Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Kamis, 24 April 2025

Kisah nabi Musa As bertemu 'AUJ BIN UNUQ

 NABI MUSA a.s. DENGAN 'AUJ BIN UNUQ


'Auj  bin  Unuq  adalah  manusia  yang  berumur  sehingga  4,500  tahun.  Tinggi  tubuh

badannya  di  waktu  berdiri  adalah  seperti  ketinggian  air  yang  dapat  menenggelamkan

negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air  tersebut  tidak dapat melebihi  lututnya.

Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan

menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya

dengan  panas  matahari.  Apabila  dia  marah  atas  sesebuah  negeri,  maka  dia  akan

mengencingi  negeri  tersebut  hinggalah  penduduk  negeri  itu  tenggelam  di  dalam  air

kencingnya. 


Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk

membinasakan  Nabi  Musa  bersama  kaumnya  itu.  Kemudian  'Auj  datang  untuk

memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat

kediaman  askar  Nabi  Musa  itu  tidak  jauh  dari  tempatnya.  Kemudian  dia  mencabut

gunung-gunung yang  ada di  sekitarnya dan diletakkan di  atas kepalanya  supaya mudah

untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s. 

Sebelum  sempat  'Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di  atas kepalanya

kepada  askar-askar  Nabi Musa  a.s,  Allah  telah  mengutuskan  burung  hud-hud  dengan

membawa  batu  berlian  dan  meletakkannya  di  atas  gunung  yang  dijunjung  oleh  'Auj.

Dengan kekuasaan Allah, berlian  tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh  'Auj

sehinggalah  sampai  ke  tengkuknya.  'Auj  tidak  sanggup  menghilangkan  berlian  itu,

akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu. 

Dikatakan  bahawa  ketinggian  Nabi  Musa  a.s  adalah  empat  puluh  hasta  dan  panjang

tongkatnya  juga  empat  puluh  hasta  dan  memukulkan  tongkatnya  kepada  'Auj  tepat

mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan

akhirnya  tidak  dapat  lari  daripada  kematian  sekalipun  badannya  tinggi  serta memiliki

kekuatan yang hebat. 

0 comments:

Posting Komentar