Akhlak Rasulullah Saw
Suatu kali Aisyah pernah ditanya tentang akhlaknya Rasulullah saw lalu dia menjawab dengan kalimatnya yang singkat: "Akhlak beliau adalah Al-Quran." Kita mengetahui bahawa Al-Quran al-Karim menetapkan akhlak yang mulia meskipun dalam batasannya yang sederhana dan rendah, dan menyebutkan keutamaan akhlak dalam tingkatannya yang tinggi.
Oleh kerana itu, akhlak seperti apa yang dimiliki oleh Rasulullah saw: apakah beliau memiliki akhlak yang sifatnya tengah-tengah, atau apakah beliau mendahului dalam kebaikan, atau apakah beliau termasuk ashabul yamin (orang-orang yang berasal di sebelah kanan), atau apakah beliau termasuk al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah SWT)? Rasulullah saw tidak hanya memiliki semua karakter tersebut dan atribut tersebut, bahkan kedudukan beliau lebih dari itu semua.
Beliau berada di puncak dari segala puncak keutamaan akhlak, sehingga beliau berhak untuk mendapatkan sebutan dari Allah SWT: "Dan sungguh pada dirimu terdapat budi pekerti yang agung. " (QS. al- Qalam: 4) Para Mufasir berbeza pendapat tentang makna dari al-Huluqul 'adzim (budi pekerti yang agung). Sebahagian mereka mengatakan bahawa yang dimaksud adalah Al-Quran. Sebahagian yang lain mengatakan itu adalah Islam. Ada juga yang mengatakan bahawa beliau tidak memiliki sesuatu kecuali keinginanuntuk menuju jalan Allah SWT. Dalam Al-Qur'an al-Karim terdapat penjelasan tentang darjat beliau yang tinggi dalam dua ayat yang mulia. Ayat yang pertama adalah firman-Nya: "Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).'" (QS. al- An'am: 162-163) Beliau adalah orang yang paling utama di antara manusia semuanya; beliau memiliki keutamaan yang melebihi semua manusia; beliau memiliki rahmat dan kemuliaan yang tidak dapat ditandingi oleh seseorang pun. Meskipun beliau datang sebagai Nabi yang terakhir namun justru kerana posisi beliau sebagai Nabi yang terakhir, maka beliau menjadi bata yang terakhir dalam pembangunan rumah kenabian yang tinggi, sehingga bata yang terakhir itu harus menjadi puncak pembangunan manusia. Sedangkan ayat yang kedua adalah firman-Nya: "Dan Kami tidak mengutusmu kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta." (QS. al-Anbiya': 107)

0 comments:
Posting Komentar