Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Minggu, 08 Februari 2026

Keislaman Ratu Balqis

 Keislaman Ratu Balqis

Dikatakan kepada Balqis masuklah ke dalam istana. Ketika ia masuk, maka ia tidak menyaksikan adanya kaca tetapi ia melihat air sehingga ia mengira akan bersinggungan dengan air laut lalu ia menyingkap sedikit bajunya agar bajunya tidak basah. Sulaiman mengingatkannya - tanpa melihat - agar ia tidak khuatir terhadap pakaiannya kerana pakaiannya tidak akan basah, sebab di sana tidak ada    air.  Ia  sekadar   kaca   yang  halus   yang   saking   halusnya   hingga   ia  tidak tampak.      Pada   kesempatan      itulah   Balqis   mengumumkan   keislamannya.

ratu balqis beragama apa


Ia mengakui      kelaliman    dirinya   dan   ia  menyatakan      penyerahan      diri  kepada Sulaiman     dan   kepada   Allah   s.w.t   Tuhan   alam   semesta.    Lalu  kaumnya   pun mengikutinya   dan   mereka   memeluk   Islam.   Balqis   menyedari   ia   berhadapan dengan penguasa yang terbesar di bumi dan salah satu Nabi Allah s.w.t yang mulia. Untuk pertama kalinya wajah Sulaiman tampak dihiasi dengan senyuman yang   menunjukkan   kepuasannya   sejak   Balqis   mengunjunginya.   Demikianlah, Sulaiman mewujudkan kejayaannya yang hakiki dan menyebarkan cahaya Islam di muka bumi.

Al-Quran tidak menyebutkan kisah Balqis setelah keislamannya. Para ahli tafsir mengatakan       bahawa     ia  menikah    dengan     Sulaiman.    Selain   itu,  ada   yang mengatakan bahawa ia menikah dengan salah satu orang dekat Sulaiman. Ada juga yang mengatakan bahawa sebahagian raja Habsyah adalah keturunan dari buah     perkahwinan     ini.  Kami   tidak   sependapat     dengan    semua    itu  kerana Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan semua perincian tersebut. Oleh kerana itu, kami tidak merasa penting untuk menyelami sesuatu yang tidak diketahui oleh seseorang pun.

0 comments:

Posting Komentar