Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Minggu, 14 Desember 2025

Ketidak sanggupan Nabi Musa AS melihat Dzat Yang Maha Agung

 Ketidak sanggupan Nabi Musa AS melihat Dzat Yang Maha Agung

dan   Tuhan    telah   berfirman    (langsung)   kepadanya, berkatalah   Musa:   'Ya   Tuhanku,   tampakkanlah   (diri   Engkau)   kepadaku   agar aku dapat melihat kepada Engkau.'" (QS. al- A'raf: 143) Demikianlah      dorongan   cinta   dari  para  pencinta    sejati.

Ketidak sanggupan Nabi Musa AS melihat Dzat Yang Maha Agung

Musa  bertanya    dan meminta       kepada    Tuhannya      sesuatu   yang    menakjubkan       tetapi   Allah   s.w.t menjawabnya: "Tuhan berfirman: 'Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku." (QS. al-A'raf: 143) Seandainya      Allah   s.w.t   hanya   mengatakan       demikian    maka    ini  pun   sebagai bentuk   keadilan   dari-Nya,   tetapi   keadaan   di   sini   adalah   keadaan   cinta   Ilahi dari   Musa.   Dorongan   cinta   yang   dibalas   dengan   dorongan   cinta.

 Demikianlah Nabi   Musa   mendapatkan   rahmat   dari   Tuhannya.   Allah   s.w.t   memberitahunya bahawa   ia   tidak  akan   mampu  melihat-Nya   kerana   tak  satu   pun   dari   makhluk yang     tidak    dapat    "menangkap        cahaya"    dari    Allah   s.w.t.    Allah    s.w.t memerintahkannya agar melihat gunung, dan jika gunung itu masih menetap di tempatnya maka ia akan dapat melihat Tuhannya. Allah s.w.t berfirman: "Tetapi     lihatlah   ke   bukit  itu,  maka   jika   ia   tetap   di   tempatnya   (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku. Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. (QS. al-A'raf: 143) Tiada   seorang   pun   yang   dapat   "menangkap"   cahaya   Allah   s.w.t.   Nabi   Musa mengetahui       hakikat    ini  dan    menyaksikan      sendiri.   Ash'aq    adalah    al-Maut (kematian)   atau   al-Ighma'   (keadaan   tidak   sedarkan   diri   atau   pengsan). 

 Kami tidak    mengetahui      bagaimana      keadaan     yang   dialami    Nabi    Musa   ketika    ia kehilangan kehidupannya atau kesedarannya. "Maka   setelah   Musa   sedar   kembali,   dia   berkata:   'Maha   Suci   Engkau,   aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.'" (QS. al-A'raf: 143) Para   mufasir   klasik   cukup   serius   meneliti   dan   memperbincangkan   ayat-   ayat ini. Misalnya, mereka bertanya-tanya: bagaimana Nabi Musa meminta kepada Allah   s.w.t   agar   dapat   melihat-Nya,   padahal   ia   tahu   bahawa   itu   adalah   hal yang tidak mungkin atau mustahil. Mereka berselisih pendapat dalam hal itu dan    saling   adu   argumentasi.

Mu'tazilah    memiliki    pendapat     yang   lain  dan Ahlusunah pun memiliki pendapat yang lain lagi. Pokok pembicaraan semuanya berkisar pada: bagaimana seorang nabi tidak mengetahui - padahal ia adalah makhluk   Allah   s.w.t   yang   paling   dekat   dengan-Nya   -   bahawa   melihat   Allah s.w.t adalah hal yang sangat mustahil? Kami kira bahawa sikap Nabi Musa tersebut menggambarkan puncak cinta dan kedalaman dari hatinya, yang ini merupakan gambaran yang tinggi dari sejarah yang   dilalui   oleh   Nabi   Musa.   Kita   sekarang   berada   di   hadapan   puncak   cinta kepada   Allah   s.w.t.   Dan   seorang   pencinta   tidak   menginginkan   selain   melihat "wajah" kekasihnya.

Menurut logik akal bahawa melihat Allah s.w.t adalah hal yang mustahil, tetapi kapan cinta pernah peduli dengan logik itu. Nabi Musa terdorong untuk mendapatkan pengalaman baru yaitu suatu pengalaman yang kayaknya      ia  sengaja   melakukannya       untuk   mewakili     kita  semua.    Nabi   Musa nekad dan mendorong kita untuk meminta. Ia lebih dahulu merasakan keadaan tidak   sedarkan   diri   dan   ia   telah   membuktikan   kepada   kita   dengan   tubuhnya yang mulia dan rohnya yang suci bahawa tak seorang pun dapat "menangkap" cahaya   Allah   s.w.t.   Nabi   Musa   dalam   keadaan   tak   sedarkan   diri   lalu   ketika bangun     ia  memuja-muja        Allah  s.w.t   dan   bertaubat     serta   meminta     ampun kepadaNya: "Dia    berkata:    'Maha    Suci   Engkau,    aku    bertaubat     kepada    Engkau.'"     (QS. al-A'raf: 143)

Mengapa   Nabi   Musa   bertaubat?   Orang-orang   sufi   berkata:   Ia   bertaubat   dari dorongan cinta yang besar di mana ia meminta sesuatu yang mustahil, padahal ia   menyedari   itu   adalah   mustahil.   Ini   adalah   tafsiran   yang   memuaskan   yang didukung       oleh     konteks     ayat-ayat      tersebut.

Perhatikanlah      ayat-ayat (tanda-kebesaran) Allah s.w.t dan bagaimana Dia mengingatkan Musa terhadap apa-apa   yang   diterimanya   dari   berbagai   macam   nikmat.   Allah   s.w.t   berkata kepada Musa: "Hai Musa, sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku.   Sebab   itu,   berpegang   teguhlah   kepada   apa   yang   Aku   berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. Dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada luh-luh (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran      dan   penjelasan     bagi   segala    sesuatu;    maka     (Kami   berfirman): 'Berpeganglah   kepadanya   dengan   teguh   dan   suruhlah   kaummu   berpegang kepada       (perintah-perintahnya)         dengan     sebaik-baiknya.'"       (QS.    al-A'raf: 144-145)

Ahli tafsir memperhatikan firman Allah s.w.t kepada Musa: "Sesungguhnya Aku memilih      (melebihkan)     kamu     dari  manusia     yang   lain   (di  masamu)     untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku." Kemudian   dilakukanlah   perbandingan   antara   Nabi   Musa   dan   nabi-nabi   yang lain.   Dikatakan   bahawa   pemilihan   ini   dikhususkan   hanya   kepadanya   dan   di zamannya      saja,   dan   tidak  berlaku    di  zaman    sebelumnya     kerana    ada   Nabi Ibrahim di zaman itu, sedangkan Nabi Ibrahim lebih baik dari Nabi Musa. Begitu juga    pemilihan    ini  tidak  berlaku   pada    zaman    setelahnya    kerana    ada   Nabi Muhammad bin Abdullah saw dan ia lebih baik dari mereka berdua. Kami   ingin   menghindari   perdebatan   ini,   bukan   kerana   kami   percaya   bahawa semua      nabi   sama.    Memang    Allah   s.w.t   memberitahu       kita   bahawa     Dia mengutamakan   sebahagian   nabi   atau   sebahagian   yang   lain dan   mengangkat darjat sebahagian mereka atau sebahagian yang lain, tetapi pengutamaan ini adalah     hal  yang   tidak  boleh    kita  sentuh.  

Hendaklah     kita  beriman    kepada seluruh   nabi   dan   kita   harus   menunjukkan   penghormatan   kita   kepada   mereka semua.        Adalah      bukan       hal     yang     sopan       jika    kita     mencuba membanding-bandingkan   di   antara   para   nabi. Yang   utama   adalah, hendaklah kita meyakini dan mengimani mereka semua. Akhirnya, selesailah perjumpaan Musa dengan Tuhannya. Kemudian Nabi Musa kembali kepada kaumnya dalam keadaan   marah   dan   jengkel.   Di   alam   wujud   tidak   ada   seorang   manusia   yang memiliki kelembutan dan kerelaan hati yang begitu besar seperti Nabi Musa, tetapi   ia   diberitahu   oleh   Tuhannya   bahawa   kaumnya   telah   menyimpang   dari jalannya.     Oleh   kerana   itu,  ia  kembali    dalam    keadaan    marah    dan   jengkel kepada mereka. Allah s.w.t berfirman: "Mengapa   kamu   datang   lebih   cepat   daripada   kaummu,   hai   Musa?   Berkata Musa: 'Itulah mereka sedang menyusuli aku dan aku bersegera kepada-Mu, ya Tuhanku, agar supaya Engkau redha (kepadaku). Allah berfirman: 'Maka sesungguhnya, Kami telah menguji kaummu sesudah kamu tinggalkan, dan mereka      telah   disesatkan     oleh   Samiri.    Kemudian      Musa    kembali    kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. " (QS. Thaha: 83-86) Musa   turun   dari   gunung   dan   membawa   papan   Taurat.

0 comments:

Posting Komentar