Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki

Rabu, 09 April 2025

Kisah Nabi Idris A.S

 Kisah Nabi Idris A.S

Allah s.w.t berfirman:

"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam

Al-Qur'an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang ras

Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57)

Kita tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan

bagaimana Allah s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi.

Menurut cerita kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang pahlawa

Mesir kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya memainkan peranan

penting dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber ya

otentik yang dapat kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris.

Barangkali Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu

Allah s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau

diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau

dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu.

Yang jelas Al-Qur'an al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan

Nabi Idris. Yang kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang

terpercaya, dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya?

kisah nabi idris


Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s

katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk

menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi

Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan

kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan

denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan

kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan

sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa

seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada

Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail

mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris

sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali.

Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya

sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya

umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup)

dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."


Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu

selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat

Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam

sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat

belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka

Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin

Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke

Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka

Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang

diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada

neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air

yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris

berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu

iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah,"

maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa

izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti

dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar

lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta

buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai

saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka

Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka

mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan

minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga

terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.


Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah

meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam

syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris

berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di

bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka Nabi Idris masuk ke

syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil

Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris

pun tidak mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan

sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman

lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki

(neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi

maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu

kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah

memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong

ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya

yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan

seterusnya."




0 comments:

Posting Komentar