Kisah Nabi Sulaiman AS puasa seekor semut
Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia
melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma.
Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan
menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?

Si semut
menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t berikan kepada ku sebagai makananku
selama satu tahun. Baginda
Sulaiman AS kemudian
mengambil sebuah botol
lalu ia berkata kepada si semut,
Wahai semut ke marilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi
dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama
satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut
taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS
datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si
semut itu tidak banyak berkurang. Baginda
Sulaiman AS bertanya
kepada si semut,
hai semut mengapa
engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai
Nabiullah, aku selama
ini hanya menghisap airnya
dan aku banyak
berpuasa. Selama ini
Allah s.w.t yang memberikan kepadaku
sebutir kurma setiap
tahunnya, akan tetapi
kali ini engkau memberiku
separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi
kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Rozak), jawab si semut.
0 comments:
Posting Komentar