Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Senin, 07 Juli 2025

Kisah Pemberontakan Absyalum pada era Nabi Sulaiman A.S

 Kisah Pemberontakan Absyalum pada era Nabi Sulaiman A.S

 Sulaiman Menduduki Tahta Kerajaan Ayahnya Sejak   masih   berusia   muda   Sulaiman   telah   disiapkan   oleh   Daud   untuk   menggantikannya   untuk menduduki tahta singgahsana kerajaan Bani Isra'il. Abang Sulaiman yang bernama Absyalum tidak merelakan dirinya dilangkahi oleh adiknya .

kisah pemberontakan kakak putera nabi daud


Ia beranggapan bahawa dialah   yang sepatutnya menjadi putera mahkota dan bukan adiknya   yang lebih lemah fizikalnya dan lebih muda usianya srta belum banyak mempunyai pengalaman hidup seperti dia. Kerananya ia menaruh dendam terhadap ayahnya yang menurut anggapannya tidak berlaku   adil   dan   telah   memperkosa   haknya   sebagai   pewaris   pertama   dari   tahta   kerajaan   Bani Isra'il. Absyalum   berketetapan   hati   akan   memberotak   terhadap   ayahnya   dan   akan   berjuang   bermati- matian   untuk     merebut    kekuasaan   dari    tangan   ayahnya   atau   adiknya     apa   pun   yang   harus   ia korbankan untuk mencapai tujuan itu. Dan sebagai persiapan bagi rancangan pemberontakannya itu, dari jauh-jauh ia berusaha mendekati rakyat, menunjukkan kasih sayang dan cintanya kepada mereka   menolong   menyelesaikan   masalah-masalah   yang   mereka   hadapi   serta   mempersatukan mereka di bawah pengaruh dan pimpinannya. Ia tidak jarang bagi memperluaskan pengaruhnya, berdiri   didepan    pintu   istana   mencegat     orang-orang     yang   datang    ingin  menghadap      raja  dan ditanganinya sendiri masalah-masalah yang mereka minta penyelesaian. Setelah merasa bahawa pengaruhnya sudah meluas di kalangan rakyat Bani Isra'il dan bahawa ia telah   berhasil   memikat     hati  sebahagian     besar   dari  mereka,    Absyalum      menganggap       bahawa saatnya telah tiba untuk melaksanakan rencana rampasan kuasa dan mengambil alih kekuasaan dari   tangan   ayahnya   dengan   paksa.      Lalu   ia   menyebarkan   mata-matanya   ke   seluruh   pelosok negeri menghasut rakyat dan memberi tanda kepada penyokong-penyokong rencananya, bahawa bila   mereka     mendengar      suara   bunyi    terompet,    maka    haruslah    mereka     segera   berkumpul, mengerumuninya          kemudian       mengumumkan          pengangkatannya        sebagai     raja   Bani    Isra'il menggantikan Daud ayahnya. Syahdan pada suatu pagi hari di kala Daud duduk di serambi istana berbincang-bincang dengan para    pembesar     dan   para  penasihat    pemerintahannya,       terdengarlah    suara   bergemuruh      rakyat bersorak-sorai      meneriakkan     pengangkatan      Absyalum      sebagai    raja  Bani   Isra'il  menggantikan Daud   yang   dituntut   turun   dari   tahtanya.   Keadaan   kota   menjadi   kacau-bilau   dilanda   huru-hara keamanan tidak terkendalikan dan perkelahian terjadi di mana-mana antara orang yang pro dan yang kontra dengan kekuasaan Absyalum.

Nabi    Daud    merasa   sedih    melihat   keributan   dan   kekacauan     yang   melanda   negerinya,      akibat perbuatan   puterannya   sendiri.   Namun   ia   berusaha   menguasai   emosinya   dan   menahan   diri   dari perbuatan dan tindakan yang dapat menambah parahnya keadaan. Ia mengambil keputusan untuk menghindari   pertumpahan   darah   yang   tidak   diinginkan,   keluar   meninggalkan   istana   dan   lari bersama-sama   pekerjanya   menyeberang   sungai   Jordan   menuju   bukit   Zaitun.   Dan   begitu   Daud keluar meninggalkan kota Jerusalem, masuklah Absyalum diiringi oleh para pengikutnya ke kota dan segera menduduki istana kerajaan. Sementara Nabi Daud melakukan istikharah dan munajat kepada Tuhan di atas bukit Zaitun memohon taufiq dan pertolongan-Nya agar menyelamatkan kerajaan     dan   negaranya    dari   malapetaka     dan   keruntuhan     akibat  perbuatan     puteranya    yang durhaka itu. Setelah mengadakan istikharah dan munajat yang tekun kepada Allah, akhirnya Daud mengambil keputusan      untuk    segera    mengadakan      kontra    aksi   terhadap    puteranya     dan   dikirimkanlah sepasukan tentera dari para pengikutnya yang masih setia kepadanya ke Jerusalem untuk merebut kembali   istana   kerajaan   Bani   Isra'il   dari   tangan   Absyalum.   Beliau   berpesan   kepada   komandan pasukannya   yang   akan   menyerang   dan   menyerbu   istana,   agar   bertindak   bijaksana   dan   sedapat mungkin      menghindari      pertumpahan      darah   dan   pembunuhan       yang    tidak  perlu,   teristimewa mengenai Absyalum, puteranya, ia berpesan agar diselamatkan jiwanya dan ditangkapnya hidup- hidup.    Akan    tetapi  takdir  telah   menentukan      lain  daripada   apa   yang   si  ayah   inginkan    bagi puteranya. Komandan yang berhasil menyerbu istana tidak dapat berbuat lain kecuali membunuh Absyalum yang melawan dan enggan menyerahkan diri setelah ia terkurung dan terkepung. Dengan       terbunuhnya      Absyalum      kembalilah      Daud    menduduki       tahtanya    dan    kembalilah ketenangan      meliputi    kota   Jerusalem    sebagaimana      sediakala.  

0 comments:

Posting Komentar