Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 03 Mei 2025

Kisah Nabi Sulaiman As dengan jin ifrit

 

NABI SULAIMAN a.s. DENGAN JIN IFRIT

Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin

adalah   dibawah   kekuasaan   pemerintahan   kerajaan   Nabi   Sulaiman.   Kisah   ini

adalah     diantara   kisah-kisah    yang   terjadi   semasa    pemerintahan       Nabi   Allah

Sulaiman.

 

nabi sulaiman dan jin ifirit

Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin

berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar

Baitulmaqdis   kerana   ingin   mencari   sebiji   mutiara   yang   sangat   cantik   untuk

dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi

Sulaiman   dan   sekaligus   ingin   membuktikan   kepada   jin   dan   syaitan   yang   lain

bahawa       dialah   jin   yang    paling   disayangi     oleh   Nabi    Sulaiman.     Secara

senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain.

Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari

mutiara      tersebut.    Setelah    puas   menyelam,      mutiara     tersebut    tidak   juga

 

dijumpai      oleh   Jin  Ifrit  sehingga    sampai     ke   suatu   tempat     yang   berbatu,

ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya

ternyata     kilauan    tersebut    adalah   mutiara     yang   sangat   cantik    yang   dicari-

carinya.   Jin   Ifrit   terus   mangambil   mutiara   tersebut   dan   berenang   sehingga

sampai ke tepi pantai.

 

 

Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori

oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas

lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh

kerana   Bota   lari   dengan   pantas   ke   arah   selatan   menyebabkan   Jin   Ifrit   tidak

dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja

Jin   bahawa     mutiara     tersebut   telah   hilang.   Tidak    lama   kemudian      Jin  Ifrit

mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut adalah suara

Raja   Jin.   Dengan   segera   Ifrit   pergi   mengadap   Raja   Jin.   Raja   Jin   bertanya

kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah

dirampas oleh Bota".

 

 

Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada

Nabi     Sulaiman.    Satelah    tiba   dihadapan     Nabi    Sulaiman,     baginda    bertanya

kepada      Raja   Jin  "Apakah    kesalahan     Ifrit?".  Raja  jin  menjawab      "Ifrit  telah

menghilangkan        sebiji  mutiara     yang   sangat    cantik".   Nabi   Sulaiman     berkata

kepada      Ifrit  "Adakah   kamu     telah  menyembunyikan         mutiara    tersebut?"    Ifrit

menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman

berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa". "Sementera

itu   kamu   akan   dipenjarakan   terlebih   dahulu   sehingga   kamu   dibuktikan   tidak

bersalah" kata Nabi Sulaiman.

 

Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya

yang   bernama   Asif.   Beliau   adalah   seorang   yang   bijak   dan   tahu   bahawa   Bota

adalah   salahseorang   hamba   kepada   orang   lain.   Beliau   berkata   kepada   Nabi

Sulaiman   "   Allah   menjadikan   peristiwa   sebagai   pembuka   jalan   kepada   Nabi

Sulaiman   supaya   pergi   ke   selatan   untuk   berjuang   pada   jalan   Allah   seperti

baginda janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala"

sambung   Perdana   Menteri.   Nabi   Sulaiman   menerima   kata-kata   tersebut   lalu

baginda   berangkat   ke   Baitulmaqdis   untuk   beribadah   dan   bersyukur   kepada

Allah keatas nikmatNya.

0 comments:

Posting Komentar