Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Rabu, 17 Desember 2025

NABI MUSA a.s. DENGAN raksasa

 NABI MUSA a.s. DENGAN 'AUJ BIN UNUQ

'Auj   bin   Unuq    adalah   manusia    yang   berumur    sehingga    4,500   tahun.  Tinggi   tubuh badannya   di   waktu   berdiri   adalah   seperti   ketinggian   air   yang   dapat   menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. 

NABI MUSA a.s. DENGAN 'AUJ BIN UNUQ


Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan     panas   matahari.    Apabila   dia   marah    atas  sesebuah    negeri,  maka    dia   akan mengencingi      negeri   tersebut  hinggalah    penduduk    negeri   itu  tenggelam    di  dalam   air kencingnya. Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan   Nabi Musa bersama   kaumnya   itu.

Kemudian      'Auj   datang   untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman      askar  Nabi   Musa    itu  tidak  jauh  dari  tempatnya.    Kemudian     dia  mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s. Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada   askar-askar   Nabi   Musa   a.s,   Allah   telah   mengutuskan   burung   hud-hud   dengan membawa   batu   berlian   dan   meletakkannya   di   atas   gunung   yang   dijunjung   oleh   'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah     sampai    ke  tengkuknya.     'Auj  tidak   sanggup    menghilangkan      berlian  itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan   bahawa   ketinggian   Nabi   Musa   a.s   adalah   empat   puluh   hasta   dan   panjang tongkatnya    juga  empat   puluh   hasta  dan  memukulkan      tongkatnya   kepada   'Auj  tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya   tidak   dapat   lari   daripada   kematian   sekalipun   badannya   tinggi   serta   memiliki kekuatan yang hebat.

0 comments:

Posting Komentar