Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 07 Februari 2026

Istana Nabi Sulaiman AS untuk Ratu Balqis

 Istana Nabi Sulaiman AS untuk Ratu Balqis

Sulaiman      memerintahkan       agar   dibangun    istana   yang   akan   digunakan     untuk menyambut   Balqis.   Sulaiman   memilih   tempat   di   laut   dan   ia   memerintahkan agar dibangun suatu istana di mana sebahagian besarnya terdiri dari air laut.

Istana Nabi Sulaiman AS untuk Ratu Balqis


Sulaiman   memerintahkan   agar   tanah-tanah   itu   terbuat   dari   kaca   yang   tebal dan kuat sehingga orang yang berjalan di atas istana itu akan membayangkan bahawa di bawahnya ada ikan-ikan yang berwarna dan berenang dan ia melihat rumput-rumput laut yang bergerak.

Akhirnya, selesailah pembangunan istana itu, dan saking bersihnya kaca yang terbuat   darinya   tanah   kamarnya   sehingga   tampak   di   sana   tidak   ada   kaca. Hud-hud      memberitahu       Sulaiman    bahawa     Balqis   telah    sampai    di  dekat kerajaannya.   Kemudian   Balqis   datang.   Al-Quran   tidak   menyebutkan   keadaan Sulaiman   saat   menyambut   Balqis,   namun   Al-Quran   justru   menunjukkan   dua sikap   Balqis:   pertama,   bagaimana   sikap   Balqis   ketika   pertama   kali   melihat singgahsananya   yang   datang   mendahuluinya,   padahal   ia   telah   meninggalkan pengawalnya untuk tetap setia menjaga singgasana itu; kedua keadaannya di depan tanah istana yang penuh dengan permata yang berenang di bawahnya ikan-ikan:

"Dan     ketika    Balqis   datang,    ditanyakanlah      kepadanya:      'Serupa     inikah singgahsanamu?' Dia menjawab: 'Seakan-akan singgasana ini singgahsanaku, kami   telah   diberi   pengetahuan   sebelumnya   dan   kami   adalah   orang-orang yang berserah diri.'" (QS. an-Naml: 42)

Ayat    tersebut   menggambarkan        kondisi  dialog   antara   Sulaiman    dan   Balqis. Balqis melihat singgahsananya dan ia tercengang saat mengetahui bahawa itu adalah   singgahsananya,   namun   ia   kemudian   mulai   ragu   kerana   melihat   tidak sepenuhnya      itu  singgahsananya.     Jika   itu  benar-benar    singgahsananya,      lalu bagaimana   ia   datang   mendahuluinya   dan   bila   bukan   singgahsananya,   maka bagaimana Sulaiman dapat meniru se persis dan se teliti ini. Sulaiman berkata saat   melihat   Balqis   mengamati   singgahsananya:   "Apakah   ini   singgahsanamu?" Setelah mengalami   kebingungan   sesaat   Balqis  menjawab: "Sepertinya   benar." Sulaiman berkata: "Kami telah diberi ilmu sebelumnya dan kami sebagai orang- orang Muslim."

Melalui penyataannya itu, Sulaiman ingin mengisyaratkan kepada Balqis agar ia membandingkan         antara   keyakinannya      berserta   ilmu   yang   dicapainya     dan keyakinan      Sulaiman    yang    Muslim    berserta    pengetahuan      yang   diraihnya. Penyembahan terhadap matahari dan pencapaian ilmu yang dicapai oleh Balqis tampak      tidak   ada   apa-apanya     dibandingkan      dengan    ilmu   Sulaiman     dan keislamannya.       Sulaiman    telah   mendahuluinya      dalam    bidang    ilmu   kerana keislamannya.   kerana   itu,   sangat   mudah   baginya   untuk   mengungguli   Balqisdalam ilmu-ilmu yang lain.

Demikianlah yang diisyaratkan pernyataan Sulaiman kepada Balqis. Ratu Saba' itu   mengetahui     bahawa     ini  adalah   singgahsananya     di  mana    singgasana    itu datang lebih dahulu daripada dirinya. Beberapa bahagian dirinya telah diubah. Saat Balqis masih berjalan menuju tempat Sulaiman, ia berfikir: kemampuan apa   yang   dimiliki   oleh   Nabi   Sulaiman?   Balqis   tercengang   melihat   apa   yang disaksikannya yang merupakan buah dari keimanan Sulaiman dan hubungannya dengan      Allah    s.w.t.    Sebagaimana       Balqis    tercengang      ketika    melihat kemajuannya dalam bidang pembangunan seni dan ilmu, maka ia lebih kagum lagi saat melihat hubungan yang kuat antara keislaman Sulaiman dan ilmunya serta kemajuannya:

"Dan   apa   yang   disembahnya   selama   ini   selain   Allah,   mencegahnya   (untuk melahirkan      keislamannya)      kerana    sesungguhnya       dia  terdahulu     termasuk orang-orang yang kafir." (QS. an-Naml: 43)

Bergoncanglah dalam benak Balqis ribuan hal. Ia melihat keyakinan kaumnya runtuh     di  hadapan     Sulaiman;     ia  menyedari     matahari     yang   disembahnya merupakan        ciptaan    Allah   s.w.t   di   mana     Dia   menggerakkannya        untuk hamba-hamba-Nya.   Lalu   terbitlah   matahari   kebenaran   pada   dirinya.   Hatinya diterangi   oleh   cahaya   baru   yang   tidak   akan   tenggelam   seperti   tenggelamnya matahari.   Masa   keislamannya   hanya   menunggu   waktu.   Balqis   memilih   waktu yang tepat untuk mengumumkan keislamannya.

Allah s.w.t berfirman:

"Dikatakan kepadanya: 'Masuklah ke dalam istana.', maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya.   Berkatalah   Sulaiman:   'Sesungguhnya   ia   adalah   istana   licin   yang terbuat dari kaca.' Berkatalah Balqis: 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat     lalim   terhadap    diriku   dan   aku   berserah    diri  bersama     Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.'" (QS. an-Naml: 44)

0 comments:

Posting Komentar