Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Jumat, 22 Mei 2026

Rencana pembunuhan Nabi Muhammad SAW

 Rencana pembunuhan Nabi Muhammad SAW

Orang-orang yang terpilih oleh Allah SWT itu mengetahui bahawa sebentar lagi mereka      akan    diajak    untuk   mengangkat       senjata:    mereka     diajak   untuk mendapatkan        kematian    di   bawah    naungan    pedang.     Mereka    menenangkan Rasulullah saw bahawa beliau akan mendapati orang-orang yang sudah terlatih dalam peperangan kerana mereka mewarisi dari datuk-datuk mereka. Salah seorang dari tujuh puluh orang itu menyebutkan masalah yang penting. 

Rencana pembunuhan Nabi Muhammad SAW


Abul    Haitsyam    berkata:    "sesungguhnya     di  antara   orang-orang    Madinah     dan Yahudi      terdapat     suatu    tali  ikatan,    maka     mereka      boleh    jadi   akan memutuskannya lalu, apakah sikap yang harus kita ambil jika mereka lakukan hal itu dan memusuhi orang-orang Yahudi," kemudian Allah SWT menolong Nabi dan    memenangkan        atas   kaumnya,      lalu  ia  kembali    kepada     mereka     dan meninggalkan mereka di bawah kasih sayang orang-orang Yahudi. Perhatikanlah   bahawa   pertanyaan   tersebut   berkisar   pada   kecintaan   kepada Nabi   dan   keinginan   agar   Nabi   tetap   bersama   mereka   selama   perjalanan   hari dan bulan. Masalah yang dituntut oleh Abbas bin Abdul Muthalib secara jelas adalah masalah perlindungan mereka kepada Nabi, di mana hal tersebut tidak lagi   diperdebatkan     oleh   orang-orang    yang   terpilih  dari   penduduk    Madinah. Namun masalah yang mereka inginkan adalah masalah perlindungan Nabi dan keberadaan Nabi bersama mereka di Madinah. Nabi     tersenyum      dan    beliau    mengatakan       kalimat-kalimat      yang    justru menekankan   bahawa   ikatan   akidah   lebih   kuat   daripada   ikatan   darah.   Beliau berkata: "Tetapi darah adalah darah dan kehancuran adalah kehancuran.

Akudari   kalian   dan   kalian   dariku   aku   akan   memerangi   orang-orang   yang   kalian perangi   dan   aku   akan   berdamai   dengan   orang-   orang   yang   kalian   berdamai dengan mereka." Akhirnya, penduduk Madinah pergi dan kembali ke negeri mereka. Kemudian berita tentang baiat ini sampai ke telinga orang-orang Mekah dan para tokoh musyrik, lalu mereka justru menambah penekanan kepada Rasulullah saw dan kaum Muslim. Para   preman   Mekah   berkumpul   di   Darul   Nadwah.   Mereka   menetapkan   akan mengambil   sesuatu   keputusan   penting   berkaitan   dengan   Nabi.   Salah   seorang dari mereka mengusulkan agar beliau dibelenggu dengan besi lalu dibuang di penjara   sehingga   beliau   mati   kelaparan.   Sebahagian   lagi   mengusulkan   agar beliau   dibuang   dari   Mekah   dan   diusir.   Abu   Jahal   mengusulkan   agar   mereka mengambil       dari   setiap   keluarga    dari  keluarga-    keluarga    Quraisy    seorang pemuda yang kuat, kemudian setiap dari mereka diberi pedang yang terhunus dan   hendaklah   mereka   memukulkan   pedang   itu   ke   tubuh   Nabi.   Jika   mereka berhasil    membunuhnya        nescaya    semua    kabilah   bertanggungjawab       terhadap darah sang Nabi dan Bani Hasyim tidak akan mampu menuntut dan memerangi orang   Arab   semuanya   dan   mereka   akan   menerima   diat   sebagai   tebusan   dari pembunuhan itu. Demikianlah persekongkolan itu digelar dan mereka sepakat untuk      melaksanakan       hal   itu.    Namun      Al-Qur'an    al-Karim     menyingkap persekongkolan yang dilakukan orang-orang kafir itu dalam firman-Nya: "Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir memikirkan tipu daya terhadapmu untuk      menangkap        dan    memenjarakanmu           atau    membunuhmu,           atau mengusirmu.        Mereka     memikirkan      tipu   daya   itu.   Dan   Allah   sebaik-baih Pembalas tipu daya." (QS. al-Anfal: 30) Allah   SWT   mewahyukan   kepada   Nabi-Nya   agar   ia   berhijrah.   Lalu   Nabi   mulai menyiapkan       sarana-sarana   untuk   hijrahnya.     Beliau   menyembunyikan        urusan tersebut bahkan beliau tidak memberitahu sahabat yang akan menemaninya. Rasulullah     saw   menyewa      seorang    penunjuk     jalan   yang   pengalaman       yang mengenal       padang     gurun    seperti    mengenal     garis-garis    tangannya.     Yang menghairankan penunjuk jalan itu adalah seorang musyrik.

 Demikianlah Nabi meminta bantuan kepada orang yang ahli tanpa memperhatikan keyakinannya. Kemudian       datanglah     malam     pelaksanaan      kejahatan     itu.  Rasulullah     saw memerintahkan   Ali   bin   Abi   Thalib   untuk   tidur   di   tempat   tidumya   di   malam tersebut.   Datanglah   pertengahan   malam   dan   Rasulullah   saw   pun   keluar   dari rumahnya.       Para   pemuda     Mekah     mengepung      rumah.     Mereka    menghunuskan pedangnya.   Nabi   menggenggam   tanah   lalu   beliau   melemparkannya   ke   arah kaum sehingga mereka pun merasa kantuk sehingga Nabi saw dapat menembus kepungan   mereka.   Beliau   keluar   dari   Mekah   dan   berhijrah.   Dengan   langkah yang diberkati ini, kaum Muslim menanggali tahun-tahun mereka. Tahun   dalam   Islam   adalah   tahun   Hijrah,   sedangkan   kaum   Masihi   menanggali tahun     mereka    dengan     kelahiran    Isa  dan   ini  disebut   dengan     tahun   Masihi. Adapun tahun-tahun Islam, maka ia ditanggali pertama kalinya saat Rasulullah saw   keluar   berhijrah   di   jalan   Allah   SWT.   Hijrah   Rasul   bukan   hanya   lari   dari penindasan       tetapi   lari  dari   kebekuan;     hijrah   tersebut     bukan    keluar   dari keamanan        tetapi    keluar     dari   bahaya.      Islam    di   Mekah     hanya     dapat mempertahankan            dirinya     tetapi    ketika     ia    keluar     ke    Madinah       ia mempertahankan dirinya ketika menyerang. Dan selama beberapa tahun masa yang   dihabiskan   di   Mekah,   tak   seorang   dari   kaum   Muslim   yang   mengangkat senjata.   Ketika   mereka   keluar   ke   Madinah,   mereka   mulai   membawa   senjata dan     mulai   menyalakan       obor   peperangan.      Islam    mulai   membawa        senjata sebagaimana        luka   akan    sembuh      dengan     syarat    jika   diubati.

  Nabi    saw mengetahui       bahawa     Islam    tidak   akan   menghabiskan       usianya    hanya    untuk melawan   serangan   pada   dirinya; Islam   ingin  tersebar; Islam   ingin  mendirikan negaranya   yang   pertama   yaitu   suatu   negara   yang   belum   pernah   dikenal   di muka bumi negara seperti itu. Negara yang mencapai keadilan, kasih sayang, dan idealisme yang begitu luar biasa di mana hukum Allah SWT ditegakkan dan kehormatan manusia benar-benar dijaga. Inilah    kedalaman      hijrah   yang    mengesankan       yaitu   pendirian     negara    Islam setelah   sebelumnya   membangun   individu   masyarakat   Muslim.   Setelah   Rasul saw    membangun        masyarakat     Muslim    dan   membangun        masjid,   maka    beliau membangun suatu negara Islam. Selanjutnya, sayap-sayap dakwah mengepak. Kami   kira   pembaca   tidak   akan   bertanya,   apa   gunanya   pembangunan   masjid ditingkatkan      sementara     Islam   masih    mengalami      penindasan     di  muka    bumi. Kami kira pembaca lebih pintar daripada orang yang tidak mengetahui bahawa masjid yang dibangun Rasulullah saw di Madinah bukan tempat peristirahatan dari keletihan, tetapi masjid merupakan pusat dari kepemimpinan pergerakan Islam dan kepemimpinan menuju peperangan Islam.

Manusia mandi di masjid dengan cahaya Allah SWT setelah itu mereka mandi di kancah peperangan dengan darah mereka. Pertanyaannya adalah, siapakah di antara   mereka   yang   akan   terbunuh   di   jalan   Allah   SWT   sebelum   saudaranya? Demikianlah   perlumbaan   dalam   perbaikan   terjadi   di   antara   mereka.   Dengan cara demikianlah Islam tersebar. Sementara   itu,   Nabi   berlindung   di   suatu   gua;   di   gunung   yang   bernama   Tsur. Beliau   masuk   ke   gua   itu   bersama   sahabatnya   Abu   Bakar.   Dan   orang-   orang musyrik pergi menyusul beliau dengan membawa pedang mereka. Lalu mereka sampai   ke   gunung   itu.   Abu   Bakar   berkata   kepada   Rasul   saw   dengan   keadaan gelisah, "seandainya salah seorang mereka melihat di bawah kakinya nescaya mereka akan melihat kita." Dengan   tenang,   Rasulullah   saw   menepis   kegelisahan   Abu   Bakar   dan   berkata: "Wahai Abu Bakar apa yang kamu kira dengan dua orang yang ada di tempat yang   sepi   sementara   Allah   SWT   menjadi   ketiga   di   antara   mereka?"   Sebelum Rasulullah   saw   mengakhiri   kalimatnya,   terdapat   laba-   laba   yang   selesai   dari menenun rumahnya di atas pintu gua. Kitab-kitab sejarah mengatakan bahawa kaum   musyrik   mengikuti   jejak   sang   Nabi   sehingga   mereka   sampai   di   gunung Tsur lalu di situlah mereka mengalami kebingungan. Mereka mendaki gunung dan   mendaki   gua   itu.   Lalu   mereka   melihat   di   atas   pintu   gua   itu   terdapat tenunan      laba-laba.     Mereka     mengatakan,       seandainya      seseorang     masuk     di dalamnya   nescaya   tidak   akan   terdapat   tenunan   laba-laba   di   atas   pintunya. Beliau tinggal di gua itu selama tiga malam. Demikianlah       keimanan      tenunan     laba-laba    yang    lembut     dimenangkan       atas ketajaman       pedang     kaum    musyrik     sehingga    Nabi   bersama      sahabatnya     pun selamat. Kini, kedua orang itu menuju Madinah. Dan Madinah pun menyambut mereka.

 Ketika Rasulullah saw dan sahabatnya memasuki Madinah, mula-mula masyarakat tidak mengenal siapa di antara mereka yang menjadi Rasul kerana saking   baiknya   sikap   Rasul   terhadap   sahabatnya.   Akhirnya,   Nabi   menerangi kota    Madinah.     Beliau   membangun        masjid    dan   mendirikan     negaranya      serta memerangi musuh-musuhnya dan tersebarlah Islam dan Mekah pun ditaklukkan dan Baitul Haram disucikan. Beliau menanamkan dalam akal dan hati suatu cahaya yang tidak akan pernah padam. Kemudian berlangsunglah sepuluh tahun yang dilewatinya di Madinah di   mana     beliau   tidak   menggunakannya         untuk   berleha-leha.      Demikian     juga selama   masa   tiga   belas   tahun   yang   beliau   lalui   di   Mekah,   beliau   pun   tidak mendapatkan istirahat yang cukup. Semua kehidupan beliau hanya untuk Allah SWT   dan   hanya   untuk   Islam.  

Pergerakan Nabi Muhammad Saw di kota Madinah

 

Beban   berat   yang   dipikul   oleh   punggung   beliau yang mulia lebih berat dari beban yang dipikul oleh gunung. Meskipun beliau seorang   diri,   tetapi   beliau   mampu   memikul   amanat   yang   pernah   Allah   SWT tawarkan   kepada   langit   dan   bumi   serta   gunung   namun   mereka   pun   enggan untuk     memikulnya.    

 kerana   mereka     menyedari     bahawa     mereka     tidak  akan mampu   memikulnya.   Lalu   datanglah   beliau   dan   beliau   pun   mampu   memikul amanat      itu  dan   melaksanakannya        secara    sempurna.     Yaitu   amanat     untuk menyampaikan agama Allah SWT; amanat untuk menyucikan akal manusia dari polusi khayalisme dan khurafatisme: amanat   yang   mewarnai kehidupan   dengan   hanya   sujud kepada Allah SWT. Kemudian mengalirlah dalam memori Nabi saw suatu arus dari gambar- gambar hidup:   bagaimana   saat   beliau   memasuki   Madinah.   Lewatlah   di   hadapan   akal beberapa      memori     dan   nostalgia:   bagaimana      wahyu    yang   turun   kepadanya dengan   membawa   risalah   di   gua   Hira,   kemudian   berubahlah   pandangan   dan bertiuplah angin kebencian kepadanya, bahkan angin itu membawa pasir-pasir tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke wajah suci beliau. Beliau berdiri sambil tersenyum      dan   hatinya    dipenuhi    dengan    kesedihan    di  hadapan     gelombang gurun dan kesendirian serta badai kesengsaraan. "Wahai manusia, tiada Tuhan selain Allah SWT. Demikianlah kalimat yang beliau katakan. Meskipun kalimat itu    tampak     sederhana      namun      ia   mampu      membangkitkan        dunia.    Dan bergeraklah patung-patung yang begitu banyak yang memenuhi kehidupan dan mereka membekali dirinya dengan kegelapan dan kebencian yang dialamatkan kepada      sang   Nabi.    Para   pembesar.      para   penguasa,     wang,     emas,    serta kebencian      dan   kedengkian     syaitan   yang   klasik   dan   banyaknya     orang-orang munafik,      semua     ini  menjadi     musuh    nyata    sang   Nabi    pada    saat   beliau mengatakan "tiada Tuhan selain Allah SWT."

Nabi mengingat kembali Waraqah bin    Nofel  ketika   menceritakan      kepadanya      apa   yang   terjadi   dan   apa  yang dialami     beliau   di  gua   Hira.   Tidakkah     ia  mengatakan      kepadanya      bahawa kaumnya akan mengusirnya? Hari-hari    hijrah   sangat   panjang     dan   berat.   Matahari    sangat   dekat   dengan kepala   dan   rasa   panas   sangat   mencekik  tenggorokan   dan   rasa   pusing-   pusing pun    semakin     meningkat.     Setelah    hijrah,   Nabi   memasuki      Madinah.     Beliau disambut      oleh   kaum    Anshar    dengan     sambutan     luar   biasa.   Beliau   datang sendirian   lalu   mereka   menolongnya;   beliau   datang   dalam   keadaan   takut   lalu mereka   mengamankannya;   beliau   datang   dalam   keadaan   lapar   lalu   mereka memberinya        makanan;     beliau   datang    dalam    keadaan     terusir   lalu  mereka memberikan perlindungan.

Bangunan      Islam   mulai   ditancapkan     di  Madinah.     Beliau   mulai   membangun negaranya      setelah    beliau   membangun       sumber    daya    manusia     Islam   yang tangguh. Yang pertama kali dibangunnya adalah sumber daya Islam, setelah itu beliau baru membangun negara. Tidak ada nilai yang bererti dari satu sistem yang   hanya   berdasarkan   prinsip-prinsip   besar   yang   tidak   lebih   dari   sekadar tinta di atas kertas. Penerapan prinsip-prinsip adalah tolok ukur final dari nilai apa pun yang diperlakukan di dunia. Dan Islam telah berhasil menerapkan pada masa-masa       pertamanya      suatu   sistem    yang   belum    pernah    dikenal    dalam kehidupan   manusia   suatu   sistem   seperti   itu.   Yaitu   sistem   yang   menunjukkan keadilan,     persaudaraan,     dan    kasih  sayang    yang   mengagumkan.        Hal   yang pertama kali dilakukan Rasulullah saw adalah membangun masjid di mana di situlah    unta   yang   ditungganginya     berhenti.    Masjid   itu  tampak    sederhana. Tikarnya     terdiri   dari   pasir-pasir   dan    batu-batu.     Tiangnya    terbuat    dari batang-batang kurma. Barangkali ketika turun hujan, maka tanahnya akan menjadi lumpur kerana mendapat siraman air hujan. Mungkin ketika angin bertiup dengan kencang, maka ia akan mencabut sebahagian dari atapnya. Di bangunan yang sederhana ini, Rasulullah saw mendidik generasi Islam yang tangguh yang dapat menghancurkan orang-orang yang lalim dan para penguasa yang bejat dan mereka mampu mengembalikan kebenaran ke singgahsananya yang terusir dan terampas. Mereka mampu menyebarkan Islam di muka bumi. Masjid    itu  tampak     kecil  dan   sederhana     sekali  tetapi   ia  dipenuhi   dengan kebesaran; masjid itu tidak menunjukkan kemewahan sama sekali. Di dalamnya Al-Qur'an   dibaca   lalu   orang-orang   yang   mendengarnya   menganggap   bahawa mereka      benar   dan   mendapatkan       perintah    harian   untuk   menerapkan       dan melaksanakan apa- apa yang mereka dengar. Al-Qur'an   dibaca   di   masjid   bukan   seperti   nyanyian   yang   orang-orang   duduk akan merasa terpengaruh dengan keindahan nyanyian dan suara pembaca.

Dan masjid   di   dalam   Islam   bukanlah   tempat   satu-satunya   untuk   ibadah.   Menurut kaum      Muslim    semua    bumi    adalah    masjid    namun     masjid    adalah   simbol peradaban   yang   beriman   kepada   Allah   SWT   dan   hari   akhir,   sebagaimana   ia menyuarakan ilmu, kebebasan dan persaudaraan. Semua Nabi berbicara tentang persaudaraan dan mengajak kepadanya dengan ribuan   kata-kata.   Sedangkan   Rasulullah   saw   telah   mewujudkan   persaudaraan itu   secara   praktis,   yakni   ketika   karakter   masyarakat   saat   itu   mencerminkan Al-Qur'an. Nabi mulai mempersaudarakan kaum muhajirin dan Anshar di manasahabat   Anshar   Sa'ad   bin   Rabi',   seorang   kaya   dari   Madinah   dipersaudarakan dengan     Abdul   Rahman     bin  'Auf,  seorang   yang   berhijrah   dari  Mekah.    Sa'ad berkata kepada Abdul Rahman: "Sesungguhnya, tanpa bermaksud sombong, aku memang       memiliki   harta   yang   banyak    daripada   kamu.    Aku   telah   membagi hartaku menjadi dua bahagian dan sebahagiannya aku peruntukan bagimu. Lalu aku mempunyai dua orang wanita, maka lihatlah siapa di antara mereka yang mampu       memikatmu       sehingga     aku   menceraikannya        lalu   engkau    dapat menikahinya." Abdul Rahman bin 'Auf menjawab: "Mudah-mudahan Allah SWT memberkatimu,        keluargamu,   dan     hartamu.

  Di   manakah    pasar   yang   engkau berdagang di dalamnya?" Abdul Rahman bin 'Auf keluar menuju ke pasar untuk bekerja. Ia kembali dan membawa   sesuatu   yang   dapat   dimakannya.   Ia   menolak   dengan   lembut   sikap baik  Sa'ad   dan   kedermawanannya.   Ia   bersandar   pada   keimanan   kepada   Allah SWT dan lebih memilih untuk bekerja dan membanting tulang. Tidak berlalu hari demi hari kecuali ia tetap bekerja sehingga ia mampu untuk membekali dirinya dan melaksanakan pernikahan. Demikianlah       masyarakat     Islam   terbentuk     dan    menampakkan       identitinya berdasarkan   cinta,   kebebasan,   musyawarah,   dan   jihad.   Pekerjaan   menurut Islam bukan suatu penderitaan untuk mendapatkan roti atau potongan daging sebagaimana      dikatakan    peradaban     kita  masa   kini,  tetapi   pekerjaan    dalam Islam melebihi ruang lingkup materi ini dan menuju puncak yang lebih tinggi: "Dan     katakanlah:     'Bekerjalah    kamu,     maka    Allah    dan   Rasul-Nya     serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu. " (QS. at-Taubah: 105) Kesedaran      bahawa    apa   yang   kita  kerjakan    akan   di  lihat  oleh   Allah  SWT menjadikan pekerjaan itu mendapat cita rasa yang lain. Yaitu suatu rasa yang melampaui   nikmatnya   memakan   roti   dan   daging.   Setelah   bekerja,   datanglah cinta. Cinta dalam Islam bukan hanya perasaan yang menetap dalam hati dan tidak diwujudkan oleh suatu perbuatan; cinta dalam Islam merupakan langkah harian yang akan mengubah bentuk kehidupan di sekitar manusia menuju yang lebih tinggi dan mulia.

Seorang   Muslim   mencintai   Tuhannya   Pencipta   alam   semesta   dan   mencintai Rasulullah   saw   dan   mencintai   kaum   Muslim   dan   orang-orang   yang   berdamai dengan orang-orang Muslim, meskipun keyakinan mereka berbeza dengannya. Bahkan   seorang   Muslim   mencintai   makhluk   secara   keseluruhan:   ia   mencintaianak-anak,   haiwan,   bunga,   pasir   dan   gunung   bahkan   benda-benda   mati   pun mendapat   cinta   dari   seorang   Muslim.   Seorang   Muslim   jika   dia   benar-benar seorang   Muslim   akan   merasakan   cinta   yang   dialami oleh Nabi Daud   terhadap alam    dan   lingkungan     di  sekitarnya.   Ini  adalah   perasaan    sufi  yang   tinggi. Seorang Muslim akan mewarisi cinta yang sebenarnya seperti yang diwarisi Nabi Isa terhadap lingkungan yang baik yang ada di sekitarnya di mana ketika Nabi Isa   melihat    tubuh   anjing   yang   mati,   maka    Nabi   Isa  tidak   melihat   selain keputihan giginya. Demikianlah cinta yang tersebar dalam kehidupan kaum Muslim di mana cinta itu   pun   tertuju   kepada   binatang   dan   benda-benda   mati.   Cinta   demikian   ini tidak   akan   terwujud   dengan   suatu   keputusan   dan   tidak   ditetapkan   dengan suatu undang-undang, tetapi cinta itu datang biasanya akibat dari kepuasaan akal    dan   hati  dengan     adanya    kepemimpinan       besar   yang   hati   cenderung kepadanya       dan    akal   mengambil      darinya.    Dan    yang    dimaksud      dengan kepemimpinan   besar   tersebut   adalah   keberadaan   sang   Nabi.   Beliau   adalah cermin terbesar dari tingkat cinta yang tertinggi.

 Beliau adalah seorang yang paling   banyak   berbuat   demi   Islam   dan   paling   banyak   sedikit   mengharapkan balasan darinya. Meskipun beliau seorang pemimpin namun beliau hidup dalam kesederhanaan. Beliau adalah seorang tentera yang paling sederhana. Tempat tidurnya   bersih   tetapi   kasar,   dan   rumahnya   tidak   menampakkan   kesibukan yang     di  dalamnya      memasak      berbagai     macam     hidangan.     Beliau    justru menyiapkan   hidangan   yang   sangat   sederhana.   Makanan   utama   beliau   adalah roti   kering   yang   dicampur     dengan    minyak.   Keinginan    besar   beliau   adalah tersebarnya dakwah Islam. Kaum     Muslim    menyedari     bahawa    kesempurnaan      Islam   tidak  akan   terwujud kecuali ketika cinta Allah SWT dan Rasul- Nya lebih didahulukan daripada cinta diri sendiri, cinta kepada wanita, cinta kepada anak, kepentingan, kekuasaan, kehidupan, dan apa saja yang tidak ada hubungannya dengan Allah SWT dan Rasul-Nya. Demikianlah kaum Muslim sangat mencintai pemimpin mereka lebih dari   kehidupan   peribadi   mereka.   Di   samping   pekerjaan   dan   cinta   tersebut, didirikanlah pemerintahan Islam yang berdasarkan kaedah-kaedah kebebasan, musyawarah dan jihad. Kebebasan dalam Islam bukan sekadar perhiasan yang dilekatkan kepada tubuh Islam tetapi ia merupakan tenunan dari sel-sel yang hidup itu. Allah SWT telah membebaskan         kaum    Muslim    dari   penyembahan       selain   dari-Nya. demikian,     runtuhlah    semua   belenggu   yang   hinggap   di   atas   akal,   hati,   dan masyarakat. 

0 comments:

Posting Komentar