Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Selasa, 03 Maret 2026

Kisah Nabi Yunus AS didalam perut ikan nun

 Kisah Nabi Yunus AS didalam perut ikan nun

Nabi Yunus berdiri di samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi dengan ombak   yang   mengerikan.   Dunia   saat   itu   gelap   dan   di   sana   tidak   ada   cahaya bulan.    Bintang-bintang      bersembunyi      di  balik   kegelapan.     Warna    air  tampak gelap dan hawa dingin menembus tulang. Alhasil, air menutupi segala sesuatu. Kemudian        nahkoda      perahu     berteriak:     "Lompatlah      wahai     musafir    yang misterius."     Tiupan    angin   semakin     kencang.     Nabi   Yunus    berusaha     menjaga keseimbangannya, 

ikan yang menelan nabi yunus


dan   beliau   menampakkan   keberaniannya   saat   ingin   terjun ke   lautan.   Nabi   Yunus   pun   terjun   dan   berada   di   permukaan   lautan   laksana sampang   yang   mengambang.   Ikan   paus   berada   di   depannya.  

Ikan   itu   mulai tersenyum      kerana    Allah   s.w.t   telah   mengirim     padanya     makanan     malam. Kemudian ikan itu menangkap Nabi Yunus di tengah-tengah ombak. Kemudian ikan itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu kembali dalam keadaaan puas setelah memenuhi perutnya.

Nabi Yunus sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam. Tiga kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan   malam.   Nabi   Yunus   merasakan   bahawa   dirinya   telah   mati.   Beliau mencoba menggerakan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, beliau masih hidup. Beliau terpenjara dalam tiga kegelapan.

Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan   menuju   Allah   saat   beliau   terpenjara   di   dalam   tiga   kegelapan. Hatinya   mulai   bergerak   untuk   bertasbih   kepada   Allah,   dan   lisannya   pun mulai    mengikutinya.      Beliau    mengatakan:      "Tiada   Tuhan    selain   Engkau    ya Allah.    Wahai    Yang    Maha    Suci.  Sesungguhnya       aku   termasuk      orang   yang menganiaya diri sendiri." (QS. Hud: 87)

Ketika   terpenjara   di   perut   ikan,   beliau   tetap   bertasbih   kepada   Allah   s.w.t. Ikan itu sendiri tampak kelelahan saat harus berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus masih bertasbih kepada      Allah    s.w.t.   Beliau    tidak    henti-hentinya      bertasbih    dan    tidak henti-hentinya       menangis.     Beliau   tidak   makan,     tidak   minum,      dan   tidak bergerak. Beliau berpuasa dan berbuka dengan tasbih. Ikan- ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah s.w.t. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.

Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara- suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan- hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah s.w.t dan ia pun tidak ketinggalan   ikut   serta   bersama   mereka   bertasbih   kepada   Allah   s.w.t.   Dan   ia mulai    menyadari     bahawa     ia  sedang    menelan    seorang    Nabi.   Ikan   paus   itu merasakan      ketakutan     tetapi  ia   berkata   dalam   dirinya   mengapa   aku     takut? Bukankah Allah s.w.t yang memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunustetap tinggal di perut ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah s.w.t dan selalu menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan   selain   Engkau   ya   Allah   Yang   Maha   Suci.   Sesungguhnya   aku   termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Allah s.w.t melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah s.w.t mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah s.w.t    menurunkan     perintah    kepada    ikan  itu  agar   mengeluarkan      Yunus   ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

Ikan itu pun menaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan kepanasan di perut    ikan.   Beliau   tampak    sakit,  lalu   matahari    bersinar   dan   menyentuh badannya yang kepanasan itu. Beliau berteriak kerana tidak kuatnya menahan rasa sakit namun beliau mampu menahan diri dan kembali bertasbih. Kemudian Allah   s.w.t   menumbuhkan       pohon    Yaqthin,   yaitu  pohon    yang   daun-daunnya lebar     yang    dapat    melindungi     dari    sinar   matahari.     Dan    Allah   s.w.t menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah s.w.t memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.

0 comments:

Posting Komentar