Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 10 Januari 2026

Uzla Nabi Daud AS

 Uzla Nabi Daud AS

Setelah    Daud    membunuh      jalut,   ia  mencapai    puncak    kebenaran     di  tengah- tengah   kaumnya   sehingga   ia   menjadi   seorang   lelaki   yang   paling   terkenal   di kalangan   Bani   Israil.   Beliau   menjadi   pemimpin   pasukan   dan   suami   dari   anak perempuan raja. Namun Daud tidak begitu gembira dengan semua ini. 

diberi suatu suara yang sangat indah dan mengagumkan. Daud bertasbih kepada Allah s.w.t dan mengagungkan- Nya dengan suaranya yang menarik dan mengundang decak kagum. Oleh kerana itu, setelah mengalahkan Jalut, Daud bersembunyi. Beliau   pergi  ke  gurun  dan    gunung.

Beliau tidak bertujuan untuk mencapai kebenaran atau kedudukan atau kehormatan, tetapi   beliau   berusaha   untuk   menggapai   cinta   Allah   s.w.t.   Daud   telah   diberi suatu suara yang sangat indah dan mengagumkan. Daud bertasbih kepada Allah s.w.t dan mengagungkan- Nya dengan suaranya yang menarik dan mengundang decak kagum. Oleh kerana itu, setelah mengalahkan Jalut, Daud bersembunyi. Beliau   pergi  ke  gurun  dan    gunung.     Beliau   merasakan   kedamaian  di tengah-tengah   makhluk-makhluk   yang   lain.   Di   saat   mengasingkan   diri,   beliau bertaubat kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman:

"Dan   sesungguhnya   telah   Kami   berikan   kepada   Daud   kurnia   Kami.   (Kami berfirman):        'Hai    gunung-gunung         dan     burung-burung,         bertasbihlah berulang-ulang   bersama   Daud',   dan   Kami   telah   melunakkan   besi   padanya. (Yaitu)   buatlah   baju   besi   yang   besar-besar   dan   ukurlah   anyamannya;   dan kerjakanlah amalan yang soleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan." (QS. Saba': 10- 11)

"Dan     telah   Kami    tundukan      gunung-gunung       dan    burung-burung,       semua bertasbih bersama Daud, dan Kamilah yang melakukannya. Dan telah Kami ajarkan   kepada   Daud   membuat   baju   besi   kepada   kamu,   guna   memelihara kamu      dalam    peperanganmu;        Maka    hendaklah      kamu    bersyukur     (kepada Allah)." (QS. al-Anbiya': 79-80)

Ketika Daud duduk, maka ia bertasbih kepada Allah s.w.t dan memuliakan-Nya. Allah   s.w.t   memilih   Daud   sebagai   Nabi   dan   memberinya   Kitab   Zabur.   Allah s.w.t berfirman:

"Dan Kami berikan Kitab Zabur kepada Daud." (QS. al-Isra': 55)

Zabur   adalah   kitab   suci   seperti   Kitab   Taurat.   Daud   membaca   kitab   tersebut dan bertasbih kepada Allah s.w.t. Saat beliau bertasbih, gunung-gunung juga ikut bertasbih, dan burung-burung pun berkumpul bersama beliau.

Allah s.w.t berfirman:

"Dan   ingatlah   hamba Kami   Daud   yang   mempunyai kekuatan; sesungguhnya dia     amat    taat    (kepada      Tuhan).    Sesungguhnya   Kami     menundukkan gunung-gunung   untuk    bertasbih    bersama     dia   (Daud)    di  waktu    pagi  dan petang,   dan  Kami  tundukkan   pula)    burung-burung   dalam keadaan terkumpul.  Masing-masing   amat    taat   kepada     Allah.   Dan   Kami    kuatkan kerajaannya        dan     Kami     berikan     hikmah      dan    kebijaksanaan        dalam menyelesaikan perselisihan." (QS. Shad: 17-20)

Gurun   terbentang   sehingga   mencapai   ufuk.   Ini   adalah   hari   puasa   Daud.   Nabi Daud berpuasa pada suatu hari dan berbuka pada hari yang lain. Inilah yang disebut dengan Shiam ad-Dahr. Daud membaca Kitab Zabur dan merenungkan ayat-ayatnya.    Gunung-gunung  bertasbih   bersamanya.  Gunung menyempurnakan   pembacaan   ayat   tersebut,    dan   terkadang     beliau   diam sementara gunung itu menyempurnakan tasbihnya. Bukan hanya gunung yang bertasbih     bersama    beliau,   burung-burung      pun   ikut  bertasbih.    Ketika   Daud mulai membaca Kitab Zabur yang suci maka burung-burung, binatang-binatang buas, dan pohon-pohon pun berkumpul di sisinya, bahkan gunung-gunung ikut bertasbih.     Bukan    hanya    kerana    ketulusan     Daud   yang    menjadi   penyebab bertasbihnya gunung-gunung atau burung-burung bersama beliau; bukan hanya keindahan      suaranya   yang   menjadi     penyebab   bertasbihnya   makhluk-makhluk yang    lain   bersama     beliau,   namun     ini  adalah    mukjizat    dari   Allah   s.w.t kepadanya   sebagai   Nabi   yang   memiliki   keimanan   yang   agung,   yang   cintanya kepada   Allah   s.w.t   sangat    tulus.   Bukan   hanya   ini  mukjizat    yang   diberikan kepada     beliau,   Allah   s.w.t  juga   memberinya      ilmu   atau   kemampuan      untuk

memahami bahasa burung dan hewan-hewan yang lain.

0 comments:

Posting Komentar