Mushola Al-Islah Jl leces no.7 Sonosari Kab.Malang kumpulan doa rezeki,kumpulan doa tasawuf,makrifat,bahasa arab,sejarah kerajaan islam,sejarah kerajaan indonesia,sejarah kebudayaan islam

Sabtu, 27 Desember 2025

Kisah Nabi Musa memegang janggut nabi Harun

 Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah tenggelam dalam pasir   di   tengah   lautan   yang   kering   itu.   Dengan   segala   usaha   yang   dilakukan oleh    Nabi   Musa,   kuda   yang    ditungganginya     tetap   tidak   mahu    meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah. 

kisah janggut nabi harun

Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya untuk dijadikan azimat. 

Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit Sina, Samiri    membuat   patung   seekor   lembu   daripada   emas   murni.   Setelah         siap, patung   itu   diisinya   dengan   pasir   yang   di   ambil   dari   bekas   tapak   kaki   kuda Jibrail.   Dalam     waktu    yang   singkat   sahaja    patung    lembu    tersebut    dapat mengeluarkan        suara.   Melihat   keadaan     tersebut,    umat    Nabi   Musa    datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah patung lembu yang menakjubkan itu. 

Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu berusaha      mencegah      umatnya     daripada    terus   syirik  kepada     Allah   bahkan umatnya   mengancam   Nabi   Harun   untuk   membunuhnya   jika   Nabi   Harun   terus melarang mereka menyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat berbuat   apa-apa   untuk   melarang   mereka   daripada   terus   menyembah   patung tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah kerana melihat umatnya telah murtad. 

Nabi   Harun   telah   di   persalahkan   dalam   hal   ini.   Dalam   keadaan   marah   yang tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu putih dan hitam. 


0 comments:

Posting Komentar