Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Minggu, 06 Juli 2025

Kisah Kecerdasan Nabi Sulaiman A.S

 Kisah Kecerdasan Nabi Sulaiman A.S

Nabi   Sulaiman   adalah   salah   seorang   putera   Nabi   Daud.   Sejak   ia   masih   kanak-kanak   berusia sebelas    tahun,   ia  sudah   menampakkan        tanda-tanda    kecerdasan,     ketajaman    otak,   kepandaian berfikir serta ketelitian di dalam mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan. Nabi Sulaiman Seorang Juri Sewaktu Daud, ayahnya menduduki tahta kerajaan Bani Isra'il ia selalu mendampinginnya dalam tiap-tiap   sidang    peradilan   yang   diadakan    untuk   menangani      perkara-perkara     perselisihan    dan sengketa   yang   terjadi   di   dalam   masyarakat.   Ia   memang   sengaja   dibawa   oleh   Daud,   ayahnya menghadiri   sidang-sidang   peradilan   serta   menyekutuinya   di   dalam   menangani   urusan-urusan kerajaan      untuk    melatihnya      serta   menyiapkannya        sebagai    putera    mahkota      yang    akan menggantikanya        memimpin       kerajaan,   bila  tiba  saatnya   ia  harus   memenuhi      panggilan    Ilahi meninggalkan dunia yang fana ini.

 

kisah kecerdasan nabi sulaiman

 Dan memang Sulaimanlah yang terpandai di antara sesama saudara yang bahkan lebih tua usia daripadanya. Suatu   peristiwa   yang   menunjukkan   kecerdasan   dan   ketajaman   otaknya   iaitu   terjadi   pada   salah satu   sidang   peradilan   yang   ia   turut   menghadirinya.   dalam   persidangan   itu   dua   orang   datang mengadu meminta Nabi Daud mengadili perkara sengketa mereka, iaitu bahawa kebun tanaman salah   seorang   dari   kedua   lelaki   itu   telah   dimasuki   oleh   kambing-kambing   ternak   kawannya   di waktu     malam    yang   mengakibatkan   rusak   binasanya        perkarangannya      yang   sudah   dirawatnya begitu    lama    sehingga    mendekati      masa    menuainya.     Kawan      yang   diadukan     itu  mengakui kebenaran   pengaduan   kawannya   dan   bahawa   memang   haiwan   ternakannyalah   yang   merusak- binasakan kebun dan perkarangan kawannya itu. Dalam   perkara   sengketa   tersebut,   Daud   memutuskan   bahawa  sebagai   ganti   rugi   yang   dideritai oleh pemilik kebun akibat pengrusakan kambing-kambing peliharaan tetangganya, maka pemilik kambing-kambing itu harus menyerahkan binatang peliharaannya kepada pemilik kebun sebagai ganti    rugi  yang    disebabkan     oleh  kecuaiannya      menjaga     binatang   ternakannya.     Akan    tetapi Sulaiman yang mendengar keputusan itu yang dijatuhkan oleh ayahnya itu yang dirasa kurang tepat   berkata   kepada   si   ayah:   "Wahai   ayahku,   menurut   pertimbanganku   keputusan   itu   sepatut berbunyi sedemikian : Kepada pemilik perkarangan yang telah binasa tanamannya diserahkanlah hewan ternak jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya, sedang perkarangannya yang telah binasa itu diserahkan kepada tetangganya pemilik peternakan untuk    dipugar    dan   dirawatnya    sampai    kembali    kepada    keadaan    asalnya,   kemudian     masing- masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau kerugian lebih daripada yang sepatutnya." Kuputusan   yang diusulkan oleh Sulaiman itu diterima baik oleh kedua orang   yang menggugat dan digugat dan disambut oleh para orang yang menghadiri sidang dengan rasa kagum terhadap kecerdasan   dan   kepandaian   Sulaiman   yang   walaupun   masih   muda   usianya   telah   menunjukkan kematangan       berfikir   dan    keberanian    melahirkan      pendapat     walaupun     tidak   sesuai   dengan pendapat ayahnya. Peristiwa     ini  merupakan     permulaan     dari   sejarah   hidup   Nabi   Sulaiman     yang   penuh    dengan mukjizat   kenabian   dan   kurnia   Allah   yang   dilimpahkan   kepadanya   dan   kepada   ayahnya   Nabi Daud.

0 comments:

Posting Komentar