Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 13 Mei 2026

Suka Duka Dakwah Nabi Muhammad Saw

 Suka Duka Dakwah Nabi Muhammad Saw

Beliau berdakwah bagi orang yang berhak mendapatkan dakwah; beliau siap memikul tanggung   jawab   dakwah   dengan   berbagai   tantangan   dan   cubaannya;   beliau menunjukkan   kesabaran   yang   luar   biasa.   Setelah   itu,   beliau   datang   kepada Allah SWT   dengan   hati   yang   puas   dan   air   mata   yang   bercucuran   dan   dengan suara berbisik berkata: "Ya Allah, jika tidak ada kemurkaan pada diri-Mu, maka aku tidak akan peduli dengan manusia." Segala sesuatu akan menjadi mudah jika di sana terdapat ridha Allah SWT.

Suka Duka Dakwah Nabi Muhammad Saw


Setelah   turunnya   wahyu   kepada   Rasul   saw,   beliau   memulai   tahapan   dakwah dan    mengajak      manusia     untuk   menyembah        Allah   SWT.    Dimulailah     dakwah secara rahsia yang berlangsung selama tiga tahun dalam persembunyian. Mula-mula Ummul Mu'minin, Khadijah binti Khuwailid beriman kepadanya, lalu beriman   juga   sahabatnya,   Abu   Bakar   sebagaimana   beriman   kepadanya   anak pamannya,   Ali   bin   Abi   Thalib   yang   saat   itu   masih   kecil   dan   hidup   di   bawah asuhan   Muhammad,   dan   juga         beriman   kepadanya   Zaid   bin   Tsabit,   seorang pembantunya.         Kemudian      Abu    Bakar     juga   ikut   berdakwah,       sehingga     ia memasukkan         dalam    dakwah     teman-     temannya,      seperti   Usman     bin  Affan, Thalha bin Ubaidilah, dan Sa'ad bin Abi Waqas. Juga beriman seorang Masehi, yaitu Waraqah bin Nofel dan Rasulullah saw melihatnya setelah kematiannya tanda kesenangan yang itu menunjukkan ketinggian darjatnya di sisi Allah SWT. Setelah itu, Abu Dzar al-Ghifari juga masuk Islam, lalu disusul oleh Zubair bin Awam      dan    Umar     bin   'Anbasah    serta    Sa'id  bin   'Ash.   Jadi,   Islam    mulai mengepakkan sayapnya secara rahsia di Mekah.

Kemudian       berita    tersebarnya     akidah    yang     baru   ini   sampai     kepada pembesar-pembesar   Quraisy,   tetapi   mereka   tidak   begitu   peduli.   Barangkali mereka membayangkan bahawa Muhammad telah menjadi - kerana uzlah yang dilakukannya      di  gua  Hira   -  salah  seorang   juru   bicara   tentang   ketuhanan sebagaimana pernah dilakukan oleh Umayah bin Shalt dan Qas bin Sa'adah. Demikianlah dakwah secara rahsia berhasil mengembangkan misinya dan dapat melindungi      akidah   yang    baru.   Dan   selama    perjalanan     tiga  tahun    yang dibutuhkan tahapan dakwah secara rahsia keimanan telah tertanam dalam hati kaum Muslim yang pertama. Rasulullah saw telah mendidik mereka dan telah menanamkan kepada diri mereka sifat-sifat kemuliaan dan telah menciptakan mereka sebagai benih pertama dari pasukan Islam. Pada suatu hari Jibril turun dengan membawa firman Allah SWT: "Dan    berilah   peringatan    kepada    kerabat-kerabatmu       yang   terdekat."    (QS. asy-Syu'ara': 214) Demikianlah,   datanglah   perintah   Ilahi   agar   Rasulullah   saw   berdakwah   secara terang-terangan. Lalu berkumpullah di sekeliling Nabi sekelompok tentera yang besar dan datanglah perintah Ilahi agar beliau menyampaikan dakwah secara terang-terangan dan mengingatkan keluarga dekatnya. Ketika Nabi melakukan hal   tersebut,    maka   dakwah     memasuki     tahapan   yang   kedua.    Dan   tahapan dakwah yang baru ini berakibat pada timbulnya penekanan terhadap para dai di   mana    mereka    mengalami     penindasan,     bahkan    mereka    didustakan    oleh masyarakat serta diboikot. Orang-orang Quraisy mengetahui bahawa Muhammad berbahaya bagi mereka. Beliau    bukan   hanya    berbicara   tentang   ketuhanan,     tetapi  beliau   mengajak manusia     untuk   mengikuti    agama    baru,   yaitu   agama    yang   mencuba     untuk menyingkirkan   berhala-berhala   dan   patung-patung   mereka   serta   tuhan-tuhan mereka   yang   mereka   yakini;   agama   yang   mencuba   menyingkirkan   kedudukan sosial   mereka   dan   kepentingan-   kepentingan   ekonomi   mereka;   agama   yang menyatakan bahawa tiada tuhan lain selain Allah SWT, dan tiada hukum lain selain   hukum-Nya,   serta   tiada   penguasa   lain   selain   Dia.  

Kedatangan   agama tersebut   menyebabkan   penduduk   kota   Mekah   membencinya   dan   orang-orang yang memegang kekuasaan di dalamnya merasa gelisah. Setelah     pengumuman        dakwah     secara    terang-terangan,      dimulailah     danditabuhlah   gendang   peperangan.   Kemudian   peperangan   yang   dahsyat   terjadi antara para pembesar Quraisy dan para pengikut Rasulullah saw. Orang yang pertama kali menyerang Islam adalah seorang tokoh Mekah yang bernama Abu Lahab. Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menaiki bukit Shafa dan beliau mulai   memanggil-manggil   tokoh   Quraisy   dan   para   kabilah   Mekah.   Dan   ketika semua   berkumpul,   beliau   bertanya   kepada   mereka:   "Apakah   kalian   percaya jika   aku   memberitahu   kalian   bahawa   seekor   kuda   akan   datang   menyerang kalian?" Mereka menjawab: "Tentu, kami belum pernah melihatmu berbohong." Beliau berkata: "Aku seorang yang diutus sebagai pemberi peringatan terhadap kalian. Di hadapanku terdapat seksaan yang berat jika kalian menentang." Abu Lahab      berkata:    "Sungguh     celaka    engkau,    apakah     kerana    ini   engkau mengumpulkan kami." Dengan   penghinaan   inilah,   peperangan   terhadap   Islam   dimulai.  

Ketika   kaum Muslim   tidak   mampu   mempertahankan   diri   mereka,   maka   mula-   mula   Allah SWT membantu mereka dan menolong mereka dengan menurunkan surah yang pendek yang mengecam tindakan Abu Lahab: "Binasalah     kedua   tangan    Abu   Lahab    dan  sesungguhnya      dia  akan    binasa. Tidaklah bermanfaat kepadanya harta bendanya dan apa yang dia usahakan. Kelak   dia   akan   masuk    ke   dalam   api   yang   bergejolak.   Dan   (begitu   pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut. " (QS. Allahab: 1-5) Dengan     ayat-ayat    yang  pendek    dan   tepat   tersebut,   Abu   Lahab    memasuki kancah sejarah dari pintunya yang paling pendek. Gambaran tentang kejahatan Abu Lahab tertulis selama-lamanya. Abu Lahab adalah seorang yang menentang dakwah kebenaran kerana ia mengkhuatirkan kedudukannya dan kekayaannya, padahal harta yang dipertahankannya dan dijaganya tidak memiliki erti sama sekali   di   sisi  Allah  SWT   kerana    ia  sekarang    berada    dan   dimasukkan     di tengah-tengah      neraka   yang   menyala-    nyala,   sedangkan    isterinya  membawa kayu bakar, sehingga menambah nyala api itu sendiri. Dan di lehernya terdapat suatu   belenggu   sebagai   simbol   keterikatannya   dengan   dunia   binatang   yang tidak berakal. Sebahagian besar orang-orang yang menentang dakwah adalah orang- orang yang berhubungan dengan dunia binatang yang tidak sadar. Allah SWT berfirman:

"Atau   apakah   kamu   mengira   bahawa   kebanyakan   mereka   itu   mendengar atau   memahami.   Mereka   itu   tidak   lain,   hanyalah   seperti   binatang   ternak, bahkan     mereka     lebih   sesat  jalannya    (dari  binatang    ternak   itu).  "  (QS. al-Furqan: 44) Seandainya hari ini kita merenungkan reaksi orang-orang kafir dan orang- orang musyrik, maka kita akan terhairan-hairan. Allah SWT berfirman: "Dan mereka hairan kerana mereka kedatangan seorang pemberi peringatan (rasul)   dari   kalangan   mereka;   dan   orang-orang   kafir   berkata:   'Ini   adalah seorang      ahli   sihir   yang    banyak     berdusta.    Mengapa      ia   menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan yang Satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat menghairankan'." (QS. Shad: 4- 5) Cobak perhatikan bagaimana kebodohan kaum itu di mana mereka menganggap bahawa     pada    hakikatnya   terdapat    multi   tuhan   dan  mereka    justru   merasa hairan ketika terdapat hanya satu tuhan atau tuhan yang esa. Mereka justru merasa hairan ketika berhadapan dengan masalah yang fitri dan jelas ini. Allah SWT berfirman: "Dan     apabila    mereka     melihat     kamu    (Muhammad),        mereka     hanyalah menjadikan   kamu   sebagai   ejekan   (dengan   mengatakan):   'Inikah   orangnya yang   diutus   Allah   sebagai   rasul?   Sesungguhnya   hampirlah   ia   menyesatkan kita     dari    sembahan-sembahan          kita,    seandainya      kita    tidak    sabar (menyembah)nya. " (QS. al-Furqan: 41-42) Perhatikanlah betapa nekadnya kaum itu di mana mereka mulai menghina dan mengejek      Rasulullah    saw,   padahal   beliau   telah   datang   di  tengah-tengah mereka   untuk   menyelamatkan   mereka   dari   api   neraka,   dan   cuba   perhatikan bagaimana       pandangan      mereka     terhadap     tuhan-tuhan      mereka.  

  Mereka membayangkan   bahawa   mereka   nyaris   tersesat   jika   mereka   tidak   bersabardalam     membela      tuhan-tuhan      tersebut.    Demikianlah      kesesatan    mengejek kebenaran      dan    kebodohan     menghina      ilmu.  Mereka    justru   merasa     hairan terhadap     kepandaiannya       yang   dapat   menyelamatkannya        dari   meninggalkan tuhan-tuhannya   yang   terbuat   dari   batu   dan   kayu,   bahkan   terkadang   mereka membuat   tuhan   dari   adunan   roti   di   mana   mereka   menyembahnya   kemudian memakannya. Mereka   mengatakan   bahawa   tuhan-tuhan   kami menyelamatkan kami     dari  rasa  lapar   atau   mereka     mengatakan      bahawa    kami    menyembah mereka agar mereka dapat mendekatkan kami pada Allah sedekat-dekatnya. Meskipun   demikian,   dakwah   Nabi   terus   berlanjutan   dan   tertanam   di   muka bumi.     Mereka    orang-orang     musyrik   menuduh      Nabi   sebagai   seorang    dukun; mereka   menuduhnya   juga   sebagai   seorang   gila,   bahkan   mereka   menuduhnya sebagai    seorang   penyihir;    mereka   menuduh       bahawa   beliau    berbohong   atas nama kebenaran dan beliau dibantu oleh kaum yang lain; mereka mengatakan ini adalah dongengan orang-orang yang dahulu. Mereka meminta kepada beliau untuk mendatangkan mukjizat dengan bentuk tertentu;      mereka     memberitahu        bahawa      mereka     tidak    akan    beriman kepadanya, sehingga terdapat suatu mata air yang memancar dari bumi atau terwujud   di   depan   mereka   suatu   taman   dari   pohon   kurma   dan   anggur   yang memancar   di   tengah-tengahnya   sungai, atau   langit  akan   runtuh   sebagaimana yang beliau sampaikan kepada mereka sebagai bentuk azab atau beliau datang dengan Allah SWT dan para malaikat dan mereka semua menjamin kebenaran dakwah yang diserukannya, atau beliau memiliki rumah dari emas atau beliau mampu mendaki langit dan mereka masih belum beriman terhadap pendakian itu   meskipun     ia  mendaki     di  hadapan     mata    mereka    dan   kembali    dengan selamat, kecuali jika ia menghadirkan kitab kepada mereka yang dapat mereka baca dari langit.

 Nabi tidak peduli dengan usaha mereka untuk menyakiti hati beliau; Nabi tetap memberitahu mereka dengan penuh kelembutan bahawa apa saja yang mereka minta   itu   tidak   sesuai   dengan   Islam.   Sebab,   Islam   hanya   menyeru   akal   dan berusaha      menciptakan      kebebasan.      Beliau   menyampaikan        kepada    mereka bahawa beliau hanya sekadar manusia yang diutus oleh Tuhan; beliau datang kepada mereka untuk mengingatkan mereka akan suatu hari di mana seorang tua   tidak   akan   menyelamatkan   anaknya   dan   tidak   bermanfaat   di   dalamnya harta    dan   anak-anak,     dan   mereka     tidak   akan   selamat    di  dalamnya     dari seksaan.   Orang-orang   yang   mempunyai   kedudukan   atau   para   tokoh   mereka adalah para tiran-tiran di muka bumi di mana semua itu tidak akan bermanfaat bagi mereka pada hari kiamat.

Seksaan yang bakal mereka terima tidak dapatmereka hindari dan mereka pun tidak dapat meringankannya. Demikianlah   Islam   -   sebagaimana   agama-agama   sebelumnya   -   mengumpulkan di   sekelilingnya   orang-orang   yang   berakal   dan   orang-   orang   yang   fakir   serta orang-orang        yang    menderita       di   muka      bumi.   

Read More

Selasa, 12 Mei 2026

Nabi Muhammad Saw pembawa ajaran rahmat bagi sekalian alam

 Nabi Muhammad Saw pembawa ajaran rahmat bagi sekalian alam

 Beliau bukan hanya menjadi rahmat bagi orang-orang Arab saja; beliau bukan hanya   menjadi   rahmat   bagi   orang-orang   Quraisy   dan   beliau   bukan   menjadi rahmat   bagi   zamannya   saja,   begitu   juga   beliau   tidak   menjadi   rahmat   bagi jazirah   Arab   saja, 

Nabi Muhammad Saw pembawa ajaran rahmat bagi sekalian alam

 

tetapi   beliau   menjadi   rahmat   bagi   alam   semesta;   beliau senantiasa   menjadi   rahmat   bagi   alam   semesta:   dimulai   dari   diturunkannya wahyu kepadanya dengan kalimat iqra hingga Allah SWT mewariskan bumi dan apa saja yang ada di dalamnya kepada orang- orang yang berhak mewarisinya sampai   hari   kiamat.   Alhasil,   beliau   adalah   rahmat   yang   dihadiahkan   kepada manusia;      beliau    adalah    rahmat    yang    tidak   menonjolkan       mukjizat    yang mengagumkan,         tetapi  beliau   adalah    rahmat    yang   memulai     dakwah    dengan mengutamakan   fungsi   akal   atau   pembacaan   dua   kitab:   pertama,   pembacaan kitab   alam   atau   Al-   Qur'an   yang   diciptakan   atau   kalimat-kalimat   Allah   SWT yang     terdiri  dari   jutaan    bentuk     dan   kedua    pembacaan       Al-Qur'an    yang diturunkan      melalui   malaikat    Jibril   di  mana  ia  merupakan      kalamullah    yang abadi.

Dan kitab alam dibaca dengan ribuan cara: dibaca melalui penelusuran dunia:

"Katakanlah:      'Berjalanlah   kamu    di  muka   bumi     dan   amat-amatilah.'"     (QS. an-Naml: 69) Atau dibaca melalui usaha menyingkap misteri dan penggunaan akal: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di   segenap   penjuru   dan   pada   diri   mereka   sendiri,   sehingga   jelaslah   bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu adalah benar. " (QS. Fushilat: 53)

 Atau dibaca melalui ilmu dan pengamatan: "Atau   siapakah   yang   telah   menjadikan   bumi   sebagai   tempat   berdiam,   dan yang     telah    menjadikan       sungai-sungai      di   celah-celahnya,      dan    yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengukuhkan)nya dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut 1 Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Bahkan      (sebenarnya)     kebanyakan      dari   mereka    tidak   mengetahui."      (QS. an-Naml: 61) Jika di sana terdapat ribuan jalan atau cara untuk membaca kalimat- kalimat Allah SWT dan kitab alam, maka di sana terdapat satu jalan untuk membaca kalamullah yang abadi, yaitu hendaklah Al-Qur'an dibaca dengan mata hati dan kecemerlangan basirah, sehingga Al-Qur'an menjadi bahagian akhlak dari yang membaca sesuai dengan kemampuannya. Sebelum   turunnya   Al-Qur'an,   dunia   diliputi   dengan   kekurangan,   baik   secara materi,   rohani,   undang-undang   mahupun   dari   dimensi   kehidupan   yang   biasa melekat pada manusia saat itu. Dan sebelum diutusnya Rasul saw yang beliau adalah    manusia    yang   sempurna     dan   paling   utama,    alam   belum    mencapai puncak   dari   penyerahan   diri   kepada   Allah   SWT   atau   puncak   dari   keutamaan akhlak. Ketika Rasulullah saw diutus, maka manusia mengalami kesempurnaan dan mampu mencapai tingkat kesempurnaannya.

Dengan Kitab yang mulia ini dan Nabi yang pengasih, Allah SWT yang menyempurnakan agama bagi manusia dan menyempurnakan nikmat-Nya atas mereka, sebagaimana firman-Nya: "Pada    hari   ini  telah  Ku-sempurnakan        untuk    kamu    agamamu,      dan   telahKu-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. " (QS. al-Maidah: 3) Namun semua itu tidak terwujud begitu saja, Nabi yang mulia harus berjuang secara   serius   dan    sungguh-sungguh,   sehingga   beliau        menjadi     manusia   yang paling layak untuk mendapatkan pujian penduduk bumi dan penduduk langit. Dan   Rasulullah saw   telah   melakukan   semua   itu.   Kita   tidak  mengenal  seorang nabi   yang   perasaannya   dihina   dan   dicaci   maki   lebih   dari   apa   diterima   oleh Muhammad        bin   Abdillah;    kita  tidak   mengenal     seorang    nabi   yang   memikul berbagai   penderitaan,   dan   memiliki   kesabaran   yang   mengagumkan   di   jalan Allah SWT sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi kita. Kemudian,       seorang    yang   diutus   oleh   Allah   SWT   sebagai    rahmat    bagi   alam semesta tidak akan mengajak manusia menuju kebenaran kecuali jika manusia tersebut     dari   kalangan    orang-orang      yang   kafir   dan   membangkang.     

Read More

Senin, 11 Mei 2026

Akhlak Rasulullah Saw

 Akhlak Rasulullah Saw

Suatu    kali  Aisyah  pernah    ditanya    tentang   akhlaknya Rasulullah   saw   lalu   dia   menjawab   dengan   kalimatnya   yang   singkat:   "Akhlak beliau adalah Al-Quran." Kita   mengetahui   bahawa   Al-Quran   al-Karim   menetapkan   akhlak   yang   mulia meskipun   dalam   batasannya   yang   sederhana   dan   rendah,   dan   menyebutkan keutamaan   akhlak   dalam   tingkatannya   yang   tinggi.  

Akhlak Rasulullah Saw


Oleh   kerana   itu,   akhlak seperti apa yang dimiliki oleh Rasulullah saw: apakah beliau memiliki akhlak yang sifatnya tengah-tengah, atau apakah beliau mendahului dalam kebaikan, atau    apakah    beliau   termasuk    ashabul   yamin    (orang-orang     yang   berasal   di sebelah kanan), atau apakah beliau termasuk al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah SWT)? Rasulullah     saw   tidak  hanya    memiliki   semua    karakter    tersebut   dan   atribut tersebut,   bahkan   kedudukan   beliau   lebih   dari   itu   semua.  

Beliau   berada   di puncak   dari   segala   puncak   keutamaan   akhlak,   sehingga   beliau   berhak   untuk mendapatkan sebutan dari Allah SWT: "Dan   sungguh   pada   dirimu   terdapat   budi   pekerti   yang   agung.   "   (QS.   al- Qalam: 4) Para   Mufasir   berbeza   pendapat   tentang   makna   dari   al-Huluqul   'adzim   (budi pekerti   yang   agung).   Sebahagian   mereka   mengatakan   bahawa   yang   dimaksud adalah Al-Quran. Sebahagian yang lain mengatakan itu adalah Islam. Ada juga yang    mengatakan      bahawa    beliau   tidak   memiliki   sesuatu    kecuali   keinginanuntuk menuju jalan Allah SWT. Dalam Al-Qur'an al-Karim terdapat penjelasan tentang darjat beliau yang tinggi dalam dua ayat yang mulia. Ayat yang pertama adalah firman-Nya: "Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk     Allah,   Tuhan   semesta   alam,      tiada   sekutu    bagi-Nya;    dan   demikian itulah     yang     diperintahkan       kepadaku       dan    aku    adalah     orang     yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).'" (QS. al- An'am: 162-163) Beliau   adalah   orang   yang   paling   utama   di   antara   manusia   semuanya;   beliau memiliki   keutamaan   yang   melebihi   semua   manusia;   beliau   memiliki   rahmat dan    kemuliaan     yang   tidak   dapat   ditandingi    oleh   seseorang    pun.   Meskipun beliau   datang   sebagai   Nabi   yang   terakhir   namun   justru   kerana   posisi   beliau sebagai   Nabi   yang   terakhir,   maka   beliau   menjadi   bata   yang   terakhir   dalam pembangunan   rumah   kenabian   yang   tinggi,   sehingga   bata   yang   terakhir   itu harus    menjadi    puncak    pembangunan        manusia.    Sedangkan     ayat   yang   kedua adalah firman-Nya: "Dan   Kami   tidak   mengutusmu   kecuali   sebagai   rahmat   bagi   alam   semesta." (QS. al-Anbiya': 107)

Read More

Minggu, 10 Mei 2026

Wasiat Nabi Ibrahim AS

 Wasiat Nabi Ibrahim AS

Nabi Ibrahim  tidak  lupa   untuk  berwasiat   kepada   keturunannya   dan   di   antara mereka     adalah   Yakub   agar  mereka    mati   dalam   keadaan    Islam.  Allah  SWT berfirman: "Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anaknya, Demikian pula Yakub.    

Wasiat Nabi Ibrahim AS


(Ibrahim   berkata):    'Hai  anak-anakku,     Sesungguhnya      Allah   telah memilih     agama    ini  bagimu,    maka    janganlah    kamu    mati   kecuali   dalam memeluk agama Islam.'" (QS. al-Baqarah: 132) Ketika    kematian    mendekati    Yakub,   beliau   mengumpulkan      anak-anaknya     di sekelilingnya dan bertanya kepada mereka: "Apa   yang   kamu   sembah   sepeninggalanku?   Mereka   menjawab:   'Kami   akan menyembah   Tuhanmu   dan   Tuhan   nenek   moyangmu,   Ibrahim,   Ismail,   dan Ishaq,    (yaitu)   Tuhan    Yang    Maha    Esa  dan    kami   hanya    tunduk    patuh kepadanya.'" (QS. al-Baqarah: 133) Allah SWT memberitahu kita dalam surah Yunus tentang perkataan Nabi Musa kepada kaumnya: "Hai    kaumku,     jika  kamu     beriman    kepada     Allah,  maka     bertawakallah kepada-Nya   saja,   jika   kamu   benar-benar   orang   yang   berserah   diri."   (QS. Yunus: 84) Sementara      itu,  Nabi  Sulaiman    adalah   seorang    Muslim   sesuai  dengan    nas ayat-ayat yang menceritakan tentang kisahnya bersama Ratu Saba' ketika Ratu tersebut berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat lalim terhadap diriku dan aku berserah   diri   bersama   Sulaiman   kepada   Allah,   Tuhan   semesta   alam."   (QS. an-Naml: 44) Demikian     juga  Nabi   Yusuf,  beliau   berdoa   kepada   Allah  SWT    dan  meminta kepadanya agar mematikannya sebagai orang Muslim dan memasukannya dalam kelompok orang-orang yang saleh. Allah SWT berfirman dan bercerita tentang Yusuf dalam surah Yusuf:

"Ya    Tuhanku,      sesungguhnya      Engkau     telah   menganugerahkan         kepadaku sebahagian      kerajaan    dan   telah   mengajarkan      kepadaku      sebahagian    ta'bir mimpi.     (Ya   Tuhan)    Pencipta   langit   dan   bumi,   Engkaulah   Pelindungku   di dunia     dan    di   akhirat,    wafatkanlah       aku   dalam     keadaan      Islam   dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh." (QS.Yusuf: 101) Sementara   itu   dalam   surah   al-Maidah,   Allah   SWT   mewahyukan   kepada   kaum Hawariyin agar mereka beriman kepadanya dan kepada rasul-Nya lalu mereka berkata: "Kami   telah   beriman   dan   saksikanlah   (wahai   rasul)   bahawa   Sesungguhnya kami   adalah   orang-orang   yang   patuh   (kepada   seruanmu)."   (QS.   al-Maidah: 111) Jadi, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Yakub, Nabi Musa Harun, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf, Nabi Isa adalah nabi-nabi yang Muslim sesuai dengan nas ayat-ayat     tersebut.  

 Maka    seluruh    nabi   adalah    orang-orang     Muslim,    lalu bagaimana Nabi Muhammad saw sebagai Nabi yang terakhir dikatakan sebagai orang Muslim yang pertama? Allah   SWT   berfirman   dalam   surah   al-An'am   yang   ditujukan   kepada   Nabi   yang terakhir: "Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk     Allah,  Tuhan   semesta   alam,      tiada   sekutu   bagi-Nya;    dan   demikian itulah     yang    diperintahkan       kepadaku       dan    aku    adalah     orang    yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).'" (QS. al- An'am: 162-163) Maka,     bagaimana      beliau   menjadi     orang   Muslim    yang    pertama,     padahal penamaan umat beliau   dengan   sebutan   al-Muslimin   adalah   penamaan   yang   sebenarnya   sudah dahulu dikenal    di  kalangan    nabi-nabi   yang   terdahulu    dan   kedatangannya      ke  alam wujud dan penamaan   agamanya   dengan   sebutan   al-Islam   sebenarnya   berhutang   kepada datuknyayang jauh, yaitu Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman dalam surah al-Hajj: "Dan    Dia   sekali-kali   tidak   menjadikan      untuk    kamu    dalam    agama    suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu sekalian orang- orang Muslim dari dahulu. " (QS. al-Hajj: 78) Tidak   ada   pertentangan      dalam   pendahuluan      para   nabi  dengan    sebutan    al- Muslimin daripada Rasulullah saw dan kedudukan beliau sebagai orang Muslim yang pertama. Tentu kata al-Awwal (yang pertama) di sini tidak difahami dari sisi waktu atau masa kemunculan, tetapi yang dimaksud dengan orang Muslim di   sini  adalah    akmalul   muslimin     (orang   yang   paling   sempurna     di  antara orang-orang      Muslim).  

Read More

Sabtu, 09 Mei 2026

Islam Mengutamakan Kedamaian

 Islam Mengutamakan Kedamaian

  Allah   SWT   menciptakan manusia     agar   manusia    mengetahui,     dan   pengetahuan      yang   paling  penting adalah   pengetahuan   atau   pengenalan   terhadap   diri.   Dan   pada   hari   kiamat manusia akan mengenal dirinya secara sempurna dan ia akan mengenal balasan yang akan di terimanya secara sempurna. Dan barangkali mukadimah yang kami sarikan dari hari akhir ini mengharuskan kehidupan      di  atas  bumi    dipenuhi   dengan    kesucian    dan   kebersihan,    yaitu diliputi dengan kemanusiaan yang sempurna yang di dalamnya manusia layak untuk    hidup.   Demikianlah     Islam   yang   dibawa   oleh   Muhammad       saw. 

Islam Mengutamakan Kedamaian


 Inilah asasnya dan hakikatnya. Itu adalah pondasi dan hakikat yang tidak diciptakan oleh   Muhammad   saw   dan   tak   didahului   oleh   rasul-rasul   sebelumnya.   Hakikat risalah-risalah    yang    dulu   semuanya     adalah    tauhid    dan   mempertahankan kebenaran   serta   keimanan   terhadap   hari      akhir   dan   menyerahkan   jiwa   dan anggota tubuh hanya kepada Allah SWT. Yang baru dalam Islam adalah ilmu, kebebasan   dan   universalitas   ajaran   Islam   serta   warna   keadilan   yang   sangat kental, sehingga sangat tepat jika dikatakan bahawa karakter dari Islam adalah keadilan. Barangkali bahagian ini perlu diperhatikan. Meskipun   agama-agama   samawi   pada   esensinya   satu,   tetapi   kehendak   Allah menuntut      turunnya    lebih  dari  agama    dan   lebih   dari  satu  nabi.   Kehendak tersebut menuntut agar pada setiap agama terdapat karakter yang khusus yang menggambarkan   bentuk   yang   paling   tepat   sesuai   dengan   kebutuhan   utama yang    di  situ   agama    itu  diturunkan     dan   sesuai   dengan    waktu    saat   itu. Orang-orang       Yahudi    misalnya,    mereka     hidup   di   tengah-tengah      suasanapenyembahan         berhala     di   kalangan     orang-orang      Mesir    kuno.    Yahudisme diturunkan pada Bani Israil yang suka membangkang dan kerana itu, karakter utamanya   adalah   ketegasan   (as-   Sharamah)   agar   mereka   tidak   terpengaruh dengan   fenomena   berhalaisme   ala   Mesir   atau   mereka   terkena   pengaruh   dari tindakan semena-mena Fir'aun. Dengan ketegasan inilah agama Yahudi selamat dan dapat menjadi risalah penyelamatan dan pembebasan. Namun Bani Israil yang memperbudak manusia dan mempunyai hati yang keras pada   saat   yang   sama   mereka   keluar   dari   Fir'aun   untuk   masuk   ke   cengkaman orang-orang Romawi di mana orang-orang Romawi justru lebih lalim dan lebih kuat     dari    orang-orang      Mesir.    Oleh    kerana     itu,   orang-    orang     Masehi bertanggungjawab untuk melakukan pembebasan baru tetapi dengan cara yang berbeza sesuai dengan perubahan keadaan.

 Cara tersebut adalah menjauhkan penggunaan        kekuatan      bersenjata     kerana     kekuatan     orang-orang       Romawi mengungguli kekuatan saat itu dan menguasai bumi secara keseluruhan. Maka kemenangan   yang   mungkin   dapat   diperoleh   adalah   dengan   cara   menghindari tindak   kekerasan   dan   lebih   mengutamakan   pendekatan   cinta.   Dan   pada   kali yang     lain   orang-    orang    Masehi     memperoleh        kemenangan       melalui     cara kedamaian   dan   cinta   yang   disebarkannya   atas   imperialisme   Romawi   dengan segala senjatanya dan kekuasaannya. Adapun Islam datang sebagai agama yang terakhir dan menyeluruh yang layak untuk diterapkan di muka bumi, sehingga Allah SWT mewariskan bumi dan apa saja yang ada di dalamnya kepada orang-orang yang berhak mewarisinya. Oleh kerana   itu,   agama   yang   terakhir   ini   harus   mempunyai   karakter   khusus   dan karakter itu adalah karakter keadilan. Ketegasan      hanya    cocok   untuk    zaman     tertentu   dan   kelompok   tertentu       dan keadaan   tertentu,   sedangkan   cinta   adalah   contoh   yang   tertinggi,   tetapi   ia tidak     dapat     menjadi     sesuatu     tolok    ukur    untuk    dibandingkan       dengan tindakan-tindakan         tertentu    atau    untuk    dijadikan     alat   untuk    melakukan sesuatu.     Dan    jika  ia  menjadi     tolok   ukur   bagi   orang-orang      yang   memilki perasaan   yang   tinggi   atau   budaya   yang   tinggi,   maka   ia   tidak   dijadikan   tolok ukur   umum   dan   universal.   Adapun   keadilan,   maka   ia   menjadi   karakter   Islam yang berarti keseimbangan dalam sifat-sifat keutamaan dan meletakkan segala sesuatu pada tempatnya. Ini adalah tolok ukur yang menyeluruh dan barometer yang     akhir.   Dan    barangkali    kebesaran      keadilan    dan    pengaruhnya      dalam pengaturan alam bersandarkan kepada firman Allah SWT:

"Allah    menyatakan      bahawasanya      tidak  ada   Tuhan    melainkan     Dia.  Yang menegakkan   keadilan.   Para   malaikat   dan   orang-orang   yang   berilmu   (juga menyatakan yang demikian itu)." (QS. Ali 'Imran: 18) Apabila    Allah   SWT   dalam    Islam   merupakan     cermin   yang   tertinggi,   maka keadilan    yang   disaksikan   oleh   Allah  SWT    terhadap    diri-Nya   sendiri  harus menjadi karakter Islam dan kaum Muslim. Keadilan dalam Islam bukan hanya keadilan ekonomi atau keadilan hukum atau keadilan dalam balasan, tetapi ia mencakup semuanya. Sebelum semua ini dan sesudahnya, keadilan dalam Islam merupakan suatu sistem dalam kehidupan dan metode utama dalam Islam. Ketika    Anda   memalingkan     pandangan     Anda   dalam    Islam,  maka    Anda   akan menemukan keadilan menghiasi seluruh wajah Islam.

Di sana terdapat keadilan antara    agama-agama      yang   dulu,  keadilan   antara   individu  dan   masyarakat, keadilan antara dunia dan agama, keadilan antara lelaki dan wanita, keadilan untuk orang-orang yang fakir dan orang-orang yang kaya, keadilan antara para penguasa     dan   rakyat,   bahkan   dengan   keadilan   itu   sendiri   bumi  dan   langit ditegakkan dan Allah SWT menyebut diri-Nya sebagai al-'Adl (Yang Maha Adil). Selanjutnya,     Islam   adalah   agama    yang   sudah   lama   sebagaimana     lamanya kedatangan para nabi. Nabi Nuh as berkata dalam surah Yunus: "Jika kamu  berpaling   (dari peringatanku),   aku  tidak   meminta upah  sedikit pun darimu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (kepadanya)." (QS. Yunus: 72) Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as berkata dalam surah al-Baqarah saat keduanya membangun Ka'bah: "Ya    Tuhan     kami,   terimalah     dari   kami    (amalan    kami),    sesungguhnya Engkaulah   Yang   Maha   Mendengar   lagi   Maha   Mengetahui.   Ya   Tuhan   Kami, jadikanlah     kami   berdua    orang    yang   tunduk    patuh   kepada    Engkau     dan tunjukkanlah   kepada   kami   cara-cara   dan   tempat-tempat   ibadat   haji   kami, dan   terimalah  taubat   kami.   Sesungguhnya Engkaulah  Yang   Maha  Menerima taubat lagi Maha Penyayang. " (QS. al-Baqarah: 127-128)

Read More