Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 14 Februari 2026

KUBAH AJAIB

 NABI SULAIMAN a.s. DENGAN KUBAH AJAIB

Pada   suatu   hari   Nabi   Allah   Sulaiman   telah   menerima   wahyu   daripada   Allah supaya   pergi ke tepi pantai   untuk   menyaksikan   suatu   benda   yang   ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

kubah ajaib

Setibanya     di  pantai,    Nabi   Sulaiman    terus   mengintai-ngintai      untuk   mencari sesuatu   seperti   yang   dikatakan   oleh   Allah.   Setelah      lama   mencari   ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman      mengarahkan       Jin   Ifrit  supaya    menyelam      ke   dalam    laut   untuk meninjau   apa-apa   yang   pelik   atau   ajaib.   Jin   Ifrit   menyelam   agak   lama   juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai   apa-apa   benda   yang   ajaib.   Tanya   Nabi   Sulaiman   "Apakah   kamu menyelam   sehingga   dasar   laut"   Jawab   Jin   Ifrit   "Tidak".   Nabi   Sulaiman   pun mengarahkan   Jin   Ifrit   yang   kedua   supaya   menyelam   sehingga   ke   dasar   laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut   mempunyai   empat   penjuru,   setiap   penjuru   mempunyai   pintu.   Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna   merah,   pintu   ketiga   diperbuat   daripada   jauhar   dan   pintu   keempat diperbuat   daripada   zabarjad.   Pintu-pintu   tersebut   terbuka   luas,   tetapi   yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah     tersebut     dengan    penuh     takjub    di  atas   kebesaran     Allah.    Baginda berangkat      untuk   melihat    kubah    tersebut,    setelah   menjenguk      ke   dalam    di dapati    ada   seorang    pemuda      berada    di  dalamnya.     Pemuda     tersebut    masih belum      sedar   walaupun      kubahnya     telah    diangkat    ke   darat    kerana    asyik bermunajat       kepada    Allah.   Nabi   Sulaiman     memberi     salam    kepada    pemuda tersebut.   Pemuda   tersebut   menyambut   salam   dengan   perasaan   terkejutnya apabila      melihat    orang     ramai    sedang     berada     di   situ.   Nabi    Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman.      Pemuda     itu  bertanya    "Dari  manakan      mereka    ini  dan   bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati        bahawa      kubahnya      telah    berada     di   darat.    Nabi    Sulaiman memberitahu   pemuda   itu   bahawa   mereka   datang   kerana   diperintahkan   oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk   melihat   benda   yang   ajaib   yang   dihiasi   di   dalamnya.   Keindahan   yang terdapat   di   dalam   kubah   itu   sungguh   menakjubkan.   Nabi   Sulaiman   bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak     di  dasar   laut.  Pemuda      tersebut    menceritakan      bahwa    dia   telah berkhidmat   kepada   kedua   ibu   bapanya  selama   70   tahun.  Bapanya   seorang yang   lumpuh   manakala   ibunya   pula   seorang   yang   buta.   Suatu   hari   ketika ibunya     hendak    meninggal     dunia,    ibunya   memanggilnya       dan    memaklumkan bahawa   ibunya   telah   rela   di   atas   khidmat   yang   diberikan   olehnya.  Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang    diberikan    olehnya.   Bapanya      telah   berdoa     sebelum     meninggal     dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika   pemuda   tersebut   bersiar-siar   di   tepi   pantai   ia   terlihat   sebuah   kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas     dan   tenggelam     ke   dasar   laut.   Tidak   lama    kemudian     muncul     satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah.   Malaikat   itu   memaklumkan   bahawa   kubah   itu   adalah   kurniaan   Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama     mana    dia   suka,   segala   makan     dan   minum     akan   dihidangkan     pada bila-bila    masa    ia  memerlukannya.       Malaikat    itu  memaklumkan bahwa    dia

diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam   kubah ini"   Pemuda   itu   menjawab   "Saya   tidak   menghitungnya   tetapi   ia mula   memasukinya   semasa   pemerintahan   Nabi   Allah   Ibrahim   a.s   lagi".   Nabi Sulaiman   menghitung   ".   Ini   bermakna   kamu   telah   berada   di   dalam   kubah   ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata  "Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya".      Nabi   Sulaiman     bertanya    pemuda     itu  samada     dia   mahu    pulang bersamanya".       Jawab   pemuda   tadi  "Nikmat   apa   lagi   yang   harus   aku   pinta selain   daripada   nikmat   yang   dikurniakan   oleh   Allah   kepada   ku   ini".  Nabi Sulaiman      bertanya"Adakah      kamu     ingin  pulang    ke  tempat     asal  mu"   Jawab pemuda   itu   "Ya,   silalah   hantar   aku   ke   tempat   asalku".    Nasi   Sulaiman   pun memerintahkan         Perdana    Menterinya     membawa       kubah    tersebut    ke  tempat asalnya.

Setelah     kubah   tersebut    diletakkan    ke  tempat    asal,   Nabi  Sulaiman     berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada   orang   tuanya   dan   betapa   seksanya   orang   yang   menderhaka   kepada kedua   ibu   bapanya".   Nabi   Sulaiman   pun   berangkat   pulang   ke   tempatnya   dan bersyukur   kepada   Allah   Taala   kerana   telah   memberi   kesempatan   kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

 

0 comments:

Posting Komentar