Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Selasa, 16 Desember 2025

Kisah Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS

 Kisah Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS

Sebelum Nabi Musa naik untuk bertemu dengan Tuhannya, ia menjadikan saudaranya, Harun, sebagai khalifahnya untuk kaumnya. Harun diangkatnya sebagai wakilnya yang bertanggungjawab    untuk   mengurus    kaumnya.  Musa   berjalan   menuju   ke   Harun,   lalu   ia   meletakkan   papan   Taurat   dengan tangannya di atas tanah. 

Kisah Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS


Tampaknya api kemarahan telah membakamya. Musa memegang   Harun   dari   rambut   kepalanya   sampai   rambut   janggutnya   sambil berkata: "Hai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat,    (sehingga)    kamu    tidak   mengikuti     aku?   Maka    apakah    kamu     telah (sengaja) menderhakai perintahku?" (QS. Thaha: 92-93) Musa    bertanya,    "Apakah    Harun    tidak   mentaati    perintahnya,    bagaimana      ia mendiamkan        fitnah   ini;  bagaimana     ia  tetap   bersama     mereka     dan   tidak meninggalkan mereka serta berlepas diri dari perbuatan mereka; bagaimana ia tetap diam   dan   tidak  berusaha   melawan   mereka,   bukankah orang   yang   diam atau   membiarkan   suatu   kesalahan   itu   bertanda   bahawa   ia   merestuinya   atau bahagian dari kesalahan itu?" Keheningan semakin meningkat ketika gelora api kemarahan       Musa    semakin    membara.      Harun    berbicara     kepada    Musa    dan meminta      kepadanya      untuk   melepaskan      kepalanya    dan   janggutnya     kerana mereka   berdua   berasal   dari   ibu   yang   satu.   Harun   mengingatkan   Musa   akan kedekatan   hubungannya   melalui   ibu,   bukan   melalui   ayah   agar   hal   itu  

lebih dapat membuat Musa merasa kasihan kepadanya:

"Harun menjawab: 'Hai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku.'" (QS. Thaha: 94)

Harun   memberi pengertian  kepada      Musa    bahawa    ia   sama     sekali   tidak bermaksud        menentang       perintahnya,      dan    ia  pun    tidak   menunjukkan        sikap merestui      penyembahan         anak    sapi,   tetapi   ia   khuatir    jika  ia  meninggalkan mereka      dan    pergi   lalu  Musa    bertanya     kepadanya,       mengapa      ia  tidak   tetap tinggal     bersama     mereka?     Mengapa      seorang     yang   bertanggungjawab          kepada mereka   justru   meninggalkan   mereka?   Di   samping   itu,   ia   juga   khuatir   jika   ia memerangi        mereka      dengan kekerasan     maka     terjadi    peperangan      di   antara mereka.       Lalu    Musa     akan     bertanya    kepadanya,       mengapa       ia   membikin perpecahan   di   antara   mereka   dan   mengapa   ia   tidak   menunggu   kembalinya Musa 

0 comments:

Posting Komentar