Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 18 Februari 2026

KISAH NABI ILYAS A.S

 KISAH NABI ILYAS A.S

Dakwah Nabi Ilyas AS

Beliau   adalah   seorang   utusan   Allah   s.w.t.   Telah   terjadi   pertentangan   antara beliau dan kaumnya tentang berhala yang bemama Ba'l. Nabi Ilyas menyeru di jalan    Allah  s.w.tdan    mengajak     kaumnya     tetapi   kaumnya     mengabaikannya. Mereka cenderung kepada Ba'l.

Kisah Nabi ilyas


Selesailah halaman kehidupan dunia dan mereka dihadirkan di hadapan Allah s.w.t pada  hari   kiamat.    Allah    s.w.t   menceritakan       hal  tersebut     dalam firman-Nya:

"Dan sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari rasul-rasul. (Ingatlah) ketika     ia  berkata     kepada    kaumnya:  'Mengapa  kamu  tidak   bertakwa? Patutkah kamu menyembah Ba'l dan kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta, yaitu   Allah   Tuhanmu   dan   Tuhan   bapak-   bapakmu   yang   terdahulu?'   Maka mereka      mendustakannya,        kerana    itu  mereka     akan   diseret   (ke   neraka), kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa). Dan Kami abadikan untuk     Ilyas   (pujian    yang   baik)   di   halangan     orang-orang     yang    datang kemudian.    (Yaitu)   kesejahteran       dilimpahkan     atas   Ilyas?   Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan hepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya        dia   termasuk      hamba-hamba   Kami  yang  beriman."     (QS. ash-Shaffat: 123-132)

Hanya ayat-ayat yang pendek ini yang Allah s.w.t sebutkan berkaitan dengan kisah    Nabi   Ilyas.  Dan   pendapat     yang   paling   kuat   adalah    pendapat    yang menyatakan       bahawa     Ilyas  adalah   seorang    Nabi   yang   bernama     Ilya  dalam Taurat.      Injil   Barnabas      mengemukakan          nasihat-nasihat      Ilya.    Tentu nasihat-nasihat      tersebut    tidak  begitu    terkenal   dalam    Taurat.    Kami   akan menyebutkan   nasihat-nasihat   tersebut   kerana   di   dalamnya   terdapat   hikmah yang dalam dan ketulusan hati. Pesan tersebut terdapat dalam injil Barnabas dari ayat 23 sampai ayat 49. Disebutkan di dalamnya bahawa "Ilya adalah hamba Allah. Hal ini ditulis bagi semua orang yang menginginkan untuk berjalan bersama Allah Pencipta mereka. Sesungguhnya orang yang suka untuk banyak belajar maka ia akan sedikit takut kepada Allah. kerana orang yang takut kepada Allah maka ia akan merasa puas untuk mengetahui apa-apa yang   diinginkan   Allah saja.   Hendaklah   orang-orang   yang   menginginkan   untuk mengerjakan       amal-amal  yang soleh  memperhatikan  diri  mereka     kerana seseorang       tidak    akan  memperoleh   manfaat       ketika    mendapati       dunia mendapatkan        keuntungan      sementara      ia  mendapati      kerugian.    Selanjutnya, hendaklah orang yang mengajari orang lain berusaha untuk lebih baik daripada orang   lain   kerana   tidak   akan   bermanfaat   suatu   nasihat   yang   diberikan   oleh orang     yang   tidak   mengamalkan       apa   yang    dikatakannya.      Sebab,    bagaimana seorang yang salah dapat memperbaiki kehidupannya sementara ia mendengar seorang   yang   lebih   buruk   darinya   berusaha   untuk   mengajarinya.

Nasihat Nabi Ilyas

 Kemudian hendaklah   orang   yang   mencari   Allah   berusaha   lari   dari   percakapan   dengan manusia kerana Musa ketika berada sendirian di atas gunung Saina' maka beliau menemukan   Allah   dan   berdialog   dengan-Nya   sebagaimana   seorang   pencinta berdialog dengan kekasihnya. Dan hendaklah orang-orang yang mencari Allah berusaha keluar sekali setiap tiga puluh kali ke tempat yang biasa di jadikan perkumpulan   oleh   masyarakat   dunia.   kerana   boleh   jadi   ia   dapat   melakukan suatu amal pada satu hari saja namun dihitung amalnya itu selama dua tahun, khususnya   berkaitan   dengan   pekerjaan   yang   di   situ   ia   mencari   ridha   Allah. Hendaklah ketika ia berbicara tidak melihat ke arah mana pun kecuali ke arah dua kakinya, dan ketika ia berbicara hendaklah mengatakan hal yang penting saja. Hendaklah ketika ia makan tidak berdiri dari meja makan dalam keadaan kekenyangan.   Dan   hendaklah   mereka   berpikir   setiap   hari   kerana   boleh   jadi mereka       tidak    akan    menemui       hari   berikutnya.      Dan    hendaklah      mereka benar-benar   memanfaatkan  waktu   mereka   sebagaimana   mereka   selalu bernafas.  Hendaklah     satu   baju    dari   kulit  binatang     cukup    untuk    mereka. Hendaklah mereka setiap malam berusaha untuk tidur tidak lebih dari dua jam. Hendaklah mereka berusaha berdiri di tengah-tengah salat dengan rasa takut.

Kerjakanlah      semua     ini  dalam    rangka    mengabdi     kepada    Allah   s.w.t   dengan menjunjung tinggi syariat-Nya yang Allah s.w.t kurniakan kepada kalian melalui Nabi Musa. kerana dengan cara seperti ini, kalian akan menemukan Allah s.w.t dan   kalian   akan   merasakan   pada   setiap   zaman   dan   tempat   bahawa   kalian berada   di   bawah   naungan   Allah   s.w.t   dan   Dia   akan   selalu   bersama   kalian." Demikianlah apa-apa yang disebutkan dalam injil Barnabas melalui tulisan Ilya.?

0 comments:

Posting Komentar