya   adalah   orang   pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki "Yahya Pembaptis". Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama   Hirodia,   seorang   gadis   yang   cantik,   ayu,   bertubuh   lampai   dan   ramping   dan   berhasrat ingin   mengahwininya.   Sang   gadis   berserta   ibunya   dan   seluruh   anggota   keluarga   menyentujui rencan   perkahwinan   itu,   namun   Nabi   Yahya   menentangnya   dan   mengeluarkan   fakwa   bahawa perkahwinan       itu  tidak   boleh   dilaksanakan      kerana   bertentangan     dengan     syariat   Musa    yang mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri. Berita   rencana   perkahwinan   Hirodus   dan   Hirodia   serta   fatwa   Nabi   Yahya   yang   melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri,   fatwa   mana   telah   membawa   reaksi   dan   pendapat   dikalangan   masyarakat   yang   luas.   Ia khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu   dan   terpaksa    membatalkan      perkahwinan      yang    sudah    dinanti-nanti    dan   diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu. Menghadapi        fatwa   Nabi    Yahya    dan   reaksi   masyarakat     itu,  Herodia    tidak   tinggal   diam.

 Ia berusaha   dengan   bersenjatakan   kecantikkan   dan   parasnya      yang   ayu   itu   mempengaruhi   bapa saudaranya   calon   suaminya   agar   rencana   perkahwinan   dilaksanakan   menurut   rencana.   Dengan merias   diri   dan   berpakaian   yang   merangsang,   ia   pergi   mengunjungi   bapa   saudaranya   Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang    nampak      lebih  cantik   daripada    biasa   :  "Hai   manisku,    apakah    yang    dapat   aku   berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu, kedatanganmu kemari pada saat ini tentu    didorong    oleh   sesuatu   hajat   yang   mendesak      yang   ingin   engkau    sampaikan      kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu." Herodia   menjawab:   "Bila   Tuan   Raja   berkenan,   maka   aku   hanya   mempunyai   satu   permintaan yang   mendorongku   datang   mengunjungi   Tuanku   pada   saat   ini.   Permintaanku   yang   tunggal   itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik   Tuan   Raja   dan   namaku   sekeluarga   di   segala   tempat   dan   penjuru.   Supaya   dia   dipenggal kepalanya.      Alangkah     puasnya     hatiku   dan    besarnya    terima    kasihku,   bila   Tuanku     berkenan meluluskan permintaanku ini". Herodus   yang   sudah   tergila-gila   dan   tertawan   hatinya   oleh   kecantikan   dan   keelokan   Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada   kehendaknya   dengan   mengabaikan   suara   hati   nuraninya   dan   panggilan   akal   sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya   di   depan   kesayangannya   Herodia   yang   tersenyum   tanda   gembira   dan   puas   hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan     menghalangi      rencana    perkahwinannta       telah   tersingkirkan,    walaupun      perbuatannya      itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya. Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga   ayat   15,   surah   Ali   Imran   ayat   38   senhingga   ayat   41   dan   surah   Al-Anbiya'   ayat   89 sehingga ayat 90.

0 comments:

Posting Komentar