Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Senin, 19 Mei 2025

Kisah Nabi Muhammad Saw bag 4

 Allah   SWT   membiarkan   Rasul-Nya   melakukan   kesalahan   dalam   memilih tempat   sehingga   itu   akan   dapat   menjadi   pelajaran   bagi   kaum   Muslim   dalam kaedah umum dari kaedah-kaedah peperangan yaitu sikap pemimpin pasukan untuk mengambil suatu kebijakan yang penting yang berdasarkan pengalaman. Kemudian   datanglah   Habab   bin   Mundzir   kepada   Rasulullah   saw   dan   bertanya kepadanya,      "apakah    tempat    yang    kita  jadikan   sebagai    pusat   pergerakan tentera kita merupakan pilihan dari Allah SWT dan Rasul-Nya hingga kita tidak dapat   mendahuluinya   dan   mengakhirinya   yakni   kita   tidak   dapat   memberikan pendapat      kita  ataukah    itu  hanya   masalah    yang   bersifat   teknik   yakni   itu terserah     pada   pendapat     kita   dan   sesuai   kebijakan    saat   perang    dan   ia merupakan tipu daya semata?" Rasulullah saw berkata: "Tetapi itu adalah pendapat peribadi, peperangan, dan tipu daya." Habab berkata: "Ya Rasulullah ini adalah tempat yang tidak tepat." Sahabat yang sarat pengalaman ini memilih tempat di mana pasukan Madinah dapat     minum    darinya    sedangkan     pasukan    Mekah    tidak   dapat   mengambil darinya.   Kemudian   berpindahlah   pasukan   Muslim   menuju   tempat   yang   telah ditentukan oleh pengalaman militer. Sampailah   pasukan   Mekah   di   mana   jumlah   mereka   mendekati   seribu   tentera dan mereka akan berhadapan dengan tiga ratus tujuh belas pasukan Muslim. Pasukan Quraisy berada di tempat yang jauh dari lembah. Pasukan   kafir   terdiri   dalam   perang   Badar   dari   pemuka-pemuka   Quraisy   dan pahlawan-pahlawan          mereka,      sedangkan      pasukan     Muslim     terdiri   dari keluarga-keluarga, ipar-ipar dan keluarga dekat dari pasukan kafir. Allah SWT telah    menentukan      agar   seorang    anak   bertemu     dengan    ayahnya,    saudara bertemu      dengan     sesama    saudara    dan    sesama    ipar   bertemu     di  medan peperangan.

kisah nabi muhammad


 Mereka   semua   dipisahkan   dengan   suatu   prinsip   di mana   mereka ditentukan oleh pedang. Akhirnya, peperangan Badar pun terjadi dan kaedah utama adalah kaedah persaudaraan sesama Muslim. Dan ketika pasukan Muslim berpegang teguh di atas dasar Islam, maka pasukan kafir mulai terpecah belah namun keadaan tersebut mereka sembunyikan. Lalu    'Utbah   bin   Rabi'ah   berbicara     di  tengah-tengah      pasukan    Mekah     dan mengajak mereka untuk menarik kembali dari peperangan. 'Utbah memberikan pernyataan   sesuai   dengan   tuntutan   akal   sehat,   "wahai   orang-orang   Quraisy demi     Allah,   jika  kalian   harus   memerangi      Muhammad,       maka    kalian   akan menyesal kerana kita berhadapan dengan saudara- saudara kita sendiri. Boleh jadi   kita   akan   membunuh   anak   paman   kita,   atau   salah   seorang   dari   kerabat kita. Mengapa kalian tidak membiarkannya saja?" Kalimat     yang    rasional   tersebut     cukup    menggoncangkan        pasukan     Mekah. Sebahagian   tentera   merasa   puas   dengan   pernyataan   tersebut   kerana   mereka melihat bahawa tidak ada gunanya peperangan itu. Namun kebodohan justru memadamkan         kalimat   yang   rasional   itu.   Abu  Jahal   menuduh   bahawa   yang mengucapkan kata-kata adalah orang yang penakut. Kemudian Abu Jahal lebih memilih pendapatnya untuk menetapkan terus memerangi kaum Muslim. Pemimpin pasukan kafir yaitu Abu Jahal mengetahui bahawa Muhammad tidak pernah     berbohong.      Kitab-kitab    sejarah   menceritakan      bahawa     Akhnas    bin Syuraif menyendiri dalam perang Badar bersama Abu Jahal sebelum terjadinya peperangan   tersebut   dan   bertanya   kepadanya,   "wahai   Abul   Hakam,   tidakkah engkau melihat bahawa Muhammad pernah berbohong? Abul Hakam menjawab: "Bagaimana       mungkin      ia  berbohong      atas    Allah,   sedangkan      kami    telah menamainya        al-Amin   (orang    yang   dapat   dipercayai)."    Peperangan     tersebut bukan      sebagai    usaha    untuk    mendustakan       Rasul   saw    tetapi   itu   hanya semata-mata       untuk    menjaga    kepentingan-kepentingan         sesaat   dan   keadaan ekonomi.   Demikianlah        orang-orang   kafir   mempertahankan        nilai  yang   paling rendah     yang   ada   di  muka    bumi    yang   juga   dipertahankan      oleh   binatang, sementara   kaum   Muslim   justru   mempertahankan   nilai   yang   paling   tinggi   di bumi dan di langit yang ikut serta di dalamnya para malaikat. Kemudian datanglah waktu malam menyelimuti dua kubu. Tiga ratus tentera yang    mukmin      sudah   bersiap-siap    dan    mendekati     seribu   tentera    musyrik. Orang-orang      musyrik    datang    dengan    menunggangi      tunggangan     mereka     dan tampak  mereka   memiliki   persenjataan   yang   lengkap, sedangkan   setiap orang Muslim    datang   di  atas  satu   kenderaan.   

Pakaian   yang   dipakai  orang-orang musyrik tampak masih baru dan pedang-pedang mereka tampak mengilat serta baju    besi  yang  mereka    gunakan    sangat   unggul   dan  kuat.   Alhasil,  mereka memiliki persiapan yang sangat mengagumkan sedangkan pakaian yang dipakai orang-orang Muslim tampak sudah usang dan pedang-pedang kuno pun mereka gunakan dan baju besi yang mereka gunakan tampak tidak sempurna. Nabi    melihat   keadaan    pasukannya     lalu  hati  beliau  tampak    sedih  melihat pasukan   tersebut.   Beliau   berdoa   kepada   Tuhannya:   "Ya   Allah,   Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang lapar, maka kenyangkanlah mereka. Ya Allah, sesungguhnya      mereka    adalah    orang-   orang   yang   tanpa   alas   kaki,  maka tolonglah   mereka.   Ya   Allah,   Sesungguhnya   mereka   adalah   orang-orang   yang tidak berpakaian, maka berilah mereka pakaian." Kemudian      rasa   kantuk   menghinggapi      mata    kedua   pasukan    lalu   mereka beristirahat    di  tengah-tengah    malam.    Jatuhlah   hujan   kecil  yang  membuat tempat itu basah sehingga kelembapan mengitari kaum Muslim. Hujan tersebut membasuh tanah perjalanan dan menghilangkan debu- debu kepayahan serta menyucikan hati dan membangkitkan kepercayaan atas kemenangan dari Allah SWT. Allah SWT berfirman: "(Ingatlah),    ketika    Allah   menjadikan     kamu     mengantuk      sebagai    suatu penenteram       dari-Nya,    dan   Allah  menurunkan       hujan   dari   langit  untuk menyucikan       kamu     dengan    hujan    itu   dan   menghilangkan       dari   kamu gangguan-gangguan          syaitan     dan    untuk      menguatkan       hatimu      dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu)." (QS. al-Anfal: 11) Datanglah waktu pagi di Badar lalu kaum Quraisy mulai menyerang, lalu Nabi memerintahkan pasukan Muslim untuk bertahan. Rasulullah saw bersabda: "Jika musuh mengepung   kalian,   maka   usirlah mereka   dengan   panah   dan   janganlah kalian menyerang mereka sehingga kalian diperintahkan." Demikianlah ketetapan militer yang sangat jitu yang bererti hendaklah kaum Muslim    membentengi      mereka    di  tempat-tempat      mereka    agar   orang-orang musyrik    mendapatkan      kerugian    dari  serangan   yang   mereka    lakukan.    Kita mengetahui      dari  ilmu   militer   saat  ini  bahawa    seorang    yang   menyerang

memerlukan tiga atau tiga kali lipat dari jumlah yang biasa dilakukan sehingga serangannya      betul-betul    efektif;   kita  mengetahui      bahawa    jumlah    pasukan musyrik tiga kali lipat dibandingkan dengan tentera Muslim. Kaum musyrik di lihat dari segi jumlah sangat memadai untuk memenangkan peperangan, dan persenjataan   mereka   lebih   lengkap   dari   persenjataan   kaum   Muslim.   Jumlah haiwan yang mereka miliki pun sama dengan jumlah mereka, sedangkan tiap tiga orang Muslim berperang di atas satu tunggangan. Keadaan       saat   itu   sangat    menguntungkan         kaum     musyrik.    Tanda-tanda kemenangan   tampak   menyertai   bendera   kaum   musyrik,   tetapi   kemenangan peperangan   bukan   kerana   kebesaran   jumlah   pasukan   dan   persenjataan   yang lengkap.   Terkadang   peperangan   justru   dimenangkan   oleh   unsur   spirituil  yang tidak   kelihatan.    Spirituil   tentera  dan   keimanannya   tentang   persoalan   yang dipertahankannya        serta   keinginannya      untuk    mendapatkan       dua   kebaikan: kemenangan   atau   kematian   dan   hasratnya   yang   tinggi   untuk   meneguk   madu syahadah, semua itu dapat mengubah seorang tentera menjadi makhluk yang tidak   terkalahkan.   Boleh   jadi   ia   akan   merasakan   kematian   tetapi   jauh   dari kekalahan. Demikianlah keadaan pasukan Muslim. Sementara itu debu-debu berterbangan di atas kepala pasukan yang bertempur dan    kaum    Muslim    mencurahkan      tenaga    yang   keras  dalam    peperangan      itu. Ketika dua pasukan saling bertemu dan bertempur, Nabi saw melihat mereka, lalu   Nabi   saw    menyaksikan     pasukannya      terjepit.  Pasukan     yang   berjumlah sedikit   dengan   persenjataan   yang   tidak   lengkap   itu   kini   ditekan   oleh   orang kafir.    Dalam    keadaan     demikian,    Nabi    saw   meminta     pertolongan      kepada Tuhannya:      'Ya  Allah,   kirimkanlah     bantuan    dan   pertolongan-Mu.      Ya   Allah, wujudkanlah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau      tidak   akan   disembah      setelahnya    di   muka    bumi."    Renungkanlah, bagaimana kesedihan Nabi saat terjadi peperangan itu. Oleh kerana itu, kita dapat memahami mengapa Nabi saw meminta agar pasukannya dimenangkan. Pemimpin pasukan tertinggi Muhammad bin Abdillah keluar berperang di jalan Allah SWT dan saat ini kematian sedang mengitari kaum Muslim, lalu apa yang difikirkan oleh Nabi saw pada keadaan yang sulit tersebut? Pemikiran Nabi saw melebihi hal yang sekarang dan menuju pada hal yang akan datang, dan yang menjadi fokus Nabi adalah penyembahan Allah SWT di muka bumi: "Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah setelahnya di muka bumi." Nabi tidak terlalu mengkhuatirkan kehancuran kaum Muslim kerana Nabi justru mengkhuatirkan       sesuatu    yang   lebih  besar   dari  itu.  Yang   beliau   khuatirkan adalah   penyembahan   kepada   Allah   SWT   akan   berhenti   di   muka   bumi.   Oleh kerana itu, Nabi meminta tolong kepada Tuhannya dan mengingatkan kembali kepada   Tuhannya   dan   Allah   SWT   lebih   tahu   dari   hal   itu.   Kemudian   turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibril. Allah SWT berfirman: "(Ingatlah),    ketika    kamu    memohon       pertolongan      kepada    Tuhanmu,       lalu diperkenankan-Nya         bagimu:    'Sesungguhnya      Aku   akan    mendatangkan       bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.' Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bantuan itu), melainkan sebagai khabar      gembira     dan   agar    hatimu    menjadi     tenteram      kerananya.     Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS. al-Anfal: 9-10) Setelah itu Nabi saw menghampiri sahabat Abu Bakar dan berkata: "Sampaikan berita    gembira     wahai   Abu    Bakar,   sesungguhnya      telah   datang    kepadamu bantuan dari Allah SWT." Turunnya para malaikat merupakan cara untuk meneguhkan kaum Muslim dan berita gembira kepada mereka. Mukjizat itu bukan terletak pada penyertaan para   malaikat   dalam   peperangan,   namun   melalui   nas-nas   ditegaskan   bahawa peranan     malaikat    tidak   lebih  dari   sekadar   membawa       berita   gembira    dan memberikan   dukungan   moril   serta   memenuhi   hati   dengan   ketenangan.   Kami kira bahawa Allah SWT ingin agar para malaikat menyaksikan manusia-manusia malaikat yang mempertahankan akidah tauhid. Demikianlah   Allah   SWT   mewahyukan   kepada   malaikat   bahawa   Dia   bersama mereka. Oleh kerana itu, hendaklah orang-orang yang beriman merasa tenang dan kebenaran akan tertancap pada hati mereka sedangkan orang-orang kafir pasti akan merasakan ketakutan. Allah SWT berfirman: "(Ingatlah),      ketika     Tuhanmu       mewahyukan         kepada      para     malaikat: 'Sesungguhnya         Aku    bersama       kamu,     maka      teguhkanlah      (pendirian) orang-orang yang telah beriman.' Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan ke    dalam    hati  orang-orang     kafir,   maka    penggallah    kepala    mereka     dan pancunglah      tiap-tiap   ujung    jari  mereka.    (Ketentuan)     yang   demikian     itu adalah   kerana   sesungguhnya   mereka   menentang   Allah   dan   Rasul-Nya;   dan barang     siapa  menentang      Allah   dan   Rasul-Nya,    maka    sesungguhnya      Allah amat   keras   seksaan-Nya.   Itulah   (hukum   dunia   yang   ditimpakan   atasmu), maka rasakanlah hukuman itu. Sesungguhnya bagi orang-orang yang kafir itu ada (lagi) azab neraka." (QS. al-Anfal: 12-14) Lalu    orang-orang    kafir  pun   mengalami     kekalahan.    Setelah   peperangan     itu, terbunuhlah      tujuh  puluh   kafir  dan   tujuh   puluh   tawanan    dari   mereka    dan sebahagian      pasukan    melarikan    diri.  Runtuhlah    tokoh-tokoh    kebencian     dan kelaliman di peperangan tersebut. Hancurlahlah Abu Jahal, pemimpin pasukan, dan pahlawan-pahlawan Mekah kini terkapar. Rasulullah saw berdiri di depan bangkai-bangkai orang-orang kafir dan berkata: "Wahai Utbah bin Rabi'ah, wahai Syaibah bin Rabi'ah, wahai Umayah bin Khalf, wahai   Abu   Jahal   bin   Hisam,   apakah   kalian   menemukan   apa   yang   dijanjikan oleh   tuhan   kalian   kepada   kalian.   Sungguh   aku   telah   menemukan   apa   yang dijanjikan    Tuhanku."     Orang-orang     Muslim   berkata:    "Ya  Rasulullah,    apakah engkau   memanggil   kaum   yang   sudah   mati?"   Rasulullah   berkata:   "Kalian   tidak mengetahui apa yang aku katakan kepada mereka, tetapi mereka tidak mampu menjawab perkataanku." Rasulullah saw tinggal tiga malam di Badar kemudian beliau kembali ke Madinah. Di depan beliau terdapat tawanan-tawanan perang dan ganimah. Kaum     Muslim   sangat   menanggung      beban    berat   dengan    banyaknya    tawanan perang. Mula-mula Rasulullah saw bermusyawarah dengan sahabat Abu Bakar dan Umar. Abu Bakar berkata: "Ya Rasulullah, mereka adalah keturunan dari saudara-saudara dan keluarga, dan aku melihat lebih baik engkau mengambil fidyah    (tebusan)    dari  mereka     sehingga    apa   yang   engkau    ambil   tersebut merupakan        kekuatan      bagi     kita    terhadap      orang-orang      kafir,    dan mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka sehingga mereka menjadi tulang punggung kita." Kemudian   Rasulullah   saw menoleh   kepada   Umar   bin   Khattab   sambil   berkata, "bagaimana pendapatmu wahai Ibnul Khattab?" Lelaki itu berkata: "Demi Allah, aku    tidak   sependapat     dengan    apa   yang   dikatakan    Abu   Bakar   tetapi   aku berpendapat,   seandainya   aku   mampu   untuk   bertemu   dengan   salah   seorang kerabatku,     maka    aku  akan   memukul     lehernya,    dan   seandainya    Ali  mampu bertemu   dengan   keluarganya,   maka   ia   pun   akan   memukul   lehernya   begitu Hamzah      sehingga   Allah   SWT    mengetahui     bahawa    tidak   ada  di  hati   kita kelembutan kepada kaum musyrik." Pasukan     Madinah    dan   pasukan    Mekah    terdiri  dari  keluarga-keluarga     yang terikat    hubungan     kekerabatan,    namun     kehendak     Allah  SWT    menetapkan terjadinya peperangan sesama keluarga: antara anak dan orang tuanya.

Umar menginginkan      agar  keadaan    demikian    terus   berlanjut  sehingga   orang-orang musyrik mengetahui bahawa Islam tidak ingin berdamai. Kemudian Selesailah urusan itu dan terjadi peperangan di jalan Allah SWT dan mengangkat senjata dan berperang adalah suatu kewajipan yang tiada keraguan di dalamnya. Nabi saw   menoleh   kepada   kaum   Muslim   dan   mendapati   sebahagian   besar   mereka cenderung kepada pendapat Abu Bakar. Nabi saw mengikuti pendapat majoriti saat itu. Pendapat majoriti salah dan hanya Umar yang benar. Ini adalah peperangan pertama yang dilalui oleh Islam. Hendaklah kaum Muslim harus   meninggalkan   dorongan   kemanusiaan   mereka,   yakni   orang-   orang   kafir harus   dibunuh   agar   musuh-musuh   Allah   SWT   mengetahui   bahawa   Islam   telah memilih darah. Allah SWT telah mendukung Umar bin Khattab dalam Al-Qur'an sehingga     Nabi  saw   dan   Abu   Bakar    menangis    ketika   keduanya    menyedari kesalahan mereka pada hari berikutnya, lalu Umar memergoki mereka dalam keadaan menangis dan ia bertanya, "apa yang menyebabkan Rasulullah saw dan temannya di gua menangis?" Kemudian Rasulullah saw membaca Al-Qur'an: "Tidak    patut   bagi   seorang   Nabi   mempunyai      tawanan     sebelum     ia  dapat melumpuhkan   musuhnya   di   muka   bumi.   Kamu   menghendaki   harta   benda duniawi     sedangkan     Allah  menghendaki       (pahala)   akhirat   (untukmu).     Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil." (QS. al-Anfal: 67-68) Kedua ayat itu mengatakan bahawa ini bukan saatnya melindungi para tawanan dan   berusaha   untuk   menebus   mereka.   Waktu   Demikian   belum   saatnya.   Nabi tidak    berhak   memiliki    tawanan    kecuali   jika  ia  telah   melakukan     banyak peperangan dan banyak berjihad dan telah banyak membunuh dan dakwahnya telah mapan. Kedua   ayat   tersebut   menyingkap   tujuan   di   balik   penebusan   tawanan:   "Kamu menghendaki       harta   benda    duniawi    sedangkan     Allah  menghendaki      (pahala) akhirat (untukmu)." Demikianlah pemikiran yang mempertimbangkan keadaan-keadaan aktual yang sulit.

 Itu  adalah    pemikiran     yang   bersifat   taktik   sebagaimana      yang   kita ungkapkan dalam istilah moden dan bukan pemikiran yang bersifat strategis. Kemudian para tawanan tersebut bukan tawanan biasa tetapi menurut istilah moden      mereka    adalah   penjahat-penjahat       perang.   Oleh   kerana    itu,  nyawa mereka   harus   ditumpahkan   saat   mereka   dapat   ditangkap,   meskipun   mereka memiliki     kekayaan     yang   banyak    atau   kedudukan     yang   tinggi.  Islam   tidak mengakui       kekayaan     atau   kedudukan,      yang   diakuinya     adalah    keimanan, sedangkan   pertimbangan-pertimbangan   duniawi   lainnya   tidak  dihiraukan   oleh Islam. Nas   Al-Qur'an   memperingatkan   orang-orang   yang   menang   bahawa   kesalahan mereka   bisa   berakibat     pada   datangnya   seksaan     yang   bakal   mereka   terima tetapi   Allah   SWT   mengampuni   mereka   dan   menurunkan   rahmat-Nya:   "Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil." Seksaan     tersebut    memang      lebih   dekat    daripada    pohon    yang   dekat    ini, kemudian       Allah   SWT    mengampuni       mereka     dan   Allah   SWT    mengampuni sahabat-sahabat   yang   terjun   di   perang   Badar,   baik   dosa   yang   lalu   mahupun dosa   mereka   yang   akan   datang.   Demikianlah   Al-Qur'an   ingin   mendidik   kaum Muslim   agar   mereka   tidak   banyak   mempertimbangkan   urusan   manusiawi saat berperang. Jadi, Islam memulai peperangannya yaitu peperangan yang hanya ditujukan   kepada   Allah   SWT   dan   hendaklah   peperangan   tersebut   dihilangkan dari   pertimbangan-pertimbangan          yang   sulit  sehingga    sahabat-sahabat      Nabi mengetahui        bahawa     kecenderungan        kepada     kesenangan      duniawi     akan berakibat pada kekalahan mereka. Dalam   peperangan   Uhud   jumlah   kaum   musyrik   tiga   ribu   sedangkan   jumlah kaum     Muslim    tiga   ratus  pasukan     setelah   pemimpin      orang-orang     munafik Abdullah   bin   Saba'   mengundurkan   diri   pasukan.   Kaum   Muslim   diletakkan   di gunung   dan   Rasulullah   saw   membuat   rencana   yang   jitu   untuk   memenangkan pertempuran   di   mana   beliau   membagi   pasukan   pemanah   di   puncak   gunung untuk melindungi punggung kaum Muslim dan melindungi mereka dari serangan dari arah belakang. Rasulullah saw memberi pengertian kepada pasukan panah itu agar mereka tetap di tempatnya baik kaum Muslim menang mahupun kalah. Yakni    bahawa   pasukan   pemanah   tidak   boleh   turun   dari   gunung   dan   meski berusaha     untuk    melindungi    kaum    Muslim.    Rasulullah   saw   berkata    kepada mereka.      "lindungilah   punggung-punggung        kami.  

Jika   kalian   melihat   kami sedang     bertempur,    maka    kalian   tidak  usah   turun   darinya   dan   tidak   usah menolong   kami,   dan   jika   kalian   melihat   kami   memperoleh   kemenangan   dan mengambil ganimah, maka kalian tidak boleh ikut serta bersama kami." Setelah membuat keputusan tersebut, Rasulullah saw kembali ke pasukan yang lain,   lalu   beliau   membikin   suatu   rencana   untuk   menyerang.   Dan   Dimulailah peperangan kemudian pasukan Islam mendorong pasukan musyrik laksana angin yang   kencang   yang   memporak-porandakan   ribuan   kaum   musyrik.   Pada   tahap pertama pasukan Islam tampak menguasai medan dan berhasil menyapu kaum musyrik sehingga pasukan Mekah tampak berputus asa meskipun mereka unggul secara   bilangan   dan   meskipun   mereka   memiliki   kekuatan   persenjataan   yang lengkap, pasukan Mekah justru dikejutkan dengan ketangguhan pasukan Muslim yang   dapat   memukul   mundur   mereka   hingga   mereka   membayangkan   bahawa mereka      tidak   dapat   memenangkan        peperangan     atau    dapat   bertahan     di hadapan pasukan Muslim. Debu-debu       peperangan     mulai    berterbangan      yang   menyertai     tanda-tanda kekalahan     pasukan    Mekah.    Sementara     itu,  para   pemanah     yang   diletakkan Rasulullah    saw   di  suatu   tempat    yang   strategis  berfikir  untuk    memperoleh ganimah.   Pasukan   Mekah   telah   kalah   dan   mereka   telah   melarikan   diri   dari pasukan Muslim, maka bagaimana seandainya para pemanah turun dari tempat mereka   untuk   mengumpulkan   harta   rampasan   dan   ganimah.   Rasulullah   saw telah   mengingatkan   mereka   agar   jangan   meninggalkan   tempat   mereka,   apa pun yang terjadi tetapi pasukan pemanah itu justru berkhianat dan menentang perintah   Nabi   saw   setelah   mereka   membayangkan   bahawa   peperangan   telah selesai dan keuntungan akan diperoleh pasukan Madinah yang beriman. Pasukan pemanah mengira bahawa Allah SWT akan menutupi kesalahan mereka dan    akan   melindungi     mereka    sehingga    mereka    berhasil   mengambil      harta rampasan dan ganimah. Sungguh keikhlasan telah tercabut dari hati sebahagian pasukan. Belum lama hal tersebut berlangsung sehingga terjadilah perubahan yang    drastik  pada    peperangan.     Pemimpin     pasukan   berkuda    musyrik    dalam peperangan   Uhud   yaitu   Khalid   bin   Walid   yang   kemudian   ia   menjadi   tokoh Muslim adalah orang yang sangat genius dalam peperangan. Begitu ia melihat pasukan pemanah lari dari tempat mereka, maka ia melihat celah yang terbuka di   tengah-tengah   kaum   Muslim,   sehingga   ia   segera   memutarkan   kudanya   dan disertai pasukan yang mengikutinya. Kemudian ia menyerang kaum Muslim dari belakang.     Serangan     yang   dilakukan    Khalid   itu  sangat    cepat   dan    sangat mengejutkan. Orang-orang musyrik mengambil kesempatan emas. Mereka yang tadinya lari, kini mereka menarik diri dan justru menyerang kembali.

Pasukan     Muslim   dikepung    dari  dua   arah   oleh  pasukan    berkuda:    satu  dari belakang   dan   yang   lain   dari   depan.   Kemudian   berjatuhanlah   korban-   korban dari   pasukan   Muhammad   bin   Abdillah.   Banyak   di   antara   mereka   yang   mati sebagai syahid  saat   mempertahankan   dan   melindungi Rasulullah saw, bahkan sang Nabi pun hidungnya terluka dan giginya pun runtuh dan kepala beliau yang mulia terluka sehingga beliau mengucurkan darah. Kemudian      tersebarlah   isu  bahawa   Muhammad        saw   telah   meninggal.   Ketika mendengar itu, kaum Muslim sangat terpukul dan sangat sedih sehingga kaum Muslim     pun   terpecah-pecah.      Sebahagian     mereka    kembali    ke   Mekah    dan sekelompok yang lain ke atas gunung dan mereka tetap menjaga Nabi saw yang mulia.    Ketika   mendengar     kematian    Nabi,   Anas  bin   Nadhir   berkata   kepada kaumnya: "Bangkitlah kalian dan matilah seperti kematiannya. Apa yang kalian lakukan setelah kalian hidup sesudahnya." Pasukan Muslim tetap bertahan dan melakukan peperangan, lalu tekanan kaum musyrik     semakin   berat   kepada    Nabi   saw   dan   para  sahabatnya.     Kemudian terjadilah    kejadian   yang   paling  sulit  dalam   sejarah   umat    Islam.  Nabi   saw berteriak      saat    melihat     kaum      musyrik     menekannya       dan     berusaha membunuhnya:        "Barang    siapa  yang   dapat    mengusir    mereka    dariku,   maka baginya syurga." Mendengar      perkataan     itu,  kaum    Muslim   segera    mengitari    Nabi   saw   dan melindungi   beliau   sehingga   banyak   dari   mereka   berguguran   sebagai   syahid. Bahkan     sahabat-sahabat     Abu   Juanah    melindungi    Nabi   saw   sampai-   sampai punggungnya   dipenuhi   dengan   anak-anak   panah.   Ia   bagaikan   baju   besi   yang dipakai kepada Nabi saw dan ia tetap kukuh melindungi Nabi saw. Kemudian berubahlah keadaan kerana keteguhan dan keberanian yang diperlihatkan oleh kaum Muslim. Pasukan Mekah merasa puas dan mereka memilih untuk menarik diri. Saat itu orang-orang Quraisy tidak lebih sedikit penderitaannya daripada orang-orang Muslim. Setelah    peperangan     yang   dahsyat   itu,  kaum    musyrik   menarik    diri  setelah mereka   berhasil   membunuh   beberapa   orang   Muslim,   bahkan   mereka   berhasil melukai pemimpin pasukan yaitu sang Nabi saw. Semua itu terjadi kerana satu kesalahan     yaitu  kesalahan    terletak   pada   penentangan     dan   pembangkangan para   pemanah   terhadap   perintah   sang   Rasul   saw   dan   usaha   mereka   untuk meninggalkan tempat mereka.

Ketika     sebahagian      kelompok      dari   sahabat     kehilangan      pengorbanan       dan kehilangan   sikap   ikhlas   dalam   hati   mereka,   maka   kesalahan   tersebut   harus dibayar oleh tentera yang paling berani dan mulia di antara mereka yaitu sang Nabi saw. Langit tidak ikut campur untuk menyelamatkan pasukan Islam itu. Kesalahan kaum Muslim itu harus dibayar oleh Rasul saw di mana wajah beliau pun   terluka   bahkan   keluar   darah yang   cukup deras   dari luka   beliau   sehingga setiap   kali   dituangkan   air   di   atas   luka   itu,   maka   darah   pun   semakin   deras mengucur.       Darah    itu  tidak   berhenti    kecuali    setelah    dibakarkan     potongan tembikar lalu dilekatkan di atasnya. Luka beliau bukan hanya bersifat materi tetapi luka spirituil beliau dan rohani beliau pun semakin bertambah. Ini beliau rasakan ketika mendengar bahawa pamannya Hamzah gugur sebagai syahid dan tidak cukup dengan itu, bahkan isteri    Abu    Sofyan    yaitu   Hindun     membelah       perutnya     dan    mengeluarkan jantungnya       serta    mengunyahnya        dengan     mulutnya.      Semua     itu   semakin menambah kesedihan sang Nabi. Kaum      Quraisy    menguasi     pasukan    Muslim    dan    mereka    memperlakukan         dan menekan kaum Muslim secara aniaya. Seandainya bukan kerana rahmat Allah SWT   nescaya   kaum   Muslim   akan   mengalami   kekalahan   yang   teruk.   Kemudian turunlah dalam Al-Qur'an al-Karim ayat-ayat yang mendidik kaum Muslim agar mereka      benar-benar      ikhlas   dan    memahamkan        mereka     bahawa      kekalahan mereka       sebagai    akibat     dari   adanya     pasukan     di   antara     mereka     yang menginginkan        dunia    meskipun      di   antara    mereka      ada   sebahagian      yang menginginkan        akhirat.   Jika  terjadi   demikian,     maka    tidak   ada   jalan   untuk memperoleh        kemenangan.       Ini  bukanlah     hal  yang    diinginkan    oleh   pasukan Muslim,     yang    diharapkan     adalah    hendaklah     semua     pasukan    tertuju    untuk mencapai   ridha   Allah   SWT   dan   hanya   mengharapkan   akhirat.   Jika   demikian halnya, maka Allah SWT akan memberi mereka dunia dan akhirat. Allah    SWT    berfirman    dan   menceritakan       peperangan      Uhud   dalam    surah    Ali 'Imran: "Di   antaramu   ada   orang   yang   menghendaki   dunia   dan   di   antara   kamu   ada orang   yang   menghendaki   akhirat.   Kemudian   Allah   memalingkan   kamu   dari mereka   untuk       menguji   kamu;      dan   sesungguhnya   Allah   telah   memaafkan kamu.   Dan   Allah   mempunyai   kurnia   (yang   dilimpahkan)   atas   orang-orang yang beriman." (QS. Ali 'Imran:: 152) Allah   SWT   memaafkan   hal   itu.   Orang-orang   Muslim   kini   menghitung   jumlah korban     mereka    dan   mengubati     orang-orang     yang   terluka.   Rasulullah    saw bertanya     tentang    pamannya     Hamzah,     dan   ketika   beliau   mendapatinya      di tengah-tengah       sahabat   yang    gugur,   dan   orang-orang    kafir   telah  merosak jasadnya,     maka   beliau   berkata   dalam    keadaan    menangis:    "Tidak   akan   ada orang yang akan tertimpa sepertimu selama- lamanya." Kemudian Nabi saw berdiri dan memuji Allah SWT lalu beliau memerintahkan untuk mengembalikan orang-orang yang terbunuh dari kaum Muslim ke tempat asal   mereka     di  mana    mereka    terbunuh.  

 Saat   itu  keluarga    mereka    telah membawanya        ke   kuburan    kemudian    Nabi   saw   mengumpulkan       kedua    orang laki-laki dari pahlawan-pahlawan Uhud dalam satu pakaian dan beliau bertanya siapa    di  antara    keduanya     yang   paling   banyak    mengambil      manfaat    dari Al-Qur'an.     Jika   diisyaratkan    kepada     salah   satunya,    maka     beliau   akan mendahulukannya untuk dimasukkan dalam liang lahad. Rasulullah   saw   juga   memerintahkan   agar   mereka   dikebumikan   dengan   darah mereka     dan   beliau   pun   tidak  mensolati    mereka,    serta   tidak  memandikan mereka.     Allah   SWT   ingin   memperlihatkan      bagaimana     mereka    dibangkitkan pada hari kiamat lalu beliau bersabda: "Tiada seorang pun yang terluka di jalan Allah SWT kecuali Allah SWT membangkitkannya di hari kiamat dalam keadaan di   mana   Iukanya   akan   mengucur   darah.   Warna   itu   adalah   warna   darah   dan baunya seperti minyak misik." Bukanlah     penderitaan     yang   dalam    yang   merupakan      pelajaran    yang   harus dimengerti      kaum     Muslim     dari   peperangan      Uhud    sebagai     akibat   dari pembangkangan   mereka   dari   perintah   Rasul   saw   dan   ketidaktaatan   mereka kepadanya, tetapi wahyu juga menurunkan berbagai pelajaran yang lain yang dapat   dimanfaatkan.   Pelajaran   yang   terpenting   setelah   pelajaran   kesetiaan adalah penjelasan tentang sentral utama yang di situ kaum Muslim berkumpul. Peribadi Rasulullah saw bukanlah markas yang di situ kaum Muslim berkumpul yang ketika peribadi Rasulullah saw yang mulia pergi kerana satu dan lain hal, maka      orang-orang     Muslim    akan    pergi   dan   meninggalkan      beliau.    Tidak seharusnya      peribadi   Rasul   saw   menjadi    markas    atau   sentral   tetapi   yang menjadi   sentral   dari   semuanya   adalah   pemikiran   beliau.   Itulah   yang   paling penting.

Demikianlah bahawa Al-Qur'an al-Karim mencela orang-orang yang meletakkan senjatanya      ketika   tersebar   isu   terbunuhnya     Nabi   saw.    Islam   tidak  akan mencapai puncaknya ketika kaum Muslim berkumpul di sisi Rasulullah saw saat beliau   masih   hidup   namun   ketika   beliau   terbunuh   atau   mati,   maka   mereka murtad     di  mana    mereka     membuang      senjatanya     dan   pergi  mengurusi     diri mereka sendiri. Orang-orang Islam adalah orang- orang yang mengikuti prinsip bukan mengikuti peribadi. Muhammad bin Abdillah memang seorang pemimpin manusia   dan   Imam   para   rasul   dan   penutup   para   nabi,   dan   sebagai   makhluk Allah   SWT   yang   paling   mulia,   namun   ini   semua   tidak   membenarkan   bahawa seorang Muslim diperbolehkan untuk meletakkan senjatanya ketika Rasul saw wafat   atau   terbunuh.   Hendaklah   seorang   Muslim   memanggul   senjatanya   dan tidak membuang dari tangannya kecuali dalam dua keadaan: pertama ketika ia telah memperoleh kemenangan dan kedua ketika ia telah mati. Nas   Al-Qur'an   menjelaskan   secara   gamblang   hubungan   kaum   Muslim   dengan akidah Islam, bukan dengan peribadi sang Rasul saw. Allah SWT berfirman: "Muhammad   itu   tidak   lain   hanyalah   seorang   Rasul,   sungguh   telah   berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik   ke   belakang   (murtad)?   Barang   siapa   yang   berbalik   ke   belakang, maha ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (QS. Ali 'Imran: 144) Demikianlah bahawa peperangan Uhud telah membawa dampak yang luar biasa terhadap      kaum    Muslim,   utamanya      terhadap    Nabi   saw.   Orang-orang      yang terbunuh di perang Uhud adalah sahabat-sahabat yang paling mulia dan paling banyak imannya. Mereka adalah pilihan dari orang-orang Muslim yang pertama; mereka   memikul   beban   dakwah   di   saat-saat   yang   sulit   bahkan   mereka   harus berhadapan dan memusuhi kerabat mereka dan teman-teman mereka; mereka menjadi     terasing    saat  menyatakan      keislaman    mereka     sebelum    hijrah   dan sesudahnya; mereka telah menginfakkan harta; mereka berjuang di jalan Allah SWT; mereka telah bersabar dalam menanggung berbagai macam penderitaan, dan    ketika   datang    saat   yang   paling   berbahaya     dan   pasukan    Islam   telah terkepung di mana jiwa Rasul saw telah terancam, mereka justru mencurahkan darah   mereka   bagaikan   lautan   yang   menenggelamkan   orang-orang   kafir   dan mereka   mampu   melindungi   sang   Rasul   saw   dan   mengubah   jalan   peperangan serta menyelamatkan akidah tauhid. Peperangan   Uhud   bukanlah   pengorbanan   pertama   yang   dilakukan   oleh   kaum Muslim   dan   bukanlah   merupakan   peperangan   yang   terakhir.   Ia   adalah   satu peperangan di antara cukup banyak peperangan yang dilalui oleh Islam untuk menyebarkan         kalimat     Allah    SWT     di    muka     bumi     dan     membimbing hamba-hamba-Nya. Begitu juga pengorbanan Rasul saw, dan peperangan Uhud bukanlah     pengorbanan      yang   pertama     terhadap    Islam   dan   bukan    juga  yang terakhir. Rasulullah saw telah hidup setelah diutusnya kepada manusia di mana beliau telah memberikan semuanya untuk kehidupan dan untuk dakwah; beliau tidak   memiliki   dirinya   sendiri;   beliau   tidak   memboroskan   waktunya   dengan sia-sia    bahkan    beliau    beristirahat    sedikit   saja.  Semua     kehidupan      beliau diberikan kepada dakwah dan untuk Islam. Beliau menjalani berbagai macam peperangan dan beliau memikul berbagai macam penderitaan dan belum lama beliau lari dari suatu masalah kecuali beliau berhadapan dengan masalah yang baru   dan   lain;   belum   lama   beliau   menyelesaikan   suatu   krisis   kecuali   beliau menghadapi   krisis   yang   lain.   Demikianlah   kehidupan   sang   Nabi   saw   di   mana beliau    selalu   memberikan      kontribusi    dan   sumbangannya       demi   kepentingan agama Allah SWT. Silakan Anda mengamati kehidupan sang Rasul saw dari sudut manapun yang Anda   inginkan   nescaya   Anda   tidak   akan   menemukan   sudut   dari   sudut-sudut kehidupan beliau kecuali dimulai dan dipenuhi dengan pergelutan yang hebat.

Rasulullah     saw    telah   melalui    pergelutan     militer   dalam    berbagai     macam pertempuran        yang    silih  berganti    yang    beliau    lakukan.    Beliau    memulai pergelutan      politiknya    yang   terwujud     dalam    perundingan-perundingan          dan surat-surat   yang   beliau   kirimkan   kepada   penguasa   dan   para   raja   di   berbagai negara agar mereka memeluk Islam, bahkan beliau melakukan pergelutannya dalam   masalah      peribadi    di  rumah   tangga.    Rumah   tangga     beliau   pun   tidak kosong     dari  pergelutan.    Beliau   adalah    pejuang    sejati  dalam    setiap   waktu. Kalau kita mengenal Nabi Ibrahim sebagai seorang musafir di jalan Allah SWT, maka   Muhammad   bin   Abdillah   adalah   seorang   pejuang   di   jalan   Allah   SWT. Belum lama peperangan Uhud berakhir sehingga pengaruh-pengaruh buruknya berbekas   pada   kaum   Muslim.   Orang-orang   Arab   Badwi   mulai   berani   bersikap kurang     ajar   kepada    mereka,     demikian     juga   orang-orang     Yahudi,    apalagi orang-orang      munafik    dan   tidak   ketinggalan    orang-orang     Quraisy   pun   mulai menyudutkan kaum Muslim. Kemudian   datanglah   utusan   dari   kabilah   Arab   kepada   Rasul   saw   dan   mereka mengatakan       kepada     beliau   bahawa    mereka     mendengar      tentang    Islam   dan mereka   ingin   memeluknya,   maka   hendaklah   beliau   mengutus   kepada   mereka beberapa      dai   dan   mubaligh    untuk    mengajari     mereka    tentang    dasar-dasar agama.     

Nabi   saw   mengutus     bersama     mereka    sekelompok      para   dai   yang dipimpin oleh 'Ashim bin Tsabit. Ternyata orang-orang itu berkhianat atas para sahabat-sahabat yang berdakwah itu dan mereka pun dibunuh. Bahkan tiga di antara mereka ditawan dan dijual di Mekah. Dijualnya mereka di Mekah bererti mereka      diserahkan    pada    kelompok     orang-orang     Quraisy   yang   telah   lama menunggu   untuk   menangkap   kaum   Muslim.   Kaum   Quraisy   Mekah   membunuh tiga   tawanan   kaum   Muslim   itu.   Orang-orang   Muslim   sangat   sedih   mendengar dai-dai Allah SWT itu terbunuh dengan cara yang begitu tragis. Ketika    datang    kepada    Nabi  saw   orang-orang     yang   minta   pada   beliau   agar dikirim   utusan   dari   kalangan   mubaligh   untuk   menyebarkan   Islam   untuk   para kabilah kaum Najd, maka Nabi kali ini betul-betul mempertimbangkan antara kepentingan       menyebarkan      Islam    dan   perlindungan     terhadap     kehormatan manusia.      Lalu   beliau   memilih     untuk   kepentingan      dakwah     Islam.   Beliau menyedari   bahawa   beliau   mengutus   para   sahabatnya   dalam   bahaya;   beliau memberitahu   mereka   bahawa   mereka   akan   menghadapi   suatu   keadaan   yang misteri yang tiada mengetahuinya kecuali Allah SWT. Namun bahaya tersebut sudah menjadi bahagian dari cita rasa kehidupan yang selalu meliputi dakwah Islam. Ketika Nabi saw mengutarakan kekhuatirannya terhadap para sahabatnya yang bakal diutusnya di tengah kabilah itu, orang-orang yang meminta beliau untuk mengutus       para    sahabatnya     menyakinkan       beliau    bahawa     mereka      akan melindungi   sahabat   beliau.   Kemudian   Nabi   saw   memerintahkan   tujuh   puluh orang pilihan dari sahabatnya untuk pergi dan berjihad di jalan Allah SWT serta mengajak   manusia   untuk   mengikuti   Islam.   Lalu   pergilah   para   sahabat   yang kemudian   dikenal   dengan   sebutan   al-Qurra'   (yaitu   orang-orang   yang   pandai membaca Al-Qur'an dan menghafalnya). Mereka adalah para dai yang terbaik yang diutus Nabi di mana pada siang hari mereka memikul kayu bakar dan pada malam      hari  mereka     sibuk   dalam    keadaan    solat.   Ketika   datang    perintah Rasulullah saw kepada mereka untuk pergi dan berdakwah mereka pun pergi dalam   keadaan   gembira   kerana   mereka   diajak   untuk   berjihad   di   jalan   Allah SWT. Mereka melangkahkan kaki dengan mantap di tanah orang-orang munafik dan para pengkhianat sehingga mereka sampai di suatu sumur yang bernama sumur   Ma'unah.   Kemudian   mereka   mengutus   salah   seorang   di   antara   mereka untuk     menemui     pemimpin     orang-orang     kafir  di  negeri   itu.  Mubaligh    dari sahabat Rasulullah saw itu menyampaikan surat Nabi yang dibawanya di mana beliau mengharapkan agar masyarakat di situ masuk Islam, tetapi ia dikejutkan dengan adanya pisau yang menembus punggungnya. Mubaligh itu berteriak saat ia tersungkur: "sungguh aku beruntung demi Tuhan pemelihara Ka'bah.

Kemudian        pemimpin      orang-orang      kafir    itu   mengangkat       senjata     dan mengumpulkan   para   kabilah   untuk   memerangi   para   mubaligh   di   jalan   Allah SWT itu sehingga sahabat-sahabat terbaik yang berdakwah di jalan Allah SWT itu   pun   gugur   di   sumur   Ma'unah.   Jasad-jasad   mereka   menjadi   makanan   dari burung nasar dan burung-burung yang lain. Dari tujuh puluh orang yang dikirim itu    hanya    seorang    yang    selamat     yang    kembali     kepada    Nabi    saw.    Ia menceritakan apa yang dialami oleh fuqaha-fuqaha Muslimin di mana mereka dikhianati. Ketika mendengar berita tentang tragedi itu, Nabi sangat terpukul dan    sedih.   Kemudian      beliau   mengangkat      kepalanya     dan   berkata    kepada sahabat-sahabatnya:        "Sungguh     sahabat-sahabat      kalian   telah   terbunuh     dan mereka   telah   meminta   kepada   Tuhan   mereka.   Mereka   mengatakan,              Tuhan kami,   berikanlah   kami   ujian   sesuai   dengan   kehendak-Mu   dan   ridha-Mu.   Apa saja yang menjadi kepuasan-Mu kami pun akan merasakan kepuasan." Sungguh   penderitaan   yang   dialami   oleh   Islam   sangat   berat,   terutama   yang menimpa para sahabat yang gugur sebagai syahid di sumur Ma'unah. Nabi saw sangat     sedih   mendengar      sikap   orang-orang     Arab   dan   orang-    orang   kafir terhadap     Islam.   Mereka     telah  mengejek      dan   merendahkan      kaum     mukmin sampai pada batas ini. Kemudian beliau menetapkan akan kembali mengangkat kewibawaan Islam dengan tindak kekerasan. Dalam keadaan seperti ini, bergeraklah orang-orang Yahudi untuk membunuh Rasulullah     saw.    Pada    suatu    hari   beliau    pergi   ke    Bani   Nadhir    untuk menyelesaikan       suatu    urusan.   Kemudian      mula-mula     mereka     menampakkan persetujuan   atas   apa   yang   diucapkan   beliau.   Mereka   mendudukkan   Nabi   di bawah     naungan     benteng-benteng       mereka,    lalu  mereka    bersekongkol     untuk melenyapkan beliau; mereka menetapkan untuk melemparkan batu yang berat dari   atas   benteng     itu  saat  beliau   duduk    dan    tidak  membayangkan        akan terjadinya      kejahatan     yang     direncanakan      padanya.     Namun      Allah    SWT mengilhami       Rasul-Nya    akan   datangnya     bahaya    kepada     beliau,   lalu  beliau bangun   sebelum   pelaksanaan   tipu   daya   itu.   Lalu   beliau   segera   pergi   menuju rumahnya. Beliau berfikir saat beliau kembali ke rumahnya dengan membawa penderitaan      yang   baru.   Pembangkangan        dan   pengkhianatan     tersebut    tidak akan dapat berhenti kecuali setelah Islam menunjukkan taringnya. Islam ingin mengembalikan kewibawaannya dengan cara mengangkat senjata. Rasul saw mengutus utusan ke Bani Nadhir dan memerintahkan mereka untuk keluar dari Madinah, bahkan Rasul saw memberi waktu kepada mereka hanya sepuluh   hari.   Kemudian   orang-orang   munafik   yang   ada   di   Madinah   bersatu bersama     orang-orang     Yahudi   dan   mereka    sepakat   untuk    memerangi     Islam. Namun      ketika    berhadapan      dengan     Islam,   orang-orang     Yahudi    menelan kekalahan.  

Kemudian   turunlah   surah   al-Hasyr   yang   menyebutkan   pengusiran orang-orang      Yahudi   dan   menyingkap      kedok    orang-orang    munafik.    Setelah kemenangan yang meyakinkan ini, Rasul saw keluar bersama sahabatnya untuk membalas   kejadian   yang   menimpa   sahabat-sahabatnya   yang   dikenal   dengan al-Qurra'   itu.   Rasul   saw   ingin   mengembalikan   kewibawaan   Islam.   Kemudian pasukan   Rasul   saw   itu   mampu   membuat   para   pengkhianat   dari   orang-orang Arab    ketakutan.     Hanya   sekadar    mendengar      nama    pasukan    Muslim,    maka serigala-serigala gurun yang dulu bengis itu pun ketakutan laksana tikus-tikus yang   panik   yang   bersembunyi   di   bawah   lubang-lubang   gunung.   Orang-orang Quraisy mendengar kegiatan pasukan Islam. Pasukan Quraisy menarik diri saat mereka mendekati Dahran, sementara pasukan Muslim berada di Badar. Mereka menunggu        pertemuan      yang    disepakati     di   Uhud.    Orang-orang      Muslim menyala-kan api selama delapan hari sebagai bentuk tantangan dan menunggu kedatangan kaum kafir sehingga ketika mereka (kaum kafir) telah pergi, maka citra kaum Muslim pun terangkat setelah mereka menerima kepahitan dalam peperangan Uhud. Kaum      Muslim   menoleh     ke   arah   utara   jazirah   Arab   setelah    menetapkan kewibawaan       mereka    di  selatan.   Kabilah   di  sekitar  Daumatul    Jandal   dekat dengan Syam merampok di tengah jalan dan merampas kafilah yang berlalu di situ,   bahkan   kenekatan   mereka   sampai   pada   batas   di   mana   mereka   berfikir untuk   menyerbu   Madinah.   Oleh   kerana   itu,   Rasulullah   saw   keluar   bersama seribu orang Muslim yang mereka bersembunyi di waktu siang dan berjalan di waktu   malam,   sehingga   setelah   lima   belas   malam   beliau   sampai   ke   tempat yang     dekat   dengan     tempat     tinggal   musuh-musuh       mereka     lalu  mereka menggerebek   tempat        itu.  Pasukan   kafir  itu  dikejutkan    dengan    kedatangan kaum Muslim yang begitu cepat. Kita   akan   mengetahui   bahawa   alat   komunikasi   yang   dimiliki   oleh   Rasulullah saw   sangat   unggul   sebagaimana   alat   pertahanan   beliau   pun   sangat   unggul. Serangan mendadak yang dilakukan oleh pasukan Rasulullah saw menunjukkan bahawa mereka memiliki pertahanan yang luar biasa. Sistem pertahanan yang luar    biasa   sebagaimana      kedatangan      pasukan    yang    secara   tiba-tiba    itu menunjukkan kemampuan pasukan Islam untuk menyusup. Demikianlah,   terjadilah   hari-hari   pertempuran   militer.   Belum   lama   Nabi   saw meletakkan      baju   besinya,   dan   beliau   kembali    membangun       peribadi   kaum Muslim   sehingga   beliau   terpaksa   kembali   memakai   baju   besinya   dan   kembali berperang.   Ketika   musuh-musuh   Islam   yang   berada   di   sekelilingnya   melihat bahawa kemampuan militer mereka tidak dapat menandingi kemampuan kaum Muslim,   maka   mereka   sengaja   melakukan   cara-cara   baru   untuk   memerangi Islam.   Yaitu   peperangan   psikologi   atau   peperangan   urat   saraf   dengan   cara menyebarkan berbagai macam isu atau apa yang dinamakan Al-Qur'an al-Karim dengan      peristiwa    al-Ifik  (kebohongan).     

Setelah   peperangan      Bani   Musthaliq yaitu peperangan yang membawa kemenangan yang cepat bagi kaum Muslim, terjadilah   kesalahfahaman   dan   pertengkaran   di   antara   sahabat-sahabat   yang biasa   mengambil   air   di   mana   salah   seorang   mereka   berteriak:   "wahai   kaum Muhajirin," dan yang lain berteriak: "Wahai kaum Anshar." Peristiwa   yang   sangat   sepele   itu   dimanfaatkan   oleh   pemimpin   kaum   munafik yaitu Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai memprovokasi orang- orang Anshar untuk   menyerang   kaum   Muhajirin.   Ia   ingin   membangkitkan   luka-luka   jahiliah yang   lama   yang   telah   dibuang   dan   telah   dikubur   oleh   Islam,   Salah satu   yang dikatakan   oleh   Ibnu   Ubai   adalah,   "sungguh   mereka   telah   menyaingi   kita   dan mengambil       kebaikan     dari   dan   seandainya     kita   telah   kembali    ke   Madinah nescaya orang-orang yang mulai akan dapat mengusir orang-orang yang hina di dalamnya." Zaid   bin   Arqam   menyampaikan   kalimat   si   munafik   itu   kepada   Nabi   saw,   di mana      kalimat     itu  berisi   provokasi     terhadap      orang-orang      Anshar    untuk menyerang   kaum   Muhajirin.   Ubai   menginginkan   agar   mereka   berpecah   belah dan agar kesatuan mereka runtuh. Si Munafik itu segera datang kepada Rasul saw dan menafikan apa yang dikatakannya. Orang-orang Muslim secara lahiriah membenarkan perkataan si munafik itu dan mereka justru menuduh Zaid bin Arqam   salah   mendengar.   Tetapi   hakikat   peristiwa   itu   tidak   tersembunyi   dari Nabi     saw   sehingga    peristiwa    itu   sangat   menyedihkan       beliau.    Lalu  beliau mengeluarkan   perintah   agar   para   sahabat   pergi   ke   suatu   tempat   yang   tidak biasanya   mereka   lalui.   Kemudian   beliau   pergi   bersama   sahabat   di   hari   itu sampai waktu malam menyelimuti mereka. Dan kini, mereka memasuki waktu pagi.   Kepergian   yang   singkat   dan   tiba-tiba   itu   mampu   menepis   kebohongan yang   dirancang   oleh   si   Munafik,   Abdullah   bin   Ubai.   Yaitu   kebohongan   yang bertujuan   untuk  membakar   persatuan   kaum   Muslim   ketika   ia   berusaha   untuk menyalakan api di tengah-tengah rumah sang Nabi saw. Ketika   Nabi   masih   memiliki   kekuatan   yang   menakutkan   bagi   yang   mencuba melawannya, maka mereka pun melakukan berbagai penipuan dan, makar. Dan salah satu yang menjadi objek tipu daya itu adalah isteri beliau, yaitu Aisyah. Alkisah, Aisyah pada suatu hari pergi untuk memenuhi hajatnya lalu dilehernya terdapat     anting-anting.

 Setelah    ia  memenuhi      hajatnya,    anting-anting     itu terjatuh   dari   lehernya   dan   ia   tidak   mengetahui.   Ketika   Aisyah   kembali   dari kafilah yang telah siap-siap untuk pergi, ia kembali mencari kalungnya sampai ia menemukannya. Sementara itu orang-orang yang membawanya dalam tandu (haudaj) mengira Aisyah sudah berada di dalamnya. Mereka tidak ragu dalam hal itu kerana memang berat badan Aisyah sangat ringan. Pasukan   Nabi   berjalan   dan   membawa   tandu,   sedangkan   Aisyah   tidak   ada   di dalamnya. Aisyah kembali dan tidak mendapati pasukan di mana mereka telah pergi. Aisyah merasa hairan atas kepergian pasukan yang begitu cepat. Aisyah merasa     takut   saat   ia  berdiri  sendirian    di  padang    gurun.   Aisyah   berusaha bersikap baik, ia duduk di tempatnya di mana di situlah untanya duduk juga. Aisyah   melipat-lipat   pakaiannya   sambil   berkata   dalam   dirinya:   Mereka   akan mengetahui       bahawa     aku  tidak   ada   dan   kerana    itu  mereka    akan    kembali mencariku dan akan menemukan aku. Sementara      itu,  Sofwan     bin  Mu'athal   juga   tertinggal    kerana   ia  melakukan keperluannya. Ia berjalan dari arah yang jauh lalu ia melihat bayangan orang yang tidak begitu jelas. Sofwan mendekat dan tiba-tiba ia mengetahui bahawa ia sedang berdiri di hadapan Aisyah. Ia melihat Aisyah sebelum diwajibkannya perintah     memakai     hijab   (jilbab)  atas  isteri-isteri  Nabi.   Ketika   melihatnya, Sofwan berkata: "Sesungguhnya kita milik Allah SWT dan kepadanya kita akan kembali,... isteri Rasulullah Aisyah tidak menjawab. Sofwan mundur dan mendekatkan untanya kepadanya sambil berkata: "Silakan Anda   menaikinya."   Aisyah   pun   menaikinya.   Kemudian   Sofwan   membawanya pergi    dan   mencari     pasukan    yang   telah   meninggalkannya.       Sementara      itu, pasukan Nabi sedang beristirahat. Para sahabat mengira bahawa Aisyah masih berada dalam tandu. Tiba-tiba mereka terkejut ketika Aisyah datang kepada mereka bersama Sofwan yang menuntun untanya. Tokoh munafik Abdullah bin Ubai segera memanfaatkan kesempatan emas ini. Ia   membuat      kisah   bohong    yang   terkesan    menuduh     isteri  Nabi   melakukan pengkhianatan.       Abdullah    bin  Ubai   pandai    memilih    beberapa     sahabat    yang dikenalinya      sebagai     orang-orang     yang    mudah      percaya     dan    cenderung membenarkan   hal-hal   yang   bersifat   lahiriah,   atau   ia   mengetahui   bahawa   di antara   mereka   dan   Aisyah   terdapat   kedengkian   sehingga   mereka   suka   jika tersebar kebohongan yang berkenaan dengan Aisyah.

Demikianlah pemimpin munafik itu berhasil menjerat beberapa sahabat dalam tali   kebohongannya,      di  antaranya    Hasan   bin   Sabit.  Musthah,    dan   seorang wanita yang dipanggil Hamnah binti Jahasv. yaitu saudara perempuan Zainab binti Jahasy isteri Rasulullah saw. Ketiga orang itu tertipu dengan kebohongan tersebut    lalu  mereka     menyebarkannya       sehingga   orang-orang     yang   terjerat dalam kebohongan itu mengatakan apa saja yang mereka inginkan. Akhirnya. pasukan      pun   bergoncang      dengan    isu  itu.   Sementara     itu,   Aisyah   tidak mengetahui   sedikit   pun   tentang   hal   tersebut.   Isu   tersebut   bertujuan   untuk menjatuhkan   Islam   dan   melukai   perasaan   Rasullullah   saw   dan   itu   termasuk peperangan menentang Rasulullah saw dan ajaran yang dibawanya. Begitu juga ia   bertujuan    menunjukkan      bahawa     kaum    Muslim   tidak   konsekuen     dengan akidah    yang   mereka    yakini   dan   secara   tidak  langsung    ia  juga  menyerang kesucian rumah tangga Aisyah. Pasukan kembali ke Mekah dan Aisyah jatuh sakit, namun ia tidak mengetahui isu-isu   yang   dikatakan   tentang   dirinya.   Kemudian   Rasulullah   saw   mendengar hal itu sebagaimana ayahnya Abu Bakar dan ibunya pun mendengarnya, namun tak seorang pun di antara. mereka yang memberitahu Aisyah. Begitu juga Rasul saw tidak menceritakan peristiwa itu di hadapan Aisyah. Namun sikap beliau berubah di mana beliau tidak lagi menunjukkan perhatiannya seperti biasanya saat Aisyah sakit. Ketika beliau menemui Aisyah dan saat itu ibunya ada di situ, beliau berkata: "Bagaimana keadaanmu?" Beliau tidak lebih dari mengucapkan kata-kata     itu.  Ketika  Aisyah   melihat   perubahan     sikap   Rasul  saw,   ia  mulai marah. Pada suatu hari ia berkata pada Nabi: "Seandainya engkau mengizinkan aku, nescaya aku akan pindah ke tempat ibuku." Beliau menjawab: "Itu tidak ada masalah." Aisyah pun pindah ke tempat ibunya dan ia tidak mengetahui sama sekali apa yang sebenarnya terjadi padanya. Setelah melalui lebih dari dua puluh malam, Aisyah    sembuh     dari  sakitnya   dan   ia  pun   belum    mengetahui     hal-hal   yang dikatakan tentang dirinya. Umul mu'minin Aisyah menceritakan bagaimana ia mengetahui   isu   bohong   tersebut   dan   bagaimana   Allah   SWT   membebaskannya dari isu itu, ia berkata: "Kami    adalah    kaum    Arab   di  mana   kami    tidak  mengambil     di  rumah    kami tanggung      jawab    ini  yang   biasa   di  ambil   oleh   orang-orang     Ajam.    Kami membencinya.   Kami   keluar   untuk   menikmati   keluasan   kota.   Sementara   itu para   wanita   keluar   pada   setiap   malam   untuk   memenuhi   hajat   mereka.   Pada suatu malam, aku keluar bersama Ummu Musthah untuk memenuhi sebahagian keperluanku.   Lalu   ia   berkata:   "Tidakkah   kau   sudah   mendengar   suatu   berita wahai      puteri     Abu    Bakar?"     Aku    bertanya,      "berita    apa    itu?"    Lalu    ia memberitahukan           padaku     apa-apa      yang    dikatakan      oleh    para    penyebar kebohongan. Aku berkata: "Apa ini memang benar?" Ia menjawab: "Demi Allah, ini   benar-benar      terjadi."    Aisyah    berkata:    "Demi    Allah,   aku    tidak   mampu memenuhi        hajatku."     lalu   aku   pulang.     Demi    Allah,    aku   tetap    menangis sampai-sampai   aku   mengira   bahawa   tangisanku   akan   merosak   jantungku   dan aku berkata kepada ibuku, mudah-mudahan Allah SWT mengampunimu, banyak orang     berbicara    tentangku      namun     engkau    tidak   menceritakan       sedikit   pun kepadaku. Ia berkata: "Wahai anakku, sabarlah demi Allah jarang sekali wanita yang   baik   yang   dicintai   oleh   seorang   lelaki   yang   jika   ia   memiliki   isteri-isteri yang lain (madunya) kecuali wanita itu akan diterpa oleh berbagai isu." Aisyah   berkata:   "Rasulullah   saw   berdiri   dan   menyampaikan   pembicaraannya pada   mereka   dan   aku   tidak   mengetahui   hal   itu."   Beliau   memuji   Allah   SWT kemudian       berkata:    "Wahai    manusia,     bagaimana      keadaan     kaum     lelaki  yang menyakiti aku melalui keluar gaku dan mereka mengatakan sesuatu yang tidak benar. Demi Allah, aku tidak mengenal mereka kecuali dalam kebaikan. Lalu mereka   mengatakan   hal   itu   pada   seorang   lelaki   yang   aku   tidak   mengenalnya kecuali     dalam     kebaikan     di   mana     ia  tidak    memasuki      suatu    rumah     dari rumah-rumahku kecuali ia bersamaku." Kemudian   Rasulullah   saw   memanggil   Ali   bin   Abi   Thalib   dan   Usamah   bin   Zaid dan bermusyawarah dengan keduanya. Usamah hanya melontarkan pujian dan berkata:   "Ya   Rasulullah   aku   tidak   mengenal   isterimu   kecuali   dalam   kebaikan dan   berita   ini   hanya   kebohongan   dan   kebatilan,"   sedangkan   Ali   berkata:   'Ya Rasulullah masih banyak wanita yang lain yang dapat kau percaya." Kemudian Rasulullah   saw   memanggil   Burairah   dan   bertanya   kepadanya,   lalu   Ali   berdiri kepadanya   dan   memukulnya   dengan   keras   sambil   berkata:   "Jujurlah   kepada Rasulullah   saw,"   lalu   wanita   itu   berkata:   "Demi   Allah,   aku   tidak   mengetahui kecuali kebaikan. Aku tidak pernah mencela Aisyah kecuali pada suatu waktu aku     sedang     membikin       adunan     roti   lalu    aku    memerintahkannya          untuk menjaganya   namun   Aisyah   tertidur   dan   datanglah   kambing   lalu   adunan   itu dimakan olehnya." Aisyah berkata: "Kemudian datanglah kepadaku Rasulullah saw dan saat tu aku bersama       kedua    orang    tuaku    dan   seorang     wanita    dari   kaum    Anshar.    Aku menangis       dan   wanita    itu  pun    turut   menangis.     Rasulullah     saw   duduk    lalu memuji Allah SWT dan berkata: "Wahai Aisyah, sungguh kamu telah mendengar sendiri    apa   yang   dikatakan   orang-orang   tentang   dirimu,   maka   bertakwalah kepada   Allah   SWT   dan   jika   engkau   telah   melakukan   keburukan   seperti   yang diucapkan      orang-orang     itu,  maka    bertaubatlah     kepada    Allah   SWT    kerana sesungguhnya       Allah  SWT    menerima     taubat    dari  hamba-hamba-Nya."        Aisyah berkata,     "demi   Allah,   itu  tidak   lain  hanya    kebohongan     yang    dialamatkan kepadaku sehingga membuat air mataku kering. Aku sama sekali tidak seperti yang     mereka     katakan,"    lalu   aku    menunggu      kedua    orang    tuaku    untuk mengatakan       tentang   diriku   namun    mereka   justru    terdiam.   Aisyah    berkata, "demi Allah aku merasa sebagai seorang yang hina yang tidak layak diturunkan Al-Qur'an dari Allah SWT berkenaan denganku, tetapi aku hanya berharap agar Nabi    saw   melihat    kebohongan     yang   dialamatkan     kepadaku     itu  sehingga    ia memastikan terbebasnya aku darinya." Aisyah   berkata:   "Ketika   aku   tidak   melihat   kedua   orang   tuaku   berbicara   aku berkata     kepada     mereka     tidakkah    kalian   menjawab       apa   yang   dikatakan Rasulullah saw?" Mereka berkata: "Demi Allah kami tidak mengetahui apa yang harus    kami   jawab."    Aku   mengetahui     bahawa     aku   bebas   dari  tuduhan     itu. Tiba-tiba   Rasulullah   saw   mengusap   keringat   dari   wajahnya   sambil   berkata: "Bergembiralah        wahai     Aisyah    kerana     sesungguhnya       Allah    SWT     telah menurunkan ayat yang membebaskan kamu dari tuduhan itu," lalu aku berkata: "Segala   puji   bagi   Allah   SWT."   Kemudian   beliau   keluar   menemui para   sahabat dan membacakan kepada mereka ayat berikut ini: "Sesungguhnya   orang-orang   yang   membawa   berita   bohong   itu   adalah   dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi   kamu.   Tiap-tiap   seseorang   dari   mereka   mendapat   balasan   dari   dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu, maka baginya azab yang besar. " (QS. an-Nur: 11) Jibril   turun   kepada   Nabi   saw   untuk   menyampaikan   terbebasnya   Aisyah   dari segala tuduhan yang ditujukan kepadanya. Dan gagallah peperangan psikologi menentang        kaum      Muslim     dan    rumah      tangga     Rasulullah     saw,     dan kelompok-kelompok   kafir   meyakini   bahawa   mereka   harus   menggunakan   cara baru lagi untuk menentang Islam. Kemudian Rasulullah saw kembali memasuki pergelutan menentang peperangan fizik. Peperangan Khandaq termasuk contoh peperangan       fizik  yang   dilakukan   oleh   Rasulullah    saw.   Orang-orang     Yahudi menyerahkan urusan mereka kepada kaum musyrik, dan Dimulailah rangkaian persekongkolan         dan    sumpah      di    antara     tokoh-     tokoh    Yahudi      dan pemimpin-pemimpin kaum musyrik, bahkan pendeta- pendeta Yahudi berfatwa bahawa   agama   Quraisy   yang   disimbolkan   dengan   penyembahan   berhala   lebih baik   daripada   agama   Muhammad   yang   penyembahan   hanya   layak   ditujukan kepada Tuhan Yang Esa sebagaimana tradisi jahiliah lebih baik daripada ajaran Al-Qur'an. Politik kaum Yahudi berhasil menyatukan kelompok-kelompok orang kafir dan mengerahkannya         untuk   menentang      kaum    Muslim.    Kemudian     mereka     akan menyerang Madinah dengan jumlah kekuatan sepuluh ribu tentera. Akhirnya, berita    itu   sampai    ke  Nabi    saw.   Beliau   tidak   hairan    ketika   mendengar orang-orang   Yahudi   bersatu   -   padahal   mereka   mempunyai   asas   agama   yang menyeru   kepada   tauhid   -   bersama   kaum   musyrik   menentang   agama   tauhid. Nabi saw mengetahui bahawa perjanjian telah lama membelenggu orang-orang Yahudi sehingga hati mereka menjadi keras dan hari telah menjauhkan antara mereka dan sumber yang jernih yang dipancarkan oleh Musa. Akhirnya, mereka menjadi      buah   yang   rosak   yang    kulitnya   bergambar     tauhid    namun    isinya bergambar kepahitan syirik. Dan yang lebih penting dari itu adalah kesamaan kepentingan kaum Yahudi dan kaum musyrik. Nabi    saw    menyedari     bahawa     beliau   sekarang    menghadapi      ancaman      dan pasukan   yang   besar.   Pertempuran   secara   terbuka   tidak   memberi   keuntungan bagi Muslimin. Beliau mulai berfikir bagaimana cara mempertahankan Madinah tanpa harus keluar darinya. Kali ini taktik militernya berubah di mana sebelum itu    beliau    keluar    dari    Madinah     dan     menjauhinya      serta    menyerang kelompok-kelompok         yang    berencana     menyerbu      Madinah.    Kali   ini  bentuk ancaman      berbeza    dan    tentu   fikiran  Nabi   pun   berubah     kerana   mengikuti perbezaan ancaman itu. Kemudian   beliau   mengadakan   pertemuan   militer   bersama   para   tenteranya. Beliau      ingin    mendengar       berbagai     usulan     tentang     bagaimana       cara mempertahankan         Madinah.     Lalu   Salman    al-Farisi   mengusulkan      agar   Nabi menggali suatu parit yang dalam di sekeliling Madinah yaitu parit yang seperti bendungan alami yang dapat menahan laju banjir yang ingin maju, suatu parit yang pasukan berkuda tidak akan mampu melewatinya dan kaum Muslim dapat mempertahankan   diri   dari   belakangnya.   Mula-   mula   usulan   itu   terkesan   agak mustahil diwujudkan namun pada akhirnya Nabi menyetujui usulan Salman itu. Melalui   sensifitas   militernya   yang   mengagumkan,   beliau   mengetahui   bahawa situasi   cukup   genting   dan   kerananya   ia   menuntut   usaha   keras   untuk   dapat melaluinya.   Nabi   saw   memerintahkan   para   sahabat   untuk   menggali   parit   di sekitar Madinah. Pekerjaan itu sangat berat dan saat itu musim dingin di mana udara   sangat   dingin.   Di   samping   itu,   kaum   Muslim   sedang   mengalami   krisis

ekonomi yang mengancam Madinah, meskipun demikian, penggalian parti tetap dilaksanakan,   bahkan   Rasulullah   saw   terjun   langsung   untuk   membuat   galian dan memikul tanah. Kaum      Muslim    dengan     semangat      yang   luar   biasa    dapat    menyelesaikan penggalian parit itu meskipun kehidupan sangat keras dan mereka merasakan kelaparan   kerana   kekurangan   harta.       Namun   semangat   pasukan   Islam   tetap meninggi. Mereka percaya akan datangnya kemenangan dan pertolongan dari Allah SWT. Allah SWT berfirman: "Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu,   mereka   berkata:   'lnilah   yang   dijanjikan   Allah   dan   Rasul-Nya   kepada kita.'   Dan   benarlah   Allah   dan   Rasul-Nya.   Dan   yang   demikian   itu   tidaklah menambah   kepada   mereka   kecuali   iman   dan   ketundukan."   (QS.   al-Ahzab: 22) Pasukan     Quraisy   mulai   mendekati     Madinah     dan  tiba-tiba   Madinah    berubah menjadi   jazirah   cinta   di   tengah-tengah   lautan   kebencian,   lautan   itu   mulai menghentam jazirah dan berusaha menenggelamkannya dari dalam. Kemudian berteburanlah panah-panah kaum Muslim untuk menghalau pasukan kafir yang cukup   banyak.   Pasukan   kafir   mulai   berputar-putar   di   sekeliling   parit   dalam keadaan bingung: apa gerangan yang telah dilakukan pasukan Islam, bagaimana mereka dapat menggali parit ini? Kuda-kuda   musuh   berusaha   melalui   parit   itu   namun   pasukan   Muslim   segera menyerangnya.        Demikianlah      peperangan      Ahzab    terus   berlangsung.     Pada hakikatnya      ia  adalah   peperangan      urat   saraf.  Pasukan    musuh     mengepung Madinah selama tiga minggu di mana serangan demi serangan terus dilakukan sepanjang   siang   dan   mata   mereka   tetap   terjaga   sepanjang   malam.   Bahkan saking   dahsyatnya   pertempuran   itu   sehingga   kaum   Muslim   tidak   mengetahui apakah   pasukan   musuh   berhasil   menduduki   Madinah   atau   tidak,   dan   apakah para    musuh     berhasil   menembus      lubang   yang    mereka    bangun?    Allah   SWT menggambarkan keadaan peperangan Ahzab dalam firman-Nya: "(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak   tetap  lagi   penglihatan(mu) dan   hatimu   naik menyesak sampai

ke      tenggorokan       dan     kamu      menyangka        terhadap      Allah    dengan bermacam-macam   persangkaan.   Di   situlah   diuji   orang-   orang   mukmin   dan digoncangkan       hatinya    dengan    goncangan      yang   dahsyat."    (QS.   al-Ahzab: 10-11) Keadaan semakin buruk di mana orang-orang Yahudi membatalkan perjanjian mereka      dengan    kaum     Muslim    dan   mereka     bergabung     dengan    al-Ahzab. Demikianlah      Bani   Quraizhah    membatalkan      perjanjiannya     dan   mereka    lupa terhadap     pengkhianatan      bani   Nadhir   dan   pembalasan     Nabi   saw   terhadap mereka. Setiap hari keadaan semakin buruk. Kaum Muslim benar-benar mengalami ujian yang berat di mana fikiran mereka benar-benar       kacau.   Ketika    keadaan     mencapai     puncaknya      kaum    Muslim bertanya kepada Rasul saw, "apa yang harus mereka katakan?" Rasulullah saw memberitahu   agar   mereka   mengatakan:   "Ya   Allah,   kalahkanlah   mereka   dan tolonglah kami untuk mengatasi mereka." Doa     tersebut    keluar   dari   mulut-mulut      kaum    yang    telah   melaksanakan kewajipan      mereka    dan  telah   membuat     mukjizat    mereka    dalam   menghalau serangan. Jadi, mereka tidak memiliki apa-apa selain doa dan Allah SWT lah Yang Maha Mendengar permintaan hamba-Nya dan Dia yang mengabulkannya. Dia mengetahui orang yang melaksanakan kewajipannya dan akan mengabulkan orang yang berdoa. Akhirnya,     kaum     Muslim    benar-benar      mendapatkan       rahmat     Allah   SWT. Kemudian      perjalanan    pertempuran      bergerak    dengan    cara   yang   tidak  bisa difahami. Para penyerang menyedari bahawa mereka sebenarnya telah kalah di mana   mereka   telah   menyerang   selama   tiga   pekan   namun   serangan   tersebut tidak   memberikan   hasil   apa   pun.   Mereka   telah   mencurahkan   berbagai   upaya namun tanpa memberikan hasil yang diharapkan dan boleh jadi mereka akan tetap begini selama tiga tahun. Kemudian datanglah suatu malam di mana kaum Muslim belum pernah melihat malam   segelap   itu   dan   angin   sekencang   itu,   bahkan   saking   kerasnya   angin sampai-sampai suaranya laksana halilintar. Bahkan saking gelapnya malam itu sehingga tak seorang pun di antara umat Islam yang mampu melihat jari-jari tangannya      atau   berdiri   dari   tempatnya     kerana    saking   dinginnya    cuaca. Kemudian Nabi saw datang menemui Hudaifah bin Yaman. Beliau tidak mampu melihatnya meskipun beliau berdiri di sebelahnya. Nabi saw bertanya: "Siapa ini?" Hudaifah menjawab: "Aku adalah Hudaifah." Nabi saw berkata: "Oh, kamu Hudaifah."   Hudaifah   tetap   tinggal   di   tempatnya   kerana   ia   khawatir   jika   ia berdiri ia akan tidak mampu kerana saking dinginnya dan akan menabrak Rasul saw.    Rasul   saw   berkata    kepada    Hudaifah,    "Aku   kehilangan    berita   penting tentang keadaan kaum yang menyerang kita." Hudaifah sebagai mata-mata dari pasukan Islam merasakan ketakutan di mana ia tidak mampu menahan cuaca yang begitu dingin, lalu bagaimana ia dapat berdiri    dan   keluar   dari   Madinah    menuju     ke   tempat    pasukan    musuh     dan menyusup   di   tengah   barisan   mereka   lalu   kembali   kepada   Nabi   saw   dengan membawa   berita   tentang   mereka.   Hudaifah   bangkit   dari   tempatnya   ketika Nabi   saw   selesai   dari   pembicaraannya.   Nabi   saw   memberikan   doa   kebaikan kepadanya.   Hudaifah   pun   pergi       dan   kehangatan   keimanannya   mengalahkan kegelapan malam dan kedinginan cuaca. Ia keluar dari Madinah dan menyusup di   tengah-tengah   pasukan   musuh. 

Nabi   saw  memerintahkannya   untuk   tidak melakukan   tindakan   apa   pun   selain   mendapatkan   berita   dan   kembali.   Inilah tugas   utamanya.   Hudaifah   sampai   di   tengah-tengah   musuh.   Mereka   berusaha menyalakan   api   namun   angin   segera   mematikannya   sebelum   menyala   dan   di dekat     api  itu  terdapat    seorang    lelaki   yang   berdiri   sambil   menghulurkan tangannya   ke   arah   api   dengan   maksud   untuk   menghangatkannya.   Lelaki   itu adalah pemimpin kaum musyrik yaitu Abu Sofyan. Melihat itu, Hudaifah segera memasang anak panah pada busur yang dibawanya dan ia ingin memanahnya. Seandainya ia berhasil membunuhnya, maka kaum Muslim dapat merasa tenang dengannya, namun ia ingat pesan Rasulullah saw kepadanya   agar   ia   tidak   melakukan   tindakan   apa   pun.   Kemudian   ia   kembali meletakkan anak panahnya dan menyembunyikannya. Abu     Sofyan    berkata:    "Wahai    orang-orang     Quraisy    situasi   saat   ini  tidak menguntungkan bagi kalian, maka pergilah kalian kerana aku pun akan pergi." Abu   Sofyan   melompat   ke   atas   untanya   lalu   mendudukinya   dan   memukulnya sehingga unta itu bangkit. Hudaifah kembali menemui Rasulullah saw dengan membawa berita mundurnya pasukan   Ahzab   dan   gagalnya   serangan   mereka.   Ketika   mendengar   peristiwa penarikan mundur pasukan musuh, Rasulullah saw berkata: "Sekarang kita akan menyerang       mereka    dan   mereka     tidak  akan    menyerang     kita."  Belum    lama pasukan   Ahzab   kembali   ke   negerinya   dengan   tangan   hampa   sehingga   beliau keluar    dari   Madinah     bersama     pasukannya     menuju     ke   kaum    Yahudi    Bani Quraizhah.      Orang-orang     Yahudi    itu  telah  mengkhianati      perjanjian    mereka bersama Nabi saw.

Mereka menipu Islam di saat-saat genting. Oleh kerana itu, mereka harus membayar biaya pengkhianatan mereka sekarang. Nabi   saw   memerintahkan   agar   para   sahabat   tidak   melaksanakan   solat   Ashar kecuali di Bani Quraizhah. Kaum Muslim memahami bahawa perintah tersebut bererti    mereka    akan   menerobos      benteng    kaum    Yahudi   sebelum     matahari tenggelam. Orang-orang Yahudi menelan kekalahan pahit lalu mereka datang kepada Sa'ad bin Mu'ad agar ia memutuskan perkara mereka. Sa'ad adalah pemimpin kaum Aus    dan   kaum   Aus   adalah   sekutu    orang-orang    Yahudi    Quraizhah    di  masa jahiliah.    Kaum    Yahudi    mengharap      bahawa    mereka     dapat    memanfaatkan hubungan      yang   terjalin  selama    ini  sebagaimana     kaum    Aus  membayangkan bahawa   tokoh   mereka   akan   memberikan   keringanan   terhadap   sekutu-sekutu mereka. Sa'ad ketika itu terluka dan ia sedang dirawat di khemahnya kerana terkena     panah    kauni   Ahzab.    Sebahagian     kaumnya     membujuknya       agar   ia bersikap     baik  terhadap     orang-   orang   Yahudi,    sekutu-sekutu    mereka,     dan orang-orang Yahudi   membujuknya   agar   ia   bersikap   lembut   terhadap   mereka.   Kemudian Sa'ad mengatakan penyataannya yang terkenal: "Telah tiba waktunya bagi Sa'ad untuk memutuskan hukum sesuai dengan kehendak Allah tanpa peduli dengan celaan     para   pencela."   Sa'ad   memutuskan      agar   kaum    lelaki  dibunuh     dan keturunannya       ditawan    serta  harta-harta    mereka    dibagi-bagikan.     Nabi   pun menyetujui   keputusan   tegas   Sa'ad   itu.   Beliau   berkata   kepadanya:   "Sungguh engkau   telah   memutuskan   kepada   mereka   dengan   keputusan   Allah   SWT   dari tujuh langit." Sa'ad   mengetahui   bahawa   perantaraan,   permohonan,   harapan,   dan   menjaga berbagai pertimbangan lazim selayaknya berada di suatu genggaman, dan masa depan   Islam   berada   di   genggaman   yang   lain.   Yahudi   Bani   Quraizhah   adalah penyebab berkecamuknya peperangan Ahzab dan sumpah mereka dan berbagai tipu daya mereka berusaha untuk memblokade Islam dan menghancurkannya. Oleh kerana itu, kini telah tiba saatnya untuk mencabut pohon-pohon beracun dari akarnya tanpa memperdulikan kasih sayang. Demikianlah      kaum     Yahudi    dibersihkan    dari   Madinah.    Nabi    saw   kembali melanjutkan       pergelutannya.      Puncak     dari   perjuangan     politiknya    adalah perjanjian     yang    beliau   lakukan   bersama     orang-orang     Quraisy.    Nabi   saw berjalan   untuk   melaksanakan   umrah   dan   mengunjungi   Baitul   Haram.

 Beliau keluar bersama seribu empat ratus kaum lelaki yang bertujuan untuk berziarah ke    Baitul   Haram    guna    melaksanakan      umrah.     Ketika   mereka     sampai    di Hudaibiyah pinggiran kota Mekah, tiba-tiba unta yang ditunggangi Nabi duduk dan ia tidak mahu melangkah menuju Mekah. Melihat itu para sahabat berkata: "Oh unta itu malas." Nabi saw berkata: "Tidak Demikian namun ia ditahan oleh Zat   yang   menahan     laju  gajah   menuju    Mekah.    Sungguh    jika  hari  ini  orang Quraisy membuat suatu rencana dan mereka meminta agar aku menyambung tali silaturahmi nescaya aku akan menyetujuinya." Nabi saw memerintahkan para sahabat agar tetap tinggal di Hudaibiyah. Kaum Muslim beristirahat di sana dengan harapan mereka dapat memasuki Mekah di waktu     pagi.  Peristiwa    itu  bertepatan    dengan    bulan    Haram.    Mekah    telah menetapkan       agar   tak  seorang   pun   dari  kaum    Muslim   dapat    memasukinya. Semua     kaum    Quraisy   telah  keluar   untuk   memerangi      kaum   Muslim.    Mereka mengutus   utusan-utusan   kepada   Nabi   saw   lalu   beliau   memberitahu   mereka bahawa   beliau   tidak   datang   untuk   berperang   namun   beliau   ingin   melakukan umrah sebagai bentuk pujian dan syukur kepada Allah SWT dan mengagumkan kemuliaan      rumah-Nya      yang    suci.   Mekah    menetapkan       untuk    melakukan perjanjian   bersama   kaum   Muslim   di   mana   mereka   menginginkan   agar   jangan sampai   kaum   Muslim   memasuki   Baitul   Haram   pada   tahun   ini   kecuali   setelah mereka kembali pada tahun depan. Datanglah     juru   runding   kaum    Quraisy    lalu  Rasul  saw   menyambutnya        dan mendengarkan         ia  menyampaikan        syarat-syarat     perjanjian    yang    intinya pelaksanaan      perdamaian     dan   penarikan    mundur    pasukan    Muslim.   Nabi   saw menyetujui       semua     syarat-syarat     perjanjian    meskipun      tampak     bahawa perjanjian tersebut tidak menguntungkan kaum Muslim di mana itu dianggap sebagai titik kemunduran politik dan militer kaum Muslim, dan yang menambah kebingungan       kaum    Muslim    adalah    bahawa     Rasul   saw    tidak   melibatkan seseorang pun dari kalangan sahabatnya untuk bermusyawarah dalam hal ini. Tidak   biasanya   beliau   bersikap   demikian.   Para   sahabat   menyaksikan   beliau pergi menemui kaum musyrik dan bersikap sangat lembut kepada mereka, dan beliau tidak kembali kecuali membawa berita persetujuan dengan perjanjian yang ditandatangani orang-orang musyrik, dan beliau pun membubuhkan tanda tangan di atasnya. Para    sahabat   bergerak    untuk   menentang      Rasulullah   saw.   Mereka    bertanya kepada     beliau,   "bukankah    engkau    utusan   Allah   SWT?   Bukankah     kita  kaum Muslim?      Bukankah      musuh-musuh        kita   kaum     musyrik?"     Nabi    saw    hanya mengiyakan        pertanyaan-pertanyaan          tersebut.    Umar     bin    Khatab    kembali bertanya: "Mengapa kita harus menerima penghinaan dalam agama kita?" Umar ingin mengungkapkan sesuai dengan bahasa kita saat ini, "mengapa kita harus mundur       kalau   kita   berada     di  atas   kebenaran?      Mengapa      kita   menerima syarat-syarat   perjanjian   yang   justru   menguntungkan   kaum   musyrik?   Apakah kita takut terhadap mereka?" Mendengar       berbagai    protes    yang   disampaikan      para   sahabatnya,     Rasul   saw justru menyampaikan jawapan yang unik bagi mereka di mana beliau berkata: "Aku adalah hamba Allah SWT dan Rasul-Nya dan aku tidak mungkin menentang perintah-Nya   dan   Dia   tidak   mungkin   akan   menyia-   nyiakan   aku."   Makna   dari kalimat     beliau   adalah,    "taatilah   apa   yang    telah   aku   lakukan    tanpa    perlu memperdebatkannya dan hendaklah kalian sedikit bersabar." Perjalanan   hari   menetapkan   bahawa   perjanjian   yang   menimbulkan   pro   dan kontra     di  tengah-tengah      sahabat    itu  justru   membawa       kemenangan       politik paling   gemilang   yang   pernah   dicapai   oleh   umat   Islam.   Kemenangan   tersebut diperoleh   sebagai   hasil   dari   kebijaksanaan   sang   Nabi   saw   yang   mengalahkan kelihaian     politik   kaum    Quraisy.    Kaum     Quraisy    telah   memfokuskan       semua kelihaian-nya   agar   kaum   Muslim   kembali   ke   tempat   mereka   tanpa   memasuki Masjidil    Haram     pada    tahun    ini,  namun     hikmah     Nabi   saw    justru   mampu mencapai       pengelihatan      yang   tidak   dapat    dijangkau     oleh   kaum     itu  yang berkenaan       dengan    masa    depan.    Jika   saat   ini  perjanjian    tersebut    tampak membawa   kekalahan   bagi   kaum   Muslim,   maka   setelah   berlangsung   beberapa bulan ia justru mendatangkan kemenangan yang spektakuler. Suhail bin Amr adalah wakil dari delegasi kaum Quraisy dan Ali bin Abi Thalib adalah   juru   tulis   dalam   perjanjian   itu   dari   pihak   Nabi   saw.   Rasulullah   saw berkata kepada Ali: "Tulislah dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."   Utusan   Quraisy   berkata,   aku   tidak   mengenal   ini.   Tapi   tulislah dengan      nama-Mu,      ya  Allah.   Rasulullah     saw   berkata    kepada     Ali:  "Dengan nama-Mu, ya Allah." Sikap keras kepala utusan Quraisy itu tidak bererti sama sekali kerana tidak ada perbezaan yang mencolok antara dengan namamu Allah dan dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang selain niat si pembicara. Nabi saw berkata kepada Ali: "Ini adalah perundingan antara Muhammad saw utusan   Allah   dan   Suhail   bin   Amr."   Mendengar   itu   dengan   nada   menentang Suhail bin Amr berkata: "Seandainya aku bersaksi bahawa engkau adalah utusan Allah niscaya aku tidak akan memerangimu, tetapi tulislah namamu dan nama ayahmu."      Nabi    berkata    kepada     Ali   tulislah:  "Inilah   kesepakatan      antara Muhammad bin Abdillah dan Suhail bin Amr." Tampaknya   itu   adalah   kemunduran   yang   kedua   dan   dengan   pandangan   yang sekilas tampak menjatuhkan kaum Muslim tetapi Nabi saw ingin mewujudkan suatu tujuan yang penting yaitu tujuan yang belum terungkap saat itu. Alhasil, semuanya   terjadi   dengan   ilham   dari   Allah   SWT. 

 Ali   kembali   menulis   bahawa Muhammad         bin  Abdillah    dan    Suhail   bin   Amr    sama-sama      sepakat    untuk menghentikan         peperangan      selama     sepuluh     tahun     di   mana     hendaklah masing-masing        mereka     memberikan      keamanan       terhadap    sesama     mereka. Namun jika terdapat di antara orang-orang Quraisy seseorang yang masuk Islam lalu   ia   datang   kepada   Muhammad   saw   tanpa   izin   walinya   hendaklah   kaum Muslim   mengembalikannya   kepada   kaum   Quraisy.   Sebaliknya,   jika   ada   orang yang   murtad   dari   sahabat   Muhammad   saw,   maka   tidak   ada   keharusan   bagi orang Quraisy untuk mengembalikannya kepada Nabi. Syarat tersebut sangat menyakitkan kaum Muslim. Tampak bahawa orang-orang Quraisy   memaksakan   kehendaknya   dalam   syarat-syarat   perjanjian   yang   tidak adil   itu.   Ali   melanjutkan   tulisannya,   hendaklah   Nabi   saw   pulang   dari   Mekah pada tahun ini dan tidak memasukinya dan jika pada tahun depan orang-orang Quraisy keluar darinya, maka beliau dapat memasukinya untuk melaksanakan umrah      selama    tiga   hari  dan    setelah   itu   beliau   harus    meninggalkannya. Pensyaratan        tersebut     sangat    merugikan       kaum     Muslim     dan     terkesan membingungkan. Di tengah-tengah perjanjian tersebut terjadi suatu peristiwa yang menambah penderitaan dan kebingungan Muslimin di mana anak dari juru runding Quraisy meminta       perlindungan     kepada     kaum    Muslim.     Ia  masuk    Islam    dan   ingin bergabung      dengan     kelompok     Islam   namun    ayahnya,     Suhail   segera   bangkit menyusulnya   bahkan   memukulnya   dan   mengembalikannya   kepada   kaumnya. Orang   Mukalaf   itu   segera   berteriak   dan   meminta   pertolongan   kepada   kaum Muslim agar mereka menyelamatkannya dari kejahatan kaum Quraisy sehingga mereka tidak mengubah agamanya. Rasulullah saw berbicara kepadanya dan meminta kepadanya untuk bersabar   dan   tegar   dalam   menanggung   penderitaan   kerana   Allah   SWT   akan menjadikannya        dan    orang-orang     yang   sepertinya     suatu   jalan   keluar    dan kelapangan. Nabi    memahamkannya          bahawa     beliau   telah   mengadakan      suatu    perjanjian dengan      kaum    Quraisy   dan   bahawa     kaum     Muslim    tidak  mungkin     melanggar perjanjian mereka.

 Akhirnya,   anak   Muslim   itu   dikembalikan   ke   Mekah   dalam   keadaan   terseksa. Kemudian   Selesailah   penandatanganan   perjanjian   antara   pihak   kaum   Muslim dan pihak kaum musyrik. Setelah penandatanganan perjanjian itu, Rasulullah saw   memerintahkan   para   sahabatnya   agar   mereka   memotong   haiwan   korban dan   mencukur   rambut   mereka   (tahalul)   dari   umrah   mereka   dan   kembali   ke Madinah. Namun tak seorang pun bangkit menyambut perintah tersebut, lalu beliau mengulangi perintahnya ketiga kali. Di tengah-tengah kaum Muslim yang tampak membisu kerana ketegangan dan kesedihan, beliau menyembelih unta dan memanggil tukang cukurnya untuk mencukur rambutnya dan beliau tidak berbicara dengan seorang pun. Ketika para sahabat mengetahui bahawa Nabi saw     tampak     marah     dan   telah    mendahului      mereka     dengan     tahalul    dari umrahnya,   maka   mereka   bangkit   untuk   menyembelih   korban   dan   memotong rambut mereka. Perjalanan hari menunjukkan bahawa perundingan tersebut tidak seperti yang dibayangkan   oleh   kaum   Muslim. 

0 comments:

Posting Komentar