Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Selasa, 20 Mei 2025

Kisah Nabi Muhammad Saw bag 5

 Ia   justru   membawa   kemenangan   dan   bukan kekalahan.   Persatuan   kaum   kafir   di   jazirah   Arab   mulai   runtuh   sejak   mereka menandatangani         perjanjian    itu.  Kaum    Quraisy    di  anggap    sebagai    pimpinan kaum   kafir  dan   pembawa   bendera   penentangan   terhadap   Islam,   maka   ketika tersebar     berita   perjanjian    mereka     bersama     kaum    Muslim,    maka    padamlah fitnah-fitnah kaum munafik yang bekerja untuk mereka dan bercerai-berailah kabilah-kabilah penyembah patung di penjuru jazirah. Saat aktiviti kaum Quraisy terhenti, maka kaum Muslim mengalami peningkatan aktiviti   di   mana   mereka   berhasil   menarik   orang-orang   yang   masih   memiliki kemampuan          untuk     melihat     kebenaran.      Sejak     dua    tahun     dari    masa penandatanganan   perjanjian   itu   jumlah   penganut   Islam   semakin   bertambah lebih   dari   jumlah   sebelumnya.   Bukti   dari   itu   adalah,   bahawa   saat   Rasul   saw keluar ke Hudaibiyah beliau ditemani dengan seribu empat ratus Muslim namun ketika beliau keluar pada tahun penaklukan kota Mekah beliau disertai dengan sepuluh ribu Muslim. Penaklukan kota Mekah terjadi setelah dua tahun dari perundingan tersebut. Penambahan        jumlah     kaum    Muslim    yang   luar   biasa   ini  adalah   dikeranakan hikmah   sang   Nabi   saw dan   kejauhan   pandangannya.   Nabi   saw keluar   sebagai pemenang        dalam     pergelutan     politiknya,    dan    syarat-syarat     yang    tadinya merugikan       kaum    Muslim    kini   telah   berubah     menjadi     syarat-   syarat   yang merugikan kaum Quraisy. Barang siapa murtad dari kaum Muslim dan pergi ke kaum Quraisy, maka hendaklah mereka melindunginya kerana Allah SWT telah memampukan   Islam   darinya,   dan   barang   siapa   yang   masuk   Islam   dari   kaum kafir dan pergi ke kaum Muslim, maka hendaklah mereka mengembalikannya ke kaum Quraisy di mana ia tinggal di dalamnya sebagai mata-mata dari pihak Islam atau ia dapat lari dari kaum Quraisy untuk menyatukan kelompok yang bertikai dan ia dapat hidup laksana duri di tengah-tengah kaum Quraisy. Belum lama waktu berjalan sehingga kaum Quraisy mengutus utusannya kepada Nabi   saw   dan   mengharap   kepada   beliau   agar   melindungi   orang   Quraisy   yang masuk Islam daripada membiarkan mereka sebagai panah yang terbang menuju kaum     Quraisy. 

kisah nabi muhammad


 Demikianlah     kaum    Quraisy   justru   membatalkan      syarat   yang telah    mereka     diktekan    dan    Nabi   saw    pun   menerimanya       dengan     puas. Perundingan itu justru menguatkan barisan Nabi saw. Demikianlah      Nabi   saw   terus  menjalani     mata   rantai   pergelutan    yang   tiada henti-hentinya di mana kehidupan beliau yang peribadi sekali pun tidak sunyi dari penderitaan. Nabi saw menikahi sembilan orang isteri. Perkahwinan beliau dengan sembilan isteri tersebut merupakan keistimewaan peribadi yang hanya beliau   miliki   kerana   berhubungan   dengan   sebab-sebab   dakwah   Islam.   Yaitu suatu   dakwah   yang   membolehkan   para         pengikutnya   untuk   menikahi   empat orang     isteri  dengan    syarat   jika  yang    bersangkutan     mampu      menciptakan keadilan di antara mereka, dan ia menganjurkan untuk hanya puas dengan satu isteri jika seorang Muslim khawatir tidak dapat berbuat adil. Kaum   orientalis   dan   musuh-musuh   Islam   mencuba   untuk   menghina   Nabi   dan memujukkannya,         dan    salah   satu   cela   yang   mereka     manfaatkan      adalah perkahwinan       beliau    dengan    sembilan     wanita.    Kita   mengetahui      bahawa pernikahan-pernikahan         beliau   terlaksana    dengan    sebab-sebab     politik   atau kemanusiaan yang berhubungan dengan dakwah Islam. Dan yang terkenal dari sejarah Nabi saw adalah bahawa beliau menikah dengan Sayidah Khadijah saat beliau berusia dua puluh lima tahun dan Khadijah berusia empat puluh tahun. Semasa hidup Khadijah beliau tidak menikahi isteri yang lain sampai Khadijah mencapai usia enam puluh lima tahun. Saat Khadijah meninggal, Nabi berusia di   atas   lima   puluh   tahun.   Beliau   menikahi   Khadijah   sebelum   beliau   diutus untuk    menyebarkan      Islam.   Beliau   tetap   setia  bersama    Khadijah    sampai    ia meninggal      dan  beliau   diangkat    menjadi    Nabi.  Namun     beban    kenabian    dan beratnya   jihad,   kasih   sayangnya   kepada   manusia,   pengorbanannya   terhadap Islam dan perintah Allah SWT semua itu memaksanya untuk menikah lebih dari

satu orang isteri sampai mencapai sembilan orang isteri. Perkahwinan beliau dengan   Aisyah   yang   saat   itu   masih   belia   merupakan   usaha   untuk   menjalin ikatan   dengan   Abu   Bakar,   ayah   dari   Aisyah   dan   perkahwinan   beliau   dengan Hafshah     meskipun     ia  sedikit  kurang    cantik   merupakan      usaha   beliau   untuk menjalin   ikatan   dengan   Umar,   ayahnya.   Beliau   juga   menikah   dengan   Ummu Salamah, janda dari pemimpin pasukannya yang mati syahid di jalan Allah SWT dan wanita itu merasakan penderitaan bersama beliau saat hijrah di Habasyah dan     hijrah   ke   Madinah.      Ketika    suaminya     meninggal      dan   ia   sendirian menghadapi         berbagai     persoalan      kehidupan,      maka     Nabi     saw    segera merangkulnya di rumah kenabian. Perkahwinan beliau dengan Sawadah sebagai bentuk   penghormatan   terhadap   keislaman   wanita   itu   dan   kemuliaannya   dari kaum lelaki serta kesendiriannya dalam menjalani kehidupan. Sementara itu, pernikahan beliau dengan Zainab bin Jahasy merupakan ujian berat bagi beliau di mana perintah pernikahan itu datang dari Allah SWT untuk mengharamkan   suatu   tradisi   yang   terkenal   di   kalangan   jahiliah   yaitu   tradisi adopsi.   Zainab   termasuk   kerabat   Rasul.   Jadi   ia   termasuk   dari   kalangan   bani Hasyim.   Ia   merasa   bangga   dengan   nasab   yang   dimilikinya   yang   kerananya   ia menolak      ketika   ditawari   untuk    menikah    dengan    Zaid   bin  Harisah,    seorang budak     Nabi    yang   telah   beliau    bebaskan,     bahkan    nasabnya     telah    beliau nisbatkan kepada dirinya dan beliau telah mengadopsinya sehingga ia dipanggil dengan     sebutan    Zaid   bin   Muhammad.       Namun     Zainab   akhirnya    menyetujui pendapat Nabi dan perintah Allah SWT sehingga ia menikah dengan Zaid: "Dan     tidaklah    patut    bagi   laki-laki   yang    mukmin      dan   tidak    pula   bagi perempuan   yang   mukmin,   apabila   Allah   dan   Rasul-Nya   telah   menetapkan suatu   ketetapan,   akan   ada   bagi   mereka   pilihan   yang   lain   tentang   urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. " (QS. al-Ahzab: 36) Sejak semula tampak jelas bahawa pernikahan tersebut akan segera berakhir. Zainab   tidak   menyukai   Zaid   dan   Zaid   pun   bukan   jenis   lelaki   yang   mampu menahan kehidupan bersama seorang wanita yang hatinya jauh darinya. Zaid datang kepada Nabi saw guna mengadu kepada beliau dan meminta izin untuk menceraikan        isterinya.   Allah    SWT    mewahyukan        kepada     Rasul-Nya     agar membiarkan   Zaid   menceraikan   isterinya,   lalu   hendaklah   beliau   menikahinya. Nabi saw merasakan kesulitan yang luar biasa dan beliau berbicara kepada Zaid agar     ia   terus    melangsungkan       kehidupannya       dan    bersabar.     Nabi    saw membayangkan   apa   yang   dikatakan   manusia   kepadanya   bahawa   ia   menikahi isteri   dari   anaknya     tetapi   apa   yang    dikhuatirkan     oleh   Nabi   saw    justru  merupakan sesuatu yang ingin dihapus oleh Allah SWT. Zaid bukanlah anaknya dan dalam Islam tidak ada sistem adopsi. Oleh kerana itu, Zaid dapat mencerai isterinya    lalu  Nabi   dapat   menikahi     Zainab   untuk    menetapkan      apa   yang diinginkan oleh Islam. Rasulullah saw mampu bersabar dan menahan diri saat mendengar berbagai ocehan yang akan dikatakan oleh manusia kepadanya. Ini bukanlah pengorbanan pertama dan terakhir yang beliau persembahkan untuk Islam. Berkenaan dengan itu, Allah SWT berfirman: "Dan    (ingatlah),    ketika   kamu    berkata    kepada     orang    yang   Allah   telah melimpahkan   nikmat   kepadanya   dan   kamu   (juga)   telah   memberi   nikmat kepadanya: 'Tahanlah terus isterimu dan bertakwalah kepada Allah,' sedang kamu       menyembunyikan          di   dalam     hatimu      apa    yang    Allah    akan menyatakannya,   dan   kamu   takut   kepada   manusia,   sedang   Allah-   lah   yang lebih   berhak   kamu   takuti.   Maka   tatkala   Zaid   telah   mengakhiri   keperluan terhadap      isterinya   (menceraikannya),       Kami   nikahkan     kamu    dengan    dia supaya   tidak   ada   keberatan   bagi   orang-   orang   mukmin   untuk   (menikahi) isteri-isteri   anak-anak   angkat   mereka,   apabila   anak-anak   angkat   itu   telah menyelesaikan keperluannya dari isterinya. Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi. " (QS. al-Ahzab: 37) Pernikahan beliau dipenuhi dengan unsur politik dan usaha untuk menyebarkan kebaikan      dan   rahmat     serta   penghormatan       nilai-nilai  yang    tinggi   dan menggabungkannya   di   rumah   kenabian.   Sementara   itu,   Ummu   Habibah   binti Abu   Sofyan   bin   Harb,   pemimpin   Quraisy   dalam   memerangi   Islam,   berhijrah bersama suaminya ke Habasyah. Ia   berhadapan   dengan   keterasingan   dan   kekhuatiran   dalam   membela   agama Allah    SWT.    Kemudian     suaminya     mati   meninggalkannya       sendirian    dalam menjalani kehidupan. Sikapnya yang mulia demi menegakkan ajaran Islam dan hanya menentang ayahnya merupakan nilai lebih yang menyebabkan Rasulullah saw tertarik untuk menggabungkannya di rumah kenabian. Pada     suatu   hari,  Abu   Sofyan    menemuinya      saat   ia  telah   menjadi    isteri Rasulullah saw. Abu Sofyan ingin duduk di atas tempat tidur Nabi lalu Ummu Habibah   berusaha   menjauhkan   tempat   tidur   itu   dari   ayahnya.   Melihat   sikap anaknya      itu,    ayahnya     bertanya     kepadanya:      "Apakah     engkau      mulai membenciku?" Dengan penuh keberanian ia menjawab: "Ini adalah tempat tidur Rasulullah saw dan engkau adalah seorang musyrik, maka engkau tidak boleh

menyentuhnya." Adapun     Shofiyah   binti  Huyay    adalah   anak   seorang   raja  Yahudi.    Sedangkan Juwairiyah binti Haris, ayahnya seorang pemimpin kabilah Bani Musthaliq. Bani Musthaliq menelan kekalahan saat berhadapan dengan kaum muslim lalu kedua anak    perempuan      raja  dan   pemimpin     kabilah   itu  jatuh   menjadi    tawanan. Pernikahan   Nabi   dengan   kedua   wanita   itu   terkesan   dipaksa   oleh   orang-orang yang kalah itu dan sebagai ajakan agar kaum Muslim memperlakukan mereka dengan baik. Mula-mula kaum Muslim menolak untuk bersikap lembut terhadap ipar-ipar   Nabi,   namun   Nabi   dengan   kelembutan   sikapnya   ingin   menyingkap aspek   kemanusiaan   dalam   peperangannya   dan   beliau   mengisyaratkan   kepada kaum     Muslim    agar   mereka     menunjukkan       persaudaraan     sesama     manusia. Peperangan       itu  sendiri   bukan    sebagai    tujuan    namun    ia   sebagai   usaha mempertahankan Islam dan aspek tertinggi dari Islam adalah rahmat dan cinta. Jadi Nabi saw menikahi wanita-wanita dari orang-orang yang kalah itu dengan maksud agar kebebasan dan kemuliaan kembali kepada keluarga mereka dan mereka dapat masuk Islam secara puas dan sukarela. Kemudian beliau menikah dengan     Maryam     al-Qibtiyah.   Muqauqis     telah   memberikannya       kepada    Nabi sebagai budak di mana itu merupakan simbol tali kasih yang diisyaratkan oleh Al-Qur'an antara Islam dan Masihi dan sebagai bentuk hukum bagi kaum Muslim dengan dihalalkannya pernikahan dengan wanita-wanita ahlul kitab. Maryam memberikan anak kepada Nabi saw yang bernama Ibrahim, nama dari datuknya, bapak para nabi. Namun Ibrahim tidak hidup lama. Ia meninggal saat masih menyusu. Kematiannya merupakan ujian bagi Nabi dan sebagai isyarat dari Ilahi bahawa pewaris-pewaris Rasul dari kaum lelaki adalah para pengikut Al-Qur'an dan para pembawa Islam, bukan anak-anak dari sulbinya. Salah    jika  ada   orang   yang   membayangkan       bahawa     Rasul   saw   mempunyai banyak      waktu    untuk    mencari     kesenangan     meskipun      halal.  Kesenangan diperbolehkan   bagi   orang   lain   namun   beliau   lebih   memilih   untuk   merasakan penderitaan      berjihad,   menegakkan      hukum,    dan   kesabaran.    Salah   jika  ada orang    yang   membayangkan        bahawa    Rasul   saw   hidup   di  rumahnya     dengan keadaan ekonomi yang lebih baik daripada orang yang termiskin dari kalangan Muslim di zamannya. Kehidupan      beliau   di  rumahnya     penuh    dengan    kezuhudan     yang   luar  biasa sehingga     sebahagian     isterinya   mengeluhkan       keadaan     tersebut.    Di  antara mereka ada yang berasal dari keluarga yang kaya seperti keluarga Abu Bakar atau    keluarga    Umar    bahkan    sebahagian     isterinya   bersatu    untuk   meminta kepada      beliau    agar    beliau    menambah       nafkah     mereka     sehingga     Nabi meninggalkan   isteri-isterinya,   lalu   tersebarlah   isu   yang   menyatakan   bahawa beliau   telah   menceraikan   semua   isterinya.   Kemudian   turunlah   ayat   Takhyir (yaitu    ayat  yang   memberikan      pilihan   kepada   isteri-isteri   Nabi  untuk   tetap menjadi      isteri  beliau   atau   diceraikannya). 

 Turunlah    Al-   Qur'an   al-Karim memberikan       pilihan   pada   isteri-isteri  Nabi   antara    menjalani    kehidupan     di rumah     kenabian     dengan    penuh    kesederhanaan      atau   menerima     perceraian. Allah SWT berfirman: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: 'Jika kamu sekalian mengingini kehidupan       dunia    dan    perhiasannya,       maka    marilah     supaya     kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu      sekalian     menghendaki        (keridhaan)      Allah   dan    Rasul-Nya      serta (kesenangan)       di  negeri    akhirat,   maka    Sesungguhnya       Allah   menyediakan siapa   yang   berbuat   baik   di   antaramu   pahala   yang   besar.   "   (QS.   al-Ahzab: 28-29) Selesailah     fitnah.  Demikianlah      pergelutan    di  rumah     Rasul   saw.   Akhirnya, isteri-isteri   beliau   memilih     kehidupan     zuhud    dan   bersabar     serta   akhirat daripada kehidupan dunia. Permintaan isteri-isteri nabi tidak melebihi hal-hal yang bersifat mubah, namun Rasul saw merupakan teladan bagi seluruh umat, kerana   itu   beliau   harus   menjadi   teladan   bagi    umat   sehingga   beliau   dapat menjadi   cermin   tertinggi   yang   layak   di   emban   oleh   seorang   yang   memegang tampuk      kepemimpinan       Muslimin.    Allah  SWT    telah   membalas      pengorbanan isteri-isteri   Nabi   saw    dalam    bentuk    mengangkat      kedudukan      mereka     dan menjadikan mereka sebagai ibu dari kaum mukmin. Allah SWT berfirman: "Nabi    itu   (hendaknya)      lebih   utama    bagi   orang-orang     mukmin      dari   diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka." (QS. al- Ahzab: 6) Dan, sebagai penegasan terhadap keibuan spirituil ini, Islam mewajibkan hijab yang teliti kepada mereka, yaitu suatu hijab yang tidak diperlakukan seperti itu kepada Muslimah-Muslimah lain. Nabi saw melanjutkan dakwahnya. Beliau mengirim      surat   ke   raja-raja    dan   para    penguasa     di  mana     beliau   ingin menunjukkan   universalitas   ajaran   Islam.   Nabi   saw   mengajak   Kaisar   Romawi

untuk     mengikuti    Islam,   lalu   beliau   mengirim     utusan   ke   Amir    Damaskus mengajaknya       untuk   memeluk      Islam,  dan   beliau   mengutus     utusan   ke   Amir Basrah bahagian dari wilayah Romawi dan mengajaknya untuk mengikuti Islam, dan   beliau   juga   mengirim   surat   ke   penguasa   Qibti   dan   mengajaknya   untuk masuk     Islam,   dan    beliau   juga   menulis    surat  ke   Kisra,   Raja   Persia   dan mengajaknya   untuk   mengikuti   Islam.   Beliau   juga   mengirim   utusan   ke   Amir Bahrain dan mengajaknya untuk mengikuti Islam. Lalu   berbagai   reaksi   disampaikan   berkenaan   dengan   surat-surat   Nabi   itu.   Di antara    mereka     ada   yang   berusaha    menyampaikan       kepada    pembawa      surat bahawa ia masuk Islam dan mengembalikannya dengan hadiah, dan di antara mereka   ada   yang   merobek-robek   surat   itu   dan   di   antara   mereka   ada   yang membalas surat itu dengan jawapan yang baik, dan di antara mereka ada yang menerima   kebenaran.   Demikianlah   hari   berlalu   dalam   pergelutan   yang   tidak pernah     padam,    suatu   pergelutan    yang   dipimpin    oleh  Nabi   sehingga    beliau menaklukkan   Mekah   dan   menyucikan   jazirah   Arab.   Akhirnya,   manusia   masuk dalam agama Allah SWT dalam keadaan berbondong-bondong, dan Allah SWT menyempurnakan   agama   bagi   kaum   Muslim   dan   Nabi   saw   melaksanakan   haji wada'    (haji   yang   terakhir)   dan   turunlah    kepada    beliau   wahyu    di  Arafah sebagaimana firman-Nya: "Pada     hari  ini  telah   Ku-sempurnakan        untuk   kamu     agamamu,      dan   telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. " (QS. al-Maidah: 3) Ayat   tersebut   dibacakan   kepada   Abu   Bakar   sehingga   ia   menangis.   Allah   SWT merasa bahawa telah tiba waktunya untuk mengakhiri misi Rasul- Nya. Aisyah berkata   kepada   anak-anak   yang   berteriak   dan   bermain-main   di   luar   rumah: "Diamlah     kalian   kerana   Rasulullah    saw   sedang   sakit."  Anak-    anak   itu  pun terdiam     dan   mereka    merasakan     ketakutan    yang   luar  biasa.   Pada   hari-hari terakhir, Rasulullah saw tidak lagi bercanda dengan mereka sebagaimana yang biasa beliau lakukan. Mereka   memperhatikan   bahawa   kepucatan   yang   aneh   menyelimuti   Nabi   saw yang    biasanya    wajah    beliau   dipenuhi    dengan    senyuman     hingga    wajahnya laksana lempengan emas. Nabi saw yang terakhir masuk dalam rumahnya dan hampir     saja   beliau   tidak   kuat   menahan      langkah    kedua    kakinya.    Beliau memasuki rumahnya dan bersandar kepada tangan Fadl bin Abbas dan Ali bin Abu    Thalib.   Beliau   merasakan      keletihan   dan   kesakitan.    Kemudian     Aisyah menidurkan       beliau  di  atas   ranjangnya     yang   kasar  dan   Aisyah   meletakkan tangannya   di   atas   kening   beliau.   Kepala   beliau   tampak   panas   kerana   saking hebatnya demam. Aisyah berkata dalam keadaan kedua matanya mengucurkan air mata, "demi ayah dan ibuku, ya Rasulullah apakah engkau merasakan sakit?" Nabi saw tersenyum untuk menenangkan Aisyah lalu beliau tertidur. Kemudian mengalirlah      dalam    memori    Nabi   saw   berbagai    gambar     hidup:   Jibril  turun kepada   beliau   dengan   membawa   wahyu   di   gua   Hira.   Beliau   telah   melewati waktu   yang   diberkati   selama   dua   puluh   tiga   tahun,   yang   sekarang   tampak seperti mimpi. Bahkan empat puluh tahun yang mendahuluinya tampak seperti gambar yang hanya dilukis sesaat. Segala    sesuatu    menjadi    mudah     bagi   Allah  SWT    dan   Rasulullah    saw   telah berhasil melalui berbagai penderitaan dengan penuh kesabaran, bahkan beliau tidak   pernah   mengeluh   sekali   pun.

 Beliau   mengajarkan   akidah   kepada   para pengikutnya   dengan   penuh   kemantapan.   Akhirnya,   Islam   menjadi   mulia   dan benderanya       semakin     berkibar.    Kemudian      beliau   bangun     kerana    melihat tangisan   yang   tersembunyi   dari   Aisyah.   Beliau   membuka   kedua   matanya   dan melihat   wajah   Aisyah   sambil   beliau   sendiri   berusaha   melawan   rasa   pusing, demam,       dan   sakit   yang    dirasakannya.     Beliau   kembali     tersenyum     untuk menenangkan        Aisyah   dan   beliau   kembali    memejamkan       matanya     dan   tidak sedarkan   diri.   Apa   gerangan   yang   menyebabkan   Aisyah   menangis?   Tidakkah Allah SWT   memahkotai jihad Nabi saw   yang   berat   dengan   penaklukan   Mekah dan penyucian Baitul Haram? Berbagai gambar hidup dan aktual melayang-layang dalam memori Nabi saw. Beliau    mengingat     bagaimana     tindakan    orang   Quraisy    ketika   membantalkan perjanjian Hudaibiyah dan mereka memerangi Khaza'ah yang saat itu bersekutu dengan   kaum   Muslim   dan   akhirnya   mereka   membunuh   semua   sekutu   kaum Muslim     di  Baitul  Haram.    Kemudian     beliau   berjalan    bersama    pasukan    yang berjumlah sepuluh ribu di mana semua pasukan telah siap, dan tentera Muslim turun dari gunung Mekah laksana air bah yang tidak berhenti sedikit pun. Telah lewatlah   masa   para   pembawa   tombak,   panah,   dan   pedang;   telah   lewatlah masa   di   mana   Rasulullah   saw   memimpin   pasukan   yang   di   dalamnya   terdapat kaum   Muhajirin   dan   Anshar.   Di   tengah-tengah   pasukan   besar   tersebut   yang berhasil    menaklukkan       Mekah,    Nabi   saw   menunggangi      untanya     dan   beliau menundukkan        kepalanya     dengan    penuh    rendah   diri  di  hadapan    Allah   SWT sampai-sampai kepalanya hampir menyentuh punggung unta yang dinaiki. Pintu Mekah terbuka untuk pasukan ini. Para    pemimpin      Mekah     dan   pengikut-pengikut      mereka     menyerahkan       diri. Kalimat Allah SWT semakin meninggi di dalamnya. Nabi saw memasuki Baitul Haram lalu beliau berkeliling di sekitar Ka'bah.

 Beliau menghancurkan berbagai patung yang berbaris di sekitarnya, lalu beliau memukulnya dengan kapaknya. Kemudian       patung-patung       itu   berjatuhan      dan    hancur.    Setelah     beliau membersihkan         masjid     dari    berbagai     patung     dan     mengembalikannya sebagaimana       yang   diciptakan    oleh   Allah  SWT    sebagai   rumah    tauhid   yang mutlak,   beliau   menoleh   kepada   orang   Quraisy   dan   memaafkan   mereka   dan mengajak mereka untuk kembali ke jalan Allah SWT. Kemudian tibalah waktu solat,   lalu   Bilal   naik   di   atas   punggung   Ka'bah   dan   mengumandangkan   Azan. Penduduk       Mekah     mendengarkan       panggilan    baru    ini  di   mana     gemanya berputar-putar di antara gunung: "Allah Maha Besar. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah. Aku bersaksi bahawa Muhammad utusan Allah. Marilah melaksanakan solat. Marilah menuju keberuntungan. Allah Maha Besar. Tiada Tuhan selain Allah." Akhirnya,      rumah     itu   dikembalikan      kehormatannya        dan    kemuliaannya. Kemudian   lagi-lagi   arus   berbagai   gambar   terlintas   dalam   memorinya:   itulah peperangan   Hunain   dengan   kekalahannya,   kemenangannya,   dan   ganimahnya; Itulah    Nabi   saw   yang   memberikan       ganimah    terhadap     orang-   orang    yang bergabung dengan Islam hanya dua hari dari penduduk Mekah, dan mencegah untuk memberi ganimah Hunaian kepada kaum Anshar yang telah memberikan segalanya untuk Islam. Salah seorang di antara mereka berkata: "Demi Allah, Rasulullah saw   telah   menemui   kaumnya."  Sa'ad   bin  'Ubadah   berjalan   ke   arah Rasulullah saw dan memberitahunya bahawa kaum Anshar sedang marah. Rasul saw bertanya: "Mengapa marah?" Sa'ad menjawab: "Mereka protes saat engkau membagikan   ganimah   ini   pada   kaummu   dan   pada   seluruh   orang   Arab   namun mereka tidak mendapatkan apa-apa." Rasulullah saw bertanya kepada Sa'ad bin Ubadah:   "Kamu   sendiri   bagaimana   pendapatmu   wahai   Sa'ad?"   Sa'ad   berkata: "Aku    tidak   lain  kecuali   seseorang    dari   kaumku."    Rasulullah    saw   berkata: "Kumpulkanlah   kepadaku   kaummu   untuk   masalah   yang   penting   ini   dan   jika kalian telah berkumpul, maka beritahulah aku." Sa'ad    mengumpulkan       seluruh   kaum    Anshar   lalu  ia  memberitahu      Rasul   saw bahawa      ia  telah   mengumpulkan       mereka.    Rasulullah    saw   keluar   menemui mereka dan berdiri di hadapan mereka sambil memuji Allah SWT dan kemudian berkata: "Wahai orang-orang Anshar, tidakkah aku datang kepada kalian saat kalian    dalam    keadaan    sesat  lalu  Allah   SWT   memberikan       petunjuk    kepada kalian, dan kalian menjadi orang-orang yang fakir lalu Allah SWT memampukan kalian, dan kalian dalam keadaan bermusuhan lalu Allah SWT menyatukan hati kalian?"   Mereka   menjawab:   "Benar."  Rasulullah   saw   berkata:   "Mengapa   kalian  tidak   menjawab   wahai   kaum   Anshar?"   Mereka   berkata:   "Apa   yang   kita   akan katakan   wahai   Rasulullah   dan   dengan   apa   kita   akan   menjawabnya.   Sungguh segala kurnia hanya milik Allah SWT dan Rasul-Nya." Rasulullah   saw   berkata:   "Demi   Allah,   seandainya   kalian   mahu   nescaya   kalian akan mengatakan dan benar apa yang kalian katakan: Engkau datang kepada kami    sebagai   seorang   yang   terusir,   maka   kami    melingdungimu   dan   engkau datang     dalam   keadaan     miskin   lalu  kami   menghiburmu      dan   engkau    datang dalam     keadaan    ketakutan     lalu  kami   mengamankanmu         dan   engkau    datang dalam keadaan teraniaya lalu kami menolongmu." Mereka berkata: "Segala puji dan   kurnia   bagi   Allah   SWT   dan   Rasul-Nya."   Rasulullah   saw   berkata:   "Wahai kaum Anshar, apakah kalian akan marah terhadap harta yang telah aku berikan kepada suatu kaum dengan harapan agar keimanan meresap dalam hati mereka dan kalian justru melupakan kurnia yang telah Allah SWT berikan kepada kalian dalam bentuk nikmat Islam.

Tidakkah kalian wahai kaum Anshar merasa puas ketika manusia pergi untuk melakukan perjalanan di musim dingin sedangkan kalian pergi dengan Rasulullah saw. Maka demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya   manusia   melalui   suatu   jalan   dan   kaum   Anshar   melalui jalan   yang lain nescaya aku akan melalui jalan kaum Anshar. Ya Allah, rahmatilah kaum Anshar dan anak-anak kaum Anshar dan cucu kaum Anshar." Mendengar       doa   itu,   kaum    tersebut    menangis     sehingga    janggut    mereka terbasahi dengan air mata dan mereka berkata: "Kami rela dengan Allah SWT sebagai     Tuhan    dan    sangat    puas   dengan     pembahagian       Rasulullah    saw." Kemudian       Nabi   saw   pun   meninggalkan      mereka    dan   mereka     pergi   dalam keadaan   puas.   Orang-orang   Anshar   memahami   bahawa   Muslim   yang   hakiki   di dunia    adalah   seorang    yang   datang    di  dunia  untuk    memberi,     bukan   untuk mengambil.   Nabi   saw   terbangun   dan   beliau   mendapati   dirinya   sendirian   di kamar.   Suhu   tubuh   beliau   meningkat   kerana   demam,   lalu   beliau   memanggil Aisyah dan meminta kepadanya untuk membawa air yang dapat digunakannya untuk mendinginkan tubuhnya. Aisyah mulai menuangkan air kepada Rasulullah saw sampai demam beliau beransur- ansur sedikit menurun. Tampak bahawa waktu     berlalu    cukup    lambat    dan   berat.    Sakit   Rasulullah    saw   semakin meningkat. Beliau    mulai   merasa    bahawa     tidak  mampu     lagi  untuk   solat  bersama     para sahabat,   lalu   beliau   memerintahkan   Abu   Bakar   untuk   solat   bersama   mereka. Pada   saat   Nabi   mengalami   antara   keadaan   terjaga   dan   tidur,   beliau   selalu berfikir   apa   gerangan    yang   belum    disampaikannya      kepada    manusia.   

telah    menyampaikan        segala    sesuatu    dan   telah   mengajari     mereka     segala sesuatu   serta   telah   meninggalkan   sebuah   Kitab   yang   siapa   pun   berpegangan dengannya ia tidak akan sesat. Rasul   saw   mulai   mengantuk   dan   berbagai        nostalgia   terlintas   di   kepalanya. Beliau    melihat    dirinya   di  haji  Wada'.    Selesailah   perjanjian     yang   diberikan kepada     kaum    musyrik   dan    mereka     telah  dilarang    untuk   memasuki      Masjidil Haram   dan   sekarang   Nabi   saw   keluar   sebagai   pemimpin   haji   dan   mengajari kaum      Muslim     cara    manasiknya.      Rasulullah     saw    memperhatikan        ribuan orang-orang yang bertauhid saat mereka menuju Baitul Haram dalam keadaan memenuhi       panggilan     Tuhan    dan   tunduk    kepadanya.     Mereka     menghidupkan memori datuk mereka, Ibrahim Khalilullah. Nabi saw berdiri dan berpidato di tengah-tengah keramaian itu. Nabi saw mulai merasakan bahawa kehidupannya di   dunia   sebentar   lagi   akan   berakhir.   Beliau   mengetahui   bahawa   kafilah   ini akan pergi sendirian dalam menjalani kehidupan. Beliau kembali menanamkan nilai-   nilai   Islam   dan   wasiat   dakwah   di   jalan   Allah   SWT.   Setelah   berjuang selama   dua   puluh tiga   tahun   menegakkan   agama   Allah   SWT,   beliau   bertanya kepada      mereka:     "Apakah    aku   telah    menyampaikan        amanat     Tuhan?"    Lalu manusia   yang   hadir   saat   itu   menyatakan   bahawa   beliau   benar-benar   telah menyampaikan   dakwah.   Beliau   memanggil   Mu'ad   bin   Jabal   dan   mengajarinya bagaimana       berdakwah     kepada     manusia    di  jalan   Allah  SWT    dan   bagaimana mengenalkan agama kepada mereka. Kemudian   beliau   berwasiat   kepada   Mu'ad   saat   ia   menunggangi   kenderaannya sedangkan   Rasulullah   saw   berjalan   di   sebelah   untanya:   "Sesungguhnya   orang yang    paling   utama    di  sisiku  adalah    orang-orang     yang   bertakwa,     siapa  pun mereka dan di mana pun mereka." Nabi saw adalah rahmat bagi semua manusia dan   sebagai   cermin   yang   tertinggi   dari   cermin   persaudaraan   dan   kepatuhan. Beliau    menegakkan       Al-Qur'an    di  tengah-tengah       umat    Islam   namun     beliau menolak segala bentuk penampilan yang biasa melekat pada seorang penguasa atau   raja   atau   pemimpin   apa   pun.   Beliau   berkata   kepada   para   sahabatnya: "Aku hanya seorang hamba Allah SWT dan Rasul-Nya." Beliau      keluar    menemui       sekelompok       sahabatnya      lalu    sebagai     bentuk penghormatan kepada beliau mereka berdiri. Kemudian beliau memerintahkan kepada      mereka     agar   tidak   berdiri.   Ketika   beliau    keluar   untuk    menemui sahabat-sahabatnya dan murid-muridnya, maka beliau duduk bersama mereka di   tempat   terakhir   yang   ditemukannya.   Beliau   sangat   bersahabat   dan   ramah dengan   para   sahabatnya,   bahkan   beliau   bercanda   dengan   anak-anak   mereka dan   mendudukkan   mereka   di   ruangannya.   Beliau   memenuhi   panggilan   orang dewasa      maupun     anak-    anak.   Beliau    membesuk      orang-orang     yang   sakit meskipun   berada   di   tempat   yang   jauh.   Beliau   menerima   alasan   orang   yang mempunyai       uzur.   Beliau   mendahului     orang   yang   ditemuinya    dengan    salam bahkan beliau mendahului berjabat tangan dengan para sahabatnya. Ketika   seseorang   datang   untuk   menemuinya   saat   beliau   solat,   maka   beliau mempersingkat        solatnya    dan    menanyakan      keperluan     orang    itu.  Setelah menyelesaikan       keperluan    manusia,    beliau   kembali    menyelesaikan     solatnya. Beliau    selalu   menebar      senyum    kepada     kawan    dan    lawan    dan   memiliki keperibadian      yang   paling   baik.  Ketika   beliau   berada    di  rumahnya,     beliau melayani keluarganya. Beliau mencuci bajunya.

Beliau memperbaiki sandalnya dan memberi minum unta. Beliau makan bersama pembantu. Beliau memenuhi kebutuhan orang yang lemah, orang yang sedih, dan orang yang miskin. Bahkan kebaikan     beliau   dan   kasih  sayangnya    sampai    pada   tingkat   di  mana    beliau membiarkan cucunya menaiki punggungnya saat beliau sedang solat. Kasih sayang beliau tidak hanya terbatas kepada manusia bahkan juga tertuju pada binatang dan pohon. Beliau memberi makan binatang dengan tangannya sendiri     bahkan     beliau     pernah     merawat      anjing     yang    sakit.    Beliau memerintahkan pasukan Islam saat berperang demi menegakkan keadilan Islam agar    mereka     tidak  membunuh       anak   kecil,   orang   tua,   kaum    wanita    dan hendaklah mereka tidak mencabut pohon dan tidak pula merobohkan rumah. Apa    yang   dibawa    oleh   Nabi   saw   bukan   hanya    suatu   undang-undang      yang mengatur   hubungan   antara        manusia   dan   manusia   yang   lain,   dan   apa   yang dibawa   oleh   Nabi   saw   bukan   hanya   berisi   suatu   sistem   untuk   meningkatkan kualiti kehidupan dan kemajuannya, ini semua adalah hal relatif namun beliau datang     dengan    membawa      peradaban     yang   abadi   yang   mengatur     hubungan antara    manusia     dan   alam,   dan   mengembalikan       keserasian   di  alam    wujud sehingga semua berjalan secara seimbang dan mencapai kesempurnaan menuju Allah SWT. Meskipun pada titik terakhir dari kehidupannya, beliau masih sibuk mengurus masa depan dakwah dan beliau sangat cemas terhadap masa depan agama dan sangat peduli dengan masalah kaum Muslim. Beliau khawatir suatu saat   Islam   hanya   tinggal   namanya   namun      hakikatnya   telah    lenyap.   Namun sebelum   beliau   meninggal,   Allah   SWT   telah   memperlihatkan   kepada   beliau sesuatu   yang   membuat   hati   beliau   menjadi   tenang.   Dan   di   hari   Senin   dari bulan Rabiul Awal yang mulia, beliau kembali kepada Tuhannya dalam keadaan ridha dan diridhai. Salam kepadamu ya Rasulullah dan kepada keluarga serta  sahabat yang setia bersamamu.

0 comments:

Posting Komentar