Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Minggu, 15 Februari 2026

NABI SULAIMAN a.s. DENGAN JIN IFRIT

 NABI SULAIMAN a.s. DENGAN JIN IFRIT

Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin

adalah   dibawah   kekuasaan   pemerintahan   kerajaan   Nabi   Sulaiman.   Kisah   ini adalah     diantara   kisah-kisah    yang   terjadi   semasa    pemerintahan       Nabi   Allah Sulaiman.

NABI SULAIMAN a.s. DENGAN JIN IFRIT

Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis   kerana   ingin   mencari   sebiji   mutiara   yang   sangat   cantik   untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman   dan   sekaligus   ingin   membuktikan   kepada   jin   dan   syaitan   yang   lain bahawa       dialah   jin   yang    paling   disayangi     oleh   Nabi    Sulaiman.     Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara      tersebut.    Setelah    puas   menyelam,      mutiara     tersebut    tidak   juga dijumpai      oleh   Jin  Ifrit  sehingga    sampai     ke   suatu   tempat     yang   berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya ternyata     kilauan    tersebut    adalah   mutiara     yang   sangat   cantik    yang   dicari- carinya.   Jin   Ifrit   terus   mangambil   mutiara   tersebut   dan   berenang   sehingga sampai ke tepi pantai.

Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh kerana   Bota   lari   dengan   pantas   ke   arah   selatan   menyebabkan   Jin   Ifrit   tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin   bahawa     mutiara     tersebut   telah   hilang.   Tidak    lama   kemudian      Jin  Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara Raja   Jin.   Dengan   segera   Ifrit   pergi   mengadap   Raja   Jin.   Raja   Jin   bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota".

Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi     Sulaiman.    Satelah    tiba   dihadapan     Nabi    Sulaiman,     baginda    bertanya kepada      Raja   Jin  "Apakah    kesalahan     Ifrit?".  Raja  jin  menjawab      "Ifrit  telah menghilangkan        sebiji  mutiara     yang   sangat    cantik".   Nabi   Sulaiman     berkata kepada      Ifrit  "Adakah   kamu     telah  menyembunyikan         mutiara    tersebut?"    Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa". "Sementera itu   kamu   akan   dipenjarakan   terlebih   dahulu   sehingga   kamu   dibuktikan   tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.

Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang   bernama   Asif.   Beliau   adalah   seorang   yang   bijak   dan   tahu   bahawa   Bota adalah   salahseorang   hamba   kepada   orang   lain.   Beliau   berkata   kepada   Nabi Sulaiman   "   Allah   menjadikan   peristiwa   sebagai   pembuka   jalan   kepada   Nabi Sulaiman   supaya   pergi   ke   selatan   untuk   berjuang   pada   jalan   Allah   seperti baginda janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala" sambung   Perdana   Menteri.   Nabi   Sulaiman   menerima   kata-kata   tersebut   lalu baginda   berangkat   ke   Baitulmaqdis   untuk   beribadah   dan   bersyukur   kepada Allah keatas nikmatNya.

0 comments:

Posting Komentar