Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 13 Mei 2026

Suka Duka Dakwah Nabi Muhammad Saw

 Suka Duka Dakwah Nabi Muhammad Saw

Beliau berdakwah bagi orang yang berhak mendapatkan dakwah; beliau siap memikul tanggung   jawab   dakwah   dengan   berbagai   tantangan   dan   cubaannya;   beliau menunjukkan   kesabaran   yang   luar   biasa.   Setelah   itu,   beliau   datang   kepada Allah SWT   dengan   hati   yang   puas   dan   air   mata   yang   bercucuran   dan   dengan suara berbisik berkata: "Ya Allah, jika tidak ada kemurkaan pada diri-Mu, maka aku tidak akan peduli dengan manusia." Segala sesuatu akan menjadi mudah jika di sana terdapat ridha Allah SWT.

Suka Duka Dakwah Nabi Muhammad Saw


Setelah   turunnya   wahyu   kepada   Rasul   saw,   beliau   memulai   tahapan   dakwah dan    mengajak      manusia     untuk   menyembah        Allah   SWT.    Dimulailah     dakwah secara rahsia yang berlangsung selama tiga tahun dalam persembunyian. Mula-mula Ummul Mu'minin, Khadijah binti Khuwailid beriman kepadanya, lalu beriman   juga   sahabatnya,   Abu   Bakar   sebagaimana   beriman   kepadanya   anak pamannya,   Ali   bin   Abi   Thalib   yang   saat   itu   masih   kecil   dan   hidup   di   bawah asuhan   Muhammad,   dan   juga         beriman   kepadanya   Zaid   bin   Tsabit,   seorang pembantunya.         Kemudian      Abu    Bakar     juga   ikut   berdakwah,       sehingga     ia memasukkan         dalam    dakwah     teman-     temannya,      seperti   Usman     bin  Affan, Thalha bin Ubaidilah, dan Sa'ad bin Abi Waqas. Juga beriman seorang Masehi, yaitu Waraqah bin Nofel dan Rasulullah saw melihatnya setelah kematiannya tanda kesenangan yang itu menunjukkan ketinggian darjatnya di sisi Allah SWT. Setelah itu, Abu Dzar al-Ghifari juga masuk Islam, lalu disusul oleh Zubair bin Awam      dan    Umar     bin   'Anbasah    serta    Sa'id  bin   'Ash.   Jadi,   Islam    mulai mengepakkan sayapnya secara rahsia di Mekah.

Kemudian       berita    tersebarnya     akidah    yang     baru   ini   sampai     kepada pembesar-pembesar   Quraisy,   tetapi   mereka   tidak   begitu   peduli.   Barangkali mereka membayangkan bahawa Muhammad telah menjadi - kerana uzlah yang dilakukannya      di  gua  Hira   -  salah  seorang   juru   bicara   tentang   ketuhanan sebagaimana pernah dilakukan oleh Umayah bin Shalt dan Qas bin Sa'adah. Demikianlah dakwah secara rahsia berhasil mengembangkan misinya dan dapat melindungi      akidah   yang    baru.   Dan   selama    perjalanan     tiga  tahun    yang dibutuhkan tahapan dakwah secara rahsia keimanan telah tertanam dalam hati kaum Muslim yang pertama. Rasulullah saw telah mendidik mereka dan telah menanamkan kepada diri mereka sifat-sifat kemuliaan dan telah menciptakan mereka sebagai benih pertama dari pasukan Islam. Pada suatu hari Jibril turun dengan membawa firman Allah SWT: "Dan    berilah   peringatan    kepada    kerabat-kerabatmu       yang   terdekat."    (QS. asy-Syu'ara': 214) Demikianlah,   datanglah   perintah   Ilahi   agar   Rasulullah   saw   berdakwah   secara terang-terangan. Lalu berkumpullah di sekeliling Nabi sekelompok tentera yang besar dan datanglah perintah Ilahi agar beliau menyampaikan dakwah secara terang-terangan dan mengingatkan keluarga dekatnya. Ketika Nabi melakukan hal   tersebut,    maka   dakwah     memasuki     tahapan   yang   kedua.    Dan   tahapan dakwah yang baru ini berakibat pada timbulnya penekanan terhadap para dai di   mana    mereka    mengalami     penindasan,     bahkan    mereka    didustakan    oleh masyarakat serta diboikot. Orang-orang Quraisy mengetahui bahawa Muhammad berbahaya bagi mereka. Beliau    bukan   hanya    berbicara   tentang   ketuhanan,     tetapi  beliau   mengajak manusia     untuk   mengikuti    agama    baru,   yaitu   agama    yang   mencuba     untuk menyingkirkan   berhala-berhala   dan   patung-patung   mereka   serta   tuhan-tuhan mereka   yang   mereka   yakini;   agama   yang   mencuba   menyingkirkan   kedudukan sosial   mereka   dan   kepentingan-   kepentingan   ekonomi   mereka;   agama   yang menyatakan bahawa tiada tuhan lain selain Allah SWT, dan tiada hukum lain selain   hukum-Nya,   serta   tiada   penguasa   lain   selain   Dia.  

Kedatangan   agama tersebut   menyebabkan   penduduk   kota   Mekah   membencinya   dan   orang-orang yang memegang kekuasaan di dalamnya merasa gelisah. Setelah     pengumuman        dakwah     secara    terang-terangan,      dimulailah     danditabuhlah   gendang   peperangan.   Kemudian   peperangan   yang   dahsyat   terjadi antara para pembesar Quraisy dan para pengikut Rasulullah saw. Orang yang pertama kali menyerang Islam adalah seorang tokoh Mekah yang bernama Abu Lahab. Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menaiki bukit Shafa dan beliau mulai   memanggil-manggil   tokoh   Quraisy   dan   para   kabilah   Mekah.   Dan   ketika semua   berkumpul,   beliau   bertanya   kepada   mereka:   "Apakah   kalian   percaya jika   aku   memberitahu   kalian   bahawa   seekor   kuda   akan   datang   menyerang kalian?" Mereka menjawab: "Tentu, kami belum pernah melihatmu berbohong." Beliau berkata: "Aku seorang yang diutus sebagai pemberi peringatan terhadap kalian. Di hadapanku terdapat seksaan yang berat jika kalian menentang." Abu Lahab      berkata:    "Sungguh     celaka    engkau,    apakah     kerana    ini   engkau mengumpulkan kami." Dengan   penghinaan   inilah,   peperangan   terhadap   Islam   dimulai.  

Ketika   kaum Muslim   tidak   mampu   mempertahankan   diri   mereka,   maka   mula-   mula   Allah SWT membantu mereka dan menolong mereka dengan menurunkan surah yang pendek yang mengecam tindakan Abu Lahab: "Binasalah     kedua   tangan    Abu   Lahab    dan  sesungguhnya      dia  akan    binasa. Tidaklah bermanfaat kepadanya harta bendanya dan apa yang dia usahakan. Kelak   dia   akan   masuk    ke   dalam   api   yang   bergejolak.   Dan   (begitu   pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut. " (QS. Allahab: 1-5) Dengan     ayat-ayat    yang  pendek    dan   tepat   tersebut,   Abu   Lahab    memasuki kancah sejarah dari pintunya yang paling pendek. Gambaran tentang kejahatan Abu Lahab tertulis selama-lamanya. Abu Lahab adalah seorang yang menentang dakwah kebenaran kerana ia mengkhuatirkan kedudukannya dan kekayaannya, padahal harta yang dipertahankannya dan dijaganya tidak memiliki erti sama sekali   di   sisi  Allah  SWT   kerana    ia  sekarang    berada    dan   dimasukkan     di tengah-tengah      neraka   yang   menyala-    nyala,   sedangkan    isterinya  membawa kayu bakar, sehingga menambah nyala api itu sendiri. Dan di lehernya terdapat suatu   belenggu   sebagai   simbol   keterikatannya   dengan   dunia   binatang   yang tidak berakal. Sebahagian besar orang-orang yang menentang dakwah adalah orang- orang yang berhubungan dengan dunia binatang yang tidak sadar. Allah SWT berfirman:

"Atau   apakah   kamu   mengira   bahawa   kebanyakan   mereka   itu   mendengar atau   memahami.   Mereka   itu   tidak   lain,   hanyalah   seperti   binatang   ternak, bahkan     mereka     lebih   sesat  jalannya    (dari  binatang    ternak   itu).  "  (QS. al-Furqan: 44) Seandainya hari ini kita merenungkan reaksi orang-orang kafir dan orang- orang musyrik, maka kita akan terhairan-hairan. Allah SWT berfirman: "Dan mereka hairan kerana mereka kedatangan seorang pemberi peringatan (rasul)   dari   kalangan   mereka;   dan   orang-orang   kafir   berkata:   'Ini   adalah seorang      ahli   sihir   yang    banyak     berdusta.    Mengapa      ia   menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan yang Satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat menghairankan'." (QS. Shad: 4- 5) Cobak perhatikan bagaimana kebodohan kaum itu di mana mereka menganggap bahawa     pada    hakikatnya   terdapat    multi   tuhan   dan  mereka    justru   merasa hairan ketika terdapat hanya satu tuhan atau tuhan yang esa. Mereka justru merasa hairan ketika berhadapan dengan masalah yang fitri dan jelas ini. Allah SWT berfirman: "Dan     apabila    mereka     melihat     kamu    (Muhammad),        mereka     hanyalah menjadikan   kamu   sebagai   ejekan   (dengan   mengatakan):   'Inikah   orangnya yang   diutus   Allah   sebagai   rasul?   Sesungguhnya   hampirlah   ia   menyesatkan kita     dari    sembahan-sembahan          kita,    seandainya      kita    tidak    sabar (menyembah)nya. " (QS. al-Furqan: 41-42) Perhatikanlah betapa nekadnya kaum itu di mana mereka mulai menghina dan mengejek      Rasulullah    saw,   padahal   beliau   telah   datang   di  tengah-tengah mereka   untuk   menyelamatkan   mereka   dari   api   neraka,   dan   cuba   perhatikan bagaimana       pandangan      mereka     terhadap     tuhan-tuhan      mereka.  

  Mereka membayangkan   bahawa   mereka   nyaris   tersesat   jika   mereka   tidak   bersabardalam     membela      tuhan-tuhan      tersebut.    Demikianlah      kesesatan    mengejek kebenaran      dan    kebodohan     menghina      ilmu.  Mereka    justru   merasa     hairan terhadap     kepandaiannya       yang   dapat   menyelamatkannya        dari   meninggalkan tuhan-tuhannya   yang   terbuat   dari   batu   dan   kayu,   bahkan   terkadang   mereka membuat   tuhan   dari   adunan   roti   di   mana   mereka   menyembahnya   kemudian memakannya. Mereka   mengatakan   bahawa   tuhan-tuhan   kami menyelamatkan kami     dari  rasa  lapar   atau   mereka     mengatakan      bahawa    kami    menyembah mereka agar mereka dapat mendekatkan kami pada Allah sedekat-dekatnya. Meskipun   demikian,   dakwah   Nabi   terus   berlanjutan   dan   tertanam   di   muka bumi.     Mereka    orang-orang     musyrik   menuduh      Nabi   sebagai   seorang    dukun; mereka   menuduhnya   juga   sebagai   seorang   gila,   bahkan   mereka   menuduhnya sebagai    seorang   penyihir;    mereka   menuduh       bahawa   beliau    berbohong   atas nama kebenaran dan beliau dibantu oleh kaum yang lain; mereka mengatakan ini adalah dongengan orang-orang yang dahulu. Mereka meminta kepada beliau untuk mendatangkan mukjizat dengan bentuk tertentu;      mereka     memberitahu        bahawa      mereka     tidak    akan    beriman kepadanya, sehingga terdapat suatu mata air yang memancar dari bumi atau terwujud   di   depan   mereka   suatu   taman   dari   pohon   kurma   dan   anggur   yang memancar   di   tengah-tengahnya   sungai, atau   langit  akan   runtuh   sebagaimana yang beliau sampaikan kepada mereka sebagai bentuk azab atau beliau datang dengan Allah SWT dan para malaikat dan mereka semua menjamin kebenaran dakwah yang diserukannya, atau beliau memiliki rumah dari emas atau beliau mampu mendaki langit dan mereka masih belum beriman terhadap pendakian itu   meskipun     ia  mendaki     di  hadapan     mata    mereka    dan   kembali    dengan selamat, kecuali jika ia menghadirkan kitab kepada mereka yang dapat mereka baca dari langit.

 Nabi tidak peduli dengan usaha mereka untuk menyakiti hati beliau; Nabi tetap memberitahu mereka dengan penuh kelembutan bahawa apa saja yang mereka minta   itu   tidak   sesuai   dengan   Islam.   Sebab,   Islam   hanya   menyeru   akal   dan berusaha      menciptakan      kebebasan.      Beliau   menyampaikan        kepada    mereka bahawa beliau hanya sekadar manusia yang diutus oleh Tuhan; beliau datang kepada mereka untuk mengingatkan mereka akan suatu hari di mana seorang tua   tidak   akan   menyelamatkan   anaknya   dan   tidak   bermanfaat   di   dalamnya harta    dan   anak-anak,     dan   mereka     tidak   akan   selamat    di  dalamnya     dari seksaan.   Orang-orang   yang   mempunyai   kedudukan   atau   para   tokoh   mereka adalah para tiran-tiran di muka bumi di mana semua itu tidak akan bermanfaat bagi mereka pada hari kiamat.

Seksaan yang bakal mereka terima tidak dapatmereka hindari dan mereka pun tidak dapat meringankannya. Demikianlah   Islam   -   sebagaimana   agama-agama   sebelumnya   -   mengumpulkan di   sekelilingnya   orang-orang   yang   berakal   dan   orang-   orang   yang   fakir   serta orang-orang        yang    menderita       di   muka      bumi.   

0 comments:

Posting Komentar