Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Senin, 14 April 2025

Kisah Nabi Luth As

 KISAH NABI LUTH A.S

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama

Hasan bin Tareh. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami

sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara

Basin [1], Laut Mati.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan

hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan

perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi

Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping

menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka

mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang

sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum

Masihi.

Kisah Nabi Allah Luth a.s. mengikut Islam

Di dalam Kitab Al-quran menceritakan kisah Nabi Luth yang menasihati kepada kaumnya

sepertimana dalam Surah Asy-Syuara;

26:160 "Kaum Luth telah mendustakan para Rasul"

27:161 "Ketika saudara mereka Luth berkata kepada mereka,"Mengapa kamu tidak

bertakwa?"

27:162 "Sungguh, aku ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,"

27:163 "Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada ku"

27:164 "Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari

Tuhan seluruh alam"


27:165 "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (Homoseks) di antara manusia"

27:166 "dan kamu tinggalkan (perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebaga

isteri kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas'

27:167 " Mereka menjawab, " Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk

orang-orang yang terusir"

27:168 " Dia (Luth) berkata, " Aku sungguh benci kepada perbuatan mu"

Kaum Luth telah mengancam Nabi Luth dan membencinya kerana mengajak kaumnya

beriman. Ayat seterusnya dalam kitab Al-quran dikisahkan dalam Surah Al-Araf:


“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata

kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pern

dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatan

lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu

ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan:

“Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka ada

orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .” (QS. Al A'raaf, 7: 80-82) !

[sunting] Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadom

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak.

Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang

beradab. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka.

Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat

menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan

sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka

adalah perbuatan homoseksual {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan

wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyaraka

sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh merek

Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jik

ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan

tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia

akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya

dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa

bagi pihak wanitanya pula.


Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian

paras penyakit sosialnya diutuslah nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk

mengangkat mereka dari lembah kenistaan ,kejahilan dan kesesatan serta membawa

mereka alam yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka

beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri

dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan. Ia memberi

penerangan kepada mereka bahwa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka

tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan

tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahwa Allah akan memberi ganjaran

setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan

diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di

balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.


Nabi Luth berseru kepada mereka agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan

perbuatan homoseksual dan lesbian. Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan

fitrah dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung didalam penciptaan

manusia menjadi dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Juga kepada mereka di beri nasihat dan

diajukan supaya menghormati hak dan milik masing-masing dengan meninggalkan

perbuatan perampasan, perompakan serta pencurian yang selalu mrk lakukan di antara

sesama mereka dan terutama kepada pengunjung yang datang ke Sadum. Diterangkan

bahawa perbuatan-perbuatan itu akan merugikan mereka sendiri, kerana perbuatan itu

akan menimbulkan kekacauan dan ketidak amanan di dalam negeri sehingga

masing-masing dari mereka tidak merasa aman dan tenteram dalam hidupnya.


Demikianlah Nabi Luth, melaksanakan dakwahnya sesuai dengan tugas risalahnya.Ia tidak

henti-henti menggunakan setiap kesempatan dan dalam tiap pertemuan dengan kaumnya

secara berkelompok atau secara berseorangan mengajak agak mereka beriman dan

percaya kepada Allah dan menyembah-Nya. Diajaknya Luth terhadap kaumnya untuk

melakukan amal soleh dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar. Akan tetapi

keruntuhan moral dan kerusakan akhlak sudah hidup lama di dalam pergaulan sosial

mereka dan pengaruh hawa nafsu dan penyesatan syaitan sudah begitu kuat menguasai

tindak-tanduk mereka, maka dakwah dan ajakkan Nabi Luth yyang dilaksanakan dengan

kesabaran dan ketekunan tidak mendapat tempat di dalam hati dan fikiran mereka dan

berlalu laksana suasana teriakan di tengah-tengah padang pasir .Telinga-telinga mereka

sudah menjadi pekak bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang hati dan fikiran mereka sudah

tersumbat rapat dengan ajaran -ajaran syaitan dan iblis.


Akhirnya kaum Luth merasa dan kesal hati mendengar dakwah dan nasihat-nasihat Nabi

Luth yang tidak putus-putus itu dan minta agar ia menghentikan aksi dakwahnya atau

menghadapi pengusir dirinya dari sadum bersama semua keluarganya. dari pihak Nabi Luth

pun sudah tidak ada harapan lagi masyarakat Sadum dapat terangkat dari lembah

kesesatan dan keruntuhan moral mereka dan bahawa meneruskan dakwah kepada mereka

yang sudah buta-tuli hati dan fikiran serta mensia-siakan masa. Ubat satu-satunya, menurut

fikiran Nabi Luth untuk mencegah penyakit akhlak itu yang sudah parah itu menular kepada

tetangga-tetangga dekatnya, ialah dengan membasmikan mereka dari atas bumi sebagai

pembalasan ke atas terhadap kekerasan kepala mereka juga untuk menjadi ibrah dan

pengajaran umat-umat disekelilingnya. beliau memohon kepada Allah agar kepada

kaumnya masyarakat Sadum diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang

menanti mereka di akhirat kelak.


Tetamu Nabi Ibrahim dan Nabi Luth

Permohonan Nabi Luth dan doanya diperkenankan dan dikabulkan oleh Allah s.w.t.

Dikirimkanlah kepadanya tiga orang malaikat menyamar sebagai manusia biasa. Mereka

adalah malaikat yang bertemu kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira atas

kelahiran Nabi Ishaq, dan memberitahu kepada mrk bahwa dia adalah utusan Allah dengan

tugas menurunkan azab kepada kaum Luth penduduk kota Sadum. Dalam kesempatan

pertemuan mana Nabi Ibrahim telah mohon agar penurunan azab keatas kaum Sadum

ditunda ,kalau-kalau mereka kembali sedar mendebgarkan dan mengikuti ajakan Luth serta

bertaubat dari segala maksiat dan perbuatan mungkar. Juga dalam pertemuan itu Nabi

Ibrahim mohon agar anaksaudaranya, Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan

keatas kaum Sadum permintaan mana oleh para malaikat itu diterima dan dijamin bahwa

Luth dan keluarganya tidak akan terkena azab.


Para malaikat itu sampai di Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang berparas

tampan dan badan yang berotot, tegap dan sasa tubuhnya. Dalam perjalanan mereka

hendak memasuki kota, mereka berselisih dengan seorang gadis yang cantik dan ayu

sedang mengambil dari sebuah perigi. Lelaki muda (malaikat) bertanya kepada si gadis

kalau-kalau mereka diterima ke rumah sebagai tetamu. Si gadis tidak berani memberi

keputusan sebelum ia beruding terlebih dahulu dengan keluarganya. Maka ditngglkanlah

para lelaki muda itu oleh lalu pulang ke rumah cepat-cepat untuk memberitahu ayahnya

(Luth).


Mendengar khabar berita anak perempuannya, Nabi Luth menjadi bingung, jawapan apa

yang harus ia berikan kepada para pendatang yang ingin bertemu ke rumahnya untuk

beberapa waktu, namun menerima tetamu yang berparas tampan dan kacak akan

mengundang risiko gangguan kepadanya dan kepada tetamu dari kaumnya yang

tergila-gila untuk melakukan hubungan seks sejenis dengan anak muda yang mempunyai

tubuh bagus dan paras wajah elok. Sedang kalau hal yang demikian itu terjadi ia sebagai

tuan rumah harus bertanggungjawab terhadap keselamatan tamunya, padahal ia merasa

bahwa ia tidak akan berdaya menghadapi kaumnya yang bengis-bengis dan haus maksiat

itu.


Nabi Luth memutuskan untuk menerima lelaki-lelaki muda itu sebagai tetamu di rumahnya.

Luth hanya pasrah kepada Allah dan berlindung sekiranya terdapat segala rintangan yang

akan datang. Lalu pergilah ia sendiri menjemput tetamu yang sedang menanti di pinggir

kota dan diajaklah mereka bersama-sama ke rumah. Ketika itu, kota Sadum sudah diliputi

kegelapan dan manusia sudah nyenyak tidur di rumah masing-masing.


Nabi Luth telah pun berpesan kepada isteri dan kedua puterinya agar merahsiakan

kedatangan anak-anak lelaki muda itu. Jangan sampai terdengar dan diketahui oleh

kaumnya. Namun, kedegilan isteri Nabi Luth, yang juga sehaluan dan sependirian dengan

penduduk Sadum, telah membocorkan berita kedatangan tetamu Luth kepada mereka.

Berita kedatangan tetamu Luth tersebar kerana isteri Nabi Luth. Datanglah beramai-ramai

lelak-lelaki Sodom, yang buta seks ini, ke rumah Nabi Luth, berhajat untuk memuaskan

nafsu seksual mereka, setelah lama tidak mendapat anak muda. Berteriaklah mereka

memanggil Luth untuk lepas anak-anak muda itu, agar diberi kepada mereka untuk

memuaskan nafsu.


Dengar teriakan mereka, Nabi Luth tidak membuka pintu bagi mereka dan berseru agar

mereka kembali ke rumah masing-masing dan jangan menggunggu tetamau yang

datangnya dari jauh yang sepatutnya dihormati dan dimuliakan .Mereka diberi nasihat

agar meninggalkan perbuatan kebiasaan mereka yang keji itu. Perbuatan mereka yang

bertentangan dengan fitrah manusia dan kudrat alam di mana Allah telah menciptakan

manusia berpasangan antara lelaki dengan perempuan untuk menjaga kelangsungan

perkembangan umat manusia sebagai makhluk yang termulia di atas bumi. Nabi Luth

berseru agar mereka kembali kepada isteri-isteri mereka dan meninggalkan perbuatan

maksiat dan mungkar yang tidak senonoh, sebelum mereka dilanda azab dan seksaan

Allah.


Seruan dan nasihat-nasihat Nabi Luth tidak dihiraukan dan dipedulikan ,mereka bahkan

mendesak akan menolak pintu rumahnya dengan paksa dan kekerasan jika pintu tidak

di buka dengan sukarela. Merasa dirinya sudah tidak berdaya untuk menahan arus

orang-orang lelaki kaumnya itu yang akan memaksakan kehendaknya dengan

kekerasan berkatalah Nabi Luth secara terus terang kepada para tamunya:"

Sesungguhnya aku tidak berdaya lagi menahan orang-orang itu menyerbu ke dalam

.Aku tidak memiliki senjata dan kekuatan fizikal yang dapat menolak kekerasan mereka

, tidak pula mempunyai keluarga atau sanak saudara yang disegani mereka yang dapat

aku mintai pertolongannya, maka aku merasa sangat kecewa, bahwa sebagai tuan

rumah aku tidak dapat menghalaukan gangguan terhadap tetamu dirumahku

sendiri.Mendengar keluh-resah Nabi Luth, lantas anak-anak muda itu memberitahu hal

yang sebenar, mereka adalah malaikat-malaikat yang menyamar sebagai manusia

yang diutus oleh Allah untuk menurunkan azab dan seksa atas rakyatnya kerana

segala kemungkaran dan kemaksiat yang keji dan kotor.


Malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin

agar dapat memberi kesempatan bagi orang -orang yang hauskan seks dengan lelaki

itu masuk. Namun malangnya apabila pintu dibuka dan para penyerbu memijakkan ka

untuk masuk, tiba-tiba gelaplah pandangan mereka dan tidak dapat melihat sesuatu.

Malaikat-malaikat tadi telah membutakan mata mereka. Lalu, diusap-usap dan

digosok-gosok mata mereka, ternyata mereka sudah menjadi buta.


Sementara para penyerbu rumah Nabi Luth berada dalam keadaan kacau bilau

berbentur antara satu dengan lain berteriak-teriak menanya-nanya gerangan apa yang

menjadikan mereka buta dengan mendadak para berseru kepada Nabi Luth agar

meninggalkan segera perkampungan itu bersama keluarganya, kerana masanya telah

tiba bagi azab Allah yang akan ditimpakan. Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth

dan keluarganya agar perjalanan ke luar kota jangan seorang pun dari mereka menoleh

ke belakang.


Nabi Luth keluar dari rumahnya sehabis tengah malam, bersama keluarganya terdiri

dari seorang isteri dan dua puterinya berjalan cepat menuju keluar kota, tidak menoleh

ke kanan mahupun kekiri sesuai dengan petunjuk para malaikat yang menjadi

tamunya.Akan tetapi si isteri yang menjadi musuh dalam selimut bagi Nabi Luth tidak

tergamak meninggalkan kaumnya. Ia berada dibelakang rombongan Nabi Luth berjalan

perlahan-lahan tidak secepat langkah suaminya dan tidak henti-henti menoleh ke

belakang karena ingin mengetahui apa yang akan menimpa atas kaumnya,


seakan-akan meragukan kebenaran ancaman para malaikat yang telah didengarnya

sendiri. Dan begitu langkah Nabi Luth berserta kedua puterinya melewati batas kota

Sadum, sewaktu fajar menyingsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah

kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafiq itu. Getaran itu

mendahului suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan

hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua

pemghuninya . Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah S.W.T di kota Sodom,

dan hancurlah kota tersebut yang berada di laluan manusia yang lalu-lalang. Namun,

masih ditinggalkan kesan-kesan kehancuran kota tersebut oleh Allah S.W.T, sebagai

peringatan kaum yang kemudian yang melalui di jalan tersebut. Demikianlah kebesaran

dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi

hamba-hamba-Nya yang mendatang.


Kisah Nabi Luth Di Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya

Surah Al-Anbiyaa ayat 74 dan 75 , Surah Asy-Syu'ara ayat 160 sehingga ayat 175 ,

Surah Hud ayat 77 sehingga ayat 83 , Surah Al-Qamar ayat 33 sehingga 39 dan surah

At-Tahrim ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya


0 comments:

Posting Komentar