Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Senin, 09 Maret 2026

Kisah Nabi Zakaria A.S Memperoleh keturunan di usia senja

 KISAH NABI ZAKARIA A.S

Kisah Nabi Zakaria A.S Memperoleh keturunan di usia senja

Nabi Zakaria adalah ayah dari Nabi Yahya putera tunggalnya yang lahir setelah ia mencapai usia sembilan puluh tahun. Sejak beristeri Hanna, ibu saudaranya Maryam,       Zakaria     mendambakan          mendapat       anak     yang    akan     menjadi pewarisnya. 

Kisah Nabi Zakaria A.S Memperoleh keturunan di usia senja

Siang dan malam tiada henti-hentinya ia memanjatkan doanya dan permohonan        kepada    Allah   agar   dikurniai    seorang    putera   yang    akan   dapat meneruskan   tugasnya   memimpin   Bani   Israil.   Ia   khuatir   bahawa   bila   ia   mati tanpa   meninggalkan   seorang   pengganti,   kaumnya   akan   kehilangan   pemimpin dan akan kembali kepada cara-cara hidup mereka yang penuh dengan mungkar dan   kemaksiatan   dan   bahkan   mungkin   mereka   akan   mengubah   syariat   Musa dengan menambah atau mengurangi isi kitab Taurat sekehendak hati mereka. Selain itu, ia sebagai manusia, ingin pula agar keturunannya tidak terputus dan terus     bersambung       dari    generasi     sepanjang      Allah   mengizinkannya        dan memperkenankan.

Nabi   Zakaria   tiap   hari   sebagai   tugas   rutin   pergi   ke   mihrab   besar   melakukan sembahyang   serta   menjenguk   Maryam   anak   iparnya   yang   diserahkan   kepada mihrab      oleh    ibunya    sesuai    dengan     nazarnya     sewaktu      ia  masih     dalam kandungan.       Dan    memang      Zakarialah    yang    ditugaskan     oleh   para   pengurus mihrab     untuk    mengawasi      Maryam     sejak   ia  diserahkan     oleh   ibunya.    Tugas pengawasan        atas  diri  Maryam      diterima    oleh   Zakaria    melalui   undian    yang dilakukan   oleh   para   pengurus   mihrab   di   kala   menerima   bayi   Maryam   yang diserahkan pengawasannya kepadanya itu adalah anak saudara isterinya sendiri yang hingga saat itu belum dikurniai seorang anak pun oleh Tuhan.

0 comments:

Posting Komentar