Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Kamis, 21 Mei 2026

Kisah Rasulullah Saw berhijrah dari kota Mekkah ke madinah

 Kisah Rasulullah Saw berhijrah dari kota Mekkah ke madinah              

 Rasulullah   saw   bergerak   dengan dakwahnya.       Lalu    Allah   SWT    mewahyukan       kepadanya      agar    ia  berhijrah. Kemudian mulalah Nabi berhijrah di jalan Allah SWT setelah tiga belas tahun beliau di Mekah. Islam ingin membangun negaranya dan ingin menghilangkan pengepungan       dan   serangan    kaum    musyrik.    Mula-mula    terjadilah    perubahan sedikit dalam keadaan kaum Muslim.

Kisah Rasulullah Saw berhijrah dari kota Mekkah ke madinah


 Rasulullah     saw   keluar   dalam   musim     haji  untuk   menunjukkan       dirinya  pada kabilah-kabilah   Arab   sebagaimana   yang   beliau   lakukan   pada   setiap   musim. Beliau   berada   di   tempat   yang   bernama   'Aqabah,   lalu   beliau   bertemu   dengan jemaah   dari   Khazraj.   Rasulullah   saw   berkata   kepada   mereka,   "siapa   kalian?" Mereka     menjawab:      "Kami   berasal   dari   kelompok     Khazraj."   Beliau   berkata. "apakah kalian termasuk pembantu kaum Yahudi?" Mereka menjawab, "benar." Beliau   berkata,   "maukah   kalian   duduk   bersama   aku   kerana   aku   ingin   sedikit berbicara dengan kalian." Mereka menjawab: "Boleh." Kemudian mereka duduk bersama Nabi lalu beliau mengajak mereka untuk mengikuti agama Allah SWT. Rasulullah   saw   sedikit   menceritakan   Islam   kepada   mereka   dan   membacakan Al-Qur'an.   Enam   orang   mendengarkan   apa   yang   disampaikan   oleh   Nabi   saw. Setelah    beliau   selesai   dari  pembicaraannya,       mereka    membenarkannya         dan beriman kepadanya. Kemudian mereka menceritakan kepada Nabi saw bahawa mereka meninggalkan kaumnya kerana kaum mereka terlibat peperangan dan kebencian.      Mudah-     mudahan      Allah   SWT     mengumpulkan        mereka     dengan kedatangan   Nabi   saw   yang   mulia   ini.   Mereka   memberitahu   Nabi   saw   bahawa mereka akan menceritakan kepada kaumnya apa yang mereka dengar dari Nabi saw dan akan mengajak mereka untuk memenuhi dakwah Nabi. Keenam   lelaki   itu   kembali   ke   kota   Madinah   yang   berubah   namanya   menjadi Madinah   Munawarah   yang   sebelumnya   ia   bernama   Yatsrib   di   zaman   jahiliah. Allah   SWT    berkehendak      untuk   meneranginya      dengan    Islam.   Para   lelaki  itu kembali     ke   Madinah   dan   mereka   membawa   Islam   di   hati      mereka   sehingga banyak orang yang masuk Islam. Kemudian   datanglah   musim   haji   dan   keluarlah   dari   Madinah   dua   belas   orang lelaki   dari   orang-orang   yang   beriman   yang   di   antara   mereka   terdapat   enam orang yang Rasulullah saw telah berdakwah kepada mereka pada musim yang dulu   dan   Nabi   saw   menemui   mereka   di   'Aqabah.   Kemudian   Nabi   melakukan solat   pada    mereka    agar   mereka    mempertahankan        keimanan     dan   membela dakwah kebenaran serta kemanusiaan.

Kaum lelaki itu kembali ke Madinah disertai salah seorang yang terpercaya dari tokoh Islam yaitu Mus'ab bin Umair di mana ia menjadi utusan Rasulullah saw di Madinah   dan   ia   mengajari   manusia   tentang   agama   mereka   dan   membacakan kepada mereka Al-Qur'an dan menyerukan kebenaran kepada manusia sehingga tersebarlah     Islam    di  Madinah.     Penduduk     Madinah     mulai   bertanya-tanya, mengapa   saudara-   saudara   kita   kaum   Muslim   Mekah   ditindas?   Mengapa   Rasul saw    keluar   untuk   berdakwah     dan   menebarkan      rahmat    tetapi  beliau   justru mendapatkan angin kebencian? Sampai kapan kita akan membiarkan Rasulullah saw teraniaya dan terusir di Mekah? Demikianlah,   pergilah   tujuh   puluh   orang   ke   Mekah,   tujuh   puluh   orang   dari penduduk      Madinah     Munawarah.      Mereka    pergi   ke  'Aqabah    dalam    keadaan sendirian     dan    berkelompok-kelompok.          Islam    telah    menghasilkan      buah pertamanya   dalam   hati   mereka   sehingga   hati   mereka   dipenuhi   cinta   kepada Allah SWT dan Rasul-Nya serta kaum Muslim. Penderitaan yang dialami kaum Muslim mempengaruhi jiwa mereka dan mencegah mereka dari mendapatkan kenikmatan       tidur   dan    nikmatnya     memakan       dan    nikmatnya     kehidupan. Orang-orang      yang    baik  itu  datang    dan   berniat    kepada    Rasul   saw   untuk membela      beliau   menolongnya      dan   melindunginya     serta   siap  untuk   mati   di jalannya. Mereka   datang   setelah hati mereka   diliputi oleh Islam   dan   mereka memberikan segala sesuatu untuk dakwah yang baru; mereka datang sebagai pencinta-pencinta kebenaran. Kitab-kitab hadis yang suci meriwayatkan apa yang terjadi pada baiat 'Aqabah al-Kubra.

Dalam kitab tersebut dikatakan bahawa Abbas Ibnu Abdul Muthalib datang bersama Nabi dan saat itu ia masih berada dalam agama kaumnya. Ia ingin menyelesaikan urusan anak pamannya. Ketika ia duduk dan berbicara, ia mengatakan   suatu   pernyataan   yang   mengisyaratkan   bahawa   Muhammad   saw mendapatkan   kemuliaan   dari   kaumnya   dan   kekuatan   di   negerinya   tetapi   ia enggan     dan    memilih    untuk    bergabung      bersama    kalian    wahai    penduduk Madinah. Jika kalian memenuhi janjinya dan melindunginya, maka ambillah ia, namun jika kalian khawatir jika suatu saat nanti akan mengkhianatinya, maka mulai dari sekarang biarkanlah ia di negerinya. Kata-kata   Abbas   tersebut   berasal   dari   fanatisme   kesukuan   dan   ikatan   darah keluarga namun penduduk Madinah tidak begitu peduli dengan kalimat Abbas itu   kerana   ia   bukan   termasuk   dari   agama   mereka   dan   ia   tidak   mengetahui tingkat cinta kepada Rasul saw yang mereka capai. Abbas bin Abdul Muthalib menunggu jawapan dari penduduk Madinah. Lalu mereka berkata kepadanya, "Kami    telah   mendengar      apa   yang   engkau    katakan,    maka    berbicaralah    yaRasulullah, ambillah untuk dirimu dan Tuhanmu apa saja yang engkau sukai." Kita ingin mengamati jawapan sekelompok orang yang mukmin dari penduduk Madinah ini sehingga Rasulullah saw berbicara. Jawapan yang dicari oleh Abbas bin   Abu   Muthalib   tersembunyi   dalam   pernyataan   Nabi.   Demikianlah   setelah Rasulullah   saw   mengucapkan   kalimatnya,   maka   tidak   keluar   penyataan   apa pun. Cukup hanya Nabi yang berbicara dan mereka hanya menaatinya. Mereka meminta kepada beliau agar mengambil pada dirinya dan Tuhannya apa saja yang beliau sukai; mereka merasa tidak memiliki apa-apa dan tidak memiliki keputusan.   Nabi   berbicara   lalu   beliau   membaca   Al-Qur'an   dan   mengajak   ke jalan    Allah   SWT.    Kemudian      beliau   berbicara    tentang    Islam   dan    beliau membaiat      mereka     agar   membantu      beliau  sehingga    mereka    pun   membaiat kepadanya. Demikianlah terjadinya baiat 'Aqabah al-Kubra.

0 comments:

Posting Komentar