Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Kamis, 12 Maret 2026

Kisah Nabi Zakaria AS merawat Maryam binti Imran

 Kisah Nabi Zakaria AS merawat Maryam binti Imran

Tindakan pertama yang diambil oleh Zakaria sebagai petugas yang diwajibkan menjaga keselamatan Maryam ialah menjauhkannya dari keramaian sekeliling dan   dari   jangkauan   para   pengunjung   yang   tiada   henti-hentinya   berdatangan ingin melihat dan menjenguknya.

Kisah Nabi Zakaria AS merawat Maryam binti Imran

 Ia ditempatkan oleh Zakaria di sebuah kamar di   atas   loteng   Baitulmaqdis   yang   tinggi   yang   tidak   dapat   dicapai   melainkan dengan      menggunakan       sebuah    tangga.    Zakaria    merasa    bangga    dan   bahagia beruntung        memenangkan         undian      memperolehi        tugas    mengawasi        dan memelihara        Maryam       secara    sah    adalah     anak    saudaranya       sendiri.    Ia mencurahkan   cinta   dan   kasih   sayangnya   sepenuhnya   kepada   Maryam   untuk menggantikan         anak    kandungnya      yang    tidak    kunjung     datang.     Tiap    ada kesempatan         ia   datang     menjenguknya,        melihat     keadaannya,       mengurus keperluannya dan menyediakan segala sesuatu yang membawa ketenangan dan kegembiraan        baginya.    Tidak    satu   hari  pun    Zakaria    pernah    meninggalkan tugasnya menjenguk Maryam.

Rasa   cinta   dan   kasih   sayang   Zakaria   terhadap   Maryam   sebagai   anak   saudara isterinya     yang   ditinggalkan     ayahnya     meningkat     menjadi     rasa   hormat    dan takzim     tatkala   terjadi    suatu   peristiwa    yang   menandakan       bahawa     Maryam bukanlah      gadis   biasa   sebagaimana      gadis-gadis    yang    lain,  tetapi   ia  adalah wanita   pilihan   Allah   untuk   suatu   kedudukan   dan   peranan   besar   di   kemudian hari.

Pada     suatu   hari   tatkala    Zakaria   datang     sebagaimana      biasa,   mengunjungi Maryam,   ia   mendapatinya   lagi   berada   di   mihrabnya   tenggelam   dalam   ibadah berzikir dan bersujud kepada Allah. Ia terperanjat ketika pandangan matanya menangkap   hidangan   makanan   berupa   buah-buahan   musim   panas   terletak   di depan     Maryam      yang   lagi  bersujud.     Ia  lalu  bertanya     dalam    hatinya,    dari manakah gerangan buah-buahan itu datang, padahal mereka masih lagi berada pada   musim   dingin   dan   setahu   Zakaria   tidak   seorang   pun   selain   dari   dirinya yang   datang   mengunjungi   Maryam.   Maka   ditegurlah   Maryam   tatkala   setelah selesai   ia   bersujud   dan   mengangkat   kepala:   "Wahai   Maryam,   dari   manakah engkau memperolehi rezeki ini, padahal tidak seorang pun mengunjungimu dan tidak pula engkau pernah meninggalkan mihrabmu? Selain itu buah-buahan ini adalah     buah-buahan      musim     panas   yang   tidak   dapat    dibeli  di  pasar    dalam musim dingin ini."

Maryam menjawab: "Inilah pemberian Allah kepadaku tanpa aku berusaha atau minta. Dan mengapa engkau merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah Yang Maha     Berkuasa     memberikan      rezekinya     kepada    sesiapa    yang   Dia  kehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya?" Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai mukjizat bagi

Maryam, gadis suci, yang dipersiapkan oleh-Nya untuk melahirkan seorang nabi besar yang bernama Isa Almasih a.s.

Kisah   lahirnya   Maryam   dan   pemeliharaan   Zakaria   kepadanya   dapat   dibaca dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 35 hingga 37 dan 42 hingga 44.

0 comments:

Posting Komentar