Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 15 April 2026

NABI ISA a.s. DENGAN ORANG MABUK CINTA

 NABI ISA a.s. DENGAN ORANG MABUK CINTA

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air   dikebun.   

NABI ISA a.s. DENGAN ORANG MABUK CINTA


Bila   pemuda   yang   sedang   menyiram   air   itu   melihat   Nabi   Isa   a.s berada     di  hadapannya      maka    dia   pun   berkata,    "Wahai    Nabi   Isa  a.s,  kamu mintalah     dari   Tuhanmu    agar  Dia   memberi     kepadaku     seberat    semut    Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata   pemuda   itu   lagi,   "Wahai   Isa   a.s,   kalau   aku   tidak   terdaya   untuk   satu Jarrah,   maka   kamu   mintalah   untukku   setengah   berat   Jarrah."   Oleh   kerana keinginan   pemuda   itu   untuk   mendapatkan   kecintaannya   kepada   Allah,   maka Nabi   Isa   a.s   pun   berdoa,   "Ya  Tuhanku,   berikanlah   dia   setengah   berat   Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.  

Selang   beberapa   lama   Nabi Isa   a.s  datang   lagi   ke   tempat   pemuda   yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut,     dan   berkata    kepada     salah   seorang    yang   berada    di  situ   bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. Setelah   Nabi   Isa   a.s   mendengat   penjelasan   orang-orang   itu   maka   beliau   pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi    Isa  a.s  pun   menghampiri       pemuda     itu  dengan     memberi     salam,    tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu    terdapat     kadar    setengah      berat    Jarrah    cintanya     kepada-Ku.      Demi Keagungan   dan   Keluhuran-Ku,   kalau   engkau   memotongnya   dengan   gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Pengajaran Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

 2.   Orang   yang   mengaku    cinta  ikhlas  di  dalam   beramal,   tetapi   dia  ingin mendapat sanjungan dari manusia.

 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah    S.A.W    telah  bersabda,    "Akan   datang   waktunya     umatku    akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

 1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

 2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

 3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.

 4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

0 comments:

Posting Komentar