Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 26 April 2025

Kisah nabi harun dan janggut berwarna dua

 JANGGUT NABI HARUN a.s. BERWARNA DUA

Nabi  Musa  Alaihisalam  telah  diperintahkan  oleh  Allah  Subhanahu  Wataala

supaya  pergi  ke  bukit  Sina  untuk menerima  wahyu.  Semasa  pemergian  Nabi

Musa,  segala  urusan  telah  diserahkan  kepada  saudaranya  Nabi  Harun  a.s.

Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.

Ketiadaan Nabi Musa  a.s  telah mengembirakan  seorang musuh  dalam  selimut

bernama Samiri. Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum Nabi

kisah nabi harun

Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan

kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah  setelah pulang

dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam

pasir  di  tengah  lautan  yang  kering  itu.  Dengan  segala  usaha  yang  dilakukan

oleh  Nabi  Musa,  kuda  yang  ditungganginya  tetap  tidak  mahu  meneruskan

perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.


Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda

betina. Melihat  lawan  sejenisnya kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa  telah

mengejar  kuda  yang  ditunggangi  oleh Malaikat  Jibrail.  Samiri  yang  ikut  serta

dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki

kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat.


Apabila  tiba masa yang  sesuai  iaitu  semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina,

Samiri  membuat  patung  seekor  lembu  daripada  emas  murni.  Setelah  siap,

patung  itu  diisinya  dengan  pasir  yang  di  ambil  dari  bekas  tapak  kaki  kuda

Jibrail.  Dalam  waktu  yang  singkat  sahaja  patung  lembu  tersebut  dapat

mengeluarkan  suara.  Melihat  keadaan  tersebut,  umat  Nabi  Musa  datang

berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung

lembu yang menakjubkan itu.


Nabi Harun  sangat marah  setelah melihat  umatnya menyembah  berhala,  lalu

berusaha  mencegah  umatnya  daripada  terus  syirik  kepada  Allah  bahkan

umatnya mengancam  Nabi  Harun  untuk membunuhnya  jika  Nabi  Harun  terus

melarang mereka menyembah patung  lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat

berbuat  apa-apa  untuk melarang mereka  daripada  terus menyembah  patung

tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana

melihat umatnya telah murtad.


Nabi  Harun  telah  di  persalahkan  dalam  hal  ini.  Dalam  keadaan  marah  yang

tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan

janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala

janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak  itu

janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam.


0 comments:

Posting Komentar