Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 23 Mei 2026

Kesetiaan Kaum Anshar dan Muhajirin

 Kesetiaan Kaum Anshar dan Muhajirin

Seorang   Muslim   memiliki   -   dalam   Islam   -   suatu   kebebasan   yang diberikan   kepadanya   agar   ia   melihat   sesuatu   dengan   akalnya   dan   mendebat segala sesuatu dengan akalnya. Dan hendaklah ia merasa puas dengan sesuatu yang dapat menenteramkan hatinya. Kebebasan dalam Islam bukan kebebasan mutlak   yang   menjurus   kepada   anarkisme   dan   diskriminasi   tetapi   kebebasan dalam Islam adalah kebebasan yang bertanggungjawab. Dalam   ruang   lingkup   nas-nas   yang   pasti   yang   terdapat   dalam   Al-Qur'an   atau sunah   tidak   ada   kebebasan   di   hadapan   orang   Muslim   selain   kebebasan   untuk berlumba-lumba        untuk    menerapkan      apa   yang   mereka     fahami.    Selain   itu, seorang bebas sampai tidak terbatas, dan pintu ijtihad tetap terbuka sampai tidak ada batasnya, kerana pintu ijtihad adalah akal dan menutup pintu ijtihad yakni   menutup   akal   dan   itu   bererti   akan   membawa   kematian   baginya. 

Kesetiaan Kaum Anshar dan Muhajirin


 Islam tidak menerima orang-orang yang mati akalnya atau mengalami kemunduran; Islam pada hakikatnya memperlakukan manusia dari sisi akal dan hati. "Adalah      untukmu,       sedang     kamu     menginginkan        bahawa      yang     tidak mempunyai        kekuatan     senjatalah    yang   untukmu,      dan   Allah   menghendaki untuk   membenarkan   yang   benar   dengan   ayat-ayat-Nya   dan   memusnahkan orang-orang kafir." (QS. al-Anfal: 7) Orang-orang      Islam   kerana    kekafiran    mereka    dan   kebutuhan     mereka     serta situasi ekonomi yang memburuk, mereka ingin bertemu dengan pasukan yang tidak    bersenjata;    mereka    ingin   bertemu    dengan    kafilah   yang   kaya,   bukan pasukan     yang   bersenjata;    mereka     membutuhkan       harta   untuk   menyebarkan dakwah. Namun Allah SWT menginginkan mereka dengan keadaan seperti itu agar    mereka    berhadapan      dengan    pasukan     kafir  dan   agar   mereka    mampu memutus tali kekuatan orang-orang kafir sehingga kebenaran akan menang. Keluarlah orang-orang Muslim dalam peperangan Badar dengan membayangkan bahawa mereka akan mendapatkan keuntungan dan kesenangan dengan banyak mengambil   ganimah.   Namun   Allah   SWT   menginginkan   terjadinya   peperangan yang berat, di mana itu berakibat pada jatuhnya tokoh-tokoh kaum kafir Mekah sebagai   korban   darinya   dan   agar   Madinah   dapat   menahan   penderitaan   dan kefakiran   yang   dialaminya.   Seharusnya   pengikut   Islam   tidak   membayangkan untuk mengambil keuntungan tetapi ia justru harus memberi kepadanya. Nabi mengetahui sebagai pemimpin pasukan ia harus mengingatkan pasukannyabahawa mereka akan menemui kesulitan dan penderitaan, dan bukan masalah sepele     seperti    yang    mereka     bayangkan.      Nabi    bermusyawarah        dengan sahabat-sahabat.   Beliau   berbincang-bincang   dengan   Abu   Bakar   Shidiq,   Umar bin   Khattab,   dan   Miqdad   bin   Amr.   Lalu   mereka   semua   sepakat   untuk   terus melakukan peperangan apa pun hasilnya dan apa pun pengorbanan yang harus dilakukan. Kemudian      Rasulullah    saw   berkata:    "Wahai   para   sahabat,    tunjukkanlah     diri kalian."   Rasulullah   saw   mengisyaratkan   kepada   kaum   Anshar. 

 Rasulullah   saw khawatir jika mereka memahami bahawa baiat yang terjadi di antara mereka yang berisi agar mereka melindungi beliau jika beliau diserang di Madinah saja, dan   memang   pasal-pasal   dari   baiat   itu   mendukung   hal   itu.   Tidakkah   mereka mengatakan kepada beliau: "Ya Rasulullah, kami tidak akan bertanggungjawab kepadamu       sehingga   engkau    sampai    di  negeri   kami.   Jika   engkau   sampai    di negeri kami, maka kami akan bertanggungjawab untuk melindungimu." Majoriti   pasukan   terdiri   dari   orang-orang   Anshar,   maka   Rasulullah   saw   ingin mengetahui keputusan majoriti tentera sebelum dimulainya peperangan. Kaum Anshar     mengetahui      bahawa     Rasul   saw   ingin   mengetahui     pendapat     kaum Anshar.   Oleh   kerana   itu,   Sa'ad   bin   'Auf   berkata:   "Demi  Allah,   seakan-akan engkau menginginkan kami ya Rasulullah." Nabi menjawab, "benar." Kemudian kaum Anshar menyatakan apa yang mereka rasakan. Mendengar   pernyataan   kaum   Anshar   itu   hilanglah   kekhuatiran   dan   ketakutan Nabi,   bahkan   beliau   bergembira   dan   wajahnya   berseri-seri.   Rasulullah         saw telah mendidik mereka berdasarkan Islam dan Islam tidak mengenal pasal-pasal perjanjian namun ia justru tenggelam dalam esensinya dan kedalamannya yang jauh.   Kaum   Anshar   meyakinkan   Nabi   bahawa   mereka   benar-benar   beriman kepadanya,       mencintainya     dan    akan   mendengarkan       apa    saja  yang    beliau katakan serta akan benar-benar mentaati beliau. Sa'ad bin Mu'ad berkata: "Ya Rasulullah, lakukanlah apa yang engkau inginkan dan   kami   akan   bersamamu.   Demi   Zat   yang   mengutusmu   dengan   kebenaran, seandainya      engkau    membelah      lautan   lalu   engkau    menyelam      di  dalamnya nescaya   kami   akan   menyelam   bersamamu   dan   tidak   ada   seseorang   pun   di antara kami yang akan meninggalkanmu." Demikianlah keteguhan kaum Anshar. Kalimat tersebut menetapkan peperangan paling penting dan paling berbahaya dalam sejarah Islam.

Perasaan kaum Anshar dan Muhajirin dalam pasukan Rasul saw sangat berbeza dengan   perasaan   Nabi   Musa   ketika   mereka   mengatakan   kepadanya,   "pergilah engkau wahai Musa bersama Tuhanmu dan berperanglah, sesungguhnya kami di sini   hanya    duduk-duduk     saja."   Namun    kaum     Muslim   menyatakan      bahawa seandainya   Rasul   saw   memerintahkan   mereka   untuk   melalui   lautan   dengan berjalan    kaki   di  atas  ombaknya     nescaya    mereka    akan    melakukan     hal  itu walaupun berakibat pada tenggelamnya mereka dan kematian mereka dan tak seorang pun yang akan menentang perintah Rasul saw tersebut.

0 comments:

Posting Komentar