Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 11 Maret 2026

Kisah Keluarga Imran

 Kisah Keluarga Imran

Tahun   demi   tahun   berlalu,   usia   makin   hari   makin   lanjut,   namun   keinginan tetap    tinggal   keinginan    dan   idam-idaman     tetap    tidak  menjelma      menjadi kenyataan. Berbagai cara dicubanya dan berbagai nasihat dan petunjuk orang diterapkannya,   namun   belum   juga   membawa   hasil.   Dan   setelah   segala   daya upaya     yang    bersumber     dari   kepandaian      dan   kekuasaan     manusia     tidak membawa   buah   yang   diharapkan,   

Kisah Keluarga Imran

sedarlah   isteri   Imran   bahawa   hanya   Allah tempat     satu-satunya     yang   berkuasa    memenuhi      keinginannya     dan   sanggup mengurniainya   dengan   seorang   anak   yang   didambakan   walaupun   rambutnya sudah    beruban    dan   usianya   sudah    lanjut.  Maka   ia  bertekad    membulatkan harapannya      hanya    kepada   Allah   bersujud   siang   dan   malam    dengan    penuh khusyuk     dan    kerendahan     hati   bernazar    dan   berjanji   kepada     Allah   bila permohonannya dikabulkan, akan menyerahkan dan menghebahkan anaknya ke Baitul Maqdis untuk menjadi pelayan, penjaga dan memelihara rumah suci itu dan   sesekali   tidak   akan   mengambil   manfaat   dari   anaknya   untuk   kepentingan dirinya atau kepentingan keluarganya.

Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak tersia-sia. Allah telah menerima permohonannya dan mempersembahkan doanya sesuai dengan apa yang   telah disuratkan   dalam   takdir-Nya   bahawa   dari suami   isteri   Imran   akan diturunkan   seorang   nabi besar.   Maka   tanda-tanda   permulaan   kehamilan   yang dirasakan oleh setiap perempuan yang mengandung tampak pada isteri Imran yang   lama    kelamaan   merasa   gerakan   janin   di   dalam   perutnya   yang   makin membesar.        Alangkah     bahagia     si  isteri   yang   sedang     hamil    itu,   bahawa idam-idamannya itu akan menjadi kenyataan dan kesunyian rumah tangganya akan   terpecahlah   bila   bayi   yang   dikandungkan   itu   lahir.   Ia   bersama   suami mulai merancang apa yang akan diberikan kepada bayi yang akan datang itu. Jika mereka sedang duduk berduaan tidak ada yang diperbincangkan selain soal bayi   yang   akan   dilahirkan.   Suasana   suram   sedih   yang   selalu   meliputi   rumah tangga   Imran   berbalik   menjadi   riang   gembira,   wajah   sepasang   suami   isteri Imaran   menjadi   berseri-seri   tanda   suka   cita   dan   bahagia   dan   rasa   putus   asa yang mencekam hati mereka berdua berbalik menjadi rasa penuh harapan akan hari kemudian yang baik dan cemerlang.

Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara yang berbunyi: "Manusia merancang, Tuhan menentukan. Imran yang sangat dicintai dan sayangi oleh isterinya dan diharapkan akan menerima putera pertamanya serta mendampinginya dikala ia melahirkan       ,  tiba-tiba   direnggut     nyawanya      oleh   Izra'il  dan   meninggallah isterinya seorang diri dalam keadaan hamil tua, pada saat mana biasanya rasa cinta kasih sayang antara suami isteri menjadi makin mesra. Rasa sedih yang ditinggalkan oleh suami yang disayangi bercampur dengan rasa sakit dan letih yang didahului kelahiran si bayi, menimpa isteri Imran di saat-saat dekatnya masa melahirkan.

Maka     setelah    segala    persiapan    untuk    menyambut       kedatangan      bayi   telah dilakukan   dengan   sempurna   lahirlah   ia   dari   kandungan   ibunya   yang   malang menghirup        udara    bebas.    Agak     kecewalah      si  ibu   janda     Imran    setelah mengetahui   bahawa   bayi   yang   lahir   itu   adalah   seorang   puteri   sedangkan   ia menanti seorang putera yang telah dijanjikan dan bernazar untuk dihebahkan kepada      Baitulmaqdis.     Dengan    nada    kecewa    dan    suara   sedih   berucaplah     ia seraya     menghadapkan         wajahnya      ke    atas:   "Wahai     Tuhanku,      aku    telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku bernazar akan menyerahkan seorang putera   yang   lebih   layak   menjadi   pelayan   dan   pengurus   Baitulmaqdis.   Allah akan mendidik puterinya itu dengan pendidikan yang baik dan akan menjadikan Zakaria,      iparnya     dan    bapa     saudara     Maryam       sebagai     pengawas      dan pemeliharanya.

Demikianlah   maka   tatkala   Maryam   diserahkan   oleh   ibunya   kepada   pengurus Baitulmaqdis, para rahib berebutan masing-masing ingin ditunjuk sebagai wali yang    bertanggungjawab         atas   pengawasan      dan   pemeliharaan       Maryam.     Dan  kerana   tidak   ada   yang   mahu   mengalah,   maka   terpaksalah   diundi   di   antara mereka   yang   akhirnya   undian   jatuh   kepada   Zakaria   sebagaimana   dijanjikan oleh Allah kepada ibunya.

0 comments:

Posting Komentar